Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Blogging from 2008 - ?
Cinta? Maka Berusahalah
Bukan sekali dua aku telah mendengar kisah cinta yang terhalang akibat tentangan ibu bapa. Lebih menyedihkan apabila kedua-dua pasangan telah suka sama suka, menjaga segala adab dan akhlak ketika berhubungan manakala pilihan pula telah dibuat dengan cara yang paling baik, iaitu dengan memilih kriteria agama sebagai kriteria utama.
Lebih menyedihkan apabila alasan yang diberikan oleh ibu bapa, langsung tidak masuk akal, lagak seperti cerita Tamil dan Hindustan gayanya. Cuma pelakonnya bukan Rajinikanth dalam filem Padayappa atau Shah Rukh Khan dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gam sahaja!
Ada satu kes terbaru yang aku dengar, ibunya bakal pengantin wanita menangis-nangis meminta dipulangkan cincin merisik, hanya kerana bakal pengantin lelaki tidak pernah menelefon dirinya dan pakcik-pakciknya sebelum merisik. Arghhh, Apekah?
Ada juga yang aku dengar menolak pinangan kerana alasan darjat, keluarga bakal menantu tidak setaraf, hidup dikampung, rumahnya dhaif, tidak layak untuk anaknya nanti. Padahal tidaklah sedhaif mana, hanya saja dinding rumahnya diperbuat dari kayu. Ye,Ye ini kisah benar, bukan drama swasta ye.
Lebih tipikal lagi apabila perhubungan dicantas hanya kerana berbeza negeri, bukan jauh sangat pun, Terengganu dengan Kelantan je. Alasan yang diberikan kerana pernah sekali ada rakan dari Terengganu bertandang ke rumah, kemudian lupa untuk mengucapkan terima kasih selepas makan tengahari dan mukanya sedikit kelat kerana menahan sakit perut semasa makan.
Generalisasi dibuat mengatakan orang Terengganu semuanya tidak ada adab! Alangkah sedihnya.
Ada juga yang anti dengan negeri-negeri tertentu, misalnya Kedah dan Kelantan atau Kelantan dan Melaka. Ada satu kes yang aku dengar dahulu tatkala pasangan dari Kedah dan Kelantan ini menghadapi pelbagai ujian hanya kerana disangkakan bakal menantu wanita dari Kelantan dan akan merampas anaknya nanti.
Dikatakan bahawa orang Kelantan semuanya jahat! Waduh, waduh, kawe pun orang Kelantan juga wei!
Ada juga ibu bapa yang meletakkan syarat mesti satu kampung, lepas berkahwin mesti tinggal dengan mereka, mesti beli kereta, mesti ada rumah yang sekurang-kurangnya 4 bilik sedangkan bakal menantu baru mula bekerja sebagai guru.
Kalau mensyaratkan bakal menantu mesti telah bekerja selama setahun dan mencapai umur tertentu, itu telah biasa didengar, belum lagi kisah jumlah hantaran yang mengangkasawankan bakal menantu (buat pinjaman dengan biro angkasa le tu)
Kadang-kadang aku gagal memahami apakah yang tersirat disebalik ketidaklogikan alasan penolakan ibu bapa ini, apakah kerana nafsu atau apakah sengaja tidak mahu menerima, lalu diletakkan syarat seumpama syarat pinangan Puteri Gunung Ledang.
Walaubagaimanapun, setidaklogik manapun ibu bapa, tetap tidak ada alasan untuk mendurhakai mereka. Derhaka usah dibalas derhaka, kelak anak kita akan melakukan derhaka yang sama terhadap kita nanti. Tetap tidak wajar untuk kita meninggikan suara, apatah lagi untuk lari dari rumah dan jauh lagi berkahwin tanpa restu dari mereka.
Walau macamana sekalipun, mereka tetap ibu bapa yang telah menjaga kita sejak dari kecil yang harus kita kasihi dan tidak boleh kita mengucapkan kepada mereka walau perkataan “Ah!”.
Jika berdepan dengan masalah-masalah begini, pastinya ia adalah satu ujian untuk menguatkan keimanan, terutamanya jika pemilihan dan niat kita hendak berkahwin tidak lain dan tidak bukan atas dasar untuk menyempurnakan agama.
Pada masa-masa beginilah, seharusnya kita kembali kepada pemilik segala hati-hati, yang maha membolak balikkan perasaan dan menguasai segala jiwa manusia. Duduklah bersimpuh dimalam yang sunyi, mohonlah pertolongan kepadanya agar dipermudahkan segala urusan, mohonlah dengan bersungguh-sungguh, carilah setiap waktu yang mustajab samada pada hari Jumaat atau pada bulan Ramadhan yang padanya ada keampunan dan penunaian segala doa yang baik.
Disamping itu, berikhtiarlah, gunalah segala strategi perbincangan yang baik. Rujuklah buku Stephen Covey, Crucial Conversation dan pelbagai lagi. Berilah hadiah, bawalah mereka melancong dan gunalah apa saja strategi untuk “membodek” ibu bapa agar dapat menerima pilihan hati kita.
Usahlah terlalu cepat kecewa dan berpatah hati, kerana Allah akan sentiasa bersama dengan sangkaan kita yang baik-baik. Jika anda benar-benar cintakan (bukan cinta nafsu ye) bakal pasangan anda dan ingin bersama dengannya kerana Allah, maka berusalah sekeras-kerasnya, buktikan kesungguhan dengan pengorbanan.
Sekeras mana hati ibu bapa, pasti akan ada satu ruang untuk sebuah kelembutan, apatah lagi jika kita telah berdoa dan berikhtiar dengan sedaya upaya.
Namun jika segala doa dan usaha tetap tidak berjaya, terimalah bahawa mungkin bukan dia yang tertulis untuk mu. Ketika itu, bacalah pula buku La Tahzan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hurm, Alhamdulillah, seronok bce blog orang kelantan ni eh. Erm, pasal kahwin nie, ada baiknya kalau kita pilih yang mak dengan ayah kita dah kenal kan sebab nanti senang la urusan bodek membodek, ditambah lagi, perempuan tersebut pakai jilbab labuh dah cukup dengan segala syarat sebagai seorang muslimah yang menyejukkan mata. Amacam?
ReplyDeleteSalam Qamar Munir Al Gundami, hehe
ReplyDeleteTentang kahwin ni, sememangnya elok jika dengan pilihan ibu bapa, dan jilbab yang labuh tentunya satu pilihan yang baik, tetapi dengan syarat semuanya mesti memenuhi kriteria yang satu, itulah baik pengamalan dan penghayatan agamanya...jilbab yang labuh pun masih perlu diperiksa juga...kawe ada satu kisah yang menarik tentang cinta tudung labuh...