Pengecut yang bernama Zionis

Terkini dilaporkan bahawa hampir 30 jiwa telah terkorban syahid manakala puluhan lagi mengalami kecederaan dalam serangan oleh tentera laut Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang membawa misi dan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza yang tertindas. Tindakan Zionis Israel ini benar-benar telah melampaui batas dan pengecut kerana melakukan serangan terhadap konvoi keamanan yang tidak bersenjata.


Dilaporkan juga bahawa ada antara ahli konvoi ini adalah kanak-kanak dan juga orang tua dan sebilangan wanita yang ikhlas untuk membantu meringankan beban masyarakat Gaza yang sekian lama terkepung. Terbukti kini bahawa Israel telah melanggari batas-batas kemanusiaan dan hak asasi manusia apabila melakukan serangan ketika konvoi masih berada di perairan antarabangsa. Ketika ini dilaporkan bahawa Israel telah merampas sebahagian daripada flotilla yang membawa bekalan dan mengheretnya ke pelabuhan Haifa.

kita harus mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kekejaman diluar batas kemanusiaan ini dan saya menyeru agar umat Islam seluruhnya untuk mengutuk tindakan ini dan menitipkan doa buat konvoi keamanan ini agar segala urusan mereka dilindungi oleh Allah, Tuhan semesta alam.

No comments:

Post a Comment