comotnya..huhu |
Ketika pulang dari kerja semalam, si kecil yang sedang menunggu di muka pintu bersorak riang, wajahnya cukup ceria melihat kepulangan ayahnya. Dalam gerimis hujan, aku mendukungnya dan bersama-sama dengan kakak menjelajah keliling taman dalam suasana gerimis hujan. Kelihatan wajah si kecil Khadijah cukup ceria dapat merasai setiap titis air hujan yang tumpah di wajahnya.
Sedang kami berjalan, tiba-tiba si kakak bersuara “ayah, hari ni hari jadi khadijah, ayah kena cakap selamat hari jadi la kat dia”
Masyaallah, terkejut seketika aku, dalam kesibukan urusan pengajian dan beberapa perkara lagi, sungguh aku terlupa akan tarikh 27 Julai yang merupakan harijadi Khadijah. Semalam genap setahun “adik Kho” lahir ke dunia, maafkan ayah dik, terlupa seketika akan tarikh penting ulangtahun kelahiranmu.
Melihat proses tumbesaran Humaira dan Khadijah, ibarat menyaksikan keajaiban setiap hari berlaku di rumah kami. Dari seorang bayi yang tidak berupaya, membesar dengan perlahan-lahan, dari meniarap, menjulur, merangkak dan kini berjalan tanpa ada sesiapa yang mengajarinya. Sungguh besar pemeliharaan Allah terhadap kedua anak-anak kami.
Selamat hari jadi adik dan terima kasih kakak kerana tidak jemu-jemu menegur dan mengingatkan ayah atas kelalaian dan kealpaan. Moga anak-anak ayah akan membesar menjadi srikandi seperti Saidatina Aisyah dan Saidatina Khadijah yang sentiasa setia dalam perjuangan di sisi nabi.
No comments:
Post a Comment