Hari Ini 3 Jan

Hari ini 3 Jan, ulangtahun kelahiran 30, tapi langsung aku tidak mempunyai sebarang mood untuk menyambutnya, hatiku pedih, sedih dan pilu melihat serangan di Gaza dengan dunia hanya membutakan mata, memekakkan telinga, membisukan segala pancaindera...hanya doa yang mampu ku panjatkan buat saudara-saudaraku disana semuanya, moga mereka terus tabah dan cekal dan moga setiap dari mereka dikurniakan syahid dijalannya...

Makin jelas kini, kebodohan, kebebalan dan kedunguan PBB dan pemimpin negara-negara Arab yang pengecut. PBB dan majlis keselamatan tidaklah menghairankan kerana mereka memang ditubuhkan untuk membela negara haram Israel, tapi negara-negara Arab, terutama Mesir? sempadan mereka ditutup, untuk membuka sempadan pun perlu meminta kebenaran kepada musuh, alangkah hinanya! Bodoh kau pemimpin Mesir!

Ust. Abdullah (Masjid Darulaman Kedah) mengajak kita semua untuk berhenti mengadu kepada PBB, kerana mereka semuanya tidak boleh diharap, sebaliknya mengadulah kepada Allah melalui solat malam, solat hajat dan doa kita di sepertiga malam, berpuasalah pada hari-hari awal dalam bulan Muharram kerana doa orang yang berpuasa lebih mustajab...

Ya Allah, bantulah ikhwan kami di Palestin...

No comments:

Post a Comment