INILAH KAMI, INILAH ISMA.


Ramai yang bertanya, apakah ISMA ini satu pertubuhan yang berbaur perkauman kerana memperjuangkan bangsa Melayu? Ada juga yang berkata bahawa ISMA ini pro UMNO kerana pendirian politik yang tidak berpihak kepada PR. Ada yang pergi lebih jauh dengan mengatakan ISMA menerima duit dari UMNO untuk menyerang PAS dan PR. Na’uzubillah.

Sebenarnya, kedua sangkaan berikut tidak benar. Baiklah, biar saya jelaskan satu persatu.

Tentang dakwah kepada non Muslim, kami akui, dengan kekuatan yang ada sekarang, kami masih belum mampu dan ada tenaga pakar untuk menceburkan diri dalam dakwah non Muslim. Fokus setakat ini adalah untuk membina jati diri orang-orang Melayu supaya mereka menjadi contoh kepada bangsa-bangsa lain. Ini fokus kami buat masa ini. Insyaallah bila masanya tiba, dan kami yakin dengan kekuatan dan kepakaran kami, kami akan buka medan tersebut.

Pada masa yang sama, program kerjasama dakwah dengan MACMA dan pertubuhan bangsa lain juga dilakukan, cuma mungkin dalam magnitud yang tidak besar dan tidak kerap.

‘Core business’ ISMA adalah program dakwah dan tarbiah yang meliputi tarbiah anak-anak kecil melalui kelab NAZIM, program tarbiah remaja melalui KRIM yang giat dilakukan di sekolah-sekolah dan program-program pembinaan belia dengan kerjasama PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL). 

Selain itu, kami juga ada biro dakwah yang bergiat cergas di kampung-kampung dalam memberi bantuan dan berinteraksi dengan masyarakat pada hari-hari kebesaran Islam seperti Hari Raya Korban, Nuzul Al Quran dan pada bulan Ramadhan terutamanya.

ISMA juga mempunyai cawangan-cawangan di luar negara untuk mendidik pelajar-pelajar Melayu Muslim yang berada di serata pelusuk dunia. Di sesetengah negara, contohnya Australia, ISMA bekerjasama dengan pertubuhan dakwah tempatan seperti IICSA (Islamic Information Centre of South Australia) untuk menganjurkan program-program dakwah. ISMA Mesir juga mempunyai kumpulan nasyidnya sendiri iaitu FETYA yang pernah bekerjasama dengan Awakening Records untuk rakaman lagu dalam album Maher Zain. Kami ada juga cawangan di Benua Eropah, New Zealand, Jordan, Korea dan Amerika Syarikat.


Capaian kami di luar negara juga bukan melalui pelajar sahaja. ISMA juga prihatin terhadap nasib umat Islam di serata duni terutamanya Palestin. Ada juga bantuan-bantuan yang kami sampaikan di Acheh, Gaza dan banyak lagi tempat melalui kerjasama badan bukan kerajaan seperti Aman Palestin sebagai contoh. ISMA South Australia pernah mengumpulkan AUD 20000 untuk disampaikan kepada rakyat Palestin.

Kami juga banyak menganjurkan program pengukuhan rumahtangga dengan badan-badan agama negeri, seminar kecil dan besar dan macam-macam lagi. Ada juga program sukan dan unit media kami yang boleh diakses di (www.tvisma.net). Lihat kandungan di dalamnya, ada kelas bahasa Arab, sajak kanak-kanak, tazkirah, kuliah hadis dan macam-macam lagi.

Pendirian politik kami adalah untuk kesepakatan bangsa Melayu, terutamanya melalui dua parti terbesar yang mewakili umat Islam di Malaysia iaitu PAS dan UMNO. Bukan hendak mengabaikan bangsa lain, sama sekali tidak, tapi seruan agar tonggak agama dan konsep kenegaraan Malaysia yang sedia Islam dapat dipelihara walau siapa jua yang memerintah.

Mengapa bangsa Melayu? Mudah sahaja, kerana bangsa Melayu secara tradisinya adalah bangsa yang dikenali sebagai Muslim dan ini termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Kami yakin, jika bangsa Melayu sepakat dalam isu-isu umat, tolak ketepi Melayu Syiah dan Melayu ajaran-ajaran sesat lain yang rosak aqidahnya, insyaallah ISLAM akan berdaulat di Malaysia. Ideal, tidak praktikal? Kami tahu jalannya sukar, tapi kami akan berusaha keras kearahnya.

Tentang ISMA dan UMNO. ISMA bukan UMNO, apatah lagi menerima duit dari UMNO untuk menyerang mana-mana pertubuhan, apatah lagi gerakan ISLAM bernama PAS yang pernah kami bantu dalam pilihanraya yang lalu. Tapi kami sayangkan keduanya sebagai parti umat Islam yang besar jasanya di Malaysia. Kami yakin, jika ada titik kesepakatan yang boleh dicapai antara dua parti ini, langkah besar ke atas kemajuan kesatuan umat di Malaysia akan bermula.

Oh ye, pada masa yang sama kami juga aktif dalam menyebarkan bahaya Syiah melalui unit kajian Syiah dan bahaya Islam liberal kepada umum. Kami menentang penyebaran arus ini dalam mana-mana badan, terutamanya parti-parti politik kerana dikhuatiri akan memberi mudharat yang besar kepada aqidah umat Islam di Malaysia.

Saya akui, ISMA tidak sempurna, kerana ia dianggotai oleh manusia. Tegurlah kami, nasihatilah kami jika ada kesilapan yang kami lakukan. Apa yang kami pasti, tidak ada yang kami inginkan, melainkan kebaikan untuk umat ISLAM di Malaysia. Bukan habuan dunia dan keredhaan manusia yang kami cari, tapi redha Allah dan syurganya yang tertinggi.

Inilah kami, inilah ISMA, anda siapa?

43 comments:

  1. "kami bantu dalam pilihanraya yang lalu" - boleh beri informasi sejauh mana ISMA membantu PAS satu ketika dulu?

    ISMA dikaca kebanyakan gerakan Islam di Malaysia lebih kepada menyelebahi UMNO. Bukti yg jelas kerana ISMA lebih banyak menyerang PAS dari segi tahaluf yg di jalinkan. Sedangkan jemaah Islam lain menyokong kerjasama melalui tahaluf itu. Ini suatu pekara yg kontradik dalam bersama-sama menjayakan agenda Islam di dalam keadaan Malaysia mempunyai pelbagai jemaah. Mengapa itu terjadi? Lebih duka cita ia dilontarkan oleh pimpinan ISMA sendiri. Mohon penjelasan dari ahli ISMA seperti anda jika anda ada pandagan peribadi sebagai ahli ISMA. - M.FAD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas maklum balas, Insyaallah andai berkesempatan saya akan beri respon kerana ianya satu tulisan yang agak panjang. Sekarang ini saya amat sibuk dengan komitmen PhD. Mudah-mudahan Allah beri kita ruang untuk bertaaruf dan bertukar pandangan :)

      Delete
    2. Assalamu'alaikum wrt.

      Menunggu maklum balas daripada tuan empunya blog. Sejauh mana ISMA membantu PAS dalam pilihanraya yang lalu?



      Delete
    3. Salam,
      Penglibatan ISMA dalam pilihanraya bukanlah penglibatan rasmi sebagai organisasi yang diwar warkan kepada umum. Tetapi, di banyak tempat, ahli2 ISMA turun membantu dalam banyak lapangan, kempen dari rumah ke rumah, membantu membangunkan pengkalan data cula undi dan sebagainya. Saya sendiri dan rakan-rakan pernah terlibat di markas secara aktif beberapa ketika dahulu.

      Bukan dasar rasmi, tapi kami amat-amat digalakkan oleh pimpinan kawasan untuk turun mencari pengalaman.

      Cukuplah saya katakan bahawa ISMA bukan baru dalam politik kepartian di Malaysia, walaupun mungkin tidak sehebat dan selama PAS, tapi Insyaallah, apa yang membantu kemenangan ISLAM, kami akan sokong dan bantu.

      Delete
  2. Saya akui ISMA juga banyak jasanya. tetapi saya mohon agar pimpinan ISMA lebih bijak dalam mengangani sesuatu isu. tolonglah jangan keluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan jemaah lain sepertimana ISMA tidak suka disindir oleh jemaah lain. Mohon agar pimpinan ISMA dapat belajar dari DrMAZA yang membuat teguran. meskipun keras tetapi dapat diterima dan lebih adil. Juga mohon agar seseorang dapat menegur Presiden ISMA yang sering kelihatan agak kurang bijak memberi kenyataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ya, saya setuju bahawa cara teguran mungkin boleh diperbaiki. Insyaallah. Mari kita kurangkan sindir menyindir. Tapi apa yang benar perlu diberitahu, apa yang salah perlu ditegur. Terima kasih sekali lagi atas pandangan tuan.

      Delete
    2. Like... Secara prinsipnya semua jemaah telah berada pada landasan yg betul dgn kekuatan/kepakaran yg berbeza2...iAllah sama2 fokus kpd kekuatan memasing...PAS tumpu pd siasah..ISMA pd perkukuh institusi kluarga & tarbiah remaja etc... Ada apa2 perselisihan kita selesai cara adik-bradik & tertutup... Elakkan dr guna MEDIA & buat statement umum bg apa shj permasalahan... Kerna ia biasanya mencetus polemik, fitnah, aksi laga-melaga oleh musuh etc... Pendek kata banyak mudharat dr manfaat... Allahu a'lam

      Delete
    3. Maaf ana X bersetuju dengan Statement pasal buat pengfokusan. Sebab masing2 cuba membawa nama masing2 tanpa walak kepada jamaah induk. Seolah olah menghalang ahli yg dikaderkan daripada menjadi pejuang gerakan islam yg telah sedia ada di Malaysia ni. Tambahan, merujuk tasawwur Asasi gerakan islam tulisan sheikh Fathi yakan melarang tanzim yg bersifat juziyyah (serpihan) , mengfokuskan satu aspek dan mengabaikan yg lain. Contohnya, mengfokuskan tarbiyah Melayu islam tapi seolah-olah mengabaikan dakwah non muslim yg laen indirectly.

      Delete
  3. Assalamualaikum,

    Buat mereka yang tidak mengenali saya, datang bertamu dengan bahasa dan adab yang tidak saya alu-alukan, maaf, saya akan delete komen tersebut.

    Saya mengalu-alukan perbincangan dan perbezaan pandangan, tapi lakukan dengan cara terhormat.

    Harap maklum.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.. saya ingin mengemukakan beberapa soalan. sebagai pertubuhan yang berjuang untuk menaikkan islam di malaysia, mengapa tidak bergabung bersama-sama kerana tujuan masing2 adlh sama. malah, jika bergabung, pertubuhan akn menjadi kuat dan gerakan dakwah akn menjadi lebih lancar. adakah isma ada bergabung dgn mana2 pertubuhan islam lain? mengapa isma tidak menerima pelawaan sebuah pertubuhan islam untuk bergerak bersama-sama sedangkan matlamat masing2 adlh sama? mohon dibetulkan mana2 info yang tersalah dan mohon penjelasan yang terperinci.. syukran jazilan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersatu bukan penyelesaian, kerna ia melibat perleburan prinsip sesebuah organisasi. contohnya, sebuah jemaah yg bukan asasnya tarbiyyah takkan mmpu menerima keputusan untuk fokus kepada tarbiyyah daripada ketuanya yg asalnya dari sebuah jemaah yg asasnya tarbiyyah.

      maka penyatuan, pada ISMA, dengan jemaah yg berbeza cara pemikiran ttg cara terbaik menegakkan islam bukan satu penyelesaian.

      itu sbb adanya agenda menyeru kesepakatan. bersepakat pertahan islam, bermaafan dalam perbezaan pendapat pda perkara2 furu' (cabang).

      Wallahua'lam

      Delete
    2. Disebabkan mempertahankan prinsip, isma rela perpecahan dalam kalangan orang islam di Malaysia ni terjadi? Seolah olah melawan kalam Allah
      Dan berpeganglah kalian semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah bercerai-berai. Dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kalian ketika kalian dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati kalian, lalu jadilah kalian karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. Dan kalian telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kalian daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kalian, agar kalian mendapat petunjuk. (Ali Imran: 103)

      Mohon bersatu, taat pada jamaah induk, buang ego untuk kepentingan umat islam

      Islam sepakat, islam berdaulat, semua bangsa mendapat manfaat inshaallah ������

      Delete
  5. salam...
    saya begitu faham dari mana datangnya kegusaran ISMA ttg realiti di Malaysia..
    siapa yg tak mahu semua Islam bersatu? semua pun mahukan perkara tersebut. namun, pd pendapat saya, menyeru kpd kesepakatan UMNO dan PAS pada masa sekarang adalah tidak logik.
    baiklah. apa yg bakal saya sebut selepas ini mungkin sedikit sensitif. tapi saya harap akan dianalisa secara adil. lihat sahaja sejarah ISMA dan IKRAM. kenapa ISMA berpisah dengan JIM? kerana dirasakan tidak sebati dlm kata kasarnya.
    baru2 ini, kecoh antara kita ttg isu sekolah hira' di shah alam. ada saya baca satu komen ahli ISMA, lebih kurang dia mengatakan, apabila membalas satu komen yg mengatakan kenapa ISMA tidak berlapang dada dan berbincang secara baik dgn IKRAM,- "macam mana nak berlapang dada, sedangkan apa yg dilakukan pada kami adalah satu penindasan..sekolah kami diambil.." (paraphrase)

    kalau kita tgk, dlm situasi ini, (abaikan isu sekolah hira' ttg kebenarannya etc) nampak yg bila kita rasa kita ditindas, bukan senang utk kita bersepakat. begitulah yg dirasakan PAS thdp UMNO. byk penindasan yg berlaku. kalau kita lihat betul2, ini satu perkara yg benar.

    bila PAS tidak bersatu dgn UMNO, bkn kerana tidak mahu umat Islam bersatu. dan bukan juga kerana PAS ingin ke Putrajaya semata2. saya pohon kita tidak disempitkan dgn claim sebegitu rupa. Putrajaya bukan matlamat akhir, Putrajya adalah satu permulaan kpd kerja yg terlalu terlalu banyak selepas itu. cuma ia akan jadi satu platform yg bagus kpd pembinaan negara Islam yg berdaulat.

    kenapa tak boleh bersatu sekarang? spt saya kata tadi. penindasan. jika PAS memang selepas ini, UMNO akan sedar dari lena yg panjang. concentration of power yg membuat mereka rasa terlena. UMNO akan membaiki unit mereka. mereka akan sedar bahawa rakyat tidak mahukan sistem yg korup. mereka akan sedar menangnya PAS kerana rakyat mahukan keadilan, rakyat mahukan proses Islah. bila ini terjadi, saya yakin akan membantu menuju ke arah kesepakatan yg kita semua impikan. prosesnya mmg panjang. tapi dlm waqi' Malaysia, itu yg terbaik.

    mungkin ISMA akan berkata, kalau PAS dan UMNO tidak bersatu sekarang, maka negara ini akan dikuasai orang non-muslim. saya pohon teliti kembali claim ini. buat kajian tentang komposisi parlimen, jumlah kerusi, jumlah voters, jumlah ahli Muslim dan sebagainya. realitinya, takkan terjadi perkara tersebut. DAP akan mengkristiankan negara ini? DAP menyokong sekular bukan? maka kristianisasi tak logik utk berada dlm kerangka kerjanya. tambahan pula ramai ahlinya sebenarnya Buddha dan bkn Kristian. sekular tidak bagus? tiada bezanya dgn sistem kerajaan UMNO sekarang, malah apa yg BN buat sekarang adalah sekular yg jauh lebih buruk dari sekular yg dipromosi DAP. bkn saya menyokong sekular, tp harap jelas fiqh aulawiyatnya, saya yakin PAS, selaku satu2nya golongan Islamists paling arif dlm arena politik di Malaysia, ada game plan mereka. bersangka baiklah dgn ahli2 PAS yg bkn calang2 ilmu mereka.

    bukanlah saya kata PAS sentiasa betul. memang byk kelemahannya. tapi kenapa ramai antara jemaah Islam yg menyokong perjuangan mereka sekarang? kerana itu satu2nya gerakan yg betul2 memperjuangkan Islam.saya seru ISMA supaya lebih byk mengkaji sebelum mengkritik. bukan disandarkan pada ilmu teori semata2, saya yakin qiyadah/syura ISMA cukup hebat ilmunya, cuma mohon diperdalam kajian ttg realiti politik. ISMA teruskan mengkritik mana2 kelemahan PAS. cuma pohon mengkritik dgn adil, dan elakkan mengkritik dalam neraca MSIB semata2. perluaskan fikiran. kenapa ramai yg menegur ISMA? kerana kami yg memperjuangkan Islam ini sayangkan ISMA, yg byk sekali sumbangannya dalam arena dakwah dan tarbiyah di malaysia.

    abaikan komen2 sumbang dan tidak beradab. fokus pada komen yg ilmiah, dan jawab komen2 tersebut dgn ilmiah. baru ISMA akan disegani.

    maaf jika terkasar bahasa. sekadar pandangan peribadi, dan saya harap kita boleh eneruskan perbicangan ini secara matang dan baik. jzkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn sedara... cuma mengkritik tak salah... tapi elakkan secara terbuka & menggunakan MEDIA (arus perdana&sosial)... masyarakat umum yg terdiri pelbagai latar & tahap ilmu kkadang tak mampu nak absorp isu yg diutarakan..lalu golongan2 yg tak faham nilah akhirnya bertindak secara emosional dan provokatif yg akhirnya membawa kpd polemik, laga-melaga,perbalahan dsbnya...

      Lihat saja isu2 furuk dlm agama spt baca Yasin, tahlil arwah dsbnya.. ulama'2 besar juga berbeda pendapat.. tetapi masih didlm kerangka akhlak dan semangat hormat-menghormati sesama mereka... namun perkara yg sama kekadang tak berlaku kpd anak2 murid... yg cenderung utk mencari siapa benar/salah dan sibuk menegakkan pandangan masing2 tanpa mempedulikan ukhuwwah sesama islam...wAllahua'lam

      Delete
    2. salam...

      Waalaikumussalam, maaf kerana agak lama mengambil masa untuk menjawab komen ini. Keberadaan saya di alam maya semenjak dua menjak ini hanya sekadar touch and go. Tak sempat nak berlama-lama. Apapun terima kasih atas keprihatinan dan komen.

      Terima kasih kerana memahami tentang kegusaran ISMA tentang situasi politik di Malaysia. Namun saya merasakan, tuan belum benar-benar memahaminya.

      Siapa yang tidak mahu umat Islam sepakat? Tuan pun bersetuju bukan. Seruan ISMA bukan menyeru kepada kesatuan UMNO dan PAS. Bukan menyeru supaya PAS tidak bertanding dengan UMNO dalam pilihanraya. Tapi seruan kami adalah supaya blok-blok politik Muslim di Malaysia dapat sepakat dalam menangani isu-isu ummah.

      Sebagai contoh, dalam isu kalimah Allah,UMNO dan PAS perlu sepakat memberi amaran kepada mereka yang berani mencabar dari pihak gereja dan parti politik seperti DAP dan MCA agar menghormati keputusan majlis fatwa. ISMA menyambut baik kenyataan majlis syura ulama PAS yang mengeluarkan kenyataan tegas. Dalam isu hudud sebagai contoh, walaupun perlaksanaannya masih jauh, namun jika UMNO dan PAS dapat menunjukkan kesepakatan sekurang-kurangnya untuk menunjukkan ketegasan kepada mereka yang biadap menghina hukum Allah tidak kira parti, saya pasti umat akan merasa amat lega.

      Sejarah ISMA dan JIM, sejarahnya amat panjang, tapi dalam banyak perkara, kalau tuan sedar, sebenarnya ia menguntungkan umat. Bila masing-masing berlumba-lumba dan bersaing untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada sasaran dakwah, nyata ia menguntungkan. Dalam isu pengundian juga, kenyataan Presiden IKRAM dan seruan ISMA juga kelihatan sepakat, iaitu untuk mengundi calon yang berwibawa. Rujuk kenyataan presiden IKRAM DR. Parid tentang panduan pengundian untuk ahli-ahli IKRAM. Ahli-ahli IKRAM dan ISMA tidak bermusuh, bahkan kami memahami tuntutan ukhuwwah. Diperingkat atasan memang saya akui bermasalah, tapi ia tidak dibawa-bawa hingga menjejaskan hak-hak ukhuwwah. Saya masih bersahabat baik dengan ramai rakan-rakan IKRAM. Saya yakin, masa akan merawat dan satu hari kami akan bertemu juga di satu titik.

      Tuan, kalau pertandingan politik di Malaysia ini adalah antara UMNO dan PAS sahaja, saya pasti akan memilih PAS sebagai alternatif, tapi realitinya bukan begitu.

      Dalam BN, ada MCA dan MIC. Dalam PR, ada PKR dan DAP. BN, kita telah lihat corak pemerintahannya selama 50 tahun. PR, masih belum teruji. Tapi satu perkara yang pasti, dalam banyak isu, MCA, Gerakan dan DAP sepakat dalam memperjuangkan agenda mereka. Satu lagi perkara yang membimbangkan adalah, perbezaan ideologi yang amat ketara dalam PR. Amat tidak matang kalau perjuangannya sekadar untuk menumbangkan UMNO. Perjalanan masih jauh dan contoh di Singapura hasil pemerintahan PAP (DAP adalah asalnya cawangan dari PAP di Malaysia) dan liberalisme yang berlaku di Indonesia amat membuka mata dan perlu agar kita berhati-hati.

      Tuan hanya jangan tengok dari jumlah kerusi, kerana di Syria, Syi'ah Nusairiyyah hanya 10% dari majoriti, tapi mereka mampu berkuasa dan membunuh ramai dari kaum Sunni. Begitu juga di Iraq. Jika UMNO dan PAS tidak menunjukkan kesepakatan, pasti akan ada yang menangguk di air keruh.

      Akhir kata, terima kasih atas pandangan, saya tak pasti kalau terjawab semua persoalan. Kalau tak puas hati, silakan bertanya dan kita boleh terus berbincang.

      Delete
  6. between isma and ikram. saya lebih senang ngan ikram. saya bukan ahli PAS. bukan juga UMNO. tapi itu yg saya lihat.

    islam qabla jamaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. iAllah kita sama2 ada rasa cinta kpd setiap jemaah islam di Msia bahkan seluruh dunia... PAS,ISMA,IKRAM,ABIM,Tabligh,HALUAN dsbnya iAllah ditubuhkan dgn niat memartabatkan islam.. cuma mungkin dlm wadah/cara/jalan yg berbeza...

      Cuma biasalah... manusia jauh dari sifat kesempurnaan...sama2lah kita maafkan kekurangan yg mungkin timbul dari kelemahan individu/manusia lantas mencalit lumpur kpd seluruh jemaah...iAllah kita sama2 sucikan hati kita terlebih dahulu dan memandang semua jemaah2 Islam ni mempunyai tujuan memartabatkan islam (kecuali jelas & nyata matlamat & angggotanya menyimpang dr kebenaran)... apabila hati kita semua dah bersih, iAllah hati2 kita akan bersatu... dan iAllah ianya akan terzahir melalui penatuan semua jemaah2 Islamiyyah secara fizikal... wAllahua'lam

      Delete
    2. tak salah kalau nak berbeza persatuan . kalau lebih selesa dengan ikram, teruskan. ikram juga jemaah islam di malaysia. tak ada kesalahan dalam perbezaan persatuan,asalkan hati kita bersatu, itu sahaja . wallahu a'lam.

      Delete
    3. terima kasih ano, komentar yg cukup menenangkan jiwa. cuma kalau dulu x ad timbul isu isma begini begitu. fikrah jemaah lain seakan2 sama, dan x ad yg membuatkan saling bebantahan spt ini. mungkin sekarang isma sudah berbeza, Allahua'lam. moga yg terbaik buat semua, dan isma tentu tahu ap yg mereka perbuat.

      tq again ano, sangat2 menyejukkan hati pembaca komen anda. btw, i'm not ikram too. hehe.

      Delete
    4. Assalamualaikum para anonymous sekalian.

      terima kasih atas komentar dan kunjungan. Masing-masing ISMA dan IKRAM punya kekuatan tersendiri. Ada yang selesa dengan IKRAM, Alhamdulillah, ada yang selesa dengan ISMA, Alhamdulillah, ada yang minat dengan HALUAN, Alhamdulillah, ada yang tertarik dengan Tabligh, Allhamdulillah.

      Selagi mana perjuangan organisasi dakwah yang disertai tidak menyeleweng dari prinsip-prinsip asas ahli sunnah wal jama'ah, teruskan. Allah akan menilai hati dan keikhlasan kita dalam bekerja. Ada yang tak join mana-mana jema'ah pun tapi amalnya masyaallah, terbaik! Ada yang bertahun-tahun join jemaah, tapi masih di takuk lama. Cuma ISLAM menggalakkan kita berjemaah dalam ibadah, dan pastinya amal kolektif jauh lebih baik dari amal individu.

      ISMA memilih untuk menyeru kepada kesepakatan bangsa Melayu, menentang arus Syiah dan Liberal sebagai perjuangan dalam medan politik. Kadang kala ada teguran-teguran umum yang kami berikan kerana melihat suasana yang tidak sihat untuk aqidah, sebagai contoh, terlalu meraikan golongan Syiah dan pandangan-pandangan politik yang dikeluarkan tidak berlandaskan kepada kaedah syara' yang tepat.

      Wallahua'lam. Nanti saya sambung lagi ye. Baru balik hantar anak ke Hifz School di Sturt Street. Nak sambung kerja balik.

      Delete
  7. banyak komen di atas yang juga apa yang saya wonder selama ini. harap dapat jawapannya dari tuan punya blog. agar kefahaman dapat dijernihkan :).
    semoga dimudahkan urusan PhDnya.

    ReplyDelete
  8. Banyaknya komen untuk dijawab! huhu, nanti sat na, cek sebok gila ni, banyak deadline nak kena kejar....doakan saya diberi kelajuan dalam buat kerja tesis PhD yang mencabar ni

    ReplyDelete
  9. tuan.. penubuhan biro politik oleh ISMA akan menghuruharakan lagi keadaan. ISMA akan dijadikan kuda tungangan untuk menghalalkan perbuatan individu/organisasi tertentu. percayalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak percaya :) tahniah ISMA!

      Delete
    2. Saya pun tak percaya juga :)

      Delete
    3. saya punn. tak pernah pun rasa jadi kuda tunggangan setakat ni. alhamdulillah :)

      Delete
    4. insyaAllah saya yakin ISMA selamanya tak akan menjadi kuda tunggangan sesiapa.. saya berpendapat statement ISMA adalah berdasarkan neraca apa yang betul itu betul, yang salah kita tegur, bukan suruhan daripada sesiapa.. :)

      Delete
    5. Ia tak mustahil, tapi saya tak percaya. :)

      Delete
  10. Salam..akhi Hisham,

    teruskan menulis,slowly but surely..jawapan2 antum semua sebenarnya boleh juga didapati dan difahami dari gagasan yang cuba dibawa oleh ISMA.boleh juga merujuk dalam banyak tulisan2 pimpinan ISMA,dan dari artikel2 keluaran ISMA sendiri.

    teruskan usaha..:) dan dipermudahkan Allah untuk speed up buat tesis tu :D (200km/jam)

    -Mohd Hamdan Sharif a.k.a Khallys Shahputra-

    ReplyDelete
  11. saya tertarik dgn komen dari "Anonymous January 9, 2013 at 2:54 AM" di atas...tp saya tgk tak dijawab lagi oleh encik hisham...harap dapat diberikan respon. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dan nak baca lagi komen dia, nantilah kalau free saya jawabkan ok, sekarang ni saya kena utamakan yang utama dulu...

      Delete
  12. ini pendapat dari seorang sahabat dalam poll di fb..

    "Saya setuju ISMA sertai PRU13 dengan syarat bertanding dlm Pakatan Rakyat. Tubuhkan satu parti baru memang baik, negara demokrasi, menambah pilihan dan rakyat boleh menentukan manifesto yg mana berpihak pada mereka, maka parti2 lain kena berusaha lebih utk memberi yg terbaik kalau mahu menang.

    Walaubagaimana pun, fokus PRU13 adalah utk menumbangkan regim BN yg sudah bertapak 50 tahun lebih. Kezaliman mereka tidak boleh dibenarkan walaupun untuk satu penggal lagi. Hutang negara semakin tinggi, rakyat semakin sakit. Kalau ISMA mahu bertanding, ayuh bersama2 jatuhkan dahulu BN. Jika tidak bersama Pakatan Rakyat, akan memberi kelebihan pada BN utk mendapat majoriti (walaupun setipis 1 kerusi, tapi tetap boleh bentuk kerajaan). Selepas itu, PRU seterusnya dipersilakan membentuk blok parti baru.

    Mohon sgt2 ISMA berbincang dgn PR. Sy rasa tak ada masalah sekiranya ISMA langsung tak setuju dgn polisi PR, tapi sekadar bertanding atas tiket PR, utk jatuhkan BN. Dah menang nanti bawalah agenda kalian dalam Parlimen/Negeri. Tak suka DAP PKR, jumpa PAS. Ibrahim Ali pun PAS boleh izinkan, takkan ISMA yg sama2 gerakan Islam PAS tak bagi kan?

    Contoh di tempat sy Parlimen Selayang, YB Wiliam (cina) dari PKR. Kalau ISMA bertanding di sini atas tiket PR, saya akan sokong malah tolong kempen. Tapi kalau ISMA datang sebagai calon ke 3, minta maaf, sy terpaksa bacakan qunut nazilah utk kalian.

    msia masih belum redi utk byk2 parti politik, sbb masih belum betul2 demokrasi n matang dlm politik, sebabnya BN kuasai pemikiran rakyat.."

    Mohon ulasan dari Tuan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengapa kena bersama PR kalau ISMA tak setju dengan polisi mereka?

      Benarkah Malaysia masih belum bersedia? Atau kita sahaja yang rasa bahawa rakyat belum bersedia

      Delete
    2. Ia tidak semudah itu.

      Sebagai contoh, saya ambil parlimen tuan, YB William yang dari PKR.

      Jika ISMA terlibat secara langsung dengan PR, berapa kerusi sahaja yang akan dibenarkan untuk ISMA bertanding? adakah tempat tuan itu akan dibenarkan ISMA bertanding?

      dalam PR, PAS, PKR dan DAP sudah di tetapkan kerusi2 masing2 untuk diletakkan calon agar tidak bertindih satu sama lain.

      Jika ISMA masuk, rasanya 1 kerusi pun belum tentu dapat.

      Tidak semudah itu pengiraannya. Bahkan lebih sukar dari calculus.

      wallahu'alam

      Delete
  13. wahhh..MasyaAllah..tengok ada satu komen kat atas yg panjang berjela tu saya rasakan sgt bernas! saya setuju dgn dia! tapi hairan kenapa tuan hisham masih x jawab2 komen dia...tiada jawapan utk dia gamaknya...nak kata x sempat dah sebulan komen tu di-post, dah ada 2 post baru dari tuan hisham dan komen2 lain terutama yg atas ni sempat pulak jawab? hmmm...Wallahu'alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je, kalau saya rasa saya nak jawab, saya jawab, kalau saya rasa tak nak jawab, tak de sapa boleh paksa saya jawab....ni bukan soalan periksa tuan, dan ini blog saya, ikut suka sayalah nak tulis yang mana dulu, nak jawab atau tak nak jawab komen....



      Delete
    2. sebab tak taw jawab.....

      Delete
  14. relevan lagy x nk coment nie..haha.. papepown assalamualaikum :)tahniah isma !!! jika ini untuk menyedarkan orang melayu kite kene sokong isma :) saya bukan ape...org melayu sudah jauh ketinggalan .. inilah hakikatnye kite kene trime ini (saya juga melayu ) pergaduhan sesame kite menyebabkan kita sudah jauh ketinggalan dari kaum laen... so boley saya tahu ape plan isma untuk mengatasi masalah ni?? dan lagy satu soalan.. isma sebuah organisasi yg bagus tetapi masih kurang dikenali oleh awam..kenape??

    ReplyDelete
  15. Bukankan kita harus memilih yg menghampiri kesyumulannya.Berdasarkan tiga perkara iaitu tarbiah,politik dan pendidikan...Tetapi bg saya pihak isma ttidak bergariskan apa yg sepatutnya...Sepatutnya untuk menyebarkan islam tak sepatutnya kita abaikan 3 perkara tersebut..Sirah dah ajar banyak bnda..Kita je yg tak kaji

    ReplyDelete