Antara Sajak Kematian & Sajak Kelucahan



Semalam gempar satu Malaysia dek kerana tindakan seorang guru agama menayangkan video sajak kematian kepada pelajar-pelajarnya. Dek kerana takut, maka pelajar tadi ketakutan hingga tidak dapat tidur malam. Laporan polis dibuat dan ustazah tersebut kini pula yang pasti dalam ketakutan.

Bukanlah aku nak memihak kepada mana-mana pihak, tapi sebagai seorang muslim, sensitifkah kita dengan isu-isu seperti ini. Jangan cepat melenting dan melatah, nilaikan emosi kita dengan islam, neracakan tindakan kita dengan iman.

Mengingat kematian itu adalah pemutus kelazatan dan dalam satu hadis dinyatakan bahawa orang yang cerdik itu adalah orang yang banyak mengingat mati. Disatu sudut pula, dikiri dan kanan kita majalah-majalah separa lucah disana dan disini, siri televisyen yang mengundang kelucahan tanpa batasan, tak percaya lihatlah siri Desperate Housewives ataupun Kyle XY.

Mencintai hiburan adalah pencetus kepada kemalasan, pembunuh perasaan dan penggalak kemaksiatan, lihatlah filem-filem melayu hari ini, Cinta Medik lebih banyak cinta dari mediknya, filem Kami yang terang-terang mengajak pada pergaulan bebas antara remaja. Itu baru beberapa contoh. Namun adakah dikalangan kita yang berani tampil membuat laporan polis terhadap siri-siri televisyen seperti ini? Program yang terang-terang merosakkan anak kita dibiarkan begitu sahaja,dimanakah sensitiviti kita?
Apabila seorang ustazah menayangkan sajak kematian untuk mendidik anak-anak muridnya agar takutkan mati, ramai yang melenting dan melatah, kononnya anak-anak akan ketakutan, bagaimana dengan Pontianak Harum Sundal Malam? Susuk? Kuntilanak? Jangan Pandang Belakang? bukan sekadar dibiarkan bahkan diberi anugerah pula.

Sungguh hipokrit...

2 comments:

  1. Salam

    Saya setuju sangat!!! Ada tak medium untuk kita protes filem dan drama sedemikian...yg memang merosakkan generasi akan datang...tapi medium mana? ada org nak layan ke? boleh masuk Buletin TV3 ke kalau nak protes??
    Bukankah mengingati mati tu termaktub di dalam Al Quran...so nak protes Al Quran pulak ke?? Nauzubillahiminzaliq...

    ReplyDelete
  2. Salah satu medium yang boleh kita gunakan adalah ruangan pendapat di akhbar-akhbar arus perdana, juga boleh kita buat aduan pada IKIM atau JAKIM, kemudian sentiasa follow up, kalau ada kenalan syarikat penyiaran yang bertanggungjawab juga boleh kita utarakan pandangan kita.

    Yang penting ada usaha, jangan hanya membara dan kemudian hangat-hangat tahi ayam, akhirnya kebatilan itu jugalah yang menang

    ReplyDelete