Kisah yang telah lama bermula...



tatkala melihat gambar ini, aku terbayangkan Humaira dirumah,apa perasaan anda jika ini adalah anak atau adik anda...ramai yang pasti akan sanggup syahid jika anak/adik mereka diperlakukan sedemikian

Sungguh terharu melihat keprihatinan rakyat Malaysia terhadap isu Palestin, namun hari ini bukan permulaannya, ia adalah kisah yang telah lama bermula…

Kekejaman Israel adalah suatu yang bukan asing, cumanya kali ini ia lebih dasyat dan ganas, the mother of all massacres. Gaza juga telah sekian lama dikepung, tembok dibina disekelilingnya, rakyatnya tidak dibenarkan keluar masuk dengan bebas, tanah mereka dirampas, penduduk mereka ditangkap dan dibunuh saban hari, tiada hari bagi mereka tanpa tekanan yang getir dari tentera Israel. Bantuan makanan dan perkara-perkara asas disekat, rakyat Gaza ibarat hidup dalam satu penjara yang sangat besar sebelum ini. Negara jiran juga enggan membuka sempadan Rafah, mereka terhimpit ditengah-tengah tembok dan hanya menunggu masa untuk diratah. Itu keadaan mereka sebelum ini, namun HAMAS yang menguasai Gaza tetap bersabar dan menghormati apa jua perjanjian dan gencatan senjata yang dikenakan.

Namun apabila saban hari mereka diserang dan dunia hanya membutakan mata dan memekakkan telinga, HAMAS bertindakbalas, hakikatnya adalah setiap perjanjian dan gencatan tidak pernah dihormati oleh rejim Zionis, mereka menyekat segala-galanya, wajarkah HAMAS berdiplomasi dengan kaum syaitan seperti ini. Sungguh bebal jika ada yang mengatakan bahawa HAMAS adalah pencetus keganasan, lebih bangang bebal lagi jika ada yang berfahaman bahawa HAMAS adalah pengganas dan kumpulan militan.

27 Disember adalah permulaan kepada kemuncak serangan yang telahpun berlaku sejak 1967 lagi, ingatkah kita dengan Shabra Shatilla, Deir Yassin, Jenin dan banyak lagi. Lupakah kita dengan tragedi pembakaran masjid Aqsa pada 21 Ogos. Tapi umat Islam sering lupa…

Kekejaman Israel tiada hujung pangkalnya, ia tidak penah takutkan umat Islam yang umpama buih dilautan.

Golda Meir, perdana menteri Israel pertama pernah menyatakan bahawa Israel tidak akan ditewaskan selagi mana umat Islam tidak solat subuh berjemaah seperti mana mereka bersolat Jumaat. Namun dimana umat islam hari ini? Masjid-masjid lengang dan sepi, sepertiga malam kosong dan sunyi dari doa hamba-hamba Allah yang terpuji. Jika ada yang berdoapun, bagaimana doa akan dimakbulkan sedang umat bergelumang dengan yang haram. Riba kad kredit, insurans, pinjaman kenderaan dan perumahan. Bukan itu sahaja, hiburan yang tidak ketahuan dan cara hidup yang jauh menyimpang dari ajaran islam yang sebenar.

Umat Islam tidak harus lena lagi, tidak cukup sekadar kita memboikot, tidak cukup sekadar kita berdemonstrasi dan bersedih hati meredam air mata, kemudian kembali lupa. Kisah Gaza hanya semusim melekat dihati kita, ianya datang dan pergi bagai angin lalu. Kita harus kembali ke ajaran Islam yang sebenar, bina sistem kehidupan islam dalam diri dan keluarga serta masyarakat, satu masa nanti Islam akan kembali menang.

Muhasabahlah diri kita dan keluarga kita, bangkitlah bertahajjud, berdoa dan mengharaplah kepada Allah yang maha perkasa, usah lagi kita bergantung kepada PBB dan majlis keselamatan yang nyata adalah kuda tunggangan mereka. Berdoalah dengan sepenuh hati dan tulus ikhlas. Berjihadlah dengan masa kita, korbankan malam kita dengan tahajjud dan solat hajat, berpuasalah kerana doa orang berpuasa lebih mustajab, berjihadlah dengan wang ringgit kita, sumbanglah ke badan-badan yang sah menyalurkan bantuan seperti aman palestin dan sebagainya.

Masalah Palestin bukan masalah orang Palestin sahaja,ia bukan masalah dunia arab semata-mata ia adalah tanggungjawab yang dibebankan keatas bahu kita dan akan ditanya oleh Allah pada hari akhirat nanti.

Sebarkanlah berita tentang Palestin dalam kelas-kelas pengajaran kita, suburkan rasa kepedulian pelajar-pelajar kita terhadap isu Palestin, ajaklah mereka untuk berdoa dan mengingati kekejaman Yahudi yang tiada taranya. Moga setiap usaha kita akan dinilai oleh Allah sebagai ganjaran pahala.

Umat ini ibarat satu jasad, dicubit peha kiri, peha kanan akan terasa. Tidak bernilai keimanan kita selagi mana kita tidak mencintai saudara-saudara seislam kita di Palestin seperti mana kita mencintai diri kita sendiri dan bukan dari golongan muslimin mereka yang tidak mengendahkan akan urusan umat Islam. (Mafhum Hadis)

No comments:

Post a Comment