Ujian

Ujian Allah boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ada dalam bentuk kesenangan,kesakitan,kekurangan,hubungan dengan keluarga,masalah ditempat kerja,ditangguhkan nikmat dan pelbagai lagi...

Ujian dalam bentuk kesakitan dan kesusahan memang pedih,ramai yang pastinya akan tewas jika tidak mempersiapkan diri,ujian dalam bentuk kesenangan pula pasti akan membuatkan kita alpa,lebih ramai yang tersungkur dalam mendepani ujian kesenangan ini.

Walauapapun, bersabarlah, kerana setiap ujian pasti ada hikmah yang tersembunyi dan supaya Allah mengetahui siapa yang lebih baik amalannya antara hamba-hambanya.

No comments:

Post a Comment