Dayus!

Kelmarin aku mengagahkan diri untuk cuba menonton rancangan Adamaya di TV3 yang katanya mendapat rating yang agak baik. Antara satu aspek yang menyebabkan aku terpanggil untuk menontonnya adalah kerana ramai yang memuji watak Adam dalam filem tersebut sebagai seorang lelaki baik, romantik dan penyayang. Bahkan ramai juga yang mengidamkan suami seperti Adam.

Setelah menonton filem itu, sangkaanku meleset, ternyata watak Adam yang dibawa jauh daripada gambaran lelaki hebat seperti yang digambarkan. Bagiku, dia hanyalah seorang lelaki lemah yang gagal mengawal isterinya dari perbuatan-perbuatan munkar atau jika mengikut definisi hadis, ternyata watak Adam setakat siri semalam adalah seorang lelaki dayus!

Sabda Rasulullah S.A.W

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Satu lagi riwayat adalah :

Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Nilaian kebaikan yang digambarkan ternyata tidak tepat dengan neraca kebaikan seorang suami menurut perspektif syarak. Seorang suami yang dapat memelihara diri dan keluarganya dari menjadi bahan bakar api neraka. Tidak wajar sama sekali bagi seorang muslimah untuk mengidam-idamkan seorang suami seperti itu. Sepatutnya idamkanlah seorang lelaki soleh yang dapat membimbingnya ke arah jalan kebaikan. Mungkin watak Khairul Azzam dalam filem Ketika Cinta Bertasbih lebih wajar untuk diidamkan oleh muslimah.

Berhati-hatilah dengan nilai yang dibawa melalui filem-filem atau drama. Ada yang baik, kita jadikan teladan, nilai yang buruk, harus kita pasang penapis tebal untuk kita jadikan sebagai sempadan.

Usahlah mengidamkan lelaki dayus sebagai suami anda wahai muslimah.

5 comments:

  1. Assalamualaikum

    Pada pandangan saya, jalan cerita Adamaya itu keterlaluan. Merendahkan martabat wanita. Sejujurnya ia merupakan karya picisan mungkin hanya sesuai sebagai kudapan ringan bukan santapan berilmiah.

    ReplyDelete
  2. Bukan hanya merendahkan martabat wanita ummusofea, martabat lelaki juga, malu saya melihat lelaki yang tidak berbuat apa-apa kepada isterinya walaupun diketahui lelakinya bercanda dengan lelaki lain hingga ditangkap khalwat.
    "Mak dan ayah tak boleh tahu pasal ni" itu sahaja tegurannya...

    sungguh mangkuk bin hayun...

    ReplyDelete
  3. Setuju.. kebanyakan cerita hanya memainkan perasaan tetapi tidak berdsarkan panduan.

    ReplyDelete
  4. encik hisham..saya tak penah tengok citer ni..sbb mcm tak menarik utk ditonton...a bit stereotype i guess...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..ini pendapat yang sbenar...suami yang membiarkan isterinya melakukan kemungkarana adalah dayus!
    ramai yang tertipu..haih, kesian..
    salam ukhwah, baru terjumpa blog ni..

    ReplyDelete