“Ada
juga pencacai UMNO komen kat sini ye, jenis tak faham bahasa sungguh, dia mana
tahu apa yang berlaku!” Komen seorang peserta BERSIH yang baru balik dari
demonstrasi dalam laman facebook.
“Korang
semua ni memalukan bangsa sendiri! Semua dah diperkudakan oleh Ambiga dan
Anwar!” Komen seorang lagi dengan penuh bersemangat.
Akhirnya,
komen jadi beratus-ratus, dengan bahasa yang kesat dan kasar, boleh gila jika
dilayan semuanya.
Satu
perkara yang saya pasti adalah tidak semua yang pro BERSIH adalah pro PR dan
taksub kepada Ambiga dan Anwar Ibrahim, sepertimana tidak semua yang anti
BERSIH adalah pencacai atau penyokong UMNO/Barisan Nasional.
Ada
yang turun ke perhimpunan BERSIH kerana telah amat muak dengan politik lucah,
pembaziran wang kerajaan, penyelewengan-penyelewengan yang dilaporkan dan ingin
menghantar mesej jelas kepada parti pemerintah agar segera berubah.
Ada
penyokong tegar PR yang anti dengan cara BERSIH kerana tidak suka cara demonstrasi
jalanan dan kekacauan yang ditimbulkan akibat provokasi yang datang entah dari
mana. Tidak kurang juga yang kurang senang kerana Ambiga yang menjadi kepalanya
dan golongan LGBT dan liberalis yang berselindung di sebaliknya.
Setiap
kelompok mempunyai hujah dan cara fikir yang tersendiri.
Namun,
meletakkan generalisasi bersifirkan formula ‘If you are not with us, then you
are against us’ yang dipopularkan oleh George Bush ketika melancarkan perang
terhadap Afghanistan pasca Black September adalah satu kesongsangan pemikiran
yang akan hanya membuahkan dendam dan pertikaian yang tidak akan pernah padam.
Lebih
malang kerana biasanya, yang akan kekal bertelingkah adalah 2 golongan muslim
yang menyangka bahawa mereka berada di atas jalan yang benar. Kedua-duanya
ikhlas dan komited dalam perjuangan masing-masing.
Masalah
yang akan timbul bila kita terlalu asyik dalam kelongsong pemikiran begini
adalah kita akan sentiasa mencari-cari bukti untuk membenarkan kelompok kita
dan menyalahkan kelompok satu lagi.
Kelompok
BERSIH menyiarkan video polis membelasah dan melanggar demonstran.
Kelompok
anti BERSIH pula menyiarkan video provokasi oleh demonstran dan serangan
terhadap kereta polis.
Ada
juga yang melihat sampah yang bertaburan dan mengatakan
“Tengok
geng BERSIH, mengotorkan bandaraya kita yang indah!”
Balas
geng BERSIH pula,
“Bila
disembur dengan water cannon, bertempiaran kami lari hingga bertaburan apa yang
ada ditangan.”
Akhirnya
ia akan bersambung-sambung sambil disaksikan oleh syaitan yang bertepuk tangan.
Tanpa
mengira kredibiliti sumber yang dikongsi, semua berbalah dan menegakkan
kebenaran atas asas yang tidak pasti.
Masing-masing
melihat kebenaran dari kacamata ‘kebenaran’ yang telah didefinisikan di dalam
kepala bukan kebenaran yang sebenarnya berlaku. Melihat dari perspektif
kacamatanya sendiri.
Akhirnya
kedua-duanya berdebat dengan komen dan kata-kata beracun yang mungkin lebih
memedihkan mata berbanding gas pemedih mata.
Berbalah
dan berbalah seolah tiada lagi hari esok, masing-masing ingin membuktikan
bahawa ‘akulah yang benar!’.
Hari
ini mungkin berbalah di fb, youtube dan twitter, esok lusa mungkin bertumbuk di
medan terbuka, minggu depan mungkin jadi perang saudara.
Lebih
malang bila yang terlibat adalah dari kalangan para pendakwah.
‘Beware
of your thoughts, it may become your action’
Jadi
apa kena mengena dengan BERSIH dan BUDU?
Keduanya
akan dipandang dengan perspektif yang berbeza. Ada yang mengatakan BUDU itu
sedap, namun ada juga yang jijik dengannya. Ia amat bergantung kepada latar
belakang pendidikan dan tarbiah kehidupan yang dilalui oleh seorang individu.
Mengatakan
mereka yang makan BUDU itu semuanya pengotor adalah satu kesilapan yang akan
hanya mengundang kemarahan ramai rakyat Kelantan. Apatah lagi jika dihukum
semua rakyat Kelantan sebagai pengotor kerana BUDU berasal dari Kelantan. Tidak
semua orang Kelate make budu mu tahu dop?
Begitu
juga dengan yang mengatakan mereka yang tidak makan BUDU itu sebagai tidak
kenal nikmat dunia dan tidak punya semangat patriotik, itu juga satu poin yang mungkin benar,
namun tidak adil jika kita memukul rata semuanya berdasarkan selera dan
kefahaman kita sahaja.
Jika
selamanya kita bertelingkah atas perbezaan, maka hingga kiamat kita tidak
menemui jalan persamaan.
Bukan
tidak boleh berbeza, namun biar perbezaan itu ditangani dengan penuh bijaksana,
hujah dibalas hujah, dalil dibalas dalil, fakta dan statistik juga dibalas
dengan fakta dan statistik. Sumber yang ingin dikongsi juga perlu jelas dan
punya kredibiliti. Jangan dicedok sahaja dari mana-mana sumber yang memang
terkenal dengan sampah dan kebusukannya.
Berbeza
tidak mengapa, namun biar perbezaan itu ditangani dengan ilmu, kesantunan budi
dan kebijaksanaan, bukan dengan emosi, kebodohan dan prasangka.
Orang
beriman itu kan bersaudara.
Senyum
sokmo!
Isu yg di bangkitkan seharusnya di beri penyelesaian munasabah selepas Bersih 2.0 jika ada ikhlas. Kerana di kala itu tidak kurang daripada 100,000 rakyat sudah meluahkan rasa mohon perubahan dari sistem yg kotor kpd yg lebih bersih dan elok. Namun apabila sistem yg kotor mau di kekalkan atau tiada usha ikhlas dijelmakan untuk menangani tuntutan yg dibuat, maka Bersih 3.0 pun lahir sebagai kesenambungan usha mohon perubahan ini. Its only natural.
ReplyDeleteCumanya pabila tidak kurang drp 300,000 rakyat peduli yg keluar drp kepompomg selesa untuk sama2 mengexperesi duduk dan bantah pada kekekotoran sistem yg ada, masih dianggap tidak releven, itu yg sedih. Yg timbul ialah rakyat memberontak. Yg timbul adalah cobaan gulingkan kerajaan. Yg di highlight rakyat bantai polis. Seolah2nya Bersih 3.0 tidak dipandang sebelah mata oleh pemerintah? Demokrasi yg amat jauh dari matang dan gentleman rasanya. Cakap tidak serupa bikin. Masih berlindung pada propaganda media berat sebelah. Rakyat yg bodoh. Namun di sana ada juga rakyat yg tidak bodoh. Rakyat yg tidak bodoh akan peka untuk mencetus perobahan, insyaAllah.
Salam,
DeleteSaya tidak ingin mengulas panjang isu BERSIH ini kerana saya yakin telah amat ramai yang mengulasnya.
Ye, saya setuju dengan tuntutan-tuntutannya dan saya yakin anda juga telah menonton video debat Khairy vs Ambiga yang menjelaskan beberapa perkara yang penting tentang tuntutan-tuntutan ini.
Namun untuk mengatakan majoriti rakyat bersetuju dengan perhimpunan BERSIH, saya fikir telahan demikian mungkin kurang tepat kerana tidak kurang juga majoriti senyap yang marah dengan kekacauan yang berlaku di ibukota.
Kelompok ini mungkin adalah jauh lebih besar jika dibandingkan dengan jumlah 300000 yang turun berdemo yang mungkin hanya mewakili 4% atau 5% dari jumlah keseluruhan pengundi yang mungkin adalah mereka yang sememangnya pasti akan mengundi PR dalam pilihanraya nanti.
Ye, kita boleh marah dan menyalahkan media, namun selagi mana kelompok besar yang mungkin terdiri dari banyak dikalangan masyarakat luar bandar ini masih dengan kefahaman lama iaitu tidak ingin berfikir di luar kotak politik bagi mencetus angin perubahan yang lebih besar di Malaysia, dan amat kurang usaha-usaha yang dibuat untuk menanganinya, kemenangan mungkin masih menjadi milik parti pemerintah sedia ada.
Wallahua'lam.