“ ...... read
an article Video Achik Spin kemalangan.”
“ ...... read
an article Badan terputus dua tapi masih hidup”
“ ...... read
an article Super Model Olivia jadi hitam”
“ ...... read
an article Inilah nikmat orgasme”
" .... read an article Selebriti telanjang"
" .... read an article Selebriti telanjang"
Beberapa
minggu kebelakangan ini, saya kehairanan tatkala membaca newsfeed teman-teman. Banyak
berita pelik dan adakalanya tidak senonoh yang kelihatan seperti ‘dibaca’
secara online melalui website-website tertentu, antaranya dailymotion dan
Yahoonews.
Apakah
ini virus atau sememangnya ada yang telah termasuk dalam perangkap pendedahan
privasi melalui facebook?
Saya
tidak mengetahui bagaimana dan setakat ini tidak berminat untuk mengetahui
lebih lanjut tentangnya. Kadang-kadang rasa malas nak buka facebook akibat ada 'update' sebegini.
Cuma,
nasihat saya, berhati-hatilah ketika hendak klik ‘like’, ‘share’, ‘download’, ‘install’
atau ‘accept’ apa jua ‘application’, terutamanya ‘third party application’ yang
kelihatan meragukan dan banyak memaparkan berita-berita sensasi dari sumber
yang entah dari mana.
Khuatir,
bukan sahaja bacaan pelik, tak senonoh dan cabul yang dipaparkan, tapi maklumat peribadi kita juga
turut dicerobohi. Dalam zaman langit terbuka dan generasi Web 2.0 yang penuh kekaburan, kita
harus berhati-hati dua kali ganda.
Namun,
satu perkara yang pasti, jika kita berjaya menyembunyikan bacaan dan tatapan
kita dari pengetahuan rakan-rakan yang lain, tidak ada yang mampu
menyembunyikan apa jua yang kita lakukan dari Allah dan dari catatan malaikat
yang mencatat.
Dan
diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan
terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai
celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak
(pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah
mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang jua
pun". (Al Kahfi:49)
Kita
mungkin mampu bersembunyi dari manusia.
Tapi
mampukah kita bersembunyi dari Allah?
Sesal
di dunia, pendapatan, sesal di akhirat, menyesal tak sudah.
p/s:
1. Sengaja saya letak tajuk sensasi, nak tengok reaksi dan respon pembaca, jangan marah ye :-p, pis!
2. Kalau ada yang nampak yang pelik-pelik dari saya, khabarkanlah ye.
1. Sengaja saya letak tajuk sensasi, nak tengok reaksi dan respon pembaca, jangan marah ye :-p, pis!
2. Kalau ada yang nampak yang pelik-pelik dari saya, khabarkanlah ye.
No comments:
Post a Comment