Palestin & Hamas: 10 Fakta yang perlu diketahui

Terdapat beberapa kefahaman berkenaan isu Palestin yang agak senget, mereka terpengaruh dengan dendangan media barat yang pro zionis yang walaupun kadang-kadang berpura-pura simpati dengan penduduk Palestin. Berikut adalah 10 fakta yang perlu diketahui berkenaan dengan isu Palestin.

1. Israel adalah penjajah, dan bumi Gaza adalah bumi yang dijajah, Hamas berhak untuk menggunakan kekerasan bagi menentang penjajahan Israel.

2. Genjatan senjata yang dikenakan sentiasa dicabuli oleh Israel, namun begitu Hamas sentiasa berpegang teguh kepada mana-mana perjanjian yang ditandatangani olehnya. Manakala Israel tidak pernah mempedulikan mana-mana resolusi gencatan senjata oleh PBB dan Majlis Keselamatan.


3. Israel tidak berhak menggunakan alasan mempertahankan diri, kerana mereka adalah penyerang dan pengganas sebenar bertopengkan undang-undang dan kenegaraan. Mereka memang layak diserang.

4. Israel bukan sahaja tidak mematuhi gencatan senjata, mereka telah menggunakan senjata yang diharamkan seperti bom kimia, membunuh kanak-kanak dengan sengaja, merosakkan institusi awam seperti masjid, sekolah dan pasar hatta kem-kem pelarian dan sekolah tajaan PBB pun menjadi sasaran mereka

5. Mengapa Hamas & Fatah tidak bersatu? Bagaimana mahu bersatu jika Fatah secara terang-terangan adalah talibarut Amerika dan Israel, lihat sahaja sikap pemimpin-pemimpin Fatah ketika ini, mereka sememangnya pembelot dan pengkhianat perjuangan rakyat Palestin.

6. Hamas adalah parti yang memenangi pilihanraya Palestin dan layak untuk memerintah, Fatah yang tidak tahu malu mengisyhtiharkan perdana menterinya sendiri manakala negara-negara pro zionis terus mengiktiraf Fatah. Apakah ini demokrasi?

7. Media barat pro zionis hari-hari mempertahankan tindakan Israel yang kononnya mempertahankan diri dan menyalahkan Hamas atas serangan roket, Pembohongan yang diulang-ulang akhirnya akan menjadi kebenaran

8. Matlamat utama mereka adalah untuk menghapuskan Hamas, kerana Hamas adalah ancaman terbesar mereka sekarang ini. Dalam hal ini, mereka mendapat kerjasama yang cukup utuh dari Hosni Mobarak (Mesir).

9. Gaza adalah ibarat penjara terbesar dunia dengan tembok yang mengelilingi dan sempadan yang ditutup. Bantuan makanan disekat dan mereka dinafikan keperluan asas sebagai manusia. Serangan ini telah dirancang sejak lama lagi.

10. Namun begitu, jika matlamat utama mereka adalah untuk memadamkan api perjuangan rakyat Palestin, mereka tidak akan berjaya, kerana Hamas dan rakyat Palestin telah bersedia, mungkin mereka terlupa kisah perang Ahzab. Insyaallah Hamas akan menang.

3 comments:

  1. Fatah tu tali barut Amerika dan Isarael rupanya...

    ReplyDelete
  2. FAAKKK ZIONIS!!!
    It is serves you right when your race had been holocaust by German NAZI. But it is weird when you're attack weak, unweapon people like Palestin eventhough when your race had been holocaust by Nazi, you're just same like Palestin's people who weak, unweapon and scared at that time.....

    ReplyDelete
  3. Umat islam perlu kembali kepada cara hidup islam yang sebenar, itu sahaja caranya untuk mengalahkan Israel

    ReplyDelete