CERPEN: PARANOID


Mentari yang terbit dari ufuk Timur dari celahan awan pagi itu kelihatan begitu cemerlang. Sambil memandu, Furqan menatap keindahan sang mentari pagi sambil membaca zikir Ma’thurat secara perlahan-lahan.
Hatinya terasa lapang dan tenang selepas dapat menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid dan membaca beberapa muka Al Quran.
Furqan teringat pesan naqib usrahnya, bahawa memulakan pagi dengan Solat Subuh berjemaah, tilawah Al Quran dan zikir akan memberikan rasa ketenangan yang luar biasa.
Rakan sekongsi keretanya ke pejabat, Hanifa, masih leka sejak tadi menatap iPhone 6 yang baru sahaja dibelinya minggu lepas. Dia tenggelam dalam deretan ‘newsfeed’ di laman ‘facebook’nya dan ratusan mesej Whatsapp dan Telegram yang tidak dibukanya sejak semalam.
“Apa masalah dengan demonstran di Taman Maidan ini.” Sunyi di dalam kereta dipecahkan dengan suara Hanifa yang agak lantang secara tiba-tiba.
Furqan yang sedang khusyuk berzikir, sedikit tersentak. Zikirnya terhenti, sambil otaknya ligat berfikir tentang isu apa yang dimaksudkan oleh Hanifa.
“Tak habis-habis nak cari gaduh!” Tambah Hanifa lagi dengan suara yang lebih kuat.
“Apa benda pula kali ini?” Getus Furqan di dalam hati. Dia memang kenal benar dengan rakannya itu yang cukup ‘outspoken’ baik di alam nyata, mahupun di alam maya.


Hanifa yang telah dikenalinya sejak zaman pelajarnya di Australia memang diketahui sebagai seorang yang cepat panas, ada sahaja isu, pasti akan dikomentarinya, baik ketika keluar makan bersama kawan-kawan, atau di wall ‘facebook’nya yang sentiasa panas. Tambah-tambah jika melibatkan isu politik.
Namun begitu, walaupun berbeza cara fikir dan keahlian dalam NGO, Furqan tetap menghormati Hanifa sebagai seorang aktivis sosial yang rajin turun ke medan untuk membantu golongan gelandangan. Boleh dikatakan, setiap hujung minggu, jadual Hanifa akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti khidmat sosial bersama NGO Hijau yang disertainya.
Sementara Furqan, yang berjawatan tinggi di sebuah syarikat multi-nasional, tetap juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang memfokuskan kepada pembangunan sahsiah belia dan remaja bersama NGO Ikatan Muslimin Malaysia.
“Mereka ni memang melampau! Kenapa nak suruh gereja ni turunkan salib? Bodoh betul penduduk Taman Medan, yang takut salib ni ‘Vampire’ je kot!” Sambung Hanifa lagi, masih lagi dengan suara yang agak tinggi.
"Tak sepatutnya orang Kristian dihalang dari menegakkan salib di rumah ibadat mereka, kalau nanti orang Islam di negara Kristian dihalang berdakwah dan tidak dibenarkan buat masjid nanti macamana?"
"Kita sepatutnya lebih berhikmah dalam tindakan, lagipun Islam ini agama yang benar, kebenaran akan sentiasa mengatasi kebatilan. Lemah sangat ke iman sampai dengan gereja pun takut?"
Furqan hanya mendengar leteran rakan sepejabatnya itu. Perjalanan yang tadinya lancar di lebuh raya DUKE, bertukar sesak setelah memasuki lebuh raya MRR10. Setiap inci jalan penuh sesak dengan kenderaan yang dipenuhi oleh manusia yang berpusu-pusu keluar awal pagi untuk mencari rezeki.
"Aku letih tengok umat Islam hari ini, tak habis-habis ‘paranoid’, dengan Bible takut, dengan salib pun gelabah, pendakwah mereka pun nak dimarah-marah, balik nanti aku bercadang nak rakam satu video nak minta maaf kepada mereka yang beragama Kristian."
Hanifa menambah leteran. Furqan terus mendiamkan diri. Di wajah Hanifa tampak ada riak kemenangan bila hujah-hujahnya langsung tidak disanggah sejak dari tadi. Furqan tahu, tidak guna melayan Hanifa ketika dia sedang ‘panas’.
"Aku rasa amat bersalah, bingung dan malu dengan sikap rasis dan ekstremis orang kita ni, agama kita telah dirosakkan imejnya oleh sikap membabi buta bangsa kita sendiri. Langsung tak ada toleransi. Asyik nak bermusuh sahaja dengan penganut agama lain!"
"Hari ini, kita minta salib diturunkan di negara kita, kalau esok-esok orang Kristian minta umat Islam kosongkan masjid di negara mereka macamana?"
"Maaflah, tapi fikrah taliban tidak sesuai untuk dibawa di Malaysia."
Hanifa menyudahkan hujahnya. Wajahnya kelihatan puas dapat meluahkan isi hatinya yang terpendam tentang demonstrasi bantahan di hadapan gereja di Taman Maidan oleh penduduk setempat, walaupun hanya kepada Furqan.
Wajah Furqan yang putih bertukar merah. Dadanya berombak. Jelas terpancar kemarahan yang ditahan-tahan di wajahnya. Beberapa buah terakhir Hanifa benar-benar menyentap kesabarannya.
"Kita berhenti sebentar di Petronas ya Hanifa, aku nak isi minyak dan kemudian Solat Dhuha."
Sejurus minyak diisi dan kereta diletakkan di tempat parkir, Furqan terus ke surau, mencari ketenangan dan ilham.
*******
“Apa cerita?” Tanya Hanifa setelah Furqan kembali semula ke kereta. Mungkin dia sedikit pelik melihat Furqan yang biasanya peramah dan kaya dengan senyuman, pagi ini tiba-tiba bertukar masam.
Furqan hanya mendiamkan diri dan terus memandu kereta untuk meneruskan perjalanan ke tempat kerja. Jalan raya masih sibuk. Tiga lorong setiap hala masih tidak mampu untuk menampung kesesakan kenderaan yang semakin bertambah setiap hari. Perjalanan yang tadinya lancar, kini tersekat-sekat.
“Hanifa, kau tahu tak, bencikan salib dan syiar-syiar yang mensyirikkan Allah itu adalah fitrah orang beriman?” Furqan mula bersuara, sambil otaknya cuba mengingat beberapa dalil dari kehidupan para sahabat dan juga petikan-petikan dari beberapa buku yang pernah dibacanya.
Sebelum sempat Hanifa menjawab, Furqan menyambung bicara.
“Pernah satu hari, seorang sahabat yang bernama Ziyad bin Shubaih dimarahi oleh Abdullah Bin Umar kerana solat sambil meletakkan tangan di atas pinggang. Kata Abdullah Bin Umar, perkara itu tidak disukai oleh Rasulullah kerana menyerupai bentuk salib. ”
“Dalam sebuah hadis juga, diriwayatkan bahawa Rasulullah tidak pernah meninggalkan gambar salib di rumah melainkan baginda akan menghancurkannya. ”
“Dan pernah satu hari ketika sedang tawaf, Saidatina Aisyah menegur seorang wanita yang mengenakan kain yang ada salib. Saidatina Aisyah menyuruh wanita itu membuang pakaian itu kerana kata Aisyah, Rasulullah jika melihat perkara seperti ini, pasti akan menghancurkannya. ”
“Nah, itu sikap Nabi dan para sahabat terhadap salib, jadi adakah kita nak kata nabi dan para sahabat itu juga paranoid?”
“Hanifa, bagi seorang Muslim, membenci sembahan atau apa-apa lambang sembahan yang mensyirikkan Allah adalah fitrah. Bukan satu kesalahan jika seorang Muslim itu menzahirkan penolakannya dan kebenciannya terhadap simbol tersebut. Cuma caranya, mungkin boleh dibincangkan lagi. Lihat kisah-kisah dari hadis yang aku sebut tadi, ternyata Rasulullah dan para sahabat cukup tegas dan tiada tolak ansur dengan lambang salib.”
“Ini kerana, salib, bukanlah satu lambang biasa, tapi lambang syirik yang akan dimusnahkan oleh Nabi Isa sendiri nanti ketika baginda turun di akhir zaman.”
“Lagi pula, di Taman Medan, penduduknya majoritinya adalah Melayu Muslim, jadi apa perlunya ada gereja dengan lambang salib yang terpapar besar di situ? Memang wajarlah mereka marah dan terusik bila ada lambang salib besar-besar berhampiran tempat mereka tinggal.”
Panjang lebar Furqan menghuraikan. Hanifa terdiam, kehilangan hujah kali ini dia untuk menjawab. Walaupun pemikirannya agak liberal, tapi bila didatangkan dengan hujah dari hadis dan kisah para sahabat sendiri, timbul rasa hormat dan segan untuk menjawab.
“Itu hadis, sekarang mari aku ceritakan apa kata para ulama pula.”
Furqan terus menyambung. Lidahnya semakin petah berhujah.
“Dalam kitab Huquq Ahli Az Zimmah, Abul A’la Maududi menyatakan bahawa tidak ada masalah bagi orang bukan Islam untuk mengekalkan atau memperbaharui rumah ibadat mereka, tapi bila mereka nak bina rumah ibadat baru di tempat orang Islam, maka perkara itu adalah dilarang.”
“Imam Al Kasani juga menyatakan bahawa tiada masalah bagi bukan Islam untuk menunjukkan secara terang-terangan penjualan babi, arak dan mempamerkan lambang salib di perkampungan mereka, tapi bila nak buat di perkampungan orang Islam, maka itu adalah dilarang. ”
“Ketika zaman kerajaan Islam Mamluk dulu di Mesir pun, Ibnu Taymiyyah pernah menyatakan sokongan beliau terhadap tindakan penguasa untuk menghadkan pembukaan gereja-gereja baru, khususnya di kawasan yang kaum Muslimin tidak selesa dengannya. ”
“Dengan kata lain, maknanya, tak ada masalah pun untuk nak bina gereja atau rumah-rumah ibadat yang lain di negara kita ni, tapi agak-agaklah.”
Hanifa terus mendiamkan diri, tidak menyangka bahawa Furqan mempunyai hujah yang begitu kemas. Dia mencari akal untuk mengalihkan hujahnya ke sudut lain pula.
“Tapi, Malaysia bukan negara Islam, kita hidup dalam satu negara sekular, dengan masyarakat yang berbilang kaum dan agama, jadi tidak adil jika kita tidak memberi ruang kepada penganut agama lain seperti mana mereka memberi ruang kepada Islam di negara-negara mereka?”
“Bukankah Islam adalah satu agama yang menyuruh kita melakukan keadilan, tidak kira kepada siapa sekalipun?”
Furqan hanya tersenyum mendengar hujah Hanifa. Dia terus memandu dengan cermat dan tenang, setenang hatinya yang masih basah disirami zikir Ma’thurat yang baru sahaja dibacanya tadi.
“Hanifa, satu perkara yang kau kena tahu, dalam Islam, adil itu bukan sama rata, tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.” Balas Furqan.
“Makna kata, dalam satu Taman Perumahan yang majoritinya Muslim, bila ada surau atau masjid, tidak semestinya nak kena ada gereja dan rumah-rumah ibadat yang lain juga sebagai tanda keadilan.”
“Adil dalam konteks Malaysia adalah meletakkan Islam itu di tempat yang tertinggi, bukan duduk sama rendah dengan agama-agama yang lain. Ini kerana, secara jelas dinyatakan dalam perlembagaan, bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.”
Hanifa tersentak dan kemudian terus menjawab.
“Malaysia negara Islam? Kau jangan macam-macam Furqan, negara kita ni bukannya laksanakan hudud pun, masih pakai undang-undang British lagi. Ada parti pemerintah Islam pun tak guna sebab dah berkurun tolak hudud.”
“Salah tu Hanifa. Malaysia adalah sebuah negara Islam. Cuma belum sempurna sahaja.” Furqan menjawab, sambil matanya terus fokus pada jalan raya. Bangunan KLCC kelihatan semakin hampir. Jika tiada kesesakan, pasti akan boleh tiba hanya dalam masa kurang 10 minit sahaja.
“Benda ini jelas dinyatakan dalam perlembagaan, perkara 3, Islam adalah agama negara, bukan sekadar agama rasmi. Bahkan dalam perlembagaan, tidak langsung disebut bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.”
“Maksud Islam sebagai agama negara ini telah dijelaskan dengan baik oleh Tun Ahmad Fairuz , bekas ketua hakim negara dalam satu penghakiman kes, yang mengatakan bahawa Islam itu bukan sekadar ritual ibadah individu sahaja, tetapi adalah satu cara hidup yang lengkap merangkumi perundangan, politik, budaya dan juga kehakiman.”
“Memang aku setuju, banyak aspek yang perlu diperbaiki dan kita masih jauh dari kesempurnaan perlaksanaan undang-undang Islam secara menyeluruh, namun, sebagai Muslim yang Allah pilih untuk lahirkan kita di Malaysia, menjadi tugas kita untuk meyakini dan meyakinkan orang-orang bukan Islam bahawa undang-undang Islam itu adalah yang paling adil dan saksama.”
Hanifa terkebil-kebil mendengar hujah Furqan. Ternyata apa yang dibacanya selama ini di laman-laman Internet dan dari ceramah-ceramah politik yang dihadirinya adalah salah sama sekali. Perbualan pagi itu benar-benar membuka perspektif baru tentang kedudukan Islam di Malaysia.
“Satu lagi perkara yang kau kena tahu Hanifa, adalah tentang agenda Kristian Evangelist di negara-negara Islam terutamanya.”
Kali ini Hanifa tidak lagi menjawab, dia mula merasa kagum dengan kepetahan hujah rakannya itu. Dia membuka tengkuk seluas-luasnya tanda telah tewas dalam perdebatan.
“Kau mesti ingat lagi kes Aisyah Bukhari, Lina Joy, Interfaith Comission, dan baru-baru ini, kes penggunaan nama Allah di dalam Bible.”
“Semua ini bukannya kebetulan. Tapi merupakan satu agenda yang terancang untuk mengubah identiti negara kita dari Islam kepada Kristian Sekular.”
“Nanti kau cuba Google tentang “Christian and contextualisation” dan “Church Planting Movement”, kau mesti akan terkejut dengan dapatan-dapatan carian.”
“Cuma itulah, dulu semua pihak dari kalangan umat Islam sepakat memperjuangkan isu murtad dan menentang Kristianisasi.”
“Tapi hari ini, banyak NGO yang dah ‘cair’ dengan slogan ‘rahmatan lil alamin’ dan sikap ‘tak apa’ dalam mendepani agenda mereka ni.”
“Hingga hari ini, mereka yang memperjuangkan apa yang pernah diperjuangkan dulu, akan dianggap hina, kolot, bodoh dan ekstrim!”
“Aku rasa kau pun mesti masih ingat lagi masa kita masih pelajar, yang pernah pada satu waktu cuti musim panas, kita hadir ke ceramah Cikgu Azmi. Kita juga pernah pergi ke perhimpunan sejuta umat di Masjid Wilayah, kalau kau masih ingat lah.”
“Kau fikirlah Hanifa, apa yang aku sebut ni bukan pasal aku paranoid, tapi aku bimbang masa depan anak cucu kita ke depan nanti. Sekarang mungkin tak nampak, tapi generasi akan datang yang akan menerima kesannya jika kita tidak bertegas.”
“Jangan ingat status Malaysia sebagai sebuah negara Islam akan terus kekal sampai Kiamat tanpa kita yang mempertahankannya. Dah banyak kerajaan-kerajaan Islam yang dulunya ada, tapi kini dah hilang ditelan arus Kristianisasi.”
“Dulu, Andalus di Sepanyol, adalah sebuah kerajaan Islam yang kuat, tapi di mana mereka sekarang?”
“Dulu, Manila juga adalah sebuah negara Islam yang diketuai oleh pemerintah Islam, tapi kini, apa yang tinggal?”
“Dulu, Vietnam juga adalah sebuah kerajaan Islam, kini apa lagi yang tinggal di sana?”
“Sejarah mengajar kita Hanifa, kalau kita tak ambil pengajaran, esok-esok, kita akan dikenang pula dalam sejarah sebagai sebuah kerajaan Islam yang pernah berkuasa di rantau ini.”
Panjang Furqan menghuraikan tentang sejarah. Hanifa hanya mendengar sambil memasukkan bibirnya ke dalam mulut. Furqan terus memandu di celah-celah kesesakan lalu lintas yang cukup menyesakkan. Melihat Hanifa diam membisu, Furqan membuka siaran radio IKIM bagi mendengar celoteh pagi Luq dan Pian yang sentiasa menceriakan.
Hanifa hanya memandang ke luar tingkap, celoteh Luq dan Pian langsung tidak diendahkannya. Banyak perkara yang difikirkannya. Furqan telah membuka satu ufuk baru pemikiran buatnya pagi ini.
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali (teman rapat, pembela, penyokong, kesetiaan) dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu? [al-Nisa' 4:144]
Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi wali (teman rapat, pembela, penyokong, kesetiaan) dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). [al-Nisa' 4:138-139]

2 comments:

  1. TERIMA KASIH.....Cerpen : PARANOID... Pencerahan yang terbaik buat semua...SYUKUR ALHAMDULLILLAH....

    ReplyDelete
  2. Karna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
    Bonus Deposit Member Baru 100.000
    Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
    Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
    Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
    Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
    Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis

    ERTIGA POKER
    ERTIGA
    POKER ONLINE INDONESIA
    POKER ONLINE TERPERCAYA
    BANDAR POKER
    BANDAR POKER ONLINE
    BANDAR POKER TERBESAR
    SITUS POKER ONLINE
    POKER ONLINE


    ceritahiburandewasa

    MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
    KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
    CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT

    ReplyDelete