Akhawat Syadid Bom Bom!



“Ana tak minatlah dengan akhawat yang dicadangkan tu.” Luah Aiman dengan wajah sugul.

“Kenapa tak minat?” Saya bertanya, ringkas.

“Akhawat tu nampak ‘syadid’ (baca: ganas, keras, tegas) sangat, tak minatlah akhawat yang begitu. Saya lebih suka orang yang ceria.” Jelas Aiman, selamba.

“Macamana anta tahu akhawat tu ‘syadid’?” Tanya saya lagi, kehairanan.

“Yelah, kalau terserempak di Uni, masam aje mukanya. Dalam mesyuarat pun tak ada nak berlawak jenaka, keras dan kering je nampaknya.” Balas Aiman, juga dengan wajah selamba membuatkan ketawa saya pecah berderai.

“Hahaha!”

“Kenapa Abang Sham gelak?” Aiman bertanya dengan wajah penuh tandatanya. Mungkin tidak faham apa yang menggelikan hati saya.

“Laa, akhawat memanglah begitu depan ikhwah, tapi sama-sama ‘depa’, tak ada ‘bom-bom’ (istilah digunapakai sesetengah ikhwah untuk akhawat yang kelihatan syadid) dan ceria je, lepas kahwin nanti, insyaallah lebih ceria.”

“Abang Sham tak ada masalah pun Aiman nak tolak atau terima, sebab ia adalah antara keputusan hidup Aiman yang paling penting, dan implikasinya membawa hingga akhirat.”

 “Cuma Abang Sham kena jelaskan agar Aiman faham. Depa begitu depan ikhwah sebab nak jaga pandangan, nak jaga kelunakan suara agar tak menggamit bisikan syaitan pada hati lelaki yang mendengar suaranya.”

“Takkanlah akhawat yang ditarbiah anta nak ‘expect’ macam orang lain kot, depa ada sifat malu dan kehormatan yang perlu dijaga dengan bersungguh-sungguh sebelum akad nikah.”

“Bahkan, akhawat yang menjaga kehormatan, menundukkan pandangan, menjaga suara dan pergaulan adalah jauh lebih baik dari mana-mana wanita yang tidak menjaga perkara-perkara asas yang Abang Sham sebutkan tadi.”

“Sebabnya, jika sebelum kahwin mereka boleh menjaga diri dari tidak bergaul bebas dan ceria dengan mana-mana lelaki dan menjaga apa yang sepatutnya dijaga, Insyaallah lepas kahwin depa akan lebih menjaganya.”

“Kalau kat rumah Abang Sham tu, masa berprogram sesama mereka, ceria seperti biasa sahaja mereka ni, depa cuma ‘sombong’ dengan lelaki je. Insyaallah, ‘sombong’ mereka dengan lelaki bukan mahram adalah sombong yang baik dan diberkati, sebab ia ‘sombong’ yang dianjurkan oleh agama.”

“Sebab itu, untuk mencari calon yang baik, bukan dengan mengenali dirinya secara terus, berhubung dan berkomunikasi dengannya tanpa batas. Keluar bersama dengan alasan untuk mengenali hati budi sebelum menjadikannya teman sejati. Cara itu amat tidak bermaruah.”

“Tidak bermaruah kerana kita tidak menghormati kehormatannya sebagai seorang wanita dan mendatangkan dosa dayus pada ayah yang menjaganya sejak kecil.”

Saya menjelaskan situasi sebenar dengan tegas. Walaupun mudah, tapi ramai ikhwah yang tersalah tafsir perkara mudah ini.

Aiman masih kelihatan selamba. Wajahnya memang begitu. Tapi saya yakin dia memahami.

“Ok, faham-faham. Nak tanya satu soalan lagi boleh tak?”

“Apa dia? Tanyalah.”

“Tak apa ke kalau kita memilih akhawat yang wajahnya elok dipandang mata sebagai bakal teman hidup? Apakah itu dianggap sebagai mengutamakan nafsu berbanding agama? Soal Aiman.

Saya tersenyum mendengarnya. Banyak kali saya ditanya dan banyak kali juga saya menjelaskan tentang perkara ini. Kali ini harus mengulangnya sekali lagi.

“Oh! Fitrah manusia memang suka kepada sesuatu yang cantik, tak ada masalah pun jika kita memilih, cuma jangan jadikan ia kriteria utama.”

“Banyak kali Abang Sham sebut, kecantikan seorang wanita bukanlah letaknya pada wajah yang menawan walaupun menjaga penampilan dalam dan luar itu amat penting, kerana selepas berkahwin, kita akan rasa biasa sahaja dengan wajahnya yang putih melepak lepak.”

“Pengalaman Abang Sham sendiri, bahagianya sebuah rumahtangga dan keistimewaan seorang isteri bukan terletak pada wajahnya yang cantik, tapi pada akhlaqnya yang mulia, dan ilmunya yang berharga walaupun rupa dia sederhana. Percayalah, selepas setahun berkahwin, kita akan lebih menghargai akhlaq dan kesungguhannya menjaga rumahtangga berbanding wajahnya yang mungkin nampak ‘masam mencuka’ semasa kita melihatnya dijalanan sebelum berkahwin.”

“Jangan terkejut kalau Abang Sham katakan ada ikhwah yang mengalami masalah cemburu buta bila berkahwin dengan wanita yang cantik ‘super’.”

“Bukan tak boleh cari yang cantik. Cumanya kena cari ‘balance’ antara hawa (nafsu) dan taqwa, jangan nafsu yang memandu, tapi biar taqwa yang menjadi juara.”

“Memilih perempuan ada orang kata seperti memilih kereta. Ada yang cantik bergaya, tapi tidak praktikal kerana mahal ‘maintenance’nya, ada yang praktikal, tapi tidak lah bergaya mana, ada yang seimbang, cantik dan praktikal. Paling baik jika kita dapat yang seimbang dan sesuai dengan keperluan dan kemampuan kita.”

“Abang Sham cuma beri panduan sahaja, kerana wanita adalah makhluk asing penuh misteri yang akan kita kenali hanya selepas kita berkahwin dan duduk bersamanya. ‘Basically, what you see is not what you will get’.”

“Terpulanglah pada Aiman. Pilihlah dengan ilmu, bukan nafsu.” Saya mengakhirkan penjelasan.

Aiman mengangguk-angguk perlahan. Wajahnya masih selamba. Moga ada sesuatu yang dapat dipelajarinya hari ini.

Memilih pasangan tidak dapat dinafikan adalah urusan yang amat penting, tapi bila terlalu ‘gedik’ dalam memilih dan terlalu mendamba sempurna dalam segalanya akan mendatangkan banyak masalah. Apatah lagi jika nafsu yang menjadi asas, bukan ilmu.

Berkahwinlah kerana ingin membina ummah, bukan kerana ingin berbangga-bangga dan memuaskan hawa nafsu semata-mata.

Pada pilihan yang kita buat, ada tanggungjawab besar yang harus dipikul.

“Great powers come with great responsibility”

13 comments:

  1. adeh. lain kali tak mau la sembang dgn abg sham. nanti masuk blog lagiii :P

    Syahr

    ReplyDelete
  2. Gambar kt atas tu xbley blah..hehe

    ReplyDelete
  3. Aseef. Tp terkadang muak dgn perangai sesetengah ikhwah ttg hal-hal berkaitan BM. (Bukan telahan semata2 tp b'dasarkan pengamatan dan pengalaman). Kadang2, tak nampak beza ikhwah yang ditarbiyyah dgn lelaki yg belum disapa tarbiyyah dlm hal pemilihan calon masing2. Mgkin penulis patut juga b'kongsi ttg perangai ikhwah yg hebat b'bicara @ b'gurau senda ttg BM tp tak berani utk mengorak lgkah ke arah membina baitul muslim atas kemaslahatan ummah. Moga tiada yg memandang sinis bila isu BM disebut2 seorg ikhwah. bila BM dijadikan gurauan di FB. Apa2 pun pendapat ana, ikhwah bukan segala2nya. Apa padangan penulis? Drpd kaca mata seorg ikhwah, perlu ke akhawat menunggu ikhwah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Salam,

      Terima kasih atas komen,

      Biasalah, ikhwah juga manusia yang punya hati dan perasaan dan tidak semuanya 'sepesen' je, ada macam2 ragam. Sebab itu tarbiah itu penting. Kalau dah sempurna segalanya, tak perlu lagi ditarbiah.

      Perlu ke akhawat tunggu ikhwah?

      Pada pandangan saya, kalau ada seorang lelaki yang baik amalan agamanya masuk meminang dan pada masa yang sama tidak ada 'ikhwah' yang menyunting, proceed je, apatah lagi jika umur dah mencecah 25 ke atas. Susah sekarang ni dalam keadaan jumlah ikhwah yang tidak banyak.

      Apapun, banyakkan istikharah dan istisyarah.

      Delete
    2. Salam. Pendapat saya, mengenai pergurauan BM ini lebih bertujuan utk menggalakkan/mengingatkan. Malah pernah juga saya tengok ikhwah yang sudah berkahwin pun melakukan perkara yang sama, x silap penulis sendiri pun ada melakukannya secara sengaja atau x sengaja melalui fb. Details pasal gurauan x de pun dikeluarkan(contohnya siapa orang yg terlibat) Walaubagaimanapun, perkara ini sangat sensitif bagi akhawat.Malah setakat ini pun x pernah nampak wanita (orang yang x dapat tarbiah pun) bergurau senda pasal nie melalui sbb fitrah seorang wanita pemalu, tambah2 lagi pasal BM. Apabila ikhwah dapat bersembang pasal ini, bermaksud adanya perubahan yang positif bagi ikhwah kerana bukan setakat mengingatkan, malah menggalakan ikhwah utk berkahwin.

      Perlu ke akhawat tunggu ikhwah?
      Kadang2, akhawat cari ikhwah pun bagus. Cuba baca semula kisah zaman Rasulullah dimana Khadijah sendiri merisik dan meminang Rasulullah. Jadi apa salahnya perigi mencari timba? Saya memang sangat hormati akhawat yang ada keberanian seperti ini. Ada je jumpa ikhwah yang menunggu akhawat melamarnya atau mendorongnya utk berkahwin.

      Bykkan istikharah

      Delete
  4. assalamualaikum,

    insyaAllah, ana boleh jamin tak semua ikhwah berfikiran sedemikian. mungkin bagi mereka, tahap tarbiyah mereka tidak semantap, sekufu, setanding, seiring akhawat yang dia menaruh harapan. boleh bayangkan kalau isteri sudah hafal juzuk 30 tetapi si suami tergagap-gagap dengan surah an-naba', at-muthoffifin? kami mengaku, sebagai lelaki kami mempunyai ego yang tinggi tambahan pula tugas kami sebagai khalifah keluarga. mungkin salah kami yang silap persepsi terhadap para akhawat. sejujurnya, kami tidak ada niat langsung untuk meremehkan soal BM malahan kami sebolehnya mahu melangkah ke tahap seterusnya, menaiki tangga maratib amal.

    mungkin akhawat akan berkata, "habis tu, kenapa tak persiapkan diri? menunggu mukjizat dari langit?"

    tidak. ada dari yang kami serious dan komited untuk upgrade diri kami, tambahan pula, menaiki maratib amal ini sebagai pemangkin kami untuk berbuat demikian. apabila sebut saja kahwin, kami terdorong dengan sendirinya untuk membaiki diri, semua dengan niat untuk melayakkan diri kami untuk bergelar seorang suami yang soleh dan mampu memuslehkan baitul yang ingin di bina kelak.

    comel, cantik, kaya, pandai, pandai masak, urut, iron baju ke ape ke.. semua tak kekal.

    bak jawapan al-khawarizmi bila ditanya mengenai wanita..

    Jika wanita solehah dan beragama = 1
    Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
    Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
    Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
    Tetapi jika yang ’1′ tiada…
    Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok ‘0’.

    ana harap antumna dapat maafkan sikap segelintir dari kami yang kebudak-budakan, atau seperti tidak mendapat tarbiyah.

    seeloknya kita berlapang dada dalam setiap kejadian.

    walaupun kelihatan seperti mentah dan tidak memahami, tetapi realitinya sekurang-kurangnya ikhwah semua berusaha untuk memperbaiki diri dari hari ke hari. bukankah itu konsep tarbiyah yang kita cuba sampaikan selama ini?

    untuk survival dakwah kita, ana harap antum semua mengerti dan memahami peri pentingnya urusan perkahwinan antara ikhwah dan akhawat.

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Apa yang penting, kita bukan robot, bukan juga keldai.

    KITA MANUSIA :)

    ReplyDelete
  6. salam

    saya just bagi sedikit pendapat sebagai masyarakat umum. saya tahu serba sedikit tentang hal2 BM ni

    1. Kita semua kena ingat yg org yg kita kahwini itu ialah manusia biasa bknnya malaikat.Setiap org ada pilihan dia. Perkara kahwin ni benda besar, org y akan hidup dengan kita selama-lamanya..iA.
    2. Saya xrasa pihak perempuan hanya melihat agama apabila memilih calon suami. Mesti tengok jugak riak wajah,n fizikal calon suami, so saya xrasa pihak perempuan boleh ckp begitu pd pihak lelaki
    3. Perkara ini hanya luahan perasaan seorg lelaki kpd Naqib dia dan dia xhebahkan pada sesiapa. Hanya perbinangan antara dia as lelaki dgn naqib dia.
    4. saya rasa pihak perempuan pun ada komen2 psl bdak2 laki mcm ni kan? ke xde?
    just pandangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perempuan lebih-lebih lagi akhawat selalunya memang tak ambil kisah tentang rupa lelaki. seriously. biasa je kte tengok kat mana-mana, perempuan cantik berpasangan dgn lelaki yg tak berapa nak cntik.

      perempuan khususnya akhawat akan melihat pada sikap, peribadi dan tanggungjawab pd lelaki tu, selain drp memilih yg beragama. wallahua'lam

      *ana seorg akhawat

      Delete