Dari kiri : Nenek, Ma, Ibu Humaira dan Humaira, gambar ketika raya di Klang
Jika kita rasa kita insan yang malang kerana punya Ma yang garang, ingatlah
Kita masih punya Ma untuk dirangkul dan dipeluk tubuhnya
Kita masih punya Ma untuk kita cium tangannya
Kita masih punya Ma untuk kita tatap wajahnya.
Kita masih punya Ma yang masih tega memasak makanan istimewa untuk kita walau tika sakit dan demamnya.
Kita masih punya Ma yang sentiasa prihatin akan masa depan kita.
Kita masih punya Ma untuk kita berbual-bual dengannya.
Kita masih punya Ma untuk kita gembirakan hatinya
Kita masih punya Ma untuk kita hulurkan hadiah kita kepadanya
Kita masih punya Ma yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kesihatan kita walau dimana kita berada
Kita masih punya Ma yang sentiasa akan menyayangi kita sepenuh jiwa
Walaupun leterannya kadang-kadang memedihkan telinga, walau apa jua ketidaksetujuannya atas tindakan kita, walaupun apa jua kekurangannya, dia tetap Ma kita yang harus kita sayangi, cintai dengan sepenuh hati.
Hargailah Ma kita, sementara dia masih ada, kerana haruman syurga tidak akan hadir tanpa keredhaan seorang insan bernama
Ma
No comments:
Post a Comment