HARAPKAN ‘PAGAR’, ‘PAGAR’ MAKAN PADI

Harapkan ‘pagar’, ‘pagar’ makan padi adalah satu peribahasa melayu yang biasa saya dengar sejak zaman sekolah. Bahkan hingga hari ini pun ia masih popular. Namun apa yang saya tidak tahu adalah apa yang saya tahu tentang peribahasa ini selama lebih dari 20 tahun, rupanya adalah salah.

Sebenarnya bukan pagar, tapi pegar, sejenis burung yang biasa ditugaskan untuk menjaga sawah padi dari ancaman serangga dan haiwan perosak lain. Maksud sebenar peribahasa ini adalah, burung Pegar yang diharapkan untuk menjaga padi, akhirnya khianat dengan menjadikan padi sebagai habuannya sendiri.

20 tahun saya tenggelam dalam kefahaman yang salah. Tidak mengapalah kerana ia hanya peribahasa, tapi bagaimana dengan perihal agama kita?

Apakah kita telah memeriksa setiap amalan yang kita percaya dan laksanakan selama ini? Apakah ianya benar-benar berlandaskan ilmu? ataupun ikut-ikutan sejak zaman sekolah yang kita tidak pernah kisah untuk menyemaknya kembali?

Jika hanya peribahasa, mungkin tidak akan ada kesan kepada nasib kita di akhirat, tapi bila melibatkan urusan agama, kehidupan kita yang abadi di akhirat yang sedang kita pertaruhkan.

KEBENARAN ITU ADALAH DENGAN HUJAH

Dalam satu situasi,

“Jom makan kat restoran tu?” Ajak Hilman kepada kawannya, Zaim.

“Eh, bukan restoran tu tak halal ke?” Balas Zaim, hairan dengan ajakan kawannya.

“Tapi aku nampak ada orang melayu makan kat situ tadi, pakai kopiah lagi.” Jelas Zaim dengan yakin.

“Errrr….,” Hilman terpinga-pinga.

Dalam satu lagi situasi.

“Kau tak nak ‘join’ ke skim pelaburan ni, keuntungannya berlipat kali ganda, ramai yang dah berjaya.” Bersemangat Hafiz cuba mengajak sahabat baiknya Zairul untuk menyertai skim pelaburan ala piramid yang baru disertainya.

“Aku tak minatlah pelaburan-pelaburan ‘online’ jenis begini, lagipun aku pernah baca dekat website Ustaz Zaharuddin yang pelaburan jenis ni berpotensi besar haram sebab ada melibatkan unsur-unsur riba. Bahkan ada pakar ekonomi Islam peringkat antarabangsa yang mengharamkannya.” Hujah Zairul, cuba menolak ajakan rakannya dengan lembut dan dengan sedikit ilmu yang diketahuinya melalui pembacaan dan analisa.

“Mana boleh haram, ada ramai ustaz yang berkelulusan timur tengah menyertai pelaburan ni, takkanlah mereka tak tahu? Bahkan ada yang jadi ejen, tahu tak? Ramai juga pensyarah-pensyarah universiti, doktor, peguam dan jurutera yang dah sertai, takkan kau nak kata dia orang ni tak reti?” Balas Hafiz sedikit marah, membidas kembali persoalan Zairul dengan ‘hujah’, membuat Zairul tergamam.

MATA KECILKU (AFDLIN SHAUKI)


Saya bukan ahli sajak, juga bukan dari kalangan mereka yang suka mengarang sajak. Namun sajak nukilan Afdlin Shauki ini benar-benar membuat hati saya menangis, kerana saya yakin, beliau menulisnya dengan hati yang penuh ikhlas.

Terima kasih Afdlin.

MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.

Barakallah Feeq

Bicara Politik Seorang Marhaen

Walaupun duduk dalam pakatan yang berbeza, DAP, MCA dan Gerakan kelihatan senada dalam banyak perkara, terutamanya pada perkara-perkara yang melibatkan survival bangsa Cina di Malaysia. 

Kesepakatan dan suara mereka dalam politik walaupun berada dalam dimensi perjuangan yang berbeza, tapi amat jelas memberikan hasil yang baik untuk banyak agenda yang memberikan keuntungan kepada bangsa mereka. Ambil isu meritokrasi sebagai contoh. Isu hudud apatah lagi. Isu Salun mungkin nampak remeh, tapi sebenarnya ia adalah bukti jelas bahawa mereka konsisten senada dalam banyak perkara.

Perkara yang sama tidak berlaku pada UMNO dan PAS. Tidak senada, saling serang menyerang dan sering salah menyalahkan. UMNO menyalahkan PAS dan menuduh dengan tuduhan sesat dan macam-macam lagi, PAS juga tidak kurang, menyalahkan UMNO dalam hampir banyak perkara, AES, hiburan, PPSMI dan banyak lagi. Isu kafir mengkafir pula masih menjadi dendangan.

DULU DAN SEKARANG

Malam ni nak mengomel sikit dengan diri sendiri, nak menulis ikut rasa hati. Jangan marah ye pembaca-pembaca blog yang budiman (ayat perasan) :)

Dulu masa zaman belajar di UUM, duit boleh dikatakan ngam ngam sahaja setiap bulan. Jadi, makannya memang ala kadar, setakat mana yang ada. Hujung-hujung semester, biasanya Maggi menjadi pengalas perut. Kadang-kadang, pergi ke Cafe, ambil nasi dengan kuah je.

Namun begitu, riadhah pula boleh dikatakan setiap hari tanpa 'miss'. Kalau tak badminton, bola, kalau tak bola, jogging keliling balapan atau keliling kompleks sukan. Gym tu tidaklah sebab kena bayar, tapi adakalanya, rajin juga berkayak dengan kawan-kawan. Boleh dikatakan, hampir semua jenis sukan pernah dicuba di UUM dulu kecuali Golf. Paling dinanti adalah riadhah bola setiap Jumaat pagi sebab dapat jumpa geng-geng usrah, dapat peluang nak tackle keras kaki naqib dan senior usrah yang kerek dan ada tazkirah lepas main. Paling untung, biasanya dapat makan best-best, kalau tak kat rumah naqib, ada je yang baik hati nak belanja kat cafe.

Mungkin sebab itu, dulu, metabolisme tubuh terasa cukup laju. Badan memang amat cergas dan jarang mengantuk di kelas. Kopi dan teh memang amat jarang disentuh, kecuali kalau ada yang sudi membelanja sahaja. Berat pun hanya 65 kilo je.

Bila masuk alam pekerjaan, tidaklah kaya, tapi duit Insyaallah ada. Makan juga dah lengkap sempurna. Ada sahaja menu baru yang hendak dicuba. Bila dah kahwin apatah lagi. Teh dan kopi manis pula dah menjadi rutin harian. Mahani Johari (restoran Siam yang paling famous di Jitra), Jo Cendol Pulut, Lynda Kuala Perlis, bukan lagi hanya boleh dirasa dalam mimpi, tapi bila-bila boleh pergi.

Riadhah, hmmm....mula-mula cuba juga maintain, tapi memang terasa amat sukar. Tak semudah zaman pelajar dulu. Bila dah berkeluarga dan punya anak, lagilah susah nak mencari masa. Pelbagai komitmen baru timbul. Badan pun dah naik macam Incredible Hulk, cuma yang naik tu lemak, bukannya otot. Muda-muda dah dapat gelaran PJK (faham-faham sendiri la).

JANGAN MENEGUR ANAK HINGGA MENJATUHKAN AIR MUKANYA


“Panggg!!” Bunyi pinggan pecah di meja berhampiran menarik perhatian saya. Bukan sahaja saya, tapi hampir semua pelanggan restoran kecil tersebut.

Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sekitar usia 4 tahun berdiri tegak, wajahnya penuh ketakutan. Langsung tidak ada pergerakan.

Saya melihat ayahnya dalam keadaan yang amat marah.

“Kan aku dah kata! Kenapa kau ni degil sangat haaa! Bodoh!” Bagaikan halilintar ayahnya memarahi anaknya di hadapan orang ramai.

Saya tergamam. Pelanggan yang lain juga kelihatan begitu. Sejurus kemudian, semua menghadap makanan masing-masing, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Tidak lama kemudian, kelihatan keluarga tersebut beredar keluar restoran. Saya hanya sempat melihat kelibat budak tersebut yang masih ketakutan. Entah apa yang bakal dihadapinya selepas ini. Saya tidak mahu bersangka ataupun memikirkannya.

Peristiwa tersebut bermain-main di fikiran saya selepas saya keluar dari restoran. Kasihan dengan anak kecil itu. Kasihan juga kepada kedua ibu bapanya.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya berfikir-fikir.

MEMBINA THIQAH (PERCAYA) DALAM DIRI ANAK


“Khadijah tak nak dah kawan dengan ayah lepas ni.” Luah Khadijah di dalam kereta ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah setelah menghantar kakaknya ke sekolah.

“Eh, kenapa pula?” Soal saya sambil ketawa kecil.

Berbeza dengan Humaira’ yang banyak bertanya soalan yang pelik-pelik untuk membina kefahaman, Khadijah mempunyai personaliti yang cukup berbeza. Dia lebih pendiam, banyak memerhati dan bicaranya lebih kepada pernyataan, penerangan dan pengesahan, berbanding persoalan. Itupun hanya apabila perlu sahaja.

“Sebab ayah garang, Khadijah nak kawan dengan Nasihah je, Nasihah tak marah Khadijah.” Jelas Khadijah dengan loghat yang masih pelat-pelat.

Saya tertawa mendengarnya.

“Laaa, ayah marah, ada lah sebabnya. Kalau dah Khadijah tak nak mandi dan meragam-ragam masa orang nak cepat tadi, memanglah kena marah.”

“Bila Khadijah buat salah, memang ayah akan marah sikit, sebab ayah nak Khadijah jadi orang yang lebih baik dan tak buat salah dah.” Jelas saya.

“Ouh….shorry.” Respon Khadijah seperti biasa sambil mengangguk-angguk.

Pandangannya di halakan ke luar tingkap kereta. Saya tahu dia mendengar dan berfikir. Cuma tidak pasti bagaimana dia memproses maklumat tersebut di dalam mindanya. Tidak seperti Humaira’ yang suka menjelaskan segala-galanya.

PEMBELAAN ALI TERHADAP ABU BAKAR DAN UMAR.


Kisah ini diriwayatkan dari Suwaid Bin Ghaflah, direkodkan oleh Ibnul Qayyim dalam kitabnya Belitan Iblis pada bab Belitan Iblis pada golongan Rafidhah.

Suatu hari, aku melewati sekumpulan orang-orang Syi’ah yang sedang mencaci Abu Bakar dan Umar serta mengurangi kedudukan mereka. Aku lalu pergi mendapatkan Ali Bin Abi Talib lalu berkata: Hai Amirul Mukminin! Aku lewati beberapa orang dari sahabatmu yang mereka menyebut-nyebut sesuatu yang tidak baik terhadap Abu Bakar dan Umar, dan kalaulah tidak kerana mereka menyangka yang engkau juga ada menyimpan sesuatu yang serupa itu di dalam hati mu, pasti mereka tidak akan berani untuk menyatakan perkara tersebut.

Ali terus menjawab: “A’udzubillah! A’udzubillah! Andai aku ada menyimpan sesuatu di dalam hatiku, selain apa yang diamanatkan oleh Nabi S.A.W kepadaku.”

“Allah akan melaknati sesiapa yang menyimpan dari hal keduanya selain yang baik-baik sahaja. Bukankah kedua mereka adalah saudara Rasulullah, sahabat dan wazirnya? Moga-moga Allah menurunkan rahmat ke atas keduanya.”

Kemudian Ali r.a bangun sedang air matanya mengalir kerana menangis, kemudian dia memimpin tanganku sehingga ke masjid lalu dia naik ke atas mimbar dan duduk di atasnya dengan penuh tenang. Dia meraut-raut janggutnya yang putih, sehinggalah orang ramai datang dan berkumpul. Kemudian dia pun bangun dan menyampaikan kalimah-kalimah ringkas yang cukup berkesan.

AYAH, UKHUWWAH ITU LELAKI KE PEREMPUAN?


“Ayah, ikhwah tu lelaki kan?” Tanya Humaira’ tidak berapa lama dulu.

“Ye.” Saya menjawab ringkas, acuh tak acuh kerana mata masih tertumpu pada skrin komputer mencari ilham untuk menulis hasil analisa data kualitatif.

“Akhawat tu perempuan kan?” Tanyanya lagi.

“Ye, perempuan.” Kali ini saya berhenti dan merenung wajahnya kehairanan. Dua soalan pertamanya adalah berbentuk pengesahan. Saya amat pasti, akan ada soalan ketiga pula selepas ini.

“Ukhuwwah itu apa pula ayah?” Barulah keluar soalan sebenar.

Saya tertawa kecil. Tidak dapat saya bayangkan apa yang tergambar di kepalanya. Mungkin sebutan yang lebih kurang sama membuatkan dia tertanya-tanya. Jangan terbayang yang bukan-bukan sudah lah. Kalimah ukhuwwah mungkin didengarinya dari sesi usrah ibunya yang sedang berjalan di ruang tamu.

“Ukhuwwah itu bukan lelaki, bukan perempuan, bukan juga lelaki separuh atau perempuan separuh. Ukhuwwah ini maksudnya hubungan antara seorang muslim dan seorang muslim yang lain.” Jelas saya. Cuba mencari maksud paling mudah.

9 CARA UNTUK KITA BANTU GAZA


8 hari telah berlalu. Jumlah syuhada di Gaza makin bertambah. Hospital tidak lagi mampu menampung bilangan mereka yang tercedera. Bilangan wanita dan kanak-kanak yang dibunuh juga makin meningkat. Ibu-ibu kehilangan anak kecil, anak kecil kehilangan ibu, kehilangan ahli keluarga seolah menjadi perkara biasa.

Kerosakan harta benda, bangunan dan tanah pertanian tidak dapat digambarkan. Setelah bangkit dari serangan tahun 2008 yang mengorbankan 1450 nyawa, Gaza berdarah kembali, dan mereka memerlukan bantuan kita lebih dari sebelumnya.

Tempoh gencatan senjata kali ini adalah tempoh terbaik untuk masyarakat Muslim membantu rakyat Gaza kerana mereka adalah saudara seaqidah. Tuntutan untuk membantu mereka adalah jauh lebih besar dari tuntutan kemanusiaan, ia adalah manifestasi keimanan dan persaudaraan Islam.

Kita boleh membantu Gaza dengan banyak cara, bukan sekadar sumbangan, boikot dan ‘share’ maklumat melalui facebook sahaja. Saya cuba senaraikan 9 cara yang efektif bagaimana kita boleh membantu Gaza secara khusus dan membebaskan masjid Al Aqsa dari cengkaman Zionis secara umumnya.

Gaza!

Banyak perkembangan yang berlaku hingga menyebabkan saya tidak sempat untuk mengemaskinikan blog semenjak dua menjak ini. Tuntutan pengajian, organisasi, keluarga dan lebih-lebih lagi kekacauan jiwa sejak krisis Gaza baru-baru ini membuatkan saya kehilangan fokus dalam menyusun keutamaan.

Sekarang ini saya sedang menarik nafas, cuba menyusun semula komitmen dan tindakan agar ada amal yang lebih 'qawi' akan dapat dilaksanakan.

Banyak maklumat ringkas khususnya tentang Gaza saya update dengan pantas di Facebook. Insyaallah, saya akan kongsikan komentar tentang Gaza yang lebih panjang di sini bila berkesempatan nanti.

Jangan lupa berdoa!


DAKWAH, DAKYAH, BANGSA MELAYU DAN PAKSAAN DALAM AGAMA

Dalam surah Al Baqarah ayat 256, Allah berfirman:

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Menurut pendapat ulama tafsir yang muktabar seperti Ibnu Kathir dan Imam Thabari, ayat ini bermaksud tidak boleh memaksa manusia untuk memeluk agama Islam setelah seruan dakwah sampai padanya.

Ia sama sekali tidak bermaksud bahawa seorang Muslim boleh keluar masuk dalam mana-mana agama secara bebas, kerana keluar dari Islam setelah memeluknya adalah satu dosa yang amat besar di sisi Allah.

Menurut para ulama tafsir juga, ayat ini juga secara keseluruhannya adalah penegasan tentang kebenaran Islam berbanding agama-agama lain. Ayat ini juga adalah ayat yang menjelaskan tentang kemuliaan Islam berbanding agama-agama lain dan satu panduan agar setiap Muslim merasa mulia dengan agamanya sahaja.

Ayat ini tidak sekadar berbicara tentang tiada paksaan untuk memilih agama, tapi yang lebih utama, ayat ini berbicara tentang kemuliaan dan kedudukan Islam sebagai satu-satunya agama yang benar. Ayat ini tidak sama sekali menyatakan bahawa Islam sama dengan agama-agama lain.

TARBIAH SEKULAR, TARBIAH PLASTIK


Bila berbicara tentang kemenjadian tarbiah, kita mesti lebih subjektif. Penilaian tentang kejayaan tarbiah tidak sekadar memenuhi kotak-kotak kosong pada dokumen penilaian dengan angka-angka atau tanda-tanda.

Kemenjadian tarbiah tidak boleh dinilai hanya dengan komitednya seorang akh menghadiri usrah, katibah, rehlah dan segala wasilah tarbiah yang dilaksanakan oleh Jama’ah, tapi ia mesti dinilai berdasarkan ketinggian akhlaq dan membuminya segala hakikat tarbiah itu dalam dirinya.

Sebagai contoh.

Kesungguhan seorang akh dalam menjaga masa tidak boleh dikatakan berjaya bila akh tersebut hanya mampu menepati masa ketika menghadiri program, tapi sering lambat atau tercicir dalam menghadiri solat berjemaah di masjid atau ketika berjanji dengan orang lain.

Begitu juga kefahaman tentang sabar. Ia tidak boleh dinilai hanya dengan berjayanya seorang akh melalui semua modul dan bahan yang membicarakan tentang makna dan isi daripada sifat sabar.

MENJAWAB BEBERAPA PERSOALAN TENTANG JAMA'AH (Bahagian 3 - Mengapa saya memilih ISMA?)


Soalan 3:

Mengapa pilih ISMA? Mengapa tidak jemaah- jemaah lain?

Jawapan:

Pertama sekali, tenaga kita sebagai manusia amat terbatas. Kita ada banyak komitmen-komitmen lain yang tidak kurang berat pada keluarga, pengajian dan kerjaya juga. Jadinya, adalah amat tidak relevan andai kita cuba untuk menyertai banyak jema’ah secara serentak kerana akhirnya kita akan hilang fokus.

Andai kita ingin belajar ilmu perakaunan hingga mendapat ijazah sarjana muda, bolehkah kita menyertai dua tiga universiti dengan alasan untuk menimba ilmu? Sekali kita hadir kelas di Uni Adelaide, sekali di UNISA, minggu depan pula di Flinders. Akhirnya kita akan penat dan ijazah entah ke mana.

Itu untuk dunia, samalah juga dengan amal islami. Tarbiah perlu ada komitmen, displin dan manhaj yang tersusun.

Pilih satu Jema’ah, dan beramallah dengan bersungguh-sungguh. Bukan sekadar sebagai ahli pasif yang hanya pergi dan balik usrah, tetapi ahli aktif yang dapat menyumbang tenaga, masa dan buah fikiran untuk menyampaikan dakwah.

MENJAWAB BEBERAPA PERSOALAN TENTANG JAMA'AH (BAHAGIAN 2)


Soalan 2:

Mengapa perlu ada banyak Jema’ah? Bukankah ini tanda bahawa umat Islam tidak bersatu hati dan berpecah belah?

Jawapan:

Pertama sekali perlu diingat. Jema’ah hanya wasilah, bukan matlamat. Kita menyeru manusia kepada Islam, bukan kepada Jema’ah. Namun begitu, jema’ah ini amat penting kerana organisasi yang dijenamakan dengan baik, punya agenda, objektif, misi dan visi yang jelas, jalan kerja dan displin yang kemas adalah kenderaan yang amat baik untuk menyampaikan kita kepada matlamat. Kita hanya menunggangnya untuk menyampaikan kita kepada matlamat, iaitu Islam itu sendiri. Tidak ada isu kita mengajak kepada Jema’ah dan bukan kepada Islam, kerana keduanya adalah selari.

Tentang kepelbagaian Jema’ah. Manusia ini sifatnya berbeza-beza. Ada yang suka makan nasi dengan kari ayam. Ada yang suka makan laksa dengan sambal belacan. Ada pula yang suka makan dalca dengan sambal petai. Itu baru bab makanan. Dalam mazhab fiqh juga para Imam berselisih pandangan hingga lahirlah pecahan-pecahan mazhab yang punya kaedah perlaksanaan yang berbeza-beza.

MENJAWAB BEBERAPA PERSOALAN TENTANG JEMA’AH (Bahagian 1)

Soalan 1:

“Saya faham kenapa kita kena berdakwah, tapi kenapa kena ada jema’ah - jemaah untuk berdakwah ni?”

Jawapan:

Alhamdulillah, baguslah kalau dapat faham mengapa kita kena berdakwah, tidak ramai muslim hari ini yang mempunyai kefahaman begitu. Tentang mengapa kita kena ada Jema’ah untuk berdakwah, saya beri satu analogi mudah.

Katakan kita nak buat satu bangunan yang cantik. Boleh tak agak-agak kita nak buat seorang diri? Secara logiknya mestilah tak boleh kan?

Mesti ada orang yang mahir melukis pelan, mesti ada yang mahir dalam seni pertukangan, mesti ada yang mahir dalam perkiraan setiap sudut bangunan, kena ada tukang cermin, tukang mozek, tukang simen dan macam-macam lagi.

Tidak ada seorang manusia yang ada semua kemahiran dan mampu untuk melakukannya secara berseorangan. Kalaupun dia sangat pandai, pasti dia tidak akan mampu untuk membina bangunan tersebut secara berseorangan.

Begitu juga dengan dakwah. Ia adalah satu urusan besar yang memerlukan kepelbagaian kemahiran. Sebagai contoh, katalah kita buat kempen untuk ajak penduduk sebuah taman bagi menunaikan solat berjemaah di masjid.

Ibu Bapa, Anak-Anak dan ‘Smart Phone’

“Ayah, tengok lah lukisan Humaira’ ni sekejap, cantik tak?” Sapa Humaira’ pada saya tika saya baru pulang dari pejabat. Lukisan yang dilukisnya di sekolah diangkat dengan tinggi.

“Haa, cantik-cantik” Jawab saya, acuh tak acuh. Saya melihat sebentar lukisannya dan kemudian mengalihkan pandangan pada ‘iPhone’, melihat email dan ‘newsfeed Facebook’ yang masuk dengan pantas.


“Ayah tak tengok pun. Ayah ni, jangan lah asyik tengok telefon je. Tengoklah sini sekejap!” Marah Humaira’. Saya tersentak. Tersentap. Tergamam. Tergumam.

“Ok, ok, ‘sorry’, meh sini ayah tengok, ” saya meletakkan telefon, dan kemudian memberi sepenuh perhatian padanya.

Di dalam hati penuh dengan rasa bersalah.

“Ya Allah, teladan apa yang telah aku tunjukkan ini.” Bicara saya di dalam hati.

Hari Raya Korban di Adelaide

Lama tidak menulis ‘update’ tentang suasana yang berlaku di sini. Ingin juga sesekali bercerita secara santai tanpa perlu berfikir banyak tentang laras bahasa yang digunakan dan mesej yang ingin disampaikan.

Baiklah, tentunya ‘update’ kali ini adalah tentang Hari Raya Korban di Adelaide. Tahun ini kali kedua kami menyambutnya di sini, lebih menambah seri adalah kehadiran Fatimah Insyirah yang kini telah berusia 6 bulan.

Sambutan di sini agak sederhana, namun kemeriahan tetap terasa. Seperti tahun sebelumnya, tahun ini kami memilih untuk menunaikan solat sunat hari raya di Bonython Park. Tahun ini yang menjadi imam adalah Imam Yusuf, Imam Masjid Wandana yang berketurunan Uighur.

Khutbah agak pendek kerana ingin meraikan orang yang terpaksa bekerja dan mempunyai pelbagai urusan kerana hari Jumaat adalah hari bekerja di sini.  Isinya adalah tentang cinta, ujian dan pengorbanan yang dilalui oleh Nabi Ibrahim sepanjang sejarah hidupnya. Nanti saya kongsikan isinya dalam entry lain kalau berkesempatan.

Alhamdulillah, cuaca cukup cantik, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Kehadiran juga agak baik walaupun masjid-masjid lain di sekitar Adelaide seperti Masjid Khalil dan Masjid City juga menganjurkan Solat Sunat Aidil Adha.

Suasana cukup meriah dengan anak-anak yang turut dibawa hadir tanpa ada sebarang kebimbangan akan mengganggu ketenteraman Jemaah yang sedang solat. Oleh kerana padang yang luas terbentang, kanak-kanak bebas berlari dan bermain sepuas-puasnya. Harap-harap nanti sunnah yang baik seperti ini dapat diamalkan juga di Malaysia satu hari nanti.


Solat di padang adalah satu sunnah yang masih belum dapat dirasai di Malaysia. Cukup menarik bila dapat berkumpul dan melihat orang-orang Islam berbilang bangsa sujud dan bertakbir berbumbungkan langit dan berlapikkan rumput hijau.

Ada juga ‘jumping castle’ yang membuatkan anak-anak tidak senang duduk. Tahniah kepada IICSA (Islamic Information Centre of South Australia) yang menganjurkan program ini dengan amat baik sekali.

Selesai solat, kami akan bersalam-salaman, berpeluk-pelukan diikuti sesi bergambar bersama pelajar-pelajar Malaysia yang hadir. Cuma tahun ini, Nampak tidak berapa ramai pelajar Malaysia yang ada, mungkin ada yang bertembung dengan kelas dan tugasan yang perlu dihantar segera.

Jamuan ringan disediakan oleh pihak penganjur, tapi, kalau namanya orang Melayu, pasti tidak akan lepas dengan rendang, ketupat dan pelbagai jenis juadah ketika hari raya yang disediakan oleh beberapa keluarga, termasuklah isteri saya yang bersengkang mata memasak seperiuk besar rendang ayam pada malam sebelumnya.

Kami tidak ke mana-mana hari ini, asalnya saya bercadang untuk ke pejabat, namun melihat rumah seperti tongkang pecah, terpaksa juga meluangkan sedikit masa untuk operasi selepas Solat Jumaat. Selepas Asar, barulah kami keluar beraya ke rumah Shibi dan Surah yang berhampiran dengan rumah kami.

Malamnya saya melayani anak-anak. Lama tidak menonton ‘movie’ bersama kerana kesibukan saya dengan pengajian. Kali ini kami menonton filem ‘How to Train Your Dragon’. Satu kisah dengan jalan cerita yang cukup menarik. Nantikan entry seterusnya (kalau rajinlah, hehe).

Ibadah korban akan dilakukan esok di pusat penyembelihan di Lobethal. Saya dan beberapa orang rakan sama-sama berpakat untuk menumbangkan seekor lembu.  Cara sembelihan di sini agak unik, tidak seperti di Malaysia. Lepas sembelih esok, nanti saya kongsikan gambar dan sedikit cerita tentang penyembelihan di sini.

Baiklah, setakat itu dulu update, janggal juga rasanya menulis di blog seperti ini, kerana telah amat lama tidak melakukannya. Asalnya saya ingin menulis tentang perkara lain, namun menunggu ilham yang tidak kunjung datang, akhirnya saya memilih untuk menulis sahaja apa yang terlintas di fikiran.

Moga bertemu lagi di lain masa.

Eid Mubarak buat semua pembaca blog ini!

DIA TIDAK PERNAH LUPA


“Ma jangan lupa doakan Hisham ye,” pesan saya kepada Ma setiap kali sebelum menamatkan panggilan telefon.

“Ma tak pernah lupa, setiap kali selepas solat Ma akan doakan. Malah setiap malam Jumaat Ma akan buat solat hajat untuk anak-anak. Minta semua dimudahkan urusan, yang belum kahwin agar dimudahkan jodoh, yang sedang belajar agar lulus dengan cemerlang, yang baru berkahwin agar cepat dapat anak. Ma doakan semuanya berjaya dunia akhirat.”

Walaupun jawapan yang sama diberi setiap kali saya menghubungi dan saya tahu, Ma pasti tidak akan lupa selagi mana dia bernyawa (Insyaallah), tapi sengaja saya ingin mendengarnya bagi mendapatkan penawar bagi hati yang sedang lara atau ketika minda dalam keadaan amat berserabut.

Biasanya selepas berbual-bual dengan Ma, saya akan merasai ketenangan luar biasa. Bukan kerana saya dapat meluahkan masalah, kerana saya memang jenis yang suka memendam masalah. Buka juga kerana dapat solusi kepada formula yang tidak dapat difahami berhari-hari. Namun, ketenangan itu hadir kerana saya tahu, di satu sudut kecil di dunia ini, ada manusia yang paling mustajab doanya bagi diri saya, sedang berdoa, memohon agar Allah mempermudahkan kehidupan saya dunia dan akhirat.

Subhanallah. Cukup melegakan.

Begitulah hati seorang ibu. Walaupun anak-anak sibuk ke sana dan kemari hingga kadang-kadang ada waktunya terlupa untuk menghubungi, tetapi ibu yang sejati, walaupun ilmu agamanya tidak setinggi mana, walaupun tidak berijazah, walaupun tidak pernah bersama mana-mana jama’ah yang semangat berdakwah, tetap tidak pernah lupa untuk mendoakan anak-anaknya.

Sedangkan kita yang kononnya ilmu penuh di dada, meletakkan status facebook, posting di blog yang berbau islami dan penuh muhasabah diri, sibuk dengan amal tarbiah dan dakwah di sana sini, seringkali lupa untuk mendoakan keselamatan dan kebahagiaan sekujur tubuh yang kian dimamah usia itu.

Andai hari ini kita berbangga dengan kejayaan dan pencapaian diri, mungkin di sebaliknya ada doa seorang ibu yang dimakbulkan.

Andai hari ini kita berbangga dengan bahagianya keluarga dan anak-anak yang menjadi, mungkin di sana ada keberkatan dari ibu yang sentiasa mendoakan kesejahteraan rumahtangga anak-anaknya.

Allah. Kadang-kadang rasa malu pada diri sendiri. Terima kasih kepada semua yang sudi mengingatkan, kerana peringatan itu sentiasa berguna bagi orang-orang yang beriman.

Moga Allah mengurniakan kita kekuatan untuk menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendoakan kebaikan buat ibu bapa kita.

Jangan lupakan mereka dalam doa seusai solat petang ni!

PERISTIWA SATU PETANG DI TEPI TIANG MASJID

“Anta buat apa kat sini?” Tanya seorang sahabat yang melihat saya sedang bersandar di tepi tiang masjid selepas Solat Asar.

Saya diam. Hanya tersenyum. Sebenarnya ketika itu saya menahan lapar yang amat sangat kerana telah kehabisan wang belanja. Hendak menelefon ke rumah, minta bantuan dari Ma dan Dedi, tidak sampai hati. Hendak meminjam dari kawan-kawan, terasa malu. Kebetulan bulan itu elaun JPA masuk agak lambat. Khabarnya, tiga hari lagi baru duit akan masuk.

Petang itu saya buntu. Kali terakhir saya menjamah makanan adalah sebungkus Maggi yang saya kongsi bersama roommate malam tadi, sesudahnya hanya minum air sejuk kerana duit yang di dalam dompet hanya 50 sen. Tidak pernah lagi keadaan kewangan saya kritikal begini. Apatah lagi untuk menghadapi beberapa hari lagi.

Perut terasa amat pedih.

“Anta ada masalah ke?” Tanya sahabat itu lagi. Sahabat itu adalah senior saya dua tahun di Universiti. Dia adalah antara tenaga utama yang mengajak saya mengenal usrah, tarbiah dan dakwah.

Saya hanya menguntum senyum. Bertarung antara perasaan malu dan perut yang sedang menggerutu.

“Biasanya anta tak begini, pada hemat ana, anta ni mesti tengah tak ada duit sebab elaun budak-budak tahun pertama JPA masuk lambat bulan ini kan. Eh, anta dah makan?”

Dada saya bagai disambar petir. Bagaimana dia boleh meneka dengan tepat apa yang sedang bermain di fikiran saya.

“Macam ini lah, anta ambil RM 20 ni, buat belanja apa yang patut, ana tahu anta tak ada duit.”

Dia mengeluarkan dua keeping not merah dari dalam dompet dan menghulurkan kepada saya.

Tanpa sedar saya menghulurkan tangan, tidak mampu menolaknya.

“Ana minta diri dulu, ada hal sikit. Kalau anta perlu bantuan apa-apa, anta tahu nak cari ana kat mana.” Sahabat saya itu bangun dan berlalu pergi.

Saya menahan air mata. Bantuan Allah datang dalam keadaan tidak disangka-sangka. Saya menunggu kelibatnya hilang dan kemudian terus bangkit menuju kafeteria terdekat untuk mencari makanan.

Peristiwa petang hari di tepi tiang masjid itu adalah antara peristiwa dari sekian banyak kenangan yang tidak akan dapat saya lupakan. Antara noktah penting yang menyebabkan mengapa saya terus kekal bersama dengan dakwah dan tarbiah hingga hari ini.

Kadang-kadang bukan ceramah yang berdegar-degar di dalam daurah, bukan juga siri-siri usrah, nasihat-nasihat boombastik, katibah dan mukhayyam yang akan menyentuh hati seorang mad’u dan mengubah pendiriannya tentang dakwah dan tarbiah, tetapi cukup sekadar dengan sentuhan-sentuhan kecil yang dilakukan dengan penuh keikhlasan dari hati murabbi yang penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Bila kita (da’ie) jujur dengan ukhuwwah, hati mad’u pasti akan mudah berubah.

Moga Allah memberi kelapangan hidup dan keluasan rezqi pada sahabat yang membantu saya petang itu.

APA SALAHNYA KAMI BERKAWAN?


“En. Hisham, apa salahnya kami berkawan dan keluar bersama sekali sekala. Bukan buat salah apa pun, lagi pun kami hanya cuba kenal mengenali hati budi masing-masing, dan saya memang ada perancangan untuk melamar andai saya dapati dia serasi dengan saya.” Kata seorang pelajar kepada saya pada suatu masa selepas selesai sesi penyeliaan berkenaan pelajaran di bilik.

Tergamam saya mendengar soalan dan penjelasan ‘tanpa diminta’ tersebut, apatah lagi bila ia diungkapkan dengan wajah penuh selamba.

Saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Mungkin kerana ada kata-kata nasihat tentang hubungan antara lelaki dan perempuan yang sering saya sebutkan sebelum memulakan pengajaran menyentuh dirinya. Wallahua’lam, saya ingin membebaskan diri dari sangka-sangkaan. Biarlah saya dalam keadaan tidak tahu.

Mendengar luahan itu, saya teringat kepada soalan yang hampir sama yang pernah ditanyakan oleh seorang sahabat kepada baginda Nabi yang mulia. Dalam sebuah hadis, diceritakan bahawa satu hari, seorang anak muda datang berjumpa dengan Rasulullah dan bertanya;

"Wahai Rasulullah saw, izinkan aku untuk melakukan zina",

PEMIKIRAN PELIK POLITIK KITA HARI INI


“Mat, aku rasa baik jangan lagi mencuri, sebab mencuri itu berdosa.” Tegur Amran kepada sahabat baiknya.

“Hang jangan melampau Amran, hang tengok kawan kita si Zaim tu, lagi teruk dia mencuri, pernah aku dengar dia rompak bank lagi, kenapa hang tak pernah tegur dia? Sedangkan aku hanya curi makan di kedai sahaja. Hang memang tidak adil!!!” Sergah Mat kepada sahabat baiknya tadi.

Amran terpinga-pinga.
….

Dalam satu lagi situasi.

“Siapa suka makan pisang di sini?” Tanya Cikgu Amir kepada anak-anak murid kelasnya.

“Saya cikgu, saya” beberapa orang pelajar mengangkat tangan.

“Haa, monyet juga suka makan pisang, jadi kamu semua adalah monyet.” Jelas Cikgu Amran setelah melihat beberapa orang murid mengangkat tangan.

(Krik Krik)
.…

Pelik bukan. Jangan bimbang, dialog di atas hanyalah rekaan semata-mata.

Namun, realiti politik kita hari ini adalah hakikat, bukan rekaan. Politik kita hari ini amat pelik. Tidak banyak bezanya seperti apa yang digambarkan dalam dialog di atas.

Begini maksud saya.

CINTA ITU BUKAN SEKADAR LAFAZ

Cinta dan sayang itu bukan sekadar lafaz, tapi mesti dibuktikan dengan perbuatan.

Seorang wanita yang mengaku sayangkan suaminya bersungguh-sungguh, pasti tidak akan suka andai ada sebarang kemudharatan yang menimpa suaminya.

Begitu juga seorang anak, secara khusus anak perempuan yang sayangkan ayahnya, pasti tidak akan suka andai ada kecelakaan yang menimpa ayahnya.

Seorang ayah juga, andai sayangkan anaknya (anak perempuan secara khusus), pasti tidak akan membenarkan apa jua perkara mengapa-apakan anak-anaknya.

Seorang suami, andai sayangkan isterinya dengan bersungguh-sungguh, pasti akan menjaga isteri tersebut bagai menatang minyak yang penuh.

Apatah lagi jika ada api yang ingin membakar tubuh mereka yang disayangi tersebut, jauh sekali hendak membayangkan bahawa merekalah yang menjadi punca tubuh mereka yang disayangi disentuh oleh api.

Begitulah cinta hakiki, ia bukan sekadar lafaz “I Love You”, tapi ia pasti akan disusuli dengan tindakan penuh bertanggungjawab untuk melindungi orang yang disayangi dari menerima apa jua bala bencana.

Saya pasti, sukar untuk sesiapa yang mempunyai fitrah yang normal untuk tidak bersetuju dengan hakikat ini.
Namun realitinya jauh berbeza hari ini. Apakah kerana tidak tahu, atau tewas dek pujukan hawa nafsu?

Tidak, saya tidak berbicara tentang nasib kita di dunia, tapi lebih kepada nasib kita nanti di akhirat sana.

Ramai wanita yang mengaku sayangkan suami, namun masih keluar dengan aurat terbuka yang menyebabkan suami menimbun beban dosa.

Ramai juga suami yang menyatakan cinta dengan penuh rasa hati, tidak pernah lupa untuk menghadiahkan bunga pada setiap hari ulangtahun, namun membiarkan isteri keluar tanpa menutup aurat, apatah lagi keluar dan bergambar bersama dengan lelaki yang bukan mahram.

Ramai (anak perempuan yang telah dewasa dan belum berkahwin) yang mengaku sayangkan ayahnya dengan sepenuh hati, namun masih membiarkan ayahnya menghimpun dosa dengan keluar tanpa menutup aurat, meletakkan gambar mendedahkan aurat di laman social, balik lewat malam tanpa sebab yang munasabah dan bergambar bersama lelaki yang bukan mahram.

Ramai juga ayah yang saya pasti, amat sayangkan anaknya (anak perempuan secara khusus), namun masih membiarkan anak-anak hanyut tanpa didikan agama, dan langsung tidak menegah anak dari melakukan perbuatan-perbuatan yang menghampirkan diri mereka berdua ke jurang api neraka.

Tidakkah semua ini akan menjadikan diri dan orang yang disayangi calon untuk menjadi bahan bakar api neraka?

Cinta apakah ini? Cinta palsu atau cinta yang penuh dengan penipuan?

Tidak ada sesiapa yang suka dengan cinta palsu yang sering diungkapkan oleh sang penipu.

Andai sayang, buktikanlah dengan perbuatan.

Buat adik-adikku (yang belum berkahwin), jika benar sayang kepada ayah, jangan dayuskan ayah anda dengan mendedahkan aurat (aurat bukan sekadar menutup rambut), keluar dengan lelaki yang bukan mahram dan meletakkan gambar yang mendedahkan aurat di merata-rata.

Buat para isteri di luar sana, andai sayang pada suami, bantulah dia untuk sama-sama berpimpin tangan untuk bercinta hingga ke syurga. Jangan heret suami ke neraka dengan kealpaan kita dalam menjaga maruah diri dan aib rumahtangga.

Buat para suami dan juga ayah, kita adalah pemimpin, dan diri kita akan dipertanggungjawabkan atas rakyat yang kita pimpin. Tidak guna kejayaan kita gilang gemilang di dunia, andai pengakhiran kita nanti adalah di tepi lembah neraka.

Buktikan bahawa kita benar-benar cinta!

GEMA KEWARAKAN


Apabila seseorang da’i mewajibkan dirinya bersifat dengan sifat warak, kewarakannya akan mempunyai gema yang pengulangan gema tersebut akan menggerakkan orang ramai. Hakikat ini dijelaskan oleh penemuan yang dilakukan oleh Yahya bin Mu’az, seorang zahid, yang mengatakan: “Bahawa manusia akan mempedulikan urusan anda, sekadar mana anda peduli dengan urusan Allah.” Taufiq yang diberikan oleh Allah terhadap kerja pengumpulan yang kita lakukan adalah bergantung kepada tahap kesungguhan kita terhadap kerja tersebut. Krisis ketidakmahuan manusia untuk datang kepada kita, tidak lain dan tidak bukan, adalah disebabkan oleh kurang pedulinya kita terhadap apa yang diwajibkan oleh Allah kepada kita. Sesiapa yang datang kepada Allah dengan hatinya, nescaya Allah akan mendatangkan hati-hati manusia kepadanya. 

Abu Ammar - Al Masar

JANGAN PANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN

Jangan pandang rendah pada orang lain kerana roda kehidupan ini berputar dengan cara yang cukup misteri.

Orang yang lemah dan pernah kita pandang rendah mungkin akan berjaya pada masa akan datang jauh lebih hebat dari apa yang kita dapat bayangkan.

Orang yang hebat dan kita pandang tinggi bahkan mungkin diri kita sendiri, tanpa kita ketahui akan jatuh terperosok ke lembah hitam yang paling dalam.

Berpada-padalah dalam menyanjung dan mengeji, juga dalam cinta dan benci, kerana taqdir kehidupan semuanya dalam genggaman taqdir Allah yang tidak kita ketahui.

Rumahtangga Dakwah Kita (2) - Taman Syurga Dunia


“Syifa akan teruskan juga ke dengan tadika ni walaupun kita dah kahwin?” Tanya saya pada isteri dalam taaruf kami setelah beberapa hari kami berkahwin.

Wajah isteri saya sedikit berubah.

“Kenapa abang tanya begitu?” respon isteri saya, penuh curiga.

“Iyelah, lepas kahwin, Syifa tak nak tumpukan pada rumahtangga ke?” Saya menjelaskan maksud.

“Maksud abang?” Isteri saya meminta penjelasan.

“Maksudnya, Syifa boleh ke nak tunaikan tanggungjawab pada suami, mendidik anak-anak yang bakal lahir nanti dengan adanya tadika ni? Abang bimbang, kalau Syifa sibuk, akhirnya rumahtangga akan jadi kurang berkualiti.” Luah saya. Mencurahkan perasaan hati.

Malasnya nak balik!


Pantas sungguh masa berlalu.

Terasa seperti baru sahaja menjejakkan kaki di KLIA, menikmati cuaca panas dan makanan-makanan Malaysia yang cukup eksotik. Belum puas lagi berbual dengan teman-teman, mendengar laungan azan dari masjid berdekatan dan meneguk kasih sayang dari mereka yang tersayang.

Bila pulang ke tanahair, diri terasa lepas, bebas dan tenang. Walaupun banyak kekurangan jika dibandingkan dengan Australia, sebuah negara maju yang cukup terkedepan dari banyak segi, namun tetap dirasakan bahawa Malaysia adalah jauh lebih baik.

Amat benar kata pepatah orang tua-tua, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Hari ini saya memahaminya.

Wah! Malasnya nak kemas beg nak balik dan terbang semula ke lembah dingin itu. Harap dapat habiskan cepat-cepat pengajian di sini dengan jayanya. Mohon doa semua ye.

Idea, Masa dan 'Roh'


Kadang-kadang kita ada banyak idea untuk menulis, tapi tidak ada masa. Bila kita ada sedikit masa, duduk di hadapan skrin, idea langsung tidak kunjung tiba. Bila ada masa dan idea, terkadang ‘roh’ penulisan itu pula hilang. Mereka yang biasa menulis, akan tahu apakah yang dimaksudkan dengan ‘roh’ penulisan.

Bukan mudah sebenarnya untuk menulis, walaupun hanya satu entri di blog. Idea, masa dan ‘roh’, perlu berjalan berpimpin tangan.

................ 

Moga Allah memberikan kita semua (penulis) kekuatan.

MENUJU POLITIK BARU: APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN

“Tak praktikal! Cadangan hang memang bunyinya ideal, tapi hakikatnya tak praktikal!” Balas seorang teman ketika saya mengutarakan idea kesepakatan antara kumpulan-kumpulan Muslim di Malaysia dalam membina lanskap politik yang lebih baik pada masa akan datang.

“Mengapa pula tak praktikal?” Tanya saya kembali. Seronok juga sekali sekala berbincang begini. Berbeza pendapat adalah satu kemanisan andai ia dilakukan dengan penuh adab dan hikmah.

“Yelah, satu sekular, satu lagi ingin mendokong ISLAM, satu penuh dengan kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa, satu lagi ingin menegakkan ISLAM dan keadilan. Mana mungkin kedua kumpulan ini bersepakat. Dasar pun jelas berbeza. ISMA dengan IKRAM pun tak boleh nak sepakat, inikan pula UMNO dan PAS.” Jelasnya dengan nada tegas, ditambah dengan sedikit sindiran.

Saya hanya tersenyum. Jika datangnya dari orang lain, saya mungkin malas hendak menyambung perbincangan, tapi dengan teman yang seorang ini, saya cukup memahami.

“Habis, apa cadangan hang untuk membina politik baru yang lebih damai?” Tanya saya lagi, cuba mengorek cadangan penyelesaian. Ingin membawa perbincangan ke arah yang lebih praktikal.

KAHWIN SEMASA, ATAU SELEPAS BELAJAR?


“Apa pendapat Abang Sham tentang kahwin masa belajar?” Tanya seorang anak muda kepada saya baru-baru ini.

“Pendapat? Pendapat macamana?” Seperti biasa, saya akan bertanya semula untuk mencari kepastian bagi memberi jawapan yang terbaik.

“Yelah, ada yang kata kahwin masa belajar ni baik, boleh menundukkan pandangan, mengurangkan budaya ‘couple’ dan lebih memberi ketenangan pada hati. Nak lah dengar pendapat Abang Sham pula.” Jelasnya.

“Hmmmmm …” saya berfikir panjang sebelum memberikan jawapan, cuba mengolah sedikit pengalaman menjadi sebuah jawapan.

“Sebenarnya, dalam membincangkan persoalan kahwin sebelum atau selepas belajar, ia tidaklah semudah yang disangka, kerana perkahwinan itu sendiri bukanlah satu benda yang mudah. Tidak ada jawapan mudah dan mutlak yang boleh diberikan. Tidak ada satu solusi yang pasti akan berkesan oleh setiap orang. ‘There’s no one size fits all’, kata orang.” Saya memulakan bicara.

APA YANG ALLAH TETAPKAN, PASTI AKAN TERJADI


Saya bukanlah orang yang sistematik, tidaklah terlalu berterabur, tapi tidak juga terlalu ‘organised’. Walaupun saya selalu lupa banyak perkara sejak kebelakangan ini kerana banyaknya tugas dan amanah berat, termasuk selalu lupa di mana letaknya kunci dan telefon bimbit, namun ada satu perkara yang saya amat ‘particular’ berkenaan penjagaannya, iaitu laptop dan dokumen-dokumen penting.

Sejak dulu lagi, saya amat menjaga perkara-perkara ini. Saya cukup menjaga laptop dari diceroboh oleh pihak luar secara maya atau secara fizikal. Isteri dan teman-teman rapat saya mengetahuinya. Saya cukup menjaga aktiviti di internet dan fail-fail yang dimasukkan ke dalam laptop. Saya juga tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan anak-anak bermain-main dengan laptop, dan mereka amat maklum dengan ‘pantang’ saya ini.

Setiap kali parkir kereta di mana-mana, jika saya membawa laptop bersama, saya tidak akan meninggalkannya di dalam kereta kerana khuatir ada orang yang akan memecah masuk ke dalam kereta dan mencurinya.

Cukuplah beberapa kes (pecah kereta untuk mencuri barang elektronik) yang saya dengar sebelum ini sebagai peringatan.

Beberapa hari yang lalu, seperti biasa, saya menyandang beg laptop ketika keluar makan di R n R Rawang bersama dengan keluarga, dengan banyak dokumen penting di dalam beg laptop tersebut, saya meningkatkan kadar kewaspadaan 2 kali ganda.

Namun entah bagaimana, kali ini saya cuai kerana meninggalkannya di bawah meja makan. 

POLITIK COMMON SENSE

Saya seorang muslim, rakyat Malaysia, kakitangan kerajaan dan ahli ISMA yang berdaftar.

Namun, saya menolak politik lucah dan kelucahan yang dipaparkan oleh media arus perdana. Saya juga benci pada kezaliman terhadap rakyat awam, sabotaj terhadap kerajaan negeri, memilih bulu dalam projek pembangunan, salah guna kuasa, rasuah, penipuan dalam pilihanraya, pembaziran wang kerajaan dan akta yang membolehkan sesiapa sahaja ditahan dan didakwa tanpa bicara.

Namun kebencian saya ini tidaklah menjadikan saya buta, menafikan jasa-jasa dan menolak apa jua kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan sedia ada, apatah lagi menjadikan saya penyokong buta Pakatan Rakyat.

Andai saya bukan ahli mana-mana NGO pun, saya juga akan berpendirian begini.

Pada masa yang sama, kerana saya seorang muslim, berbangsa melayu, saya sangat ingin melihat kesepakatan antara dua parti terbesar melayu muslim di Malaysia yang ahli-ahlinya dihubungkan dengan ikatan syahadah, iaitu PAS dan UMNO dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan umat ISLAM dan bangsa melayu seperti isu aqidah, isu undang-undang Islam, penguatkuasaan terhadap ajaran sesat seperti Syiah, isu bahasa, hiburan keterlaluan dan banyak lagi.

Bila mana saya inginkan kesepakatan ini, tidaklah bermakna saya ingin keduanya bergabung atau keluar dari pakatan masing-masing, namun cukuplah agar keduanya dapat menunjukkan kesepakatan dalam membela maruah dan nasib ummah.

Apakah dengan sikap seperti ini, bermakna saya tertipu dengan strategi UMNO untuk mengekalkan kuasa, atau menjadi ‘kaki kipas’ kerajaan untuk menggagalkan hasrat Pakatan Rakyat ke Putrajaya, apatah lagi menjadikan saya penyokong tegar kerajaan hingga menafikan kebaikan-kebaikan yang banyak oleh Pakatan Rakyat khususnya kerajaan PAS di Kelantan. Tidak sama sekali! ‘I am not that stupid!’

HATI INI MENANGIS LAGI


Hati ini menangis lagi. Entah buat kali yang ke berapa.

Melihat gambar bayi berteman kerengga di atas tembok, meruntun segala perasaan. Bagi yang punya anak kecil, pasti akan memahami perasaan ini. Saya tidak sampai hati untuk 'like' atau 'share' gambar tersebut.

Begitu juga bila mengenang nasib ummah di banyak tempat yang masih belum terbela. Rohingya terutamanya. Terasa berdosa kerana mereka amat dekat dengan kita, namun tetap, kita masih belum mampu untuk berbuat apa-apa. Jauh lagi untuk tampil membela.

Namun, bersedih bukan jalan penyelesaian. Ratapan demi ratapan tidak akan menyelesaikan masalah.

Khuatir, di akhirat nanti Allah akan bertanya.

“Apa yang telah kamu lakukan untuk membantu saudaramu yang dizalimi?”

Tidak mampu rasanya untuk menjawab,

Lebih Dari Sekadar Kemenangan dan Kekalahan


Lee Chong Wei tewas tipis.

Azizulhasni juga begitu.

Namun, keduanya disanjung oleh banyak pihak walaupun tewas. Memberi satu definisi baru kepada kemenangan dan kekalahan.

Selama ini kita dimomokkan bahawa yang menang itu adalah yang mendapat tempat pertama, manakala yang kalah adalah sebaliknya.

Definisi yang amat sempit jika ia hanya difahami secara literal.

Namun, jika tempat pertama itu adalah natijah kepada usaha yang berterusan hasil dari keazaman yang membara, maka itu adalah kemenangan yang pastinya adalah kemenangan yang hakiki.

dan, jika tempat pertama itu adalah keputusan selepas siri-siri kebangkitan dari kekalahan, maka itu adalah kemenangan yang amat bermakna.

Itulah juara sebenarnya. Tidak hanya dalam sukan, tapi dalam mendepani apa juara cabaran kehidupan.

Inilah rahsia mengapa mereka dipuji walaupun tewas. Kerana mereka tidak tewas tanpa usaha dan kesungguhan, tapi tewas dengan cara yang sungguh bergaya.

Hakikatnya, mereka yang gagal bukanlah mereka yang tidak berusaha, tapi mereka yang langsung tidak punya usaha dan keberanian untuk keluar dari zon selesa. Takut dengan cabaran kerana takutkan kekalahan.

Berpatah arang dengan keberanian kerana tidak ingin berkorban. Inilah sifat asasi mereka yang jiwanya telah tewas sebelum bermula.

Kalah dengan berusaha tidak mengapa kerana ia jauh lebih baik dari tidak punya keazaman untuk mencuba. Lebih malang jika hanya pandai mengata.

Ia bukan tentang pingat emas sebenarnya.

Jauh lagi tentang Olimpik atau mana-mana sukan yang dipertandingkan.

Hakikatnya, ia adalah kisah tentang keazaman dan seni mengurus kekalahan untuk mencipta kemenangan.

Semuanya bermula dengan keazaman!

Kerana hidup ini jauh lebih bermakna dari sekadar mendapat tempat pertama.

Selamat Berusaha Mencari Lailatul Qadr.

The Search for Lailatul Qadr

The last 10 days of Ramadhan is the most critical times within this special month. It is the time of liberation from hell fire as mentioned in a hadith and more importantly, it is the time for the search of Lailatul Qadr.

Some scholars name it as the night of power or night of destiny but one thing for sure, Lailatul Qadr is a divine night awarded by Allah only to the followers of Rasulullah. The beauty of this night is unmatched. Its significance was mentioned in the Quran in one complete surah:

1. Verily! We have sent it (this Qur'an) down in the night of Al-Qadr (Decree)
2. And what will make you know what the night of Al-Qadr (Decree) is?
3. The night of Al-Qadr (Decree) is better than a thousand months (i.e. worshipping Allah in that night is better than worshipping Him a thousand months, i.e. 83 years and 4 months).
4. Therein descend the angels and the Ruh [Jibrael (Gabriel)] by Allah's Permission with all Decrees,
5. Peace! (All that night, there is Peace and Goodness from Allah to His believing slaves) until the appearance of dawn.

(Al Qadr:1 – 4)

This night is better than a thousand months. This means, every deed that we do within this night will be better than a 1000 months or 83 years 4 months. The reward of 2 rakaats prayer on that night will be given as if we prayed 2 rakaats every night for more than 83 years, and it might be better. Now, can you imagine, if we fill the night with lots of prayers, du’a, istighfar, dzikr and Quran. The reward is just unthinkable. Subhanallah!

If a wealthy and generous person promise that whoever goes to the mosque to perform Isya’, taraweeh and tahajjud in the last 10 days of Ramadhan will be given ten thousand dollar every night and said that he will give a triple of that amount in one of the night and kept the night as a secret to himself, what you think will happen?