Mari Berbangga Dengan Mereka (Lifeline4Gaza Diserang!)

Diberitakan bahawa 2 orang telah syahid, manakala 30 lagi telah mengalami luka parah dalam serangan tentera Zionis terhadap kapal Mavi Marmara yang menjadi induk kepada misi kemanusiaan menerobos tembok kematian di Gaza. Untuk makluman, misi kemanusiaan ini telah disertai oleh puluhan NGO termasuklah NGO dari Malaysia iaitu Haluan Palestin dan diketuai oleh sebuah NGO Turki.

Walaupun mereka telah berkali-kali menegaskan bahawa misi ini adalah misi keamanan yang membawa bekalan kemanusiaan serta tidak bersenjata walaupun dengan sebutir paku, namun kebiadapan tentera Israel terserlah apabila live footage yang terbaru menyaksikan komando tentera laut mereka telah menyerbu kapal Mavi Marmara dan mencederakan serta membunuh para sukarelawan yang tidak bersenjata (Pengecut punya komando!). Kelihatan kepungan tentera Israel melalui udara dan laut, juga kelihatan sukarelawan yang telah cedera dan terlihat juga tadi yang telah syahid.

Lihat live steraming disini http://lambaian-islah.blogspot.com/

Mari kita sama-sama berbangga dengan semangat dan keberanian mereka, kerana mereka telah membuktikan janji mereka dengan Allah.

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya),” 33:23

Mereka telah menjalankan tugas mereka, mari kita jalankan tugas kita pula!

No comments:

Post a Comment