Kontrol Macho

Semester baru kini bermula semula di UUM, jalan-jalan yang dulunya sepi kini meriah kembali, pelbagai ragam dan warna warni pelajar baru dan lama mewarnai kampus hijau yang indah ini. Semester ini, aku kembali mengajar subjek Pakej Pengaturcaraan Perakaunan dan juga subjek lama iaitu Pengurusan Sistem Maklumat Perakaunan.

Kembali mengajar subjek ini, mengimbau nostalgia, subjek ini yang dilakarkan silibusnya oleh aku 5 tahun adalah subjek pertama pengajaran sekembalinya dari pengajian Ijazah lanjutan pada 2003. Masih lagi aku ingat pelajar-pelajar seperti Zulfikri, Ariff, Islahuddin, Jalwati, Radin, Rilawati dan ramai lagi yang menjadi kumpulan pertama pelajar dibawah kendalianku.

Subjek ini diberi nafas baru semester ini, setelah sekian lama bersama Visual Basic 6.0, kali ini kami akan menggunakan Visual Basic 2008, Access 2007 dan Crystal Report sebagai tools utama dalam subjek ini.

Penggunaan tools baru, kenangan nostalgia membuatkan aku cukup bersemangat untuk mengajar semester ini.

Jam 10 am, dengan penuh dedikasi aku masuk ke kelas di lab fpk 6, setelah “menghalau” pelajar “pure akaun” yang tidak dibenarkan mengambil subjek ini semester ini, aku memulakan sesi pengenalan dan pengajaran dengan penuh semangat.

Tanpa disedari, 40 minit masa berlalu, setelah selesai penerangan seperti biasa aku bertanya kepada pelajar.

“Ok class, is there any question before I move on to our next agenda for today?”

Tiba-tiba seorang pelajar mengangkat tangan.

“Sir, I think you got the wrong class, this is System Analysis & Design not Programming”

Hah! Sudah, getusku dalam hati

Dengan selamba aku berkata kepada pelajar tersebut

“Are you sure?, because I’m 100% confident that I’m in the right place at the right time”

“We are sure sir” 2 3 orang pelajar menambah lagi.

If that’s the case, I’m sorry and I’ll check back my schedule” aku bersuara perlahan dengan wajah yang “control macho”

Perlahan-lahan aku keluar, selang beberapa meter aku melangkahkan kaki dari makmal, terdengar beberapa pelajar sedang ketawa.

Sampai di bilik, aku melihat kembali jadual, rupanya kelasku pukul 12 bukan pukul 10.

“Cisss!”

9 comments:

  1. Semangat betul lecturer ni! :P Semoga api semangat mu akan terus membara dan menyerap ke seluruh anak bangsa, Amin...(Actually memang seronok dapat sebarkan ilmu ni...)

    ReplyDelete
  2. Tu terlebih semangat punya pasal le tu...silap masuk kelas..

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Mantop akh.. Sampai datang awal 2 jam..

    ReplyDelete
  4. rmi budak2 fpk tahu pasal ni..hehehe. cepat btol tersebar..hahah.sabar ea encik:P

    ReplyDelete
  5. Bestnyer...
    bagus ar encik..bersemangat..nape lar bukan kite orng yg ade kat c2...

    hehhehehe

    ReplyDelete
  6. salam...
    aduyai...dah la siap halau menghalau...tp xpe..
    br ade pngalaman manis.kan3..

    ReplyDelete
  7. salam en hisham..

    sgt cute kisah ni. bgsla en lebih bersemangat daripada biasa. at least dpt gak en share something with those student. 40 min tu... mesti byk yg en cerita. miss ur class time!

    ReplyDelete