Perang Ahzab abad 21

Hari ini masuk hari ke 20 tentera Yahudi mengebom bandar Gaza yang saiznya hanyalah lebih besar sikit dari Pulau Pinang. Bom-bom tentera yahudi yang tidak bermata telah menghancurkan segala-galanya, tiada lagi bangunan kerajaan yang tegak berdiri, masjid-masjid dan sekolah juga hancur, rumah-rumah penduduk dimusnahkan, hatta hospital dibedil tanpa belas kasihan.

Namun keajaiban iman mencatatkan hingga hari ini bahawa Hamas dan Gaza masih lagi bertahan, pejuang-pejuang syuhada masih lagi teguh berdiri dan memberikan tentangan sengit walaupun secara logik akalnya tiada manusia atau bala tentera yang mampu bertahan disebalik segala kemusnahan yang dicetuskan oleh tentera-tentera ganas Yahudi.

Kisah ini mirip kepada kisah peperangan Ahzab, dimana tentera Islam telah dikepung dari segenap penjuru oleh tentera-tentera bersekutu, ketika itu, orang-orang beriman telah digoncangkan dengan sedasyat-dasyat goncangan. Namun para mu'minin tetap bersabar dan akhirnya bantuan Allah tiba dan tentera-tentera bersekutu dikalahkan dengan hina.

Situasi serupa melanda Gaza hari ini, mereka telah diserang dari darat, laut dan udara, iman mereka diuji dengan sedasyat-dasyat ujian, namun mereka masih lagi bertahan. Ungkapan kata-kata seorang ibu yang kehilangan anaknya dalam buletin utama masih lagi terngiang-ngiang ditelinga ini,

"Demi Allah, tidak akan kami serahkan tanah kami walau seinci kepada Yahudi, mereka boleh mengebom bangunan-bangunan kami, namun semangat kami tetap akan terus hidup"

Bantuan Allah pasti akan tiba, dan masa kemenangan umat Islam keatas Yahudi telah terlalu hampir, mereka pasti akan dikalahkan, terus berjuang wahai ikhwan!

Go Hamas Go!

1 comment: