Cukuplah Allah Sebagai Pelindung Kami...

Semalam hatiku girang...
Bukan kerana aku beli baju melayu baru,
Bukan kerana lawatan ke Pusat Sains Negara,
Bukan kerana dapat melampiaskan rindu kepada kebab terbaik di Malaysia di Jalan TAR,
Bukan juga kerana Aston Villa menang lagi di tempat lawan

Tapi aku takjub dengan jawapan seorang kanak-kanak Palestin di Gaza berusia 10 tahun tatkala ditemubual oleh Razali Awang (wartawan khas TV3).

Razali : "Kamu sedih kah"
Kanak2 : "Sedih juga kerana ramai teman sepermainan dan ahli keluarga saya yang telah gugur syahid"

Razali : "Adakah kamu takut"
Kanak2 : "Oh, sama sekali tidak, cukuplah Allah sebagai pelindung kami"

Aku cukup takjub, kerana dalam usia yang sangat muda, pemahaman anak ini tentang konsep terpenting akidah sangat jelas, cukup hebat, air mukanya cukup menggambarkan kejituan keyakinannya, walaupun wajahnya mengalami kecacatan kekal akibat serpihan bom Yahudi. Inilah generasi pemuda yang dengan izin Allah akan membawa harapan baru buat dunia islam.

Seharusnya pemimpin-pemimpin dunia islam yang lain merasa malu dengan anak ini kerana selama ini mereka terlalu taksub dengan Amerika, PBB, Majlis Keselamatan sebagai pelindung mereka.

Moga anak ini akan membesar menjadi pembela bagi umat islam seluruhnya...

"Cukuplah Allah sebagai pelindung kami"

No comments:

Post a Comment