“Ana
tak minatlah dengan akhawat yang dicadangkan tu.” Luah Aiman dengan wajah
sugul.
“Kenapa
tak minat?” Saya bertanya, ringkas.
“Akhawat
tu nampak ‘syadid’ (baca: ganas, keras, tegas) sangat, tak minatlah akhawat
yang begitu. Saya lebih suka orang yang ceria.” Jelas Aiman, selamba.
“Macamana
anta tahu akhawat tu ‘syadid’?” Tanya saya lagi, kehairanan.
“Yelah,
kalau terserempak di Uni, masam aje mukanya. Dalam mesyuarat pun tak ada nak
berlawak jenaka, keras dan kering je nampaknya.” Balas Aiman, juga dengan wajah
selamba membuatkan ketawa saya pecah berderai.
“Hahaha!”
“Kenapa
Abang Sham gelak?” Aiman bertanya dengan wajah penuh tandatanya. Mungkin tidak
faham apa yang menggelikan hati saya.
“Laa,
akhawat memanglah begitu depan ikhwah, tapi sama-sama ‘depa’, tak ada ‘bom-bom’
(istilah digunapakai sesetengah ikhwah untuk akhawat yang kelihatan syadid) dan
ceria je, lepas kahwin nanti, insyaallah lebih ceria.”
“Abang
Sham tak ada masalah pun Aiman nak tolak atau terima, sebab ia adalah antara
keputusan hidup Aiman yang paling penting, dan implikasinya membawa hingga
akhirat.”
“Cuma Abang Sham kena jelaskan agar Aiman
faham. Depa begitu depan ikhwah sebab nak jaga pandangan, nak jaga kelunakan
suara agar tak menggamit bisikan syaitan pada hati lelaki yang mendengar
suaranya.”
“Takkanlah
akhawat yang ditarbiah anta nak ‘expect’ macam orang lain kot, depa ada sifat
malu dan kehormatan yang perlu dijaga dengan bersungguh-sungguh sebelum akad
nikah.”
“Bahkan,
akhawat yang menjaga kehormatan, menundukkan pandangan, menjaga suara dan
pergaulan adalah jauh lebih baik dari mana-mana wanita yang tidak menjaga
perkara-perkara asas yang Abang Sham sebutkan tadi.”
“Sebabnya,
jika sebelum kahwin mereka boleh menjaga diri dari tidak bergaul bebas dan
ceria dengan mana-mana lelaki dan menjaga apa yang sepatutnya dijaga,
Insyaallah lepas kahwin depa akan lebih menjaganya.”
“Kalau
kat rumah Abang Sham tu, masa berprogram sesama mereka, ceria seperti biasa
sahaja mereka ni, depa cuma ‘sombong’ dengan lelaki je. Insyaallah, ‘sombong’ mereka
dengan lelaki bukan mahram adalah sombong yang baik dan diberkati, sebab ia ‘sombong’
yang dianjurkan oleh agama.”
“Sebab
itu, untuk mencari calon yang baik, bukan dengan mengenali dirinya secara
terus, berhubung dan berkomunikasi dengannya tanpa batas. Keluar bersama dengan
alasan untuk mengenali hati budi sebelum menjadikannya teman sejati. Cara itu
amat tidak bermaruah.”
“Tidak
bermaruah kerana kita tidak menghormati kehormatannya sebagai seorang wanita
dan mendatangkan dosa dayus pada ayah yang menjaganya sejak kecil.”
Saya
menjelaskan situasi sebenar dengan tegas. Walaupun mudah, tapi ramai ikhwah yang
tersalah tafsir perkara mudah ini.
Aiman
masih kelihatan selamba. Wajahnya memang begitu. Tapi saya yakin dia memahami.
“Ok,
faham-faham. Nak tanya satu soalan lagi boleh tak?”
“Apa
dia? Tanyalah.”
“Tak apa ke kalau kita memilih akhawat yang wajahnya elok dipandang mata sebagai
bakal teman hidup? Apakah itu dianggap sebagai mengutamakan nafsu berbanding
agama? Soal Aiman.
Saya
tersenyum mendengarnya. Banyak kali saya ditanya dan banyak kali juga saya menjelaskan
tentang perkara ini. Kali ini harus mengulangnya sekali lagi.
“Oh!
Fitrah manusia memang suka kepada sesuatu yang cantik, tak ada masalah pun jika
kita memilih, cuma jangan jadikan ia kriteria utama.”
“Banyak
kali Abang Sham sebut, kecantikan seorang wanita bukanlah letaknya pada wajah
yang menawan walaupun menjaga penampilan dalam dan luar itu amat penting,
kerana selepas berkahwin, kita akan rasa biasa sahaja dengan wajahnya yang
putih melepak lepak.”
“Pengalaman
Abang Sham sendiri, bahagianya sebuah rumahtangga dan keistimewaan seorang
isteri bukan terletak pada wajahnya yang cantik, tapi pada akhlaqnya yang
mulia, dan ilmunya yang berharga walaupun rupa dia sederhana. Percayalah,
selepas setahun berkahwin, kita akan lebih menghargai akhlaq dan kesungguhannya
menjaga rumahtangga berbanding wajahnya yang mungkin nampak ‘masam mencuka’
semasa kita melihatnya dijalanan sebelum berkahwin.”
“Jangan
terkejut kalau Abang Sham katakan ada ikhwah yang mengalami masalah cemburu buta
bila berkahwin dengan wanita yang cantik ‘super’.”
“Bukan
tak boleh cari yang cantik. Cumanya kena cari ‘balance’ antara hawa (nafsu) dan
taqwa, jangan nafsu yang memandu, tapi biar taqwa yang menjadi juara.”
“Memilih
perempuan ada orang kata seperti memilih kereta. Ada yang cantik bergaya, tapi
tidak praktikal kerana mahal ‘maintenance’nya, ada yang praktikal, tapi tidak
lah bergaya mana, ada yang seimbang, cantik dan praktikal. Paling baik jika
kita dapat yang seimbang dan sesuai dengan keperluan dan kemampuan kita.”
“Abang
Sham cuma beri panduan sahaja, kerana wanita adalah makhluk asing penuh misteri
yang akan kita kenali hanya selepas kita berkahwin dan duduk bersamanya. ‘Basically,
what you see is not what you will get’.”
“Terpulanglah
pada Aiman. Pilihlah dengan ilmu, bukan nafsu.” Saya mengakhirkan penjelasan.
Aiman
mengangguk-angguk perlahan. Wajahnya masih selamba. Moga ada sesuatu yang dapat
dipelajarinya hari ini.
Memilih
pasangan tidak dapat dinafikan adalah urusan yang amat penting, tapi bila
terlalu ‘gedik’ dalam memilih dan terlalu mendamba sempurna dalam segalanya akan
mendatangkan banyak masalah. Apatah lagi jika nafsu yang menjadi asas, bukan ilmu.
Berkahwinlah
kerana ingin membina ummah, bukan kerana ingin berbangga-bangga dan memuaskan
hawa nafsu semata-mata.
Pada
pilihan yang kita buat, ada tanggungjawab besar yang harus dipikul.
“Great
powers come with great responsibility”