“Apa pendapat
Abang Sham tentang kahwin masa belajar?” Tanya seorang anak muda kepada saya
baru-baru ini.
“Pendapat?
Pendapat macamana?” Seperti biasa, saya akan bertanya semula untuk mencari
kepastian bagi memberi jawapan yang terbaik.
“Yelah,
ada yang kata kahwin masa belajar ni baik, boleh menundukkan pandangan,
mengurangkan budaya ‘couple’ dan lebih memberi ketenangan pada hati. Nak lah
dengar pendapat Abang Sham pula.” Jelasnya.
“Hmmmmm
…” saya berfikir panjang sebelum memberikan jawapan, cuba mengolah sedikit
pengalaman menjadi sebuah jawapan.
“Sebenarnya,
dalam membincangkan persoalan kahwin sebelum atau selepas belajar, ia tidaklah
semudah yang disangka, kerana perkahwinan itu sendiri bukanlah satu benda yang
mudah. Tidak ada jawapan mudah dan mutlak yang boleh diberikan. Tidak ada satu
solusi yang pasti akan berkesan oleh setiap orang. ‘There’s no one size fits
all’, kata orang.” Saya memulakan bicara.
Wajahnya
saya tenung dalam. Saya tidak mahu melunturkan semangat anak muda untuk
berkahwin, namun tidak juga saya ingin mereka melulu dan terburu-buru kerana
natijah perkahwinan tanpa persediaan adalah amat bahaya.
Kalau
buang bayi dan gejala ‘couple’ adalah natijah dari perkahwinan yang disusahkan,
statistik perceraian yang makin meningkat oleh pasangan muda, rumahtangga yang
berantakan, suami pukul isteri, isteri pukul suami, kelaku curang oleh pasangan
dan anak-anak kecil yang diabaikan adalah natijah dari perkahwinan tanpa
persediaan.
Saya
cuba mengingat semula kisah teman-teman dan pelajar-pelajar saya yang berkahwin
semasa belajar yang saya kenali di universiti. Walaupun saya sendiri tidak
punya pengalaman berkahwin ketika belajar, namun sekelumit pengalaman melihat
mereka yang telah melaluinya, ada beberapa perkara yang saya rasakan anak muda
perlu pertimbangkan sebelum membuat keputusan.
“Ada
yang berkahwin semasa belajar, pelajarannya meningkat dengan cemerlang,
kehidupannya bertambah baik dan rezekinya juga melimpah-limpah. Ada seorang
teman semasa Abang Sham belajar dulu, dari biasa-biasa, mendapat inspirasi luar
biasa selepas berkahwin, prestasinya meningkat hingga mencapai kelas pertama.”
“Namun
ada juga yang selepas berkahwin, prestasi pelajaran merosot teruk, hingga
akhirnya kedua-dua pasangan tercicir dari universiti.”
“Ada
yang selepas berkahwin, ‘maintain’ seperti biasa, namun berubah menjadi lelaki
yang lebih matang dan bertanggungjawab. Walaupun prestasi pelajaran tidaklah
meningkat, tapi melihat kematangan dan sifat tanggungjawabnya yang semakin
hebat disebalik banyak dugaan yang melanda, sifat tabah yang terbina selepas
perkahwinan semasa belajar, kekal sebagai warisan hidup yang cukup bernilai
bagi diri dan orang lain yang memerhati kisah hidupnya.”
“Ada
juga yang selepas berkahwin, semakin ‘gedik’, lupa diri dan pasangan, hingga
akhirnya rumahtangga yang baru dibina, berantakan jadinya. Walaupun ketika
bercinta seperti belangkas, namun selepas berkahwin beberapa tahun, akhirnya
bercerai talak tiga walaupun baru mempunyai anak kecil.”
“Banyak
lagi kisah sebenarnya ….”
Saya
menarik nafas, mencari mutiara di sebalik butir bicara. Menyampaikan pesan
bagai menarik rambut di dalam tepung. Moga tidak ada hati yang tercedera.
“Setiap
orang punya kisah dan pengalaman yang tersendiri, dipengaruhi oleh karakter dan
faktor kehidupan yang berbeza-beza. Tidak adil jika kita mengiktiraf hanya satu
solusi pada soalan yang punya seribu jawapan.”
“Maksudnya,
untuk menjawab persoalan, bagus atau tidak kahwin semasa belajar, atau pada
usia berapa paling elok untuk berkahwin, Abang Sham tidak ada satu jawapan
mutlak yang boleh diberikan.”
“Ada
yang mungkin usianya baru 18 tahun, tapi kematangan dan kudrat usahanya untuk
bersedia dan bersabar dalam menempuh cabaran-cabaran rumahtangga, bagai lelaki
yang berusia 30 tahun. Ada pula yang berusia 25 tahun, tapi kematangan masih
seperti kanak-kanak ribena, hendak makan minum pun, masih bergantung pada kedua
ibu bapa.”
“Cuma,
sekelumit pengalaman Abang Sham dalam rumahtangga, dan bila melihat kisah saudara
mara, sahabat handai dan masyarakat sekeliling dalam mengharungi arus kehidupan
berumahtangga, Abang Sham merasakan bahawa dalam melangkah untuk membina
rumahtangga, anak muda tidak perlu terlalu terburu-buru.”
“Maksudnya,
kena pastikan dulu diri telah cukup kesungguhan dan usaha untuk bersedia dari
segi fizikal, mental dan material.”
“Ilmu
rumahtangga mesti sedikit sebanyak ada di dalam dada, jangan hanya berpada
dengan kursus perkahwinan yang hanya sehari dua.”
“Kena
tahu apa yang boleh disebut apa yang boleh disebut, apa yang tidak boleh, apa
yang boleh dan tidak boleh ketika haidh dan nifas, talaq dan jenis-jenisnya,
apa itu zhihar, nafkah yang wajib diberi suami, hak-hak dan tanggungjawab, ilmu
mendidik anak sedikit sebanyak dan pelbagai lagi.”
“Jangan
terkejut kalau Abang Sham kata ada yang tidak tahu mandi wajib walaupun telah
berbelas tahun kahwin!”
“Banyak
sebenarnya yang kita kena tahu, dan proses menuntut ilmu ini mesti perlu
diteruskan walaupun telah lama berumahtangga. Bukan sekadar tahu, tapi biarlah
tahu yang mampu mencetus amal.”
“Duit
juga perlu ada, tidaklah banyak, tapi kena bersedia untuk kelengkapan rumah dan
belanja-belanja luar jangka. Bila berkahwin, kena pastikan ada usaha dan
kemahiran untuk menampung makan minum isteri, anak yang bakal hadir dan
belanja-belanja lain yang sewaktu dengannya. Sebolehnya, elakkan bergantung
dengan kedua ibu bapa.”
“Memanglah
rezeki itu Allah yang beri, tapi ia tidak akan datang bergolek-golek. Kena ada
perancangan, kena ada usaha dan kesungguhan. Jalan keluar yang Allah janjikan
bukan melalui pintu ajaib tanpa ada upaya dari manusia. Kena fikir, kalau
ketika belajar, bagaimana untuk mendapat sumber kewangan yang mencukupi. Tidak
boleh hanya berpada dengan janji Allah tanpa usaha untuk memecahkan ruyung.”
“Kemudian,
dalam memilih pasangan hidup pula, pastikan pasangan yang dipilih, seboleh
mungkin kerana agama yang menjadi paksi kehidupannya, bukan kerana nafsu dan
kecantikan wajah yang menggoda. Bukan juga kerana malu alah atau kerana paksaan
oleh sesiapa.”
“Ini
kerana, wajah yang cantik akan hilang serinya, namun bila pasangan punya nilai
agama yang baik, kecantikannya akan kekal selama-lamanya.”
“Masa
muda ni memanglah, segalanya akan nampak indah, tambahan pula masa sedang
dilamun cinta, namun realiti sebenar rumahtangga bukanlah seperti alam kayangan
yang digambarkan, wajah yang cantik akan mula kelihatan biasa, perut yang
kempis, perlahan-lahan akan maju ke depan.”
“Sebab
itu, bila kita memilih isteri, pilih betul-betul kerana urusan pemilihan isteri
adalah antara keputusan yang paling besar dalam hidup. Kalau tersalah beli
laptop, penyesalannya mungkin hanya setahun dua, tapi kalau tersalah pilih
pasangan, sesalnya kekal dalam jangka yang amat lama.
“Kalau
boleh, bila berkahwin, biarlah bercerai hanya dengan kematian. Abang Sham
sangat pedih melihat anak muda yang baru berkahwin, punya anak kecil, bercerai
kerana sebab-sebab yang remeh. Sebab itu, pastikan diri bersedia, pilihlah
betul-betul calon pasangan, paling penting, sentiasa minta petunjuk dari Allah,
banyakkan berbincang dan memohon nasihat dari orang-orang yang ada sedikit
lebih pengalaman.”
“Akhir
sekali, dan yang paling penting adalah redha ibu bapa. Jangan berkahwin tanpa
restu keduanya. Amat sukar untuk kita bahagia tanpa perkenan kedua ibu bapa.
Jika ada masalah dan pandangan yang berbeza, santunilah dengan cara yang paling
halus dan beradab. Banyakkan berbincang, tapi jangan ‘paksa’ ibu bapa untuk
bersetuju dengan keputusan kita.”
Panjang
saya memberikan nasihat. Walaupun banyak lagi yang saya ingin katakan, namun
cukuplah dulu beberapa perkara ini dahulu sebagai asas.
Jika
membina bangunan dan kereta pun perlu ilmu, displin dan ketelitian, begitu juga
dengan rumahtangga, ada persediaan-persediaan yang perlu ada sebelum
memasukinya, bukan hanya persiapan untuk kenduri kendara, tapi persediaan untuk
belayar dalam alam rumahtangga yang arus geloranya terkadang datang tanpa
disangka.
Perkahwinan
dan kehidupan suami isteri bukanlah cinta yang manis-manis, ‘dating-dating’,
asyik mahsyuk dan seronok-seronok sahaja, tapi ia adalah medan ujian, medan
membina diri, medan mengumpul pahala dan medan untuk membina generasi.
Berkahwinlah
wahai anak muda, andai berani untuk bercinta, beranikan juga diri untuk
bersedia dan memikul tanggungjawab.
Buktikan
dirimu sebagai lelaki bermaruah. Moga
Allah mempermudahkan urusanmu.
Jazakallah akhi atas perkongsian ini. Ana baru berumur 24 tahun. Masih berfikir untuk berkahwin atau tak. Jika dikatakan persediaan, ana sebenarnya keliru. Apakah persediaan itu berkait rapat dengan wang, pemikiran, ilmu agama atau pun kesemuanya?
ReplyDeleteCalon masih tiada. Entahlah. Ana rasa ana ni masih jauh lagi untuk menggapai perhubungan rumahtangga.
Membaca entri ini membuatkan ana terfikir, bersediakah aku dalam menghadapi perkahwinan?
24 tahun tu tua sangat dah tu, eloklah bersedia untuk kahwin cepat2...kalau takde calon, suruh mak atau ustaz carikan.
Deleteassalamualaikum..membaca ruangan ini membuat saya refleksi diri saya...hidup saya sentiasa ada kekasih dan selalu diberi perhatihan..oleh kerana sy jahil mengenai ilmu agama dan gembira dengan cinta pada pasangan, saya jauh dari tuhan..bila sedikit2 hati saya terbuka untuk berubah mencari nur ilahi, sy dapat tahu bercouple itu haram dalam islam dan saya terus mengambil keputusan untuk putus hubungan..tetapi akhirnya saya rasa sedih dan sunyi sangat..saya akui iman saya lemah kerana tak biasa sendirian..lama kelamaan sy sudah mula biasa dengan keaadaan itu hinggalah saat saya mengerjakan umrah kali pertama..niat dihati nk lupakan semuanya yg berlaku dimalaysia dan nk focus beribadat menyucikan diri dan mencari redha allah..tapi saat menjejakkan kaki di KLIA, saya asyik terserempak dengan seorang lelaki ini..kebetulan itu sering berlaku dan kadang saya rimas asyik dia ada dekat dengan saya..tp lama kelamaan saya rasa tertarik dengan dia dan perasaan ini bt saya gelisah..apakah ini godaan syaitan atau cinta dari Allah swt...ketika di puncak Jabal Rahmah, ayah saya suruh saya doa dulu sebelum turun...saya berdoa dengan hati yg redha..selesai doa, saya toleh ke kanan dan saya nampak lelaki itu juga sedang berdoa sambil pandang tiang di puncak Jabal Rahmah itu..di puncak Jabal rahmah itu sesak dengan orang yg menziarah dan bersolat dan tak sangka saya boleh nampak dia tanpa ada penghalang di antara kami walaupun jarak agak jauh dan sesak dengan orang..saya kaku memandangnya dan sebaik sahaja dia selesai berdoa, dia hilang dalam kesesakan orang..hati saya jadi sebak dan saya x tahu kenapa setiapkali saya pandang die, hati saya jadi sayu dan terasa sebak..kadangkala air mata belinangan..masa dalam bas dia terlanggar sikunya dibahu saya dan saya tak tahu kenapa saya menangis..hati rasa sebak tak tahu kenapa..sy keliru dan selalu berdoa pada allah moga dipelihara hati ini dari godaan syaitan dan teguhkan hati ini hanya untuk beribadah pada allah swt..saya juga ada berdoa, jika dia bukan jodoh dan bukan dari rusuk yang allah takdirkan, hilangkan lah dia dari ingatan saya..tapi makin lama saya asyik ingatkan dia..makin kerap saya beristifar dan mohon perlindungan allah swt utk jaga hati saya..sepanjang setahun ini saya cuba kenal dengan orang lain tapi sy x boleh terima orang lain dan fikiran saya selalu ingat pada dia..dahulu, selama saya bercouple, saya ambil masa utk kenali lelaki itu sebelum bercinta dan saya pilih hanya yg serasi baru saya terima...tp perkara berbeza berlaku bila saya menunaikan umrah ini..lelaki ini x pernah berbicara dengan saya, sy x tahu latar belakang dia, hanya ibunya pernah bercerita dia belajar di unikl,umur sebaya saya lahir tahun 1990, sepatutnya hbis belajar tapi terpaksa tangguh belajar kerana kemalangan dan sebelah kanan kepalanya dijahit dengan lebih 20jahitan..itu sahaja yg saya tahu tentang dia...peliknya kenapa dia selalu ada dihati sedangkan sy x pernah kenal dia...bulan lepas saya menunaikan umrah yg kedua dan saya temui laki yg mirip dia..kecuali matanya tidak juling.. sikap dia berbeza dengan lelaki itu..memandangnya mengingatkan saya pada lelaki itu..tapi apakan daya, niat datang ketanah suci utk menunaikan ibadah dan mungkin ini dugaan menguji hati dan perasaan saya..saya x tahu adakah lelaki itu benar2 jodoh saya atau hanya godaan syaitan atau balasan kerana saya dahulunya penuh dengan dosa dan kesilapan..sehingga kehari ini sy takut nak solat istikharah..apakah saya layak untuk mencari kasih yg saya x pasti siapa, dimana dan apakah rasa ini benar dari allah swt atau hanya hayalan imaginasi saya yang dibisikkan oleh syaitan...saya keliru dan saya ingin berkahwin...ada kawan yg ingin melamar sy bila sy habis belajar nanti..tapi ingatan saya pada lelaki itu masih kuat..makin sy cuba melupakn, makin kuat dia diingatan..mohon cadangan atau pendapat tentang masalah ini...terima kasih..
ReplyDeleteTumpang Iklan...
ReplyDeleteHanya RM1,490!!!
PROMOSI dari Anjung Serai yang sedang HOT sekarang!
Hanya RM1,490 untuk beberapa pilihan jenis promosi tersebut..
1) 3 EKOR BBQ KAMBING
+ Stall Asam Laksa (300 pax)
+ Stall Air Batu Campur (300 pax)
2) 3 EKOR BBQ KAMBING
+ Rojak Pasembur (300 Pax)
+ Stall Air Batu Campur (300 Pax)
3) 3 EKOR BBQ KAMBING
+ Laksa Johor (300 Pax)
+ Stall Air Batu Campur (300 Pax)
4) 3 EKOR BBQ KAMBING
+ Mee Kari (300 Pax)
+ Stall Air Batu Campur (300 Pax)
Untuk maklumat lanjut @ pertanyaan sila hubungi:
Hubungi:
Ayu
017-975 1039 (CALL/SMS)
017-925 7897 (WHATSAPP)
Tumpang Iklan...
ReplyDeleteHanya RM1,490!!!
PROMOSI dari Anjung Serai yang sedang HOT sekarang!
Hanya RM1,490 untuk beberapa pilihan jenis promosi tersebut..
1) 3 EKOR BBQ KAMBING
+ Stall Asam Laksa (300 pax)
+ Stall Air Batu Campur (300 pax)
2) 3 EKOR BBQ KAMBING
+ Rojak Pasembur (300 Pax)
+ Stall Air Batu Campur (300 Pax)
3) 3 EKOR BBQ KAMBING
+ Laksa Johor (300 Pax)
+ Stall Air Batu Campur (300 Pax)
4) 3 EKOR BBQ KAMBING
+ Mee Kari (300 Pax)
+ Stall Air Batu Campur (300 Pax)
Untuk maklumat lanjut @ pertanyaan sila hubungi:
Hubungi:
Ayu
017-975 1039 (CALL/SMS)
017-925 7897 (WHATSAPP)
Assalamualaikum, alhamdulillah syukran atas penulisan entry ini☺
ReplyDeleteAna student u dan berumur 21. Ana study jauh dgn keluarga, dan baru² ni ada seorg ikhwah yg bantu ana dan kwn2 - tumpangkan keta hantar kami balik u, dan slps bbrpa minggu dia ada menyatakan hasrat nk melamar dn terus kahwin (faktor umur & sudah mampu)
Dan utk kes ana, akui mmg ana ada berkenan sedikit pda dia.. Balik mid sem ni, inshaAllah ana akn bincg dgn keluarga..tp itulah... Ana buat juga research tntg keburukan dan kebaikan nikah muda ni
Sbb ana xnmpak gambaran lg dan dr segi persediaan diri, fizikal dan mental, insyaAllah ana dh sedia
Cuma pda diri ana sendiri satu ja (mslh kewangan) ana nk tnya, adakah bila lps berkahwin ni, suami shja yg memberi nafkah pda isteri? Sbb sbgai isteri, sepatutnya perbelanjaan sma2.. Ana pun kena ada simpanan duit yg byk.. perbelajaan rumah, dpur
Entahla tgh fikir duit ja skrgni😢
minta duit dr mak ayah, lg jauh skli.. prbelajaan ana dlm sebulan, dlm rm50 shaja. Mmg ana limitkan utk jimat..
Jd itulah ana nk tnya td... klu berkahwin, insyaAllah ada suami yg jaga kita kat sini (org sini-tempat ana blja) cuma itulah....simpanan perbelanjaan ana sendiri blum mencukupi
Dan klu ana hold dlu, dalam 2/3 tahun lg, dia pula xselesa..risau terlebih tua 😅
Situasi enti sama dengan ana. Semoga dipermudahkan urusan yaa
ReplyDelete