Sinergi : Keimanan Adalah Paksi (Satu Analisa)


Daripada sekian jumlah buku yang aku beli di KLIBF 2010, Novel Sinergi adalah yang pertama aku berjaya khatamkan, ternyata sangkaanku terhadap Hilal Asyraf tidak meleset. Masa depannya sebagai seorang sasterawan islam yang dinamik amat cerah, moga dia terus diberi istiqamah dan kekuatan untuk terus berkarya.

Sinergi yang meletakkan keimanan dan ukhuwwah sebagai paksi utama novel ini nyata tidak mengecewakan. Plot yang hidup, jalan cerita yang tidak meleret-leret dan adakalanya tidak disangka-sangka akan membuatkan pembaca tidak sabar-sabar untuk membaca novel ini hingga ke hujungnya.

Novel ini yang boleh dikelaskan sebagai novel islami tidak kaku dalam penyampaiannya, mengandungi unsur humor yang tidak keterlaluan dan juga unsur-unsur komik yang menyeronokkan serta membangunkan jiwa dengan cukup halus dan indah. Jarang sekali dapat membaca kisah tarbiah yang dinovelkan, terasa seperti diri ini berada dalam majlis introspeksi iman mereka, jiwa terasa basah dengan alunan-alunan tarbiah yang menyejukkan hati.

Terasa begitu dekat dengan Irfan dan Asid, ibarat aku berada bersama-sama mereka ketika mereka berukhuwwah di atas bangunan Umar Mukhtar, berjalan bersama-sama mereka ke Pasar Balad dan bersama-sama dengan Irfan menyelamatkan Disaster Five dengan caranya yang tersendiri.

Bab yang paling menyeronokkan dan mengesankan tentunya bab-bab akhir apabila kisah silam Disaster Five dibongkar satu persatu dan ketika Irfan menerima ujian yang amat berat. Babak akhir di atas bangunan cukup hidup dan menyeronokkan untuk dibaca.
Novel ini sarat dengan nasihat dan panduan berguna untuk kehidupan, ada padanya nasihat dalam ikhtilat (hubungan lelaki dan wanita), sikap terhadap saudara sesama muslim, dakwah dan kehidupan. Anda tidak akan rugi membeli dan membacanya...tunggu apa lagi?

p/s:- Akh Hilal, apa jadi akhirnya pada cinta Israa terhadap Asid ye? tertanya-tanya juga....

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum, terima kasih Hisham atas komentarnya.

    Alhamdulillah, moga2 manfaat yang ada di dalam novel ini mampu berbuah dalam bentuk amalan dalam kehidupan kita.

    Berkenaan Asid dan Israa', apa kata tunggu sahaja.

    InsyaAllah ada ceritanya nanti2 di tempat selain Novel sinergi...


    ~seorang hamba...

    Hilal Asyraf

    ReplyDelete
  2. aiyaa... kesinambungan mesti dalam hero....akhi hilal... saya da obses sampaikan jadi promoter pulak.. :)
    merata2 sya promote buku sinergi.. saya bagi 100 bintang.. lebih .... alhamdulillah dgn sinergi,takdir n takdir 2, matahari n hero banyak mengajar sya.. alhamdulillah... thanks.. :)

    ReplyDelete