tag:blogger.com,1999:blog-75795618622407789022024-02-20T13:27:51.360+08:00Hisham Sharif (2015)Jika bukan kita, siapa lagi?
Jika bukan sekarang, bila lagi?
Blogging from 2008 - ?Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.comBlogger514125tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-54146246567737085342015-04-28T17:45:00.002+08:002015-04-28T17:45:53.910+08:00LEE KUAN YEW, DAP DAN SEJARAH

Dua gambar, dua cerita, dan zaman yang berbeza tapi di belakangnya ada pelajaran yang sama.

Gambar 1, kelihatan mendiang Lee Kuan Yew dari PAP (abang DAP) ketika sedang berkempen di sebuah kampung Melayu di Singapura. Demi untuk mendapatkan sokongan orang Melayu bagi melaksanakan agenda PAP terhadap Singapura, mendiang sanggup bersongkok untuk meraih undi dan akhirnya memerintah Singapura hingga hampir hujung hayatnya.

Gambar 2, barisan pimpinan tertinggi DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang sendiri sanggup turun ke bumi para anbiya Mesir dan Jordan baru-baru ini untuk menjelaskan agenda mereka kepada bakal-bakal asatizah Melayu di sana. Tindakan ini pastinya untuk menarik golongan para asatizah kepada DAP kerana mereka sedar, masyarakat massa Melayu di Malaysia hanya mampu diraih sokongannya melalui saluran golongan asatizah dan ulama yang thiqah.

Ketika pimpinan parti politik Melayu masih bertelagah, DAP mengorak langkah signifikan dalam perjalanan panjang perlaksanaan agenda mereka di Malaysia.

Sejak lahir di Malaysia pada tahun 1965, agenda mereka tetap tidak dan tidak pernah berubah hingga sekarang. Naiflah siapa yang menyangka bahawa DAP telah mula lunak terhadap Islam dan sanggup ke Mesir untuk berjinak-jinak dengan Islam.

Lupakah mereka dengan Snouck Hurgronje yang sanggup mendalami Islam untuk memusnahkan penentangan jihad menentang Belanda di Indonesia? Lupakah mereka dengan Lawrence of Arabia yang alim dan lebih Arab dari sebahagian orang Arab pada ketika itu demi untuk memecahkan kesatuan umat Islam hingga akhirnya khilafah umat Islam runtuh.

Jangan sampai nanti nama akan tercatat dalam sejarah sebagai pengkhianat kepada umat yang akan dimaki zaman berzaman seperti Si Kitul dan Raja Mendeliar dalam sejarah robohnya Kota Melaka.

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-36475080202606289942015-04-28T17:40:00.000+08:002015-04-28T17:40:00.585+08:00CERPEN: PARANOID

Mentari yang terbit dari ufuk Timur dari celahan awan pagi itu kelihatan begitu cemerlang. Sambil memandu, Furqan menatap keindahan sang mentari pagi sambil membaca zikir Ma’thurat secara perlahan-lahan.

Hatinya terasa lapang dan tenang selepas dapat menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid dan membaca beberapa muka Al Quran.

Furqan teringat pesan naqib usrahnya, bahawa memulakan pagi dengan Solat Subuh berjemaah, tilawah Al Quran dan zikir akan memberikan rasa ketenangan yang luar biasa.

Rakan sekongsi keretanya ke pejabat, Hanifa, masih leka sejak tadi menatap iPhone 6 yang baru sahaja dibelinya minggu lepas. Dia tenggelam dalam deretan ‘newsfeed’ di laman ‘facebook’nya dan ratusan mesej Whatsapp dan Telegram yang tidak dibukanya sejak semalam.

“Apa masalah dengan demonstran di Taman Maidan ini.” Sunyi di dalam kereta dipecahkan dengan suara Hanifa yang agak lantang secara tiba-tiba.

Furqan yang sedang khusyuk berzikir, sedikit tersentak. Zikirnya terhenti, sambil otaknya ligat berfikir tentang isu apa yang dimaksudkan oleh Hanifa.

“Tak habis-habis nak cari gaduh!” Tambah Hanifa lagi dengan suara yang lebih kuat.

“Apa benda pula kali ini?” Getus Furqan di dalam hati. Dia memang kenal benar dengan rakannya itu yang cukup ‘outspoken’ baik di alam nyata, mahupun di alam maya.

Hanifa yang telah dikenalinya sejak zaman pelajarnya di Australia memang diketahui sebagai seorang yang cepat panas, ada sahaja isu, pasti akan dikomentarinya, baik ketika keluar makan bersama kawan-kawan, atau di wall ‘facebook’nya yang sentiasa panas. Tambah-tambah jika melibatkan isu politik.

Namun begitu, walaupun berbeza cara fikir dan keahlian dalam NGO, Furqan tetap menghormati Hanifa sebagai seorang aktivis sosial yang rajin turun ke medan untuk membantu golongan gelandangan. Boleh dikatakan, setiap hujung minggu, jadual Hanifa akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti khidmat sosial bersama NGO Hijau yang disertainya.

Sementara Furqan, yang berjawatan tinggi di sebuah syarikat multi-nasional, tetap juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang memfokuskan kepada pembangunan sahsiah belia dan remaja bersama NGO Ikatan Muslimin Malaysia.

“Mereka ni memang melampau! Kenapa nak suruh gereja ni turunkan salib? Bodoh betul penduduk Taman Medan, yang takut salib ni ‘Vampire’ je kot!” Sambung Hanifa lagi, masih lagi dengan suara yang agak tinggi.

"Tak sepatutnya orang Kristian dihalang dari menegakkan salib di rumah ibadat mereka, kalau nanti orang Islam di negara Kristian dihalang berdakwah dan tidak dibenarkan buat masjid nanti macamana?"

"Kita sepatutnya lebih berhikmah dalam tindakan, lagipun Islam ini agama yang benar, kebenaran akan sentiasa mengatasi kebatilan. Lemah sangat ke iman sampai dengan gereja pun takut?"

Furqan hanya mendengar leteran rakan sepejabatnya itu. Perjalanan yang tadinya lancar di lebuh raya DUKE, bertukar sesak setelah memasuki lebuh raya MRR10. Setiap inci jalan penuh sesak dengan kenderaan yang dipenuhi oleh manusia yang berpusu-pusu keluar awal pagi untuk mencari rezeki.

"Aku letih tengok umat Islam hari ini, tak habis-habis ‘paranoid’, dengan Bible takut, dengan salib pun gelabah, pendakwah mereka pun nak dimarah-marah, balik nanti aku bercadang nak rakam satu video nak minta maaf kepada mereka yang beragama Kristian."

Hanifa menambah leteran. Furqan terus mendiamkan diri. Di wajah Hanifa tampak ada riak kemenangan bila hujah-hujahnya langsung tidak disanggah sejak dari tadi. Furqan tahu, tidak guna melayan Hanifa ketika dia sedang ‘panas’.

"Aku rasa amat bersalah, bingung dan malu dengan sikap rasis dan ekstremis orang kita ni, agama kita telah dirosakkan imejnya oleh sikap membabi buta bangsa kita sendiri. Langsung tak ada toleransi. Asyik nak bermusuh sahaja dengan penganut agama lain!"

"Hari ini, kita minta salib diturunkan di negara kita, kalau esok-esok orang Kristian minta umat Islam kosongkan masjid di negara mereka macamana?"

"Maaflah, tapi fikrah taliban tidak sesuai untuk dibawa di Malaysia."

Hanifa menyudahkan hujahnya. Wajahnya kelihatan puas dapat meluahkan isi hatinya yang terpendam tentang demonstrasi bantahan di hadapan gereja di Taman Maidan oleh penduduk setempat, walaupun hanya kepada Furqan.

Wajah Furqan yang putih bertukar merah. Dadanya berombak. Jelas terpancar kemarahan yang ditahan-tahan di wajahnya. Beberapa buah terakhir Hanifa benar-benar menyentap kesabarannya.

"Kita berhenti sebentar di Petronas ya Hanifa, aku nak isi minyak dan kemudian Solat Dhuha."

Sejurus minyak diisi dan kereta diletakkan di tempat parkir, Furqan terus ke surau, mencari ketenangan dan ilham.

“Apa cerita?” Tanya Hanifa setelah Furqan kembali semula ke kereta. Mungkin dia sedikit pelik melihat Furqan yang biasanya peramah dan kaya dengan senyuman, pagi ini tiba-tiba bertukar masam.

Furqan hanya mendiamkan diri dan terus memandu kereta untuk meneruskan perjalanan ke tempat kerja. Jalan raya masih sibuk. Tiga lorong setiap hala masih tidak mampu untuk menampung kesesakan kenderaan yang semakin bertambah setiap hari. Perjalanan yang tadinya lancar, kini tersekat-sekat.

“Hanifa, kau tahu tak, bencikan salib dan syiar-syiar yang mensyirikkan Allah itu adalah fitrah orang beriman?” Furqan mula bersuara, sambil otaknya cuba mengingat beberapa dalil dari kehidupan para sahabat dan juga petikan-petikan dari beberapa buku yang pernah dibacanya.

Sebelum sempat Hanifa menjawab, Furqan menyambung bicara.

“Pernah satu hari, seorang sahabat yang bernama Ziyad bin Shubaih dimarahi oleh Abdullah Bin Umar kerana solat sambil meletakkan tangan di atas pinggang. Kata Abdullah Bin Umar, perkara itu tidak disukai oleh Rasulullah kerana menyerupai bentuk salib. ”

“Dalam sebuah hadis juga, diriwayatkan bahawa Rasulullah tidak pernah meninggalkan gambar salib di rumah melainkan baginda akan menghancurkannya. ”

“Dan pernah satu hari ketika sedang tawaf, Saidatina Aisyah menegur seorang wanita yang mengenakan kain yang ada salib. Saidatina Aisyah menyuruh wanita itu membuang pakaian itu kerana kata Aisyah, Rasulullah jika melihat perkara seperti ini, pasti akan menghancurkannya. ”
“Nah, itu sikap Nabi dan para sahabat terhadap salib, jadi adakah kita nak kata nabi dan para sahabat itu juga paranoid?”

“Hanifa, bagi seorang Muslim, membenci sembahan atau apa-apa lambang sembahan yang mensyirikkan Allah adalah fitrah. Bukan satu kesalahan jika seorang Muslim itu menzahirkan penolakannya dan kebenciannya terhadap simbol tersebut. Cuma caranya, mungkin boleh dibincangkan lagi. Lihat kisah-kisah dari hadis yang aku sebut tadi, ternyata Rasulullah dan para sahabat cukup tegas dan tiada tolak ansur dengan lambang salib.”

“Ini kerana, salib, bukanlah satu lambang biasa, tapi lambang syirik yang akan dimusnahkan oleh Nabi Isa sendiri nanti ketika baginda turun di akhir zaman.”

“Lagi pula, di Taman Medan, penduduknya majoritinya adalah Melayu Muslim, jadi apa perlunya ada gereja dengan lambang salib yang terpapar besar di situ? Memang wajarlah mereka marah dan terusik bila ada lambang salib besar-besar berhampiran tempat mereka tinggal.”
Panjang lebar Furqan menghuraikan. Hanifa terdiam, kehilangan hujah kali ini dia untuk menjawab. Walaupun pemikirannya agak liberal, tapi bila didatangkan dengan hujah dari hadis dan kisah para sahabat sendiri, timbul rasa hormat dan segan untuk menjawab.

“Itu hadis, sekarang mari aku ceritakan apa kata para ulama pula.”

Furqan terus menyambung. Lidahnya semakin petah berhujah.

“Dalam kitab Huquq Ahli Az Zimmah, Abul A’la Maududi menyatakan bahawa tidak ada masalah bagi orang bukan Islam untuk mengekalkan atau memperbaharui rumah ibadat mereka, tapi bila mereka nak bina rumah ibadat baru di tempat orang Islam, maka perkara itu adalah dilarang.”

“Imam Al Kasani juga menyatakan bahawa tiada masalah bagi bukan Islam untuk menunjukkan secara terang-terangan penjualan babi, arak dan mempamerkan lambang salib di perkampungan mereka, tapi bila nak buat di perkampungan orang Islam, maka itu adalah dilarang. ”

“Ketika zaman kerajaan Islam Mamluk dulu di Mesir pun, Ibnu Taymiyyah pernah menyatakan sokongan beliau terhadap tindakan penguasa untuk menghadkan pembukaan gereja-gereja baru, khususnya di kawasan yang kaum Muslimin tidak selesa dengannya. ”

“Dengan kata lain, maknanya, tak ada masalah pun untuk nak bina gereja atau rumah-rumah ibadat yang lain di negara kita ni, tapi agak-agaklah.”
Hanifa terus mendiamkan diri, tidak menyangka bahawa Furqan mempunyai hujah yang begitu kemas. Dia mencari akal untuk mengalihkan hujahnya ke sudut lain pula.

“Tapi, Malaysia bukan negara Islam, kita hidup dalam satu negara sekular, dengan masyarakat yang berbilang kaum dan agama, jadi tidak adil jika kita tidak memberi ruang kepada penganut agama lain seperti mana mereka memberi ruang kepada Islam di negara-negara mereka?”

“Bukankah Islam adalah satu agama yang menyuruh kita melakukan keadilan, tidak kira kepada siapa sekalipun?”

Furqan hanya tersenyum mendengar hujah Hanifa. Dia terus memandu dengan cermat dan tenang, setenang hatinya yang masih basah disirami zikir Ma’thurat yang baru sahaja dibacanya tadi.

“Hanifa, satu perkara yang kau kena tahu, dalam Islam, adil itu bukan sama rata, tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.” Balas Furqan.

“Makna kata, dalam satu Taman Perumahan yang majoritinya Muslim, bila ada surau atau masjid, tidak semestinya nak kena ada gereja dan rumah-rumah ibadat yang lain juga sebagai tanda keadilan.”

“Adil dalam konteks Malaysia adalah meletakkan Islam itu di tempat yang tertinggi, bukan duduk sama rendah dengan agama-agama yang lain. Ini kerana, secara jelas dinyatakan dalam perlembagaan, bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.”

Hanifa tersentak dan kemudian terus menjawab.

“Malaysia negara Islam? Kau jangan macam-macam Furqan, negara kita ni bukannya laksanakan hudud pun, masih pakai undang-undang British lagi. Ada parti pemerintah Islam pun tak guna sebab dah berkurun tolak hudud.”

“Salah tu Hanifa. Malaysia adalah sebuah negara Islam. Cuma belum sempurna sahaja.” Furqan menjawab, sambil matanya terus fokus pada jalan raya. Bangunan KLCC kelihatan semakin hampir. Jika tiada kesesakan, pasti akan boleh tiba hanya dalam masa kurang 10 minit sahaja.

“Benda ini jelas dinyatakan dalam perlembagaan, perkara 3, Islam adalah agama negara, bukan sekadar agama rasmi. Bahkan dalam perlembagaan, tidak langsung disebut bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.”

“Maksud Islam sebagai agama negara ini telah dijelaskan dengan baik oleh Tun Ahmad Fairuz , bekas ketua hakim negara dalam satu penghakiman kes, yang mengatakan bahawa Islam itu bukan sekadar ritual ibadah individu sahaja, tetapi adalah satu cara hidup yang lengkap merangkumi perundangan, politik, budaya dan juga kehakiman.”

“Memang aku setuju, banyak aspek yang perlu diperbaiki dan kita masih jauh dari kesempurnaan perlaksanaan undang-undang Islam secara menyeluruh, namun, sebagai Muslim yang Allah pilih untuk lahirkan kita di Malaysia, menjadi tugas kita untuk meyakini dan meyakinkan orang-orang bukan Islam bahawa undang-undang Islam itu adalah yang paling adil dan saksama.”

Hanifa terkebil-kebil mendengar hujah Furqan. Ternyata apa yang dibacanya selama ini di laman-laman Internet dan dari ceramah-ceramah politik yang dihadirinya adalah salah sama sekali. Perbualan pagi itu benar-benar membuka perspektif baru tentang kedudukan Islam di Malaysia.

“Satu lagi perkara yang kau kena tahu Hanifa, adalah tentang agenda Kristian Evangelist di negara-negara Islam terutamanya.”

Kali ini Hanifa tidak lagi menjawab, dia mula merasa kagum dengan kepetahan hujah rakannya itu. Dia membuka tengkuk seluas-luasnya tanda telah tewas dalam perdebatan.

“Kau mesti ingat lagi kes Aisyah Bukhari, Lina Joy, Interfaith Comission, dan baru-baru ini, kes penggunaan nama Allah di dalam Bible.”

“Semua ini bukannya kebetulan. Tapi merupakan satu agenda yang terancang untuk mengubah identiti negara kita dari Islam kepada Kristian Sekular.”

“Nanti kau cuba Google tentang “Christian and contextualisation” dan “Church Planting Movement”, kau mesti akan terkejut dengan dapatan-dapatan carian.”

“Cuma itulah, dulu semua pihak dari kalangan umat Islam sepakat memperjuangkan isu murtad dan menentang Kristianisasi.”

“Tapi hari ini, banyak NGO yang dah ‘cair’ dengan slogan ‘rahmatan lil alamin’ dan sikap ‘tak apa’ dalam mendepani agenda mereka ni.”

“Hingga hari ini, mereka yang memperjuangkan apa yang pernah diperjuangkan dulu, akan dianggap hina, kolot, bodoh dan ekstrim!”

“Aku rasa kau pun mesti masih ingat lagi masa kita masih pelajar, yang pernah pada satu waktu cuti musim panas, kita hadir ke ceramah Cikgu Azmi. Kita juga pernah pergi ke perhimpunan sejuta umat di Masjid Wilayah, kalau kau masih ingat lah.”

“Kau fikirlah Hanifa, apa yang aku sebut ni bukan pasal aku paranoid, tapi aku bimbang masa depan anak cucu kita ke depan nanti. Sekarang mungkin tak nampak, tapi generasi akan datang yang akan menerima kesannya jika kita tidak bertegas.”

“Jangan ingat status Malaysia sebagai sebuah negara Islam akan terus kekal sampai Kiamat tanpa kita yang mempertahankannya. Dah banyak kerajaan-kerajaan Islam yang dulunya ada, tapi kini dah hilang ditelan arus Kristianisasi.”

“Dulu, Andalus di Sepanyol, adalah sebuah kerajaan Islam yang kuat, tapi di mana mereka sekarang?”

“Dulu, Manila juga adalah sebuah negara Islam yang diketuai oleh pemerintah Islam, tapi kini, apa yang tinggal?”

“Dulu, Vietnam juga adalah sebuah kerajaan Islam, kini apa lagi yang tinggal di sana?”

“Sejarah mengajar kita Hanifa, kalau kita tak ambil pengajaran, esok-esok, kita akan dikenang pula dalam sejarah sebagai sebuah kerajaan Islam yang pernah berkuasa di rantau ini.”

Panjang Furqan menghuraikan tentang sejarah. Hanifa hanya mendengar sambil memasukkan bibirnya ke dalam mulut. Furqan terus memandu di celah-celah kesesakan lalu lintas yang cukup menyesakkan. Melihat Hanifa diam membisu, Furqan membuka siaran radio IKIM bagi mendengar celoteh pagi Luq dan Pian yang sentiasa menceriakan.

Hanifa hanya memandang ke luar tingkap, celoteh Luq dan Pian langsung tidak diendahkannya. Banyak perkara yang difikirkannya. Furqan telah membuka satu ufuk baru pemikiran buatnya pagi ini.

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali (teman rapat, pembela, penyokong, kesetiaan) dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu? [al-Nisa' 4:144]

Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi wali (teman rapat, pembela, penyokong, kesetiaan) dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). [al-Nisa' 4:138-139]

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-26234998439950564792015-01-16T22:25:00.001+08:002015-01-16T22:25:39.803+08:0028 SEBAB MENGAPA UFUN BAKAL MELINGKUP (OLEH TN AZIZI ALI MENTOR WANG)

Setelah Tok Belagak kantoi busuk, kini tibalah giliran UFUN pula. Kesian orang Melayu kita, yang nak cepat kaya habis melingkup semuanya.

Yang sebenarnya, tiada jalan pintas menuju kekayaan abang kakak sekalian, kena usaha, usaha dan usaha.

Nah bacalah 28 sebab mengapa UFUN ni adalah penipu yang bakal memiskinkan ramai manusia yang malang.

KOMEN TENTANG 'PENIPUAN' UFUN DAN SEKUTU-SEKUTUNYA

1. Tiga orang ahli UFun telah datang ke pejabat saya dua hari lepas dan memberikan penerangan yang agak menyeluruh tentang UFun dan utoken. (Terima kasih kepada mereka.) Jadi sekarang saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya khabarkan kepada mereka setelah mendengar cerita mereka.

2. UFun menawarkan utoken yang merupakan sebentuk digital currency, yang boleh digunakan sebagai mata wang untuk membeli-belah dan sebagainya. Dan seperti currency yang fizikal (e.g. ringgit), nilai utoken boleh naik turun. Apabila nilai utoken naik, maka ‘pelaburnya’ akan buat duit tanpa apa-apa kerja. Itulah TEORINYA.

3. Malangnya, saya tak fikir teori ini akan menjadi nyata dalam kehidupan sebenar. More about this later.

4. Saya difahamkan yang UFun sekarang mempunyai 5 projek ‘perniagaan dan pelaburan’:

(a) UBTMall
(b) JV Bangkok Marina di Thailand
(c) JV Projek Batu Marmar HanBaiYu di China
(d) Uway TV
(e) MOA dengan Carl Corryton Medical Centre

Saya difahamkan juga yang utoken diterima oleh beberapa kedai fizikal i.e. boleh beli barang/servis dengan utoken menggantikan cash.

5. Saya bermula dengan UBTMall. UBTMall ialah satu online mall dimana ahli boleh menjual beli produk sesama-mereka (barter trade). Jumlah produk yang ditawarkan melebihi 2,000 tetapi saya kurang percaya yang salesnya akan memberangsangkan.

Mengapa?

(a) Banyak produk yang ditawarkan nampak biasa-biasa saja;
(b) Hanya ahli yang boleh membeli (orang luar perlu mendaftar sebagai ahli sebelum boleh beli);
(c) Harga kebanyakkan produk pula lebih mahal jika dibandingkan dengan harga cash di luar.

Tiga sebab ini membuatkan saya kurang confident yang sales di UBTMall akan memberi keuntungan besar kepada syarikat.

6. Sebenarnya UBTMall adalah laman web gantian to a previous online mall – ufunstore.com. Tetapi sudah tentu ufunstore ini tidak berjaya kerana ianya sudah dimansuhkan oleh UFun.

7. Saya tidak terkejut mendengar yang operasi ufunstore dimansuhkan. Pertamanya, hanya ada 38,120 pelawat pada 5 Jan 2015. Laman web ini diset up pada tahun 2013. Bukankah ini satu fakta yang mencurigakan? Setelah lebih 2 tahun, baru ada 38,120 pelawat! Mind you, itu pelawat, bukan pembeli! Jumlah pembeli sudah tentu hanya segelintir kecil daripada jumlah ini. (Sebagai perbandingan, Fanpage saya yang baru setahun sudah ada 83,000+ likes (ehm, ehm)!)

8. Kedua: tinggal hanya beberapa produk yang ditawarkan di ufunstore sebelum ia dimansuhkan. Jenis dan kualiti produk tersebut pun menimbulkan banyak persoalan. Jadi tak hairanlah ianya dimansuhkan.

9. Write-up di ufunstore.com dan juga UBTMall juga mempunyai banyak grammar error. Walaupun grammar error itu bukan satu kesilapan besar tetapi ia menunjukkan kualiti syarikat tersebut. Kalau grammar pun silap, apatah lagi perkara yang lebih besar dan penting? (Sebagai perbandingan, adakah anda fikir Maybank, Sime Darby, Microsoft atau Apple akan membiarkan laman webnya penuh dengan grammar error?)

10. Sekarang JV Bangkok Marina pula (shareholding disebut 29%). Projek ini masih dalam pembinaan jadi UFun tidak mempunyai income daripada projek ini. (UFun menawarkan ahli untuk membeli share dalam projek ini jadi mereka mencuba untuk monetize pelaburan ini, yang jika tidaknya akan memakan masa untuk membawa untung. Tetapi usaha ini bermakna wang itu datang dari poket ahli, bukan daripada pelaburan tersebut.)

11. Saya difahamkan yang JV projek batu marmar di China menguntungkan. Tetapi berapa shareholding UFun kita tak tahu sebab tak disebut. (Saya suspek shareholding itu tak tinggi sebab itu mereka tak sebut!) Sebagai contoh, 1% pun shareholding juga tetapi sudah tentu dividen yang diterima hanyalah sedikit. Jadi berapa untungnya kita tak tahu.

12. Projek Uway TV dikatakan sudah beroperasi di Taiwan. Saya tak mendapat banyak informasi tentangnya kerana the few websites on it semuanya dalam bahasa Cina. Anyway, FB page Uway mempunyai hanya 3,788 likes as at 15 Jan 2015. This is not a good sign. Ini bermakna yang ianya tidak begitu popular! Jadi saya tak fikir projek ini akan membawa banyak keuntungan kepada ahli UFun.

13. Carl Corryton Medical Centre (CCMC) di Penang ialah a centre for Wellness and Beauty i.e. plastic surgery, orthopaedic-sports medicine and kidney/internal medicine. MOA ini membolehkan ahli membuat 30% bayaran dengan menggunakan utoken dan balance 70% dengan cash. Saya tak fikir yang ramai ahli akan melakukan plastic surgery di sini just because it is available.

14. Of course, adalah juga claim proposal-proposal yang power termasuk pembelian tiket kapal terbang dengan menggunakan utoken serta berita UFun mahu memulakan syarikat unit amanah di masa hadapan. Semua ini adalah claim proposal: mungkin jadi, mungkin tak jadi.

15. Setelah melihat video-video, membaca write-up dan mendapat keterangan tentang UFun, saya mempunyai serious reservations tentang operasi UFun. Mengapa? Read on.

16. Video utoken penuh dengan claim yang power tetapi menimbulkan banyak percanggahan dan persoalan. Banyak statement yang dibuat itu tak masuk akal atau bercanggah daripada satu ayat ke ayat yang lain.

Contoh 1: utoken mendakwa ianya diisu oleh Utokens Reserve Limited (whatever that means) with its independent international board members consist of bankers and manager (this is the actual write-up in the video which can mean: only 1 manager, or most likely, written by someone who is not exactly an expert in the English language!) tetapi tak sebut siapa mereka ini. Budak sekolah rendah pun boleh claim begitu sebab main cakap saja!

Contoh 2: utoken mendakwa mereka ada 22% rizab emas untuk setiap utoken yang diterbitkan tetapi siapakah yang mengauditkan claim ini? Again, budak sekolah rendah pun boleh claim begitu sebab cakap saja! Claim ini pun tak masuk akal sebab 1 utoken bernilai $0.26 (menurut write-up mereka sendiri). 22% of 26 cent is 5.7 cent. Mana ada emas yang dijual dengan harga 5.7 cent?

17. Ini baru video. Sebenarnya saya boleh menceritakan banyak lagi percanggahan fakta dan kesilapan dalam write-up mereka.

To summarize, the write-up is written to impress people yang dia terer. All you need to know is some basics about money and investments to realize that they are talking crap!

18. Syarikat Bina Puri (public listed) telah mengeluarkan statemen yang mereka tidak ada link dengan utoken maupun apa-apa promosi oleh UFun. (Kaitan yang ada hanyalah JV Bangkok Marina.) Ini adalah satu tamparan besar, yang patut menjadi amaran kepada semua orang untuk berhati-hati dengan UFun.

19. Tiga bank yang disebut oleh UFun juga menaikkan rasa curiga yang teramat sangat.

(a) UDBP Bank (www.udbpbank.com) ialah bank yang beribu pejabat di Vanuatu. Bank ini di tubuhkan pada tahun 2013 and they proudly claim a grand total of 2 offices in the Asia-Pacific countries and territories!

(b) Banque de Development de Guinee S.A. (www.bdg-guinea.com) adalah ‘bank’ yang beribu pejabat di Republic of Guinea. I have serious reservation about a bank that has more information about the country than the bank on its website!

(c) Saya mempunyai masalah untuk mendapat makulumat tentang Nico Financial sebab ianya sebuah syarikat di Russia. Saya tak jumpa laman webnya; jika ada pun mungkin dalam bahasa Russia. Nyet!

Semua ini menambahkan rasa curiga saya akan UFun. Operasi UFun besar di Thailand; kenapa tak gunakan akaun di Bangkok Bank (bank terbesar di Thailand)? Operasi UFun juga besar di Malaysia; kenapa tak gunakan akaun di Maybank atau CIMB (2 bank terbesar di Malaysia)? Kenapa tak gunakan akaun di ICBC (bank terbesar di China dan juga di seluruh dunia)?

Mengapa oh mengapa mempunyai fasiliti banking di tempat jin bertendang?

20. Semua poin di atas memang sudah menimbulkan banyak tanda-tanya tentang operasi UFun. Tetapi poin yang paling mencurigakan saya ialah nilai utoken naik apabila jumlah ahli naik. Sebagai contoh, salah satu video utoken menerangkan yang apabila jumlah ahli mencapai 200,000 orang, nilai utoken split 2 daripada 0.40 jadi 0.20. (Rupa-rupanya dulu mereka gunakan terminologi ‘split’, sekarang mereka gunakan terminologi ‘dividen’. Dulu mereka gunakan jumlah ahli, sekarang mereka gunakan nilai utoken pula sebelum membayar ‘dividen’.) Proses ini berulang-ulang dengan penambahan ahli (at least in theory). Jadi makin ramai ahli, makin banyaklah jumlah utoken yang dimiliki oleh setiap ahli.

21. Tetapi INI BERMAKNA NILAI UTOKEN (AND THEREFORE WANG) ITU DATANG DARIPADA PENAMBAHAN AHLI, bukan daripada aktiviti-aktiviti lain termasuk jualan di UBTMall (terlalu sedikit) atau pelaburan (Bangkok Marina itu belum siap jadi tidak ada income yang masuk). Ini bermakna keseluruhan konsep utoken adalah songsang – WANG DATANG DARI POKET AHLI.

22. Jadi ahli UFun sekarang mendapat wang dan menikmati keindahan – kereta, percutian dan majlis makan – kerana wang itu datang daripada ahli baru dan tambahan belian utoken oleh ahli lama. UFun memang mempunyai banyak duit untuk dibelanja – termasuk memberi derma – kerana productnya virtual – tak perlu modal dan ahli mencurahkan wang ke dalam syarikat! The growth of 192% in value (from .374 in July to 1.093 in Oct) is PRIMARILY DUE TO THE INCREASE IN THE MEMBERSHIP.

23. Sebenarnya banyak lagi poin yang boleh saya ketengahkan tetapi semua ini sudah cukup untuk membuatkan saya curiga akan operasi UFun. By the way and to be sure, I’m NOT SAYING that UFun is a scam. What I am saying is that I have serious reservations about UFun’s operations and sustainability.

24. Sebelum mana-mana pihak memberi komen, sila baca dulu post EXPOSE HELAH PENGUSAHA-PENGUSAHA SCAM bertarikh 14 Okt 2014, post IDEA BISNES PALING POWER bertarikh 15 Jan 2015 serta post-post tentang Pegasus Bullion dan Emas ETA untuk hiburan anda.

25. Tolong jangan kata saya tak boleh komen atau post apa-apa tentang UFun sebab saya tidak mempunyai utoken dan oleh itu tidak faham sistemnya. Saya juga tidak ‘melabur’ dalam Skim Pak Man Telo, Swisscash, Genneva, Pegasus Bullion atau Emas ETA tetapi semua yang saya komen tentang entiti-entiti ini betul belaka. (That’s 5 out of 5 correct, mind you.)

26. Saya juga berharap yang sesiapa yang nak buat komen to please keep it sane and mature. Making personal attacks are very childish. (Sebagai contoh, sila baca post bertarikh 8 Jan tentang komen bekas-bekas ‘pelabur’ Pegasus Bullion – they don’t look so civilized now.)

27. Conclusionnya? Saya mempunyai banyak reservations about UFun dan oleh itu tak akan dekat sebatu dengannya. Anda? Tepok dada, tanya selera. It is your money. You decide.

28. Akhir kata, sudah tentu saya boleh silap. Tapi takkan BNM juga silap? In case anda tak tahu, nama UFun ada tertera dalam blacklist BNM sejak 25/7/2014. Need I say anymore?

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com223tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-71023949550393233682015-01-04T10:05:00.002+08:002015-01-04T10:05:59.906+08:00Selamat Datang 2015Setelah melalui 2014 yang mencabar, apakah yang menanti pada tahun 2015?

Moga-moga selamat semuanya, insya-Allah.Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-43600885068176671822014-11-22T14:17:00.000+08:002014-11-22T14:17:08.249+08:00Jangan Biarkan Identiti Anak-Anak Dibentuk oleh Filem AnimasiFilem, kartun atau iklan adalah antara perkara yang paling akan melekat dengan kuat dalam minda anak-anak. Buktinya, apa yang saya tonton berpuluh tahun dahulu, masih saya boleh bayangkan visualnya, wataknya dan jalan ceritanya.

Kartun dan siri TV seperti Voltron, Ultraman, Dragon Ball, Power Rangers, Mask, Transformers dan Macgyver banyak membentuk identiti generasi yang ada hari ini, malah hingga sekarang, bila melihat pisau Swiss, masih teringat kepada Mcgyver dan kehebatannya, padahal banyak yang tak logik pun.

Begitu juga filem-filem perang Vietnam dulu, tertanam imej askar US yang 'invincible' seperti dalam kartun GI Joe dan kehebatan bangsa Anglo Saxon yang sering dinaikkan dalam filem-filem Holywood seperti Indiana Jones dan banyak lagi.

Anak-anak hari ini menonton watak animasi dalam bentuk yang lebih berwarna dan berkualiti tinggi, percayalah, animasi yang ditonton oleh mereka hari ini akan sedikit sebanyak membentuk identiti dan cara fikir mereka pada masa depan.

Filem-filem seperti Frozen dan Tangled yang memaparkan hubungan antara lelaki dan perempuan (puteri) yang boleh keluar bersama-sama, mengembara bersama-sama tanpa ada sebarang rasa bersalah. Jika ditonton selalu dan ibu bapa tidak pernah menjelaskan, akan terbentuk nilai dalam diri mereka dari karakter yang ditonton.

Bimbang juga kalau keselambaan 'Anna' yang keluar dengan lelaki penjual ais berdua-duaan untuk mencari kakaknya akan mencairkan nilai malu yang telah siap sedia sebagai fitrah dalam diri mereka.
Jika tidak dapat menghalang anak dari menonton, jika tidak dapat menapis filem yang ditonton oleh anak-anak, paling tidak, jelaskan kepada anak-anak yang mana benar dan yang mana salah mengikut neraca syara'.

Jelaskan bahawa seorang Muslimah, pakaiannya mesti menutup aurat bila telah sempurna usia kanak-kanaknya, bukan seperti Anna atau Elsa yang pakaiannya ketat sendat. Jelaskan, bahawa kecantikan sebenar bukan pada wajah dan tubuh yang menggiurkan, tapi pada akhlaq dan pekerti yang mulia. Jelaskan bahawa sebelum berkahwin, seorang perempuan, haram keluar bersama lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya, jelaskan bahawa suara wanita adalah aurat dan menyanyi dengan kuat bila telah baligh adalah tidak dibolehkan.

Jangan biarkan jatidiri Islam anak-anak kita dicairkan oleh animasi Pixar yang membawa agenda serangan pemikiran halus dan agenda Amerikanisasi yang merosakkan.Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-62586643287970720712014-11-22T13:08:00.000+08:002014-11-22T13:08:02.679+08:00Bahaya Menonton Televisyen Secara Berlebihan Kepada Anak-Anak

Dalam zaman di mana ibu bapa semakin sibuk bekerja akibat pelbagai
tuntutan ekonomi dan keluarga yang mendesak, ditambah dengan suasana di luar rumah
yang semakin tidak selamat untuk kanak-kanak bermain sendiri, televisyen
menjadi alat utama yang menghabiskan masa anak-anak hari ini.

<o:p></o:p>

Dengan teknologi televisyen yang semakin pintar dan harganya yang
semakin murah, pelbagai rancangan menarik di pelbagai rangkaian yang berbayar
dan juga secara percuma di YouTube, juga pelbagai aplikasi yang membolehkan ‘movies’
dimuat turun secara percuma dan skrin televisyen yang semakin canggih dengan
teknologi LED, cabaran kepada ibu bapa untuk mengawal anak-anak dari menonton
televisyen secara berlebihan adalah satu realiti hari ini yang tidak boleh
dipandang endah.<o:p></o:p>

Hari ini, boleh dikatakan hampir setiap isi rumah mempunyai televisyen
dan sentiasa pula ditonton oleh segenap ahli keluarga. Menurut satu laporan
yang disediakan oleh unit perancang ekonomi Malaysia pada tahun 2013, terdapat
peningkatan yang amat ketara dalam bilangan langganan televisyen berbayar oleh
isi rumah di Malaysia sejak tahun 2000 hingga 2012.<o:p></o:p>

Statistik ini walaupun diulas secara positif oleh laporan tersebut,
namun disebalik peningkatan ketara bilangan isi rumah yang melanggan rangkaian
televisyen berbayar, terdapat bahaya yang hanya akan dapat dilihat kesannya
berbelas tahun akan datang, secara khusus pada anak-anak yang terdedah kepada
rancangan televisyen setiap hari untuk jangka waktu yang lama.<o:p></o:p>

Dalam sebuah kajian (longitudinal*) yang dijalankan oleh sekumpulan para
penyelidik di New Zealand yang mana jurnal hasil kajian tersebut telah
diterbitkan di Journal of American Academy of Pediatrics pada bulan Mac 2013,
didapati bahawa kadar masa menonton televisyen oleh kanak-kanak, mempunyai
hubungan yang positif dengan personaliti anti-sosial, karakter agresif yang
cenderung ganas dan sabit kesalahan jenayah yang berkaitan dengan keganasan.<o:p></o:p>

Dengan kata lain, kajian tersebut membuktikan bahawa, lebih tinggi kadar
masa seorang kanak-kanak itu menonton televisyen, lebih tinggi kebarangkalian
untuk dia terlibat dalam kesalahan jenayah, mempunyai karakter yang agresif/ganas
dan mempunyai personaliti yang anti-sosial.<o:p></o:p>

Kajian yang dijalankan terhadap 1023 orang responden di New Zealand yang
terdiri dari pelbagai bangsa ini, mengambil masa hampir 30 tahun untuk
diselesaikan. Responden dianalisa sejak usia kanak-kanak dan dikaji karakter
dan rekod jenayah mereka pada usia 26 – 30 tahun.<o:p></o:p>

Terdapat 2 sebab utama yang dicadangkan oleh kumpulan penyelidik ini
tentang mengapa hubungan positif ini wujud. Pertama sekali, adalah akibat
proses ‘emotional desensitization’ ataupun proses normalisasi emosi.
Normalisasi emosi adalah satu proses untuk mengurangkan kesan emosi terhadap
rangsangan-rangsangan negatif dengan pendedahan yang berterusan terhadap
rangsangan negatif tersebut. Sebagai contoh, anak-anak kecil yang pada mulanya mempunyai
emosi negatif seperti rasa takut atau bersalah apabila melihat aksi-aksi ganas
di televisyen, akhirnya akan mengalami proses normalisasi dan tidak lagi
mempunyai perasaan tersebut setelah berulangkali menyaksikan aksi-aksi ganas di
televisyen. Aksi-aksi ganas akhirnya akan dilihat sebagai normal dan tidak lagi
dianggap salah.<o:p></o:p>

Kemudian, muncul sebab kedua yang mungkin berkesinambungan dari sebab
yang pertama, iaitu anak-anak akan cenderung untuk meniru model yang selalu
dilihat oleh mereka. Menurut teori pembelajaran secara pemerhatian
(observational learning theory) yang diperkenalkan oleh Albert Bandura pada
tahun 1961, anak-anak cenderung untuk
meniru apa yang sentiasa mereka lihat sejak dari kecil. Kecenderungan ini wujud
apabila di sana wujud model yang menjadi ikutan anak-anak sejak dari kecil
seperti hero rancangan aksi atau puteri cantik yang mempunyai pelbagai kuasa
ajaib. <o:p></o:p>

Dengan kata lain, anak-anak yang telah mengalami proses normalisasi
emosi, akan mengikuti aksi ganas atau lucah yang sering dilihatnya di
televisyen. Tidak kira melalui rancangan biasa atau rancangan kartun.<o:p></o:p>

Proses normalisasi emosi dan kecenderungan untuk meniru oleh anak-anak
ini bukan sahaja pada aksi ganas dan lucah semata-mata, tapi pada cara berpakaian,
cara makan, cara berbual dan pelbagai lagi sifat yang ditonjolkan. Tidak hairan
jika banyak dari remaja hari ini yang terikut-ikut dengan budaya barat seperti ‘bercouple’,
berpegangan tangan, bercumbu-cumbuan, mengadakan majlis tari menari, bertutur
dan mencarut seperti yang sering dipamerkan oleh ikon-ikon rap dan metal, terikut dengan budaya ‘prank’, ‘troll’ dan
sebagainya.<o:p></o:p>

Natijahnya adalah akan lahir golongan belia yang hilang identiti dan menjadikan
cara hidup tajaan barat yang rosak sebagai contoh unggul dalam pembawaan kehidupan
mereka. Natijah yang lebih buruk adalah berlaku kejadian zina yang akan membawa
kepada banyaknya bayi-bayi yang dibunuh oleh ibu sendiri.<o:p></o:p>

Generasi remaja yang kita lihat telah kehilangan identiti pada hari ini
adalah, mungkin adalah natijah dari pendedahan berterusan terhadap rancangan-rancangan
televisyen berbelas tahun yang lalu ketika mereka masih kecil. Bayangkan
bagaimana generasi remaja pada masa depan jika apa yang mereka lihat pada hari
ini diikuti oleh mereka pada masa depan.<o:p></o:p>

Untuk mengelakkan permasalahan ini dari terus membarah, ibu bapa perlu
mengawal jumlah masa dan rancangan yang ditonton oleh anak-anak termasuk rancangan
kartun. Kartun yang membawa mesej-mesej lucah dan ganas seperti The Simpsons
dan Oggy and the Cockroaches wajib diharamkan oleh ibu bapa dari ditonton di
rumah. Sebagai alternatif, ibu bapa perlu mencadangkan rancangan-rancangan kartun
yang baik kepada anak-anak seperti Octonauts, Arthur atau Upin Ipin untuk
tontonan anak-anak. <o:p></o:p>

Jika melanggan rangkaian Astro di rumah, pastikan mekanisma kawalan
diwujudkan. Begitu juga dengan Internet. Jangan biarkan anak-anak berseorangan
bersama laptop atau iPad di dalam bilik dengan Internet yang terpasang.<o:p></o:p>

Anak-anak juga perlu ditanamkan dengan kefahaman Islam dan sifat malu
sejak dari kecil. Jika anak-anak telah tertonton rancangan yang tidak elok di
rumah saudara mara sebagai contoh, pastikan mereka jelas bahawa apa yang mereka
tonton adalah salah dan tidak wajar dijadikan contoh dalam kehidupan.<o:p></o:p>

The American Academy of Pediatrics mencadangkan bahawa masa anak-anak
menonton televisyen perlu dihadkan hanya kepada 2 jam sahaja sehari. Anak-anak
perlu dilatih untuk menggunakan masa dengan bermanfaat melalui
aktiviti-aktiviti seperti bermain, membaca dan bersosial dengan rakan-rakan
yang baik akhlaknya.<o:p></o:p>

Paling utama, walaupun sesibuk manapun dengan kerjaya dan urusan-urusan
yang lain, ibu bapa perlu meluangkan masa bermain dan berinteraksi dengan
anak-anak. Itulah cara terbaik untuk menghilangkan kebosanan mereka di rumah.
Bawalah mereka berenang, berbasikal, mengembara, menziarahi saudara mara dan
rakan taulan, bermain Saidina, Scrabble, catur dan banyak lagi. <o:p></o:p>

Jangan biarkan hanya televisyen menjadi teman mereka menghabiskan masa,
kerana kita tidak mahu anak-anak kita membesar dengan karakter-karakter buruk
yang ditiru oleh mereka dari rancangan yang ditonton sejak kecil. Setiap ibu
bapa, wajib mengambil berat pengawalan televisyen di dalam rumah masing-masing,
kerana anak-anak hari ini adalah tonggak negara pada masa depan nanti.

Rosak
generasi hari ini, rosaklah negara di masa depan nanti.<o:p></o:p>

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-4106179268045244872014-11-21T20:23:00.002+08:002014-11-21T20:23:44.303+08:00SIBUK

Rindu nak menulis di blog, masih adakah yang singgah dan sudi membaca?<o:p></o:p>

Dulu, saya selalu mencatatkan kisah hidup saya di sini. <o:p></o:p>

Kini sejak dibebani dengan penulisan tesis PhD yang semakin tiba di
penghujung, dan kesibukan dengan komitmen empat orang anak yang banyak memakan masa,
kesempatan untuk menulis dan berkongsi di sini semakin kurang.<o:p></o:p>

Ada masanya, bila punya masa lapang, idea dan momentum untuk menulis
pula hilang entah ke mana, kadang-kadang, bila idea ada, niat terpaksa
dibatalkan kerana perlu melaksanakan tugasan yang lebih utama.<o:p></o:p>

Banyak perkembangan yang berlaku sejak Ogos yang lalu. Kelahiran Khalid
Furqan tentunya. Humaira’ dan Khadijah yang semakin membesar. Ragam Insyirah
yang penuh pahit dan manis. <o:p></o:p>

Kemudian ada warna-warni perpindahan balik kami sekeluarga ke Malaysia.
Dengan proses pindah yang amat menyakitkan, dengan barang-barang, proses
pembersihan rumah Klemzig yang cukup perit, dengan ragam kontena yang cukup
menyesakkan dan macam-macam lagi. <o:p></o:p>

Seterusnya ada kisah adaptasi hidup di bumi Malaysia yang cukup
menyeronokkan. Betapa kami menghargai setiap detik nafas di tanah air bertuah
setelah 4 tahun berhujan batu di negara orang. Setelah beberapa ketika, saya
datang pula ke sini berseorangan, kemudian pulang, dan kemudian datang semula
dan akan balik minggu depan.<o:p></o:p>

6 bulan terakhir proses penulisan tesis ini amat memakan keringat dan
daya fikir. Proses mendapatkan sebuah ijazah bernama PhD adalah satu proses
penuh jerih payah yang hanya akan difahami oleh mereka yang melaluinya.<o:p></o:p>

Sampai di sini dahulu kerana saya perlu kembali menulis tesis dan
membaca beberapa lagi jurnal. Insya-Allah, blog ini akan saya update juga dari semasa ke semasa. Moga Allah permudahkan urusan kita semua.

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com12tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-6559333566576149672014-09-17T12:13:00.000+08:002014-09-17T12:13:55.633+08:00MENGAPA ANAK MUDA PERLU MENJADIKAN AL QASSAM SEBAGAI IKON

Unit ketenteraan HAMAS yang dikenali sebagai Briged Izzuddin Al Qassam
adalah legenda sejarah dalam pembikinan. Kemenangan terbaru Al Qassam terhadap
tentera rejim pengganas Zionis (IDF) dalam peperangan Asfim Ma’kul atau perang
dedaun hancur yang berlangsung selama 51 hari baru-baru ini adalah sejarah
gemilang yang menambah koleksi kepahlawanan dan kecemerlangan briged tentera
yang menjadi kebanggaan penduduk Gaza dan ramai juga dari kalangan rakyat
Malaysia.

<o:p></o:p>

Al Qassam adalah hero terbaru umat Islam yang perlu dicontohi oleh
anak-anak muda di Malaysia. Lupakan artis-artis dari kalangan penyanyi dan
pelakon barat yang mengajak kepada kerosakan, atlit-atlit sukan yang tidak
menunjukkan contoh ketauladanan dan semangat yang baik, apatah lagi ‘super hero’
palsu ciptaan Holywood yang langsung tidak ada kebaikan padanya. Pada
pemuda-pemuda Al Qassam, ada ciri-ciri kepahlawanan yang jika dicontohi, mampu
menjadikan anak muda kita mempunyai personaliti yang boleh menggegar dunia. Ada
lima sebab utama mengapa Al Qassam perlu menjadi ikon kebanggaan dan ikutan
anak-anak muda kita.<o:p></o:p>

Pertama, adalah kerana tentera Al Qassam mempunyai tahap keimanan dan
tawakkal kepada Allah yang cukup tinggi. Tarbiah keimanan melalui didikan Al
Quran, hadis dan amal soleh yang berkualiti, ditambah dengan kekuatan tawakkal
kepada Allah yang dibina melalui aktiviti jihad bersenjata menentang rejim
pengganas Zionis menjadikan mereka manusia luar biasa yang berjaya menewaskan
hawa nafsu, syaitan dan musuh orang-orang yang beriman. <o:p></o:p>

Kedua, adalah kerana tentera Al Qassam adalah dari kalangan mereka yang
menjaga kualiti solat mereka. Telah diketahui bahawa salah satu ciri khas untuk
menjadi tentera Al Qassam adalah menjaga solat berjemaah lima waktu, terutamanya
solat Subuh di masjid. Pengesahan Imam masjid mesti diperolehi sebagai salah
satu syarat untuk menjadi rekrut. Andai pemuda-pemuda kita dapat meniru contoh
keperibadian ini dengan mengamalkan solat berjemaah di masjid sekerap yang
mungkin terutamanya pada waktu Subuh, maka pastilah suasana di Malaysia akan
berubah, masalah sosial pasti akan berkurang kerana pemuda yang menjaga
solatnya dan mencintai masjid pasti akan terpelihara dari melakukan
perkara-perkara yang mungkar.

<o:p></o:p>

Ketiga, adalah kerana tentera Al Qassam mempunyai daya inovasi dan kreativiti
yang tinggi. Ketinggian daya inovasi dan kreativiti mereka dapat dibuktikan
dalam peperangan yang berlaku baru-baru ini dengan kejutan kejutan baru yang
menakutkan tentera rejim pengganas Zionis. Penubuhan skuad komando amfibia yang
mampu melakukan serangan dari laut, penciptaan ‘Drone’ yang mampu terbang tanpa
dikesan di kawasan-kawasan strategik di tanah yang terjajah termasuklah di atas
bangunan kementerian pertahanan rejim pengganas, variasi serangan roket yang
mampu sampai ke Tel Aviv bahkan lebih jauh, serangan melalui terowong ke
garisan belakang musuh, penggunaan senapang penempak tepat ciptaan sendiri yang
mampu menembak sasaran sejauh 2 kilometer dan banyak lagi. Walaupun berada
dalam keadaan serba kekurangan dan dikepung dari segenap sudut, tapi ketinggian
daya inovasi dan kreativiti unit kejuruteraan Al Qassam adalah sesuatu yang
wajib dicontohi. Bayangkan jika pemuda-pemudi kita dapat mencontohi daya
inovasi dan kreativiti Al Qassam dalam penyelidikan dan pembangunan
produk-produk baru, Malaysia pasti akan mampu bangkit sebagai sebuah negara
pencipta yang mampu berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.<o:p></o:p>

Keempat, adalah kerana tentera Al Qassam mempunyai daya ketahanan dan
keberanian yang luar biasa. Untuk berada di bawah tanah (di dalam terowong) pada
satu tempoh masa yang lama bukan satu perkara yang boleh dilakukan oleh orang
biasa, begitu juga untuk menyerbu di belakang garis musuh di kawasan yang
dipenuhi oleh tentera yang lengkap bersenjata canggih dan berkereta kebal,
bukan calang-calang keberanian yang diperlukan. Apatah lagi dengan fakta bahawa
tentera Al Qassam bukanlah tentera sepenuh masa, mempunyai latihan dan
kelengkapan yang canggih dan setanding dengan kelengkapan tentera rejim Zionis,
tapi mereka adalah rakyat biasa Gaza yang bekerja sebagai penjual kurma,
petugas sosial, guru, nelayan dan pelbagai lagi pekerjaan. Daya ketahanan dan
keberanian yang mereka tunjukkan bukan sahaja dalam peperangan kali ini sahaja,
tetapi sepanjang Gaza berada dalam kepungan berbelas tahun lamanya. <o:p></o:p>

Kelima, adalah kerana tentera Al Qassam terdiri dari kalangan mereka
yang berakhlak mulia. Perkara ini dapat dilihat pada layanan baik mereka
terhadap orang tua, kanak-kanak dan juga bantuan dan hubungan baik mereka
terhadap penduduk Gaza. Ambil Hany Adel Abu Hashish (salah seorang tentera Al
Qassam dari kataib Maghazi yang telah syahid) sebagai contoh, beliau pada waktu
siangnya adalah seorang pemuda yang dikenali oleh orang sekelilingnya dengan
akhlak yang cukup mulia. Beliau ringan tulang dalam membantu orang lain dan
langsung tidak pernah mengeluh atas kesusahan yang dialami. Akhlaknya yang
cukup mulia sebelum beliau menemui syahid diceritakan sendiri oleh seorang petugas
sosial dari United Kingdom yang bekerja bersama-sama dengan Hany dalam aktiviti
mengagihkan bantuan kepada penduduk Gaza.<o:p></o:p>

Sifat pemuda-pemuda Al Qassam yang sarat dengan ciri-ciri keimanan,
kecemerlangan dan kepahlawanan wajib dicontohi oleh anak-anak muda kita.
Walaupun mungkin bukan untuk menentang Israel di tanah air kita, tapi cukup
agar sifat-sifat ini menjadikan pemuda-pemuda kita mampu memelihara diri dan
keluarga dari gejala-gejala buruk yang berleluasa dan menjadi agen perubah yang
akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berkualiti.<o:p></o:p>

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-88707699600470393682014-09-01T20:32:00.000+08:002014-09-01T20:32:15.683+08:00HAMAS BUKAN ISIS, ISIS BUKAN HAMAS

Ketika peperangan Al Asfim Ma’kul (Dedaun Hancur) sedang berlangsung,
salah satu kempen perang psikologi yang dilancarkan oleh rejim pengganas Zionis
yang diketuai sendiri oleh Netanyahu adalah meletakkan HAMAS sebaris dengan
ISIS.

<o:p></o:p>

Kempen ini antara lain memfokuskan persamaan antara ‘kekejaman’ HAMAS
dan ISIS yang menghukum pembelot dan lebih utama, keduanya mempunyai ideologi
jihad bersenjata yang merbahaya.<o:p></o:p>

Tindakan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengukuhkan lagi
justifikasi bahawa HAMAS dan sayap ketenteraannya yang gagah perkasa iaitu
Briged Izzuddin Al Qassam adalah pengganas yang wajar diperangi dengan apa jua
cara sekalipun.<o:p></o:p>

Media-media pro rejim pengganas Zionis seperti biasa mengalunkan
pembohongan ini dalam pelbagai laporan dan analisis, tujuannya hanya satu,
iaitu untuk mewajarkan serangan rejim pengganas terhadap Gaza dan lebih
penting, untuk meletakkan mereka yang bersama HAMAS dan projek pembebasan
Palestin sebagai mereka yang pro kepada kumpulan pengganas.<o:p></o:p>

Kempen ini ternyata satu kempen yang gagal walaupun cuba dipelopori oleh
pemimpin rejim pengganas sendiri seperti Netanyahu dan dipelopori oleh media
arus perdana seperti CNN kerana HAMAS dan ISIS adalah dua entiti berbeza yang
langsung tidak layak untuk dibandingkan. Satu berada di atas jalan perjuangan
yang hakiki untuk membebaskan Al Aqsa dan menentang musuh Allah nombor satu,
satu lagi terkeliru, terlibat dalam kafir mengkafir dan menumpahkan darah kaum
Muslimin sewenang-wenangnya.<o:p></o:p>

Terdapat lima sebab utama mengapa HAMAS dan ISIS adalah langsung tidak
layak untuk dibandingkan. Pertamanya adalah kerana HAMAS adalah milik rakyat
Palestin dan perjuangannya adalah jelas, iaitu untuk membebaskan setiap inci
tanah Palestin yang terjajah dari cengkaman rejim pengganas Zionis, tokoh-tokoh
yang mengasaskan HAMAS dikenali dengan kemuliaan mereka seperti Sheikh Ahmad
Yassin, Dr Abdul Aziz Rantissi dan Salah Syahadah. ISIS pula tidak diketahui
milik siapa, bahkan ia muncul dari kekaburan dan diketuai oleh Abu Bakr Al
Baghdadi, seorang tokoh misteri yang dikatakan di’cipta’ oleh CIA untuk
memporak perandakan umat Islam.<o:p></o:p>

Kedua, sasaran utama HAMAS/Al Qassam adalah tentera rejim pengganas
Zionis dan lokasi-lokasi strategik di tanah yang terjajah, HAMAS tidak mensasarkan
mereka yang tidak berdosa dan tidak ada kena mengena. ISIS pula menjadikan
banyak dari kumpulan mujahidin sebagai sasaran utama mereka. Wartawan dan
aktivis kemanusiaan juga tidak terlepas dari penculikan dan pembunuhan oleh
kumpulan ini.<o:p></o:p>

Ketiga, HAMAS mengutamakan perpaduan diantara umat Islam. Walaupun telah
banyak kali dikhianati oleh kumpulan Fatah, namun HAMAS tetap berusaha untuk
mencari jalan damai dan bersatu dengan kumpulan-kumpulan Islam yang lain di
Gaza. Bahkan sebelum peperangan bermula, HAMAS telah mengorbankan
pemerintahannya di Gaza untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama dengan
Fatah. Briged ketenteraan Al Qassam juga tidak pernah menjadikan
kumpulan-kumpulan mujahidin lain sebagai sasaran, bahkan mereka berjuang
bersama-sama kumpulan-kumpulan lain seperti Saraya Al Quds dan Jihad Islam
untuk menentang rejim pengganas Zionis yang menceroboh tanah rakyat Palestin.
Sementara itu, ISIS diketahui umum menjadikan kumpulan-kumpulan mujahidin lain
sebagai sasaran. ISIS sewenang-wenangnya mengkafirkan kumpulan-kumpulan
mujahidin yang lain dan mengisythiharkan perang terhadap mereka.<o:p></o:p>

Keempat, tentera-tentera HAMAS/Al Qassam ditarbiah dengan tarbiah Islam
dari sumber yang sahih dan setiap dari mereka sebelum direkrut menjadi tentera,
ditapis tahapan keimanan dan akhlaq dan hanya mereka yang benar-benar layak
sahaja yang boleh menyertai ketumbukan tentera Briged Al Qassam. ISIS pula
menggunakan media sosial untuk merekrut tentera dan banyak pemuda-pemuda yang
berfahaman radikal, tidak matang dan tidak cukup ilmu akhirnya tertipu dengan
lambaian jihad oleh ISIS. Mereka ini akhirnya dipergunakan oleh musuh untuk
memecahkan kesatuan umat Islam sendiri.<o:p></o:p>

Kelima, HAMAS/Al Qassam walaupun menjadikan jihad bersenjata sebagai
jalan utama untuk menentang penjajahan, tetapi tidak sewenang-wenangnya
mengisythiharkan khilafah dan melantik khalifah dan menuntut agar seluruh umat
Islam taat pada mereka seperti yang dilakukan oleh ISIS. HAMAS yang walaupun
mempunyai hubungan yang rapat dengan Ikhwan Muslimin yang menjadikan khilafah
Islam sebagai salah satu matlamat panjang perjuangan, memahami bahawa jalan
untuk membina khilafah adalah satu jalan panjang yang memerlukan kesepakatan
sebahagian besar umat Islam di seluruh dunia. ISIS yang dinyatakan sebagai
mempunyai ciri-ciri kumpulan khawarij, seperti yang diketahui, melantik Al
Baghdadi sebagai khalifah dan memohon bai’ah seluruh umat Islam pada mereka,
satu tindakan ekstrem, tergesa-gesa dan langsung tidak mempunyai nilai di sisi
syara’ menurut Syeikh Yusuf Al Qardhawi.<o:p></o:p>

Kesimpulannya, HAMAS bukan ISIS dan ISIS bukan HAMAS. Perbezaan antara
keduanya adalah amat jelas, sejelas perbezaan antara malam dan siang. Tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa mungkin ISIS adalah ciptaan musuh-musuh Islam
yang diketuai oleh rejim pengganas Zionis untuk memberikan gambaran buruk
kepada setiap kumpulan mujahidin yang berjuang menentang kemerdekaan dan
kumpulan-kumpulan Islam yang berjuang untuk membangkitkan semangat Islam di
negara masing-masing. <o:p></o:p>

Adalah amat penting untuk setiap umat Islam memisahkan diri dari ISIS
dan menjadikan HAMAS/Al Qassam sebagai gerakan Islam contoh dalam
memperjuangkan kedaulatan dan kemuliaan Islam. We are not ISIS, instead, We are
all Al Qassam!<o:p></o:p>

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-64143692793722925552014-07-24T11:31:00.002+08:002014-07-24T11:32:27.894+08:00MALAYSIA PERLU GUNAKAN KEKUATAN DIPLOMASI UNTUK BANTU GAZA

Walaupun negara masih dalam keadaan murung dengan tragedi MH17 yang amat
mengejutkan, kemurungan itu sedikit terubat dengan kejayaan diplomasi Datuk
Seri Najib dengan kumpulan pemisah di Donetsk yang diketuai oleh Alexander
Borodai dalam mendapatkan kembali kotak hitam pesawat, akses pasukan penyiasat
antarabangsa kepada kawasan pesawat terhempas dan lebih penting, mendapatkan
kembali mayat-mayat mangsa yang terkorban dalam nahas tersebut.<o:p></o:p>

Malaysia menerima kotak hitam dari puak pemisah

Rundingan di belakang tabir ini, sebenarnya adalah satu proses yang amat
sukar dan berisiko, kerana kita tidak ingin mencari masalah dengan Kiev yang di
belakangnya ada Eropah dan Amerika, apatah pula dengan Russia. Berunding terus
dengan Borodai adalah ibarat mengiktiraf tuntutan puak pemisah Donetsk yang
sedang diperangi oleh Kiev.<o:p></o:p>

Apapun, kejayaan yang dipuji oleh banyak media dan masyarakat
antarabangsa ini adalah satu pencapaian besar buat Malaysia kerana ketika
kuasa-kuasa besar dunia saling menuding jari, Malaysia, secara khususnya Datuk
Seri Najib bekerja dengan senyap di belakang tabir untuk menyelesaikan masalah
dengan efektif.<o:p></o:p>

Kejayaan ini membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia, walaupun kecil di
mata dunia, tetapi mempunyai jiwa yang cukup besar dan sentiasa komited dalam
membina dunia yang lebih aman tanpa konflik. Tidak seperti kuasa-kuasa besar
dunia yang hanya jaguh dalam berkata-kata, tapi hipokrit dalam tindakan,
Malaysia membuktikan sebaliknya.<o:p></o:p>

Kekuatan dan kepercayaan banyak negara kepada Malaysia dalam menjalankan
rundingan dan mendamaikan pihak-pihak yang bertelagah bukan sesuatu yang baru,
pertelagahan yang berlangsung hampir berdekad lamanya antara Barisan Pembebasan
Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Manila juga telah berjaya di selesaikan
dengan kekuatan rundingan dan kepercayaan kedua-dua belah pihak kepada
Malaysia.<o:p></o:p>

Setelah halangan terbesar dalam krisis MH17 berjaya dirungkaikan, Malaysia
perlu menggunakan kekuatan diplomasi sekali lagi untuk membantu Gaza yang
sedang bergolak, secara khususnya untuk membolehkan Mesir membuka sempadan
Rafah tanpa sebarang sekatan bagi membolehkan ubat-ubatan, barang makanan dan
bahan-bahan bantuan lainnya dibawa masuk dan juga agar mereka yang tercedera
dapat dirawat di Mesir. <o:p></o:p>

Malaysia, sebagai sebuah negara yang maju dan progresif, mempunyai
hubungan yang baik dengan kedua-dua buah negara. Beribu-ribu pelajar Mesir pernah
dan kini sedang belajar di Mesir, secara khusus di Universiti Al Azhar. Selain
itu, Mesir dan Malaysia juga mempunyai kerjasama dari segi ekonomi dan politik antarabangsa,
terutamanya keahlian Malaysia dalam pergerakan negara-negara berkecuali yang
turut sama dianggotai oleh Mesir.<o:p></o:p>

Lawatan Najib ke Gaza adalah sesuatu yang cukup istimewa dalam hubungan Malaysia dan Palestin. Kelihatan Najib sedang meriba anak As Syahid Ahmad Al Ja'bary yang baru sahaja dibunuh oleh rejim pengganas Zionis dalam satu serangan udara di Gaza.

Malaysia dan Palestin, secara khusus Gaza juga mempunyai hubungan yang
cukup istimewa. Datuk Seri Najib mencatat sejarah sebagai ketua negara pertama
yang menjejakkan kaki ke Gaza pada Januari 2013. Ketika Gaza diserang baru-baru
ini, Datuk Seri Najib berhubung melalui telefon dengan Khalid Meshaal bagi
menyatakan solidariti dan komitmen kita untuk membantu Gaza. Oleh kerana
inilah, dalam ucapannya semalam di Qatar, Khalid Meshaal menyebut bahawa
Malaysia adalah rakan istimewa bagi Gaza. Hal ini bukan sesuatu yang asing
kerana selain lawatan Datuk Seri Najib, banyak NGO-NGO Malaysia seperti Aman
Palestin, Aqsa Syarif, Yayasan Salam dan Viva Palestina yang aktif bergerak di
Gaza bagi menyalurkan bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia dan membina
kembali bandar tersebut yang teruk dimusnahkan oleh rejim pengganas Zionis.

<o:p></o:p>

Atas dasar rekod baik kita dalam diplomasi dan hubungan baik kita dengan
Mesir dan Palestin, terutamanya Gaza, maka amat wajar Malaysia menggunakan
kekuatan diplomasi kita untuk membantu Gaza yang sedang teruk dihentam oleh
Israel. NGO-NGO Islam perlu menyuarakan hasrat ini kepada kerajaan dengan
segera agar sesuatu dapat dilakukan, Apatah lagi, atas dasar semangat
persaudaraan Islam, keperluan Malaysia sebagai sebuah negara Islam untuk
membantu Gaza lebih-lebih lagi dituntut.<o:p></o:p>

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-44692719593906202472014-07-23T22:11:00.002+08:002014-07-24T09:15:22.765+08:00BAGAIMANA REJIM ZIONIS MEMANIPULASI MEDIA

Selain dari penguasaan senjata berat yang canggih hasil sumbangan
Amerika Syarikat, cengkaman politik terhadap negara-negara kuasa besar dunia melalui
lobi kumpulan-kumpulan berpengaruh seperti American Israel Public Affairs
(AIPAC), dana kewangan yang besar hasil dari sumbangan korporat dan jutawan
Yahudi yang kaya dari serata dunia, rejim pengganas Zionis memastikan cengkaman
penindasan mereka terhadap rakyat Palestin terus kukuh dan tidak boleh
dipertikaikan oleh masyarakat dunia melalui cengkaman dan manipulasi media
massa besar dunia.

<o:p></o:p>

Karikatur peranan AIPAC di Amerika Syarikat

Jika dilihat dari krisis terbaru yang sedang berlaku di Gaza sekarang,
yang mengorbankan lebih 700 nyawa, mengakibatkan puluhan ribu mangsa tercedera,
dan hampir ratusan ribu kehilangan tempat tinggal setakat hari ini, media-media
barat tajaan rejim pengganas Zionis seperti CNN dan BBC walaupun kelihatan
seperti simpati dengan Gaza, tapi terus memainkan propaganda dan melakukan
manipulasi bagi membina legitimasi masyarakat dunia terhadap serangan terbaru
rejim pengganas Zionis kali ini.

<o:p></o:p>

Dendangan Israel berhak mempertahankan dirinya sendiri dari serangan
roket HAMAS terus diulang-ulang setiap hari, begitu juga dengan kempen untuk
melabelkan HAMAS sebagai kumpulan pengganas. Walaupun telah terbukti melakukan
banyak jenayah perang dengan menggunakan senjata terlarang, membunuh
kanak-kanak, membedil masjid, kubur, bank, sekolah, hospital dan ambulans,
tetapi media-media ini terus menggambarkan rejim pengganas Zionis sebagai pihak
yang berada di kedudukan mangsa dan tindakan mereka hanya lah untuk mempertahankan
diri. <o:p></o:p>

Walaupun menggunakan hujah-hujah yang rapuh, tapi ramai juga yang
percaya dan termakan propaganda dendangan media massa yang pro rejim pengganas
Zionis.<o:p></o:p>

Jika diteliti, secara asasnya, terdapat tiga cara bagaimana media massa
ini menjalankan propagandanya untuk membela rejim pengganas Zionis.<o:p></o:p>

Pertama, adalah manipulasi pemilihan terma dalam setiap laporan berita.
Bila merujuk kepada HAMAS, terma pengganas, pelampau atau militan akan
digunakan, akan tetapi, bila merujuk kepada rejim pengganas Zionis, terma
tentera, komando dan sebagainya akan diguna. Manipulasi terma ini adalah untuk
mencipta persepsi bahawa HAMAS adalah kumpulan pengganas yang wajar dihapuskan
depan apa jua cara. <o:p></o:p>

Hakikat sebenar yang perlu kita ketahui dan sebar-sebarkan adalah pertubuhan
HAMAS yang ditubuhkan pada tahun 1987 sempena intifadah pertama merupakan
pemerintah yang sah di Gaza sejak tahun 2006, dan Briged Izzuddin Al Qassam
adalah ketumbukan tentera yang ditubuhkan oleh HAMAS untuk menentang penjajahan
rejim pengganas Zionis. HAMAS adalah sebahagian dari perjuangan panjang rakyat
Palestin untuk mencapai kemerdekaan dari rejim pengganas Zionis sejak tahun
1948.<o:p></o:p>

Sementara itu, rejim pengganas Zionis, walaupun memakai pakaian seragam
tentera, mempunyai kelengkapan-kelengkapan tentera, dan bergerak seperti
tentera, disokong pula oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika dan
Perancis, tapi hakikatnya, mereka adalah penjajah, pembuli dan sekumpulan pengganas
yang berselindung di sebalik seragam tentera. Penduduk Palestin tidak akan
melupakan sejarah kekejaman mereka, bermula dari tragedi pembunuhan yang amat
ngeri di Deir Yassin pada tahun 1948.<o:p></o:p>

Kaedah kedua yang diamalkan oleh media massa yang dicengkam oleh rejim
pengganas Zionis ini adalah menggunakan teknik pengulangan dalam
laporan-laporannya. Setiap hari dendangan alasan kewajaran serangan demi
serangan, pembunuhan demi pembunuhan, walaupun tidak masuk akal akan dilakukan.
Ini kerana, penipuan dan pembohongan, jika diulang-ulang, akhirnya akan
diterima oleh sebahagian manusia sebagai kebenaran. <o:p></o:p>

Kaedah pengulangan ini adalah antara salah satu prinsip propaganda
ciptaan Dr Joseph Goebbles, pakar propaganda rejim Hitler ketika perang dunia
ke dua, dan mereka sedang mengaplikasikannya dengan hebat.<o:p></o:p>

Antara contoh pengulangan yang dilakukan oleh rejim Zionis adalah label
pertubuhan HAMAS sebagai pengganas dan alasan bahawa Israel hanya
mempertahankan diri dalam serangannya ke atas Gaza. Semua media yang dicengkam
oleh mereka, boleh dikatakan setiap hari, selama bertahun-tahun, dalam setiap
laporan berita dan analisis yang disiarkan akan menggunakan terma pengganas
bagi HAMAS dan pertahanan diri sebagai kewajaran serangan. <o:p></o:p>

Salah satu contoh kempen mereka untuk meraih simpati masyarakat dunia

Terbaru, mereka sedang mengulang-ulang pembohongan bahawa HAMAS
menggunakan perisai manusia dan lebih lucu, HAMAS lah yang bersalah dalam
kematian kejam ramai wanita dan kanak-kanak. Laman media sosial ‘Israel Defense
Forces’ adalah antara yang terkehadapan dalam kempen ini, walaupun mendapat
banyak ‘serangan’ dari pejuang papan kekunci yang banyak datangnya dari
Malaysia!<o:p></o:p>

Kempen balas yang dilakukan oleh pejuang pembebasan Palestin yang berada di serata dunia

Kaedah ketiga adalah kaedah manipulasi gambar. Biasanya, bila merujuk
kepada kumpulan-kumpulan yang dimusuhi seperti HAMAS atau Ikhwan Muslimin, maka
gambar yang digunakan biasanya adalah gambar lelaki-lelaki yang berwajah bengis
untuk mencipta persepsi bahawa kumpulan-kumpulan ini adalah dianggotai oleh lelaki-lelaki
ganas umpama penjahat dalam filem-filem Hollywood. Sementara itu, bila merujuk
kepada ketumbukan pengganas rejim pengganas Zionis atau tentera-tentera
penjajah yang sedang berkhidmat di Afghanistan atau Iraq maka imej yang
dipaparkan adalah imej lelaki-lelaki tampan, bersih, penyayang, ‘family man’
dan tidak ganas untuk membina persepsi bahawa mereka ini adalah ‘hero’ atau
penyelamat manusia seperti ‘Superman’.<o:p></o:p>

Lihat bagaimana gambar yang dipilih oleh CNN bila menulis analisis tentang HAMAS.

Lihat pula bagaimana mereka memilih gambar 'pengganas-pengganas' kejam ini

Hakikat yang sebenar adalah sebaliknya kerana mereka adalah penjajah dan
pengganas yang amat kejam dalam sejarah kemanusiaan walau apa jua imej yang
digunakan.

<o:p></o:p>

Tiga kaedah ini hanyalah sebahagian dari rantaian kaedah yang digunakan
dalam propaganda media tajaan rejim pengganas Zionis dalam memporak perandakan
dunia. Namun, tembelang kejahatan mereka semakin lama semakin terdedah,
tambahan dalam zaman kebangkitan media sosial di mana maklumat yang sampai
lebih telus, tanpa sempat di ‘spin’ oleh editor-editor media mereka.<o:p></o:p>

Lambat laun, dunia pasti akan mengetahui tembelang mereka dan
penjenayah-penjenayah perang ini tidak akan selamanya selamat kerana Allah
sedang menghitung kejahatan mereka satu persatu dan menanti masa untuk
menimpakan azab yang bersangatan pedih ke atas mereka yang zalim ini.

<o:p></o:p>

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-57234325173804159492014-07-22T11:21:00.004+08:002014-07-22T11:41:45.391+08:005 SEBAB MENGAPA HAMAS BERHAK MENYERANG REJIM ZIONIS

Antara
alasan yang sering digunakan sejak bertahun lamanya oleh rejim pengganas Zionis
sebagai legitimasi kepungan dan serangan mereka ke atas Gaza dan pencerobohan
mereka di Tebing Barat  adalah ‘Israel has the right to defend itself from militants’
iaitu merujuk kepada serangan roket oleh tentera pejuang Briged Izzudin Al
Qassam dan Saraya Al Quds yang dilancarkan dari Gaza.

Terkini,
‘Israel Defense Forces’ (IDF) melalui laman media sosial telah melancarkan
kempen ‘What would you do’ bagi mencari sokongan masyarakat dunia terhadap
serangan yang mereka sedang lakukan di Gaza.<o:p></o:p>

Alasan
ini juga sering diulang-ulang oleh pemimpin-pemimpin dunia bagi menyokong
tindakan rejim pengganas Zionis seperti Obama, John Kerry, Francois Holande,
Angela Merkel dan lain-lain, juga diulang-ulang oleh media-media yang sering
menyebelahi kekejaman rejim pengganas Zionis seperti CNN, BBC dan ABC.

Malah,
ada dari kalangan mereka yang simpati terhadap Gaza juga menggunakan alasan ini
iaitu HAMAS wajib menghentikan serangan roket untuk mencapai jalan perdamaian
dengan rejim pengganas Zionis dan juga untuk mengelakkan kepungan dan serangan.
<o:p></o:p>

Hakikat
yang sebenar adalah HAMAS berhak sepenuhnya untuk mempertahankan diri dengan apa
jua cara bahkan lebih dari berhak untuk menyerang Israel dengan roket dan apa
jua persenjataan yang ada.<o:p></o:p>

Sebab
yang pertama adalah kerana negara haram Israel dibina di atas tanah-tanah yang
dirampas secara paksa dari rakyat Palestin sejak lebih 60 tahun yang lalu.
Ramai yang dihalau keluar dari rumah sendiri untuk memberi laluan kepada pendatang
haram Yahudi untuk mendirikan penempatan mereka. Rejim pengganas Zionis juga
secara sistematik dengan menggunakan kekuatan ketenteraan telah menjajah banyak
dari kawasan-kawasan Palestin sejak 1948 dan 1967.<o:p></o:p>

Jadi
rejim pengganas Zionis sebenarnya adalah penjajah dan perampas tanah rakyat
Palestin, dan mereka yang dijajah berhak sepenuhnya secara moral dan menurut
undang-undang untuk berjuang membebaskan negara mereka dari penjajahan. HAMAS,
Jihad Islam, FATAH dan mana-mana jua organisasi di Palestin berhak untuk
berjuang menggunakan apa jua cara bagi membebaskan negara mereka dari cengkaman
penjajah.<o:p></o:p>

Sebab
yang kedua, sejak 60 tahun yang lalu, rejim pengganas Zionis telah mencabul maruah
rakyat Palestin dengan amat kejam. Banyak tragedi pembunuhan besar-besaran yang
langsung tidak diambil tindakan oleh dunia. Shabra Shatilla, Jenin, pembunuhan
29 jemaah masjid oleh Baruch Goldstein, pembakaran masjid Al Aqsa oleh pelampau
Yahudi pada tahun 1969 dan banyak lagi. Menurut statistik dari UN sendiri,
dikatakan lebih 0.3 juta rakyat Palestin telah terbunuh sejak 1967 sahaja. Itu
belum yang dipenjarakan, mengalami kecederaan kekal, rumah dimusnahkan dan
dihalau keluar.<o:p></o:p>

Apakah
satu bangsa yang punya maruah diri boleh bersabar dan tidak melawan atas
penjarahan demi penjarahan yang dilakukan? Atas sebab ini, roket-roket HAMAS
mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk menyerang kembali bandar-bandar yang
dibina di atas darah rakyat Palestin.

Sebab
yang ketiga, rundingan demi rundingan telah berjalan sejak puluhan tahun, namun
rejim pengganas Zionis tidak pernah menepati janjinya. Tidak pernah ada rundingan
yang menguntungkan rakyat Palestin dan jelas, rejim pengganas Zionis ini hanya
akan tunduk dan faham dengan bahasa kekuatan sahaja.<o:p></o:p>

Sebab
yang keempat, Gaza, telah dikepung sejak 7 tahun yang lalu dari arah darat dan
laut. Sempadan Rafah hanya dibuka sekali sekala oleh Mesir kecuali ketika zaman
pemerintahan Presiden Morsi, dan tembok pemisah yang ada memisahkan Gaza dari
dunia luar. Import banyak barang-barang diharamkan termasuk barang-barang pembinaan,
hanya barang-barang tertentu sahaja yang dibenarkan untuk dibawa masuk. Nelayan
juga tidak dibenarkan untuk memancing lebih dari 3 batu nautika dari pantai
Gaza. Jika menghampiri atau melebihi jarak tersebut, nelayan akan ditembak atau
ditangkap oleh tentera laut rejim pengganas Zionis.<o:p></o:p>

Gaza
juga telah menjadi sasaran serangan bertubi-tubi oleh rejim pengganas Zionis
sejak tahun 2000, Siapa yang dapat melupakan serangan demi serangan menggunakan
senjata yang terlarang seperti bom fosforus yang telah membunuh ribuan
kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua. Antaranya adalah serangan pada tahun
2008 yang telah membunuh lebih 1500 nyawa di Gaza, tidak cukup dengan itu,
kapal bantuan Mavi Marmara yang membawa misi kemanusiaan yang ingin ke Gaza juga
diserang hingga mengakibatkan ada petugas kemanusiaan yang terbunuh.<o:p></o:p>

Tidak
ada manusia yang waras akalnya yang akan berdiam diri dan hanya melutut bila
melihat anak-anak dibunuh di depan mata, ibu-ibu mereka ditembak dan dibom sesuka
hati, sekolah dan masjid dimusnahkan, bahkan dalam operasi terbaru yang sedang
berjalan sekarang, Hospital juga dibedil hingga ranap.

Media
sosial telah mendedahkan kepada dunia apa yang sedang dan telah berlaku kepada
Gaza secara khusus dan kepada Palestin secara umum yang tidak pernah dilihat sebelum
ini. Melihat kekejaman yang sedang berlaku di hadapan mata kita semua, apakah masih
ada yang mempertikaikan serangan roket dari tentera Al Qassam dan mempercayai
dendangan alasan rejim pengganas Zionis,‘Israel has the right to defend itself’?<o:p></o:p>

Go
to hell!<o:p></o:p>

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-41788796770764136682014-06-22T11:13:00.002+08:002014-06-22T11:54:05.763+08:00SELAMAT DATANG KE DUNIA, KHALID FURQANBanyak yang ingin dicoret, tapi hambatan masa dan keutamaan membataskan waktu untuk saya banyak menulis di sini. Hanya selepas hampir 3 minggu, barulah dapat 'update' sesuatu di sini berkenaan kelahiran anak kami yang ke empat di Adelaide.

Alhamdulillah, tepat jam 930 am, 4 Jun 2014, sekali lagi di Women's and Children Hospital, Adelaide, South Australia, anak lelaki pertama kami dan yang keempat dalam keluarga selamat dilahirkan melalui pembedahan.

Kali ini, proses agak rilek, tiada 'contraction' berat yang berlaku dan kami melangkah ke dewan pembedahan dengan tenang, sempat bergambar lagi di hadapan pintu sebelum masuk ke Women's Assesment Service. Saya juga dibenarkan untuk masuk ke dewan pembedahan untuk menyaksikan sendiri bagaimana pembedahan itu dilakukan.

Saya diminta duduk di satu sudut sementara proses pembedahan dijalankan oleh 2 orang doktor dengan bantuan pakar bius dan beberapa 'midwives'. Sementara menanti, saya hanya berzikir dengan zikir Nabi Yunus, Laa ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.

Waktu terasa bergerak perlahan, saya menunggu dengan sabar hinggalah bunyi rahim 'dipecahkan' dan air ketuban mengalir keluar deras. Saya menjenguk dan tidak lama selepas itu, terdengar suara bayi kecil yang pertama kali bernafas di dunia.

Walaupun telah 4 kali melalui pengalaman ini, namun magisnya tetap tidak hilang, keseronokan dan keterujaan yang hadir tetap seperti anak yang pertama.

Seperti biasa, saya mengalunkan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri sebagai satu sunnah, tahnik juga dilakukan dan kemudiannya rambutnya dicukur pada hari ketujuh. Nama Khalid Furqan dipilih sempena nama sahabat Nabi yang berani iaitu Khalid Al Walid, Furqan pula adalah salah satu nama Al Quran yang juga nama satu surah di dalam Al Quran sendiri. Furqan bermaksud pemisah antara haq dan batil.

Semoga Khalid Furqan akan sentiasa menjadi hamba Allah yang bertaqwa, berani, pintar dan sentiasa dalam mujahadah seperti Khalid Al Walid dan menjadikan Al Furqan sebagai panduan tindakannya dalam menjadi pembela kepada kebenaran.

Salam Pra Ramadhan 2014

Mohd Hisham Mohd Sharif

Hasifah Zainuddin

Humaira' Mohd Hisham

Khadijah Hanan Mohd Hisham

Fatimah Insyirah Mohd Hisham

Khalid Furqan Mohd Hisham

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-66120129116005763052014-06-03T10:53:00.001+08:002014-06-03T11:03:41.180+08:00SEPETANG BERSAMA KRISTIAN EVANGELISTA

Anak-anak adalah amanah, antara perkara yang paling asas yang perlu diajar kepada anak-anak adalah konsep asas tauhid.

“Good afternoon, how are you doing?” Sapa seorang wanita muda tinggi
lampai sejurus saya membuka pintu rumah. Petang-petang Sabtu begini saya rasa
saya dapat mengagak siapa yang datang bertandang.

<o:p></o:p>

“Good, very good,” balas saya. Di sebelah wanita muda itu ada seorang
lagi wanita yang telah lanjut usianya. Khadijah datang dan berdiri di sebelah,
dan kemudian berlalu pergi untuk kembali semula menonton rancangan Mr Maker
yang sedang ke udara di rangkaian ABC 2.<o:p></o:p>

Setelah bertegur sapa, wanita muda itu mula menjelaskan tujuan
kehadirannya seperti yang telah saya jangka.<o:p></o:p>

“Do you know about the truth? Are you interested to know about the
truth?” Tanyanya kepada saya tanpa berkias-kias.<o:p></o:p>

Saya hanya tersenyum, biasanya malas nak melayan misionari Kristian yang
sering datang bertandang, tapi hari ini kebetulan tidak berapa sibuk kerana
tidak lagi mengajar di IICSA, jadi apa salahnya sekali sekala.<o:p></o:p>

“Yes, what truth?” Balas saya ringkas, buat-buat tidak tahu.<o:p></o:p>

“The truth about what will happen after we die, and the truth about
Jesus.” Terangnya sambil menghulurkan sekeping risalah dengan gambar Jesus
tertera di muka hadapan. Saya mengambil risalah itu dan membelek-beleknya.
Wanita muda itu melihat dan menanti respon.<o:p></o:p>

“What do you think? Are you interested to know more?” Kata wanita itu.<o:p></o:p>

“Well actually, I already have my believe about the absolute truth, I’m
a Muslim, to us, Jesus or we Muslim call him Isa as mentioned in the Quran, is
the prophet, and after death, human will be judged by the almighty Allah, the
one and only god.” Balas saya dengan yakin, menerangkan versi Islam tentang ‘the
truth’.<o:p></o:p>

“Oh, that’s good, so, we both are a religious person, I believe that we
have a lot of thing in common then, by the way, can I come inside and show an
interesting video in this iPad about the truth of to your children?”

Jelasnya
sambil cuba mencari ‘persamaan’ sambil-sambil meminta izin untuk menyampaikan
dakyah kepada anak-anak saya pula.<o:p></o:p>

“Wah, berani sungguh wanita ni,” getus saya di dalam hati.<o:p></o:p>

Sebagai seorang ayah, menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi
anak-anak yang masih hijau kefahamannya tentang Islam dari fahaman-fahaman yang
boleh mengelirukan dan memesong iman mereka seperti ajaran Kristian yang
menyatakan Isa adalah anak Tuhan. <o:p></o:p>

Ini tidaklah bermakna saya mengabaikan tanggungjawab mendidik mereka
tentang tauhid, tetapi langkah perlindungan dari kesesatan sebelum kefahaman
mereka benar-benar matang dan mantap adalah satu perkara yang wajib dilakukan.<o:p></o:p>

Amat malang di Malaysia, ada Muslim yang berhujah dengan mengatakan di
barat tidak ada sekatan untuk menyebarkan agama, dan kita sepatutnya
mengamalkan prinsip yang sama sebagai satu langkah keterbukaan dan kesaksamaan
dalam agama. Islam boleh berdakwah kepada penganut agama Kristian dan
agama-agama lain, tetapi pada masa yang sama misionari Kristian juga boleh
menyebarkan agamanya kepada masyarakat umum.<o:p></o:p>

Kepada yang berhujah sedemikian, saya ingin bertanya, apakah anda akan
membenarkan misionari Kristian masuk ke rumah anda dan menyampaikan agamanya
kepada anak-anak anda yang masih mentah kefahaman tauhidnya?<o:p></o:p>

“Absolutely no, sorry.” Kata saya
dengan tegas, sambil tersenyum tawar.<o:p></o:p>

Sebelum sempat dia manyambung dakyahnya lagi, saya mengambil posisi,
giliran dia pula untuk mendengar tentang ‘the truth’ versi Islam.<o:p></o:p>

“In Islam, there is only one god, which is Allah, we believe he had sent
prophets to us to teach us about his religion, Jesus is one of the prophet and
Muhammad (SAW) is the final messenger to all mankind.”<o:p></o:p>

“Allah has sent the Quran to Muhammad (SAW) through angel Gabriel or
Jibril, in the Quran, there is guidance and wonders, it’s not just explaining
about the life in the hereafter, but Quran teach you to be nice to your
parents, to treat other people with good manners, Quran guides human on how to
live their life 100% as a Muslim. In the Quran, there are also scientific
wonders which have been proven in modern science such as the process of man
creation and lots of other things.”<o:p></o:p>

“Islam is not just about performing religious rituals such as the 5
daily prayers or fasting in the month of Ramadhan, but Islam is a complete
religion, it come as a system to govern the life of all mankind. In Islam,
there is a guide on everything, economy, politics, parenting, love and even toilet etiquettes.”<o:p></o:p>

“I really hope that you can try to compare your religion with Islam, I am
pretty sure that such a nice, lovely and religious person like you will
eventually find the truth in Islam.”<o:p></o:p>

Jelas saya dengan yakin dan tidak berbelah bagi. Saya tidaklah
berpengalaman dalam berdakwah kepada non Muslim, tetapi sesekali bila mempunyai
peluang, saya cuba sebaiknya untuk menjelaskan berkenaan dengan Islam. <o:p></o:p>

Wanita muda tersenyum sambil mengangguk-angguk dan setelah berbual
tentang beberapa lagi perkara, dia meminta izin untuk ke rumah lain pula, nyata
misinya di rumah kedua di lorong First Ave tidak berapa berjaya mencapai
KPInya.<o:p></o:p>

“Wait before you leave, I want to give you something.” Saya lantas
berlari ke rak buku dan mencari sebuah buku tentang Islam untuk diberi
kepadanya. Kebetulan memang saya ada menyimpan beberapa buah buku berbahasa
Inggeris tentang Islam di rumah.<o:p></o:p>

Ketika saya menghulurkan buku tersebut kepadanya, dia menolak dan
berkata, “Sorry, but I cannot accept this book, I already have a strong belief
that the truth is in my religion, otherwise I will not come here and knock your
door.”<o:p></o:p>

“No worries, but I hope that one day you will open your heart to learn
about Islam.” Kata saya sebelum dia melangkah ke rumah yang seterusnya.<o:p></o:p>

Saya membiarkan dia melangkah dengan hati terbuka. Terasa lega dan ‘release’
kerana dapat melunaskan sedikit tanggungjawab sebagai seorang Muslim.<o:p></o:p>

Islam adalah satu-satunya agama yang benar, tidak ada kebenaran
melainkan di dalam Islam. Umat Islam dituntut untuk melayani dan menghormati
mereka dari agama yang berbeza dengan baik, tetapi tidak sekali-kali
mengiktiraf ajaran agama mereka.<o:p></o:p>

Satu kekeliruan yang banyak berlaku dalam banyak projek dialog dan ‘engagement’
antara Muslim dan Non-Muslim yang berlaku hari ini adalah perbincangan banyak
berlaku dalam konteks yang salah, iaitu konteks untuk mencari persamaan dan
seolah-oleh mengiktiraf bahawa ada kebenaran selain dari Islam.<o:p></o:p>

Lebih malang, ada yang sanggup bertoleransi hingga sanggup mencairkan
prinsip-prinsip Islam hingga lahirlah konsep-konsep sesat seperti kongsi rumah
ibadat, kongsi perayaan dan macam-macam lagi.<o:p></o:p>

Mencari dan memupuk keharmonian bukan alasan untuk mencairkan
prinsip-prinsip agama, bahkan dalam banyak keadaan, umat Islam perlu
mempamerkan rasa mulia dengan agama kerana hanya dengan Islam, manusia akan
selamat dan dunia akan aman, makmur dan harmoni.<o:p></o:p>

Yakinlah, bahawa kebenaran itu hanya ada satu jalan.

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-89149141030850115982014-04-05T08:46:00.002+08:002014-04-05T08:46:23.670+08:00Why Allah Created the Bad Guys?

Walaupun keluar dari rahim yang sama, tapi kedua mereka punya karakter yang jauh berbeza.

“Ayah, is Allah the god?” Tanya Khadijah satu hari dengan slang Aussie
yang tak berapa nak jadi.<o:p></o:p>

“Yes, Allah is the god.” Jawab saya ringkas dan terus menumpukan
perhatian pada pemanduan.<o:p></o:p>

“Is he powerful?” Tanya Khadijah lagi.<o:p></o:p>

“Of course he is.” Saya membalas dan setiap kali jawapan diberi,
soalannya terus berlanjutan.<o:p></o:p>

“Did he created all things?” <o:p></o:p>

“Yes Khadijah, he created everything, every single living things, trees,
animals, us, everything.” Sebenarnya, telah banyak kali saya menjelaskan
kepadanya tentang hakikat ketuhanan dan hakikat penciptaan, tapi Khadijah masih
suka bertanya tentang Allah, ada-ada sahaja soalannya.<o:p></o:p>

“Did he created the bad guys?”<o:p></o:p>

“Ya, Khadijah, macam yang ayah cakap, ‘he created everyone of us, good
guys and bad guys included’, semuanya dia yang ciptakan.”<o:p></o:p>

“Can Allah fight the bad guys? Did he win?”<o:p></o:p>

“Of course he can and he will always win over them, because he is the
most powerful.” Kali ini kakak Humaira’ yang baru menyertai perbualan kami pula
mencelah sebelum saya sempat menjawab. Saya membiarkan sahaja dan tidak
menambah apa-apa.<o:p></o:p>

“But why did he created the bad guys then?” Soalan seterusnya lebih
menarik dan membuatkan saya berfikir seketika. <o:p></o:p>

“Because he wants to test the good guys.” Saya menjawab, sedikit
teragak-agak.<o:p></o:p>

“This life is a test, he wants to tests to make sure that we are really
worth to enter jannah.” Sambung Humaira’ dengan jawapan yang lebih meyakinkan.<o:p></o:p>

“Yes, that is true kakak,” dan saya membiarkan mereka berdua berbual
tentang iman dan kehidupan. Saya hanya mendengar dan sesekali mencelah.<o:p></o:p>

Situasi umat Islam hari ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya, apakah
benar Islam ini agama yang benar, kalau benar, mengapa berlaku apa yang berlaku
hari ini? Umat Islam ditindas di mana-mana, berlaku pembunuhan, Muslim membunuh
dan menindas Muslim yang lain? <o:p></o:p>

Muslim yang baik dibunuh dan dipenjarakan, kekalahan demi kekalahan,
penghinaan demi penghinaan tanpa pembelaan. Apakah Allah tidak bersama dengan
hamba-hambanya yang benar dan menolong mereka atas urusan agama mereka?<o:p></o:p>

Untuk menjawab persoalan tersebut, pertama sekali kita perlu memahami,
apakah sebenarnya hakikat kehidupan di dunia?<o:p></o:p>

Perlu kita fahami pertamanya bahawa kehidupan ini sebenarnya adalah satu
ujian, 70-90 tahun hayat manusia di dunia hanyalah sebentar jika dibandingkan
dengan usia dunia yang lama dan kehidupan selepas kematian yang kekal abadi
selama-lamanya.<o:p></o:p>

Kehidupan kita yang sebentar di atas dunia ini adalah permainan dan
senda gurau, tempat kita diuji untuk menentukan siapakah di antara kita yang
lebih baik amalannya dan di manakah kedudukan kita di akhirat nanti.<o:p></o:p>

Ujian ini pula datang dalam bentuk yang pelbagai, ada yang diuji dengan
kesenangan dan kekuasaan seperti Nabi Sulaiman dan Nabi Daud, ada yang diuji
dengan kesusahan dan ‘kekalahan’ dalam perjuangan seperti Nabi Nuh, Ghulam
dalam kisah Ashabul Ukhdud, dan Ashabul Kahfi.<o:p></o:p>

Bagi Mu’min, dunia ini adalah penjara dan kehidupan yang sebenar adalah
kehidupan selepas kematian di dunia.<o:p></o:p>

Dunia ini langsung tidak ada nilainya di sisi Allah, dan bagi Mu’min,
dunia ini adalah tempat ujian, bukan tempat untuk menerima ganjaran kerana
segala balasan hanya akan di langsaikan nanti di akhirat.<o:p></o:p>

Itu hakikat pertama. Hakikat kedua yang perlu difahami adalah bagaimana
sunnatullah berfungsi iaitu hakikat bahawa Islam ini bukan agama yang ajaib dan
sentiasa menang sepanjang masa. Syed Qutb menyatakan di dalam Haza Deen bahawa
agama ini adalah agama untuk manusia dan ia hanya akan berjaya tertegak bila
mana ada sekelompok manusia yang komited bekerja untuk menegakkannya.<o:p></o:p>

Agama ini bukan agama yang tertegak dengan mukjizat dan keajaiban
semata-mata, tapi ia akan tegak dengan usaha manusia. Islam tidak akan tertegak
hanya dengan doa orang yang beriman tanpa ada usaha yang dijalankan untuk
menumbangkan kezaliman yang kesyirikan yang melata dan berkuasa.<o:p></o:p>

Perlu ada usaha, perlu ada umat yang bekerja. Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu berusaha dan bekerja untuk mengubah
nasibnya sendiri.<o:p></o:p>

Hakikat terakhir yang perlu difahami adalah semuanya di bawah kekuasaan
dan aturan Allah. Walaupun usaha perlu ada tapi kemenangan dan kekalahan bukan kerana
usaha manusia, tapi dengan keizinan Allah.<o:p></o:p>

Tentera Talut yang sedikit berdepan dengan tentera Jalut yang besar dan
mempunyai kekuatan yang hebat. Tapi kemenangan hadir hanya dengan pertolongan
Allah selepas Nabi Daud berjaya membunuh Jalut.<o:p></o:p>

Tentera Badar hanya ratusan, ada yang menyatakan Cuma 313, tapi berjaya
menewaskan tentera Musyrikin Mekkah yang berjumlah ribuan dan datang dengan
kekuatan persenjataan yang lengkap.<o:p></o:p>

Banyak lagi contoh dari kisah para Nabi dan sejarah umat Islam yang
boleh kita jadikan pengajaran.<o:p></o:p>

Ada masanya Islam berada di atas, ada masanya Islam diratah, semuanya
adalah ujian dan ibrah buat umat Islam agar terus bekerja dan berusaha hingga Allah
menentukan keputusannya.<o:p></o:p>

“Everything in this life is a test.” Humaira’ menyimpulkan jawapannya
kepada Khadijah yang bertanya. Saya melihat cermin belakang dan melihat
Khadijah merenung jauh ke luar tingkap, mungkin berfikir tentang soalan seterusnya.<o:p></o:p>

Saya tersenyum sendiri, apa yang pasti, masa akan turut sama menjawab
segala persoalannya nanti. Bersabar Khadijah, hidup ini masih panjang dan jauh
destinasinya.<o:p></o:p>

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-36173096476409284522014-04-01T13:41:00.002+08:002014-04-01T13:44:47.783+08:00MENCIPTA KEBERKATAN USIA

Dalam sesi seminar statistik kaedah PLS SEM minggu lepas, Professor
Ringle memulakan kelas dengan bercerita tentang seorang ahli akademik yang
sentiasa menjadi rujukan dan inspirasinya iaitu J.L Lohmoller.<o:p></o:p>

kenangan bersama Prof. Ringle di Newcastle University, New South Wales

Saya mendengar dengan penuh tekun, kalau orang sebijak dan sehebat
Professor Ringle boleh kagum pada seseorang, maka pastilah orang itu adalah
orang yang amat hebat tahap ilmu statistiknya.<o:p></o:p>

Menurur Professor Ringle, Lohmoller adalah seorang genius muda yang
luarbiasa. Walaupun usianya singkat (meninggal dunia pada usia yang masih muda)
dan buku tulisannya hanya satu, tapi kualiti ilmu statistik yang ada dalam buku
tersebut adalah amat tinggi tahapnya.

Walaupun ditulis pada tahun 1989, tapi
masih relevan hingga hari ini, dan lebih menarik, walaupun Professor Ringle
telah membacanya buku tersebut berkali-kali, karya Lohmoller tetap menjadi
rujukannya hingga hari ini dan kata beliau lagi, hingga hari ini tetap ada
bahagian di dalam buku tersebut yang masih belum dapat difahaminya dengan baik
kerana tahap kompleksiti dan penggunaan kaedah statistik yang maju dan luarbiasa.<o:p></o:p>

Terus saya teringat pada Imam Nawawi yang juga meninggal dunia pada usia
yang masih muda, tapi meninggalkan legasi pemikiran dan karya yang terus hidup
hingga hari ini. Kitab-kitab yang ditulis oleh Imam Nawawi adalah amat hebat
dan terlalu banyak, jika dibandingkan dengan umur beliau yang singkat, jumlah
tulisan yang dihasilkan oleh beliau, ternyata amat luarbiasa. Hingga hari ini,
kitab-kitab beliau masih menjadi rujukan utama umat Islam di seluruh dunia.<o:p></o:p>

Walaupun singkat masa hidupnya, tapi ternyata keberkatan usia dan
ilmunya adalah amat menakjubkan. <o:p></o:p>

Begitu juga dengan Imam Hassan Al Banna yang meninggal dunia juga pada
usia yang masih muda, tapi legasi pemikiran dan kaedah amalnya telah membuatkan
musuh-musuh Islam tidak senang duduk. Manusia-manusia yang lahir dari madrasah
tarbiah Al Banna adalah manusia yang luarbiasa kerana walaupun disiksa dan
diuji dengan pelbagai ujian hingga hari ini di Mesir, tapi mereka tetap teguh
dengan keimanan dan terus berusaha untuk menegakkan panji Islam di tempatnya
yang tertinggi hingga hari ini.<o:p></o:p>

Bahkan, dari madrasah tarbiah Al Banna juga lahir gerakan HAMAS yang
terus menjadi tunjang kebangkitan dan semangat juang rakyat Palestin dalam
perjuangan membebaskan Al Aqsa.<o:p></o:p>

Banyak lagi tokoh-tokoh silam yang singkat hidupnya, tapi sumbangannya
luar biasa dan terus menjadi rujukan ramai manusia hingga hari ini.<o:p></o:p>

Tidak dapat dibayangkan pahala tidak putus-putus yang diterima oleh
mereka ini di dalam kubur. Pasti hidup mereka selesa di alam baqa’ berkat kerja
keras mereka di dunia, Insyaallah.<o:p></o:p>

Apa sebenarnya rahsia keberkatan usia mereka?<o:p></o:p>

Membaca sejarah beberapa tokoh ini, ternyata mereka adalah dari kalangan
manusia yang mempunyai matlamat hidup yang jelas dan bekerja bersungguh-sungguh
untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.<o:p></o:p>

Sebagai contoh, lihat kalam Imam Hassan Al Banna di bawah ini.<o:p></o:p>

“Saya adalah pengembara yang
mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan.
Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati,
merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.<o:p></o:p>

Saya hanyalah ibarat seorang yang
memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru : Sembahyangku, ibadahku, hidupku
dan matiku hanya untuk ALlah swt tuhan sekalian alam, tiada yang
mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang
yang menyerah diri.”<o:p></o:p>

Matlamat hidup yang jelas dan benar adalah kunci utama kepada mendapat
keberkatan usia. Ini adalah ciri pertama mereka yang usianya panjang melangkaui
beberapa zaman. Mereka tahu apa yang mereka cari dan impikan dalam kehidupan.
Matlamat mereka pastinya bukan semata-mata untuk mencari keselesaan hidup di
dunia. Mereka mencari ilmu bukan hanya untuk mencari pekerjaan, mereka bekerja
bukan hanya untuk mendapatkan wang, mereka mendapatkan wang bukan hanya untuk
keselesaan, tapi segala usaha mereka difokuskan untuk mencapai matlamat yang
mereka idam-idamkan. <o:p></o:p>

Satu lagi ciri kehidupan mereka yang dikurniakan keberkatan usia adalah hidup
yang ‘simple’, iaitu tidak ada keterikatan dengan dunia yang keterlaluan. Rumah
yang hebat, kenderaan yang canggih dan segala kesenangan dunia tidak membuatkan
mereka leka dan terikat. Hidup mereka tidak difokuskan untuk membeli rumah yang
besar, kereta yang canggih dan mewah, gajet yang hebat-hebat dan melancong ke
tempat yang indah-indah. Bahkan, segala kelengkapan dunia yang mereka ada
digunakan untuk tujuan mencapai matlamat hidup mereka yang tinggi dan mulia.<o:p></o:p>

Ciri ketiga yang sangat jelas pada mereka yang dikurniakan keberkatan
usia adalah mereka ini mempunyai tahap pengorbanan yang tinggi. Gambaran
kehidupan mereka adalah gambaran pengorbanan yang jitu. Bermula dari
pengorbanan masa tidur, pengorbanan keselesaan dan kerehatan, pengorbanan harta
sehinggalah kepada pengorbanan nyawa mereka sendiri. <o:p></o:p>

Imam Nawawi sebagai contoh, banyak masa tidurnya dikorbankan untuk
menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu. Ada yang sanggup mengorbankan masa dan
keselesaan dengan sanggup dipenjara bertahun-tahun kerana mempertahankan
pendirian seperti Imam Ahmad Bin Hanbal, ada yang akhirnya dibunuh oleh musuh
seperti banyak dari para sahabat Rasulullah yang mulia dari kalangan generasi emas
yang terdahulu, begitu juga dengan generasi emas zaman ini seperti Imam Hassan
Al Banna, Sheikh Umar Mukhtar, Dr Abdullah Azzam, Sheikh Ahmad Yassin dan Dr.
Abd Aziz Rantissi. <o:p></o:p>

Inilah antara 3 ciri mereka yang dikurniakan keberkatan usia. Andai kita
membaca sejarah silam tokoh-tokoh yang banyak sumbangannya dalam sejarah, pasti
kita akan menemui di antara mereka banyak persamaan dari segi matlamat hidup
dan corak kehidupan yang mereka lalui. <o:p></o:p>

Bahkan, 3 ciri ini juga boleh didapati pada mereka yang dikenali
sepanjang sejarah dengan pelbagai warna seperti Steve Jobs, Nelson Mandela, Ghandi,
Adolf Hitler, Stalin dan tokoh-tokoh yang kecil seperti Lohmoller. Bezanya, bagi Muslim yang punya iman dan usaha, ada
kesudahan dan ganjaran yang baik dari Allah setelah kematian, tidak seperti
mereka yang tidak dikurniakan hidayah oleh Allah untuk beriman.<o:p></o:p>

Namun, apa yang lebih penting, adalah apa yang kita dapat pelajari dari
kehidupan mereka ini. Bukan sekadar tahu dan kagum yang tidak mencetus apa-apa
makna. <o:p></o:p>

Kita boleh mula berusaha untuk mencipta keberkatan usia kita. Bermula
dengan meletakkan matlamat hidup yang jelas, spesifik dan pastinya mulia, sedia
untuk hidup ‘simple’, tidak terlalu berkira dan terikat dengan duit dan masa
dan sanggup berkorban apa sahaja untuk merealisasikan apa yang kita
cita-citakan.<o:p></o:p>

Mereka yang hidup untuk dirinya sendiri, akhirnya akan mati dan
dilupakan oleh penduduk langit dan bumi, tapi mereka yang hidup untuk ummah,
akan terus ‘hidup’ dan disayangi oleh segenap penduduk langit dan bumi.<o:p></o:p>

Kita mahu kehidupan yang bagaimana?<o:p></o:p>

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-73230641640672548542014-03-31T11:04:00.001+08:002014-03-31T11:14:48.535+08:00AKU INGIN BERUBAH, TAPI BAGAIMANA?

“Entahlah Abang Sham, saya ni dah lama ikut usrah, tapi tak rasa ada
peningkatan pun pada diri, masih lagi tak mampu nak tinggal lagu-lagu lagha, masih
suka tengok ‘movie’ lama-lama, layan bola tengah-tengah malam buta, masih lagi
suka ‘outing’ dan ‘chatting’ dengan budak perempuan, kadang-kadang, saya rasa
saya ni hipokrit, tapi entahlah, saya tak tahu bagaimana nak berubah.” Luah
Zairul dengan wajah penuh kesal.<o:p></o:p>

Saya mendengar dan cuba menganalisa, tidak ingin cepat memberi nasihat
dan cadangan, cuba untuk meletakkan diri di dalam kasutnya.<o:p></o:p>

“Mutabaah amal saya cuba ‘maintain’, Quran saya baca, Solat Jemaah saya
cuba untuk tak miss, tapi tak tahulah, kemanisan beribadah tu saya tak dapat
rasa, hipokritkah saya ni Abang Sham?” Zairul menambah.

<o:p></o:p>

Saya terdiam dan memandang wajahnya mencari makna. Tampak ada keikhlasan
di wajahnya untuk berubah, tapi ada sesuatu yang menghalangnya dari terbang
tinggi.<o:p></o:p>

Selepas lama Zairul mendiamkan diri dan melihat wajahnya yang memberi
isyarat untuk saya memberi respon, barulah saya memulakan kata-kata.<o:p></o:p>

“Alhamdulillah, pertamanya Abang Sham nak ucap tahniah pada Zairul
kerana semangat nak berubah masih ada. Ini satu perkara yang amat baik dan
tanda iman masih hidup dan sensitif. Ada manusia yang hidup dalam kemaksiatan,
tapi tidak pernah ada rasa sesal dan lebih malang, merasakan yang mereka berada
di jalan yang lurus.”<o:p></o:p>

“Apa yang Zairul hadapi adalah pertembungan biasa antara kehendak nafsu
dan tarikan keimanan, biasalah, ada masanya kita tewas, ada masanya kita menang,
dan jangan kita lupa, syaitan tidak pernah berputus asa untuk menyesatkan kita
sampailah kita akan bersama-sama dengan dia dibakar di dalam neraka nanti.”<o:p></o:p>

“Cumanya Zairul, perubahan yang membawa kepada ketinggian jiwa dan
kemanisan dalam beribadah ni, dia mahal sikit harganya, dan memerlukan
pengorbanan. Tanpa pengorbanan, kita tak akan dapat rasa kemanisan dalam
beribadah, tanpa pengorbanan, kita tak akan dapat berhijrah dari tabiat-tabiat
lama kita. Hijrah, kata kuncinya adalah pengorbanan.”<o:p></o:p>

“Kalau nak berubah, kena ada tolakan dalaman yang kuat, datangkanlah
naqib dan ahli usrah sehebat mana sekalipun, dengarlah ceramah atau taujihat
yang basah lencun setiap minggu tapi kalau tolakan dalaman kita lemah, kita
tetap akan kekal di takuk lama.”<o:p></o:p>

“Begini Zairul, seperti mana syaitan menyesatkan kita bertahap-tahap,
kita juga perlu bertahap-tahap, perlu ada keazaman, perlu ada perancangan dan
strategi yang jelas untuk berhijrah dan berubah.”<o:p></o:p>

“Tentukan matlamat yang jelas, apa tabiat buruk yang kita nak cuba
buang? Kenapa kita nak buang tabiat buruk tersebut? Bagaimana kita nak buang
dan bila kita nak buang tabiat tersebut sepenuhnya?”<o:p></o:p>

“Sebagai contoh, katalah nak buang tabiat dengar lagu lagha. Kita kena
tahu bahawa lagu lagha cintan cintun tak kiralah rentak apa sekalipun yang
dinyanyikan oleh perempuan terutamanya akan membuatkan banyak titik hitam
melekat dalam hati kita. Apatah lagi kalau penyanyinya seksi meksi yang
membuatkan mata kita pula berdosa bila tengok video klipnya. Lama-lama, titik-titik
hitam ini akan membuatkan kita hilang sensitiviti, bak kata orang, hati jadi
gelap, hati yang gelap, cahaya tak akan masuk dalam hatinya.”<o:p></o:p>

“Selepas itu, gariskan langkah,
macamana nak buang tabiat dengar lagu lagha ni, memang dia tak mudah, tapi kita
kena buat juga sebab tak nak hati kita terus kekal gelap.”<o:p></o:p>

“Contohnya, minta sahabat kita yang dipercayai simpan semua cd-cd lagu lagha
yang Zairul ada di tempat yang tersembunyi, kemudian di dalam kereta, sediakan
cd lagu nasyid, zikir dan Al Quran sebagai alternatif. Layan lagu Maher Zain
pun best juga sekali sekala.”<o:p></o:p>

“Cuba ‘puasa’ telinga dari lagu lagha selama tiga hari sebagai contoh.
Kalau tak tahan sangat, minta satu cd untuk di dengari hanya selama sejam, lepas
tu minta kawan tu simpankan balik. Kemudian cuba tahan seminggu pulak.”<o:p></o:p>

“Akhir sekali, cuba tahan selama 40 hari, kalau Zairul boleh ‘puasakan’
telinga tu selama 40 hari, insya-Allah boleh tinggal terus tabiat dengar lagu
lagha tu.”<o:p></o:p>

“Kemudian, Zairul kena banyak bersama dengan orang soleh, dan kena
sentiasa usaha untuk berada dalam suasana yang soleh seperti di dalam usrah,
bersama dengan rakan-rakan yang selalu berzikir dan membaca Al Quran. Kalau
Zairul tahu yang Zairul tak akan boleh kawal diri ketika berseorangan, cuba
elakkan berseorangan, kalau nak berseorangan juga, haa, pergi iktikaf di
masjid, kat masjid takkan nak layan lagha juga dak, mesti ada segan sikit kan
bila berada di rumah Allah.”<o:p></o:p>

“Zairul tahu apa yang terbaik untuk diri Zairul, cuba bawa bincang
dengan naqib dan minta dia pantau juga. Zairul pun kena proaktif juga, jangan
kalau naqib tak ‘initiate’, Zairul pun buat tak tahu dan ‘end up’ nanti
salahkan semua orang bila Zairul gagal berubah.”<o:p></o:p>

“Tarbiah ni Zairul, bukan pergi balik usrah, pergi balik qiam, pergi
balik daurah dan pergi balik mukhayyam sahaja, tapi tarbiah ini adalah apa yang
membuatkan kita berubah, menjadikan kita Muslim yang lebih baik, lebih berilmu,
lebih soleh dan lebih mampu untuk mengislahkan orang lain.”<o:p></o:p>

Saya mengakhiri butir bicara dan membiarkan Zairul melayani perasaannya.
Dia tunduk. Entah apa yang bermain di fikirannya. Moga-moga Allah akan
melimpahkannya kekuatan untuk dia berubah menjadi manusia yang lebih baik,
bukan sahaja baik, tapi mampu juga untuk memperbaiki orang lain.<o:p></o:p>

Perubahan diri ke arah kebaikan adalah natijah utama daripada melalui
jalan tarbiah dan ia bukan satu perkara yang mudah kerana tarikan keimanan dan
tarikan syaitan sentiasa berada di dalam pertarungan yang hebat. Pertarungan
ini adalah pertarungan yang telah dijanjikan oleh Allah sejak manusia pertama
dicipta, iaitu setelah Iblis bersumpah untuk menyesatkan setiap anak Adam dan
mengheretnya ke neraka. <o:p></o:p>

Untuk berubah ke arah kebaikan, tidak cukup dengan semangat kerana
semangat akan pudar dengan berlalunya masa, perubahan perlu pada perancangan,
strategi yang bertahap dan implementasi yang bersungguh-sungguh. Segala wasilah
dalam jalan tarbiah seperti usrah, daurah dan mukhayyam perlu dilalui dengan
penuh faham dan ikhlas kerana Allah untuk mencapai perubahan diri ke arah
kebaikan, bukan sekadar rutin yang akan menyebabkan kita akhirnya akan merasa
jemu.<o:p></o:p>

Akhir sekali, apa yang penting dalam setiap proses perubahan ke arah kebaikan
adalah kita berdoa agar di akhir kehidupan kita nanti Allah akan memperkenankan
kita untuk kembali kepadanya dalam keadaan dia redha kepada kita. Kita hanya
akan dikira berjaya bila Allah redha dan sebelah kaki kita telah mencecah
syurga.

Mudah-mudahan kita semua akan berjaya.<o:p></o:p>

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-43839713747187227922014-02-25T15:44:00.001+08:002014-02-25T15:44:43.817+08:00KASIH AYAH MEMBAWA KE NERAKA: IKTIBAR DARI PESAWAT MALANG AEROFLOT 593

Pada 23 Mac 1994, sebuah pesawat Airbus A310 syarikat Aeroflot yang
dalam perjalanan dari Moscow ke Hongkong terhempas di kawasan pergunungan
Russia, mengorbankan semua 73 penumpang dan anak kapal. <o:p></o:p>

Kredit Foto: Airdisaster.com

Airbus A310 adalah sebuah pesawat yang canggih, dan digunakan oleh
banyak syarikat penerbangan di seluruh dunia. Kemalangan pesawat ini
menimbulkan rasa cemas banyak pihak kerana jika berlaku kerosakan mekanikal
atau terdapat kesilapan pada rekabentuk yang menjadi punca kemalangan, ia perlu
ditangani segera, kerana jika tidak, banyak lagi pesawat Airbus A310 yang
mungkin bakal mengalami nasib yang sama.<o:p></o:p>

Namun hasil siasatan membuktikan sebaliknya, tiada kerosakan mekanikal
yang berlaku, bahkan bukti-bukti yang ditemui dari kotak hitam dan kedudukan
mayat di kokpit membawa kepada penemuan yang amat mengejutkan.<o:p></o:p>

Terdapat dua kanak-kanak di dalam kokpit, dan data dari kotak hitam
membuktikan bahawa dua kanak-kanak ini dibenarkan oleh juruterbang untuk
memandu pesawat dan mengakibatkan pesawat terhempas!<o:p></o:p>

Apa yang berlaku sebenarnya?<o:p></o:p>

Dua kanak-kanak tersebut adalah Yana dan Eldar, anak kepada juruterbang
yang bertugas, Yaroslav Kudrinsky. Untuk meraikan anaknya, Kudrinsky telah
menjemput dua anaknya kek kokpit untuk melihat ‘pejabatnya’. Ketika pesawat
tersebut dalam mode autopilot, Kudrinsky telah membenarkan kedua anaknya untuk
merasai pengalaman sebagai juruterbang dengan membenarkan mereka duduk di
tempat duduk juruterbang utama.<o:p></o:p>

Tidak ada krew di kokpit yang membantah walaupun jelas mereka telah
menyalahi peraturan yang amat besar dalam displin keselamatan penerbangan,
iaitu membenarkan orang asing untuk berada di kokpit.<o:p></o:p>

Tanpa diketahui oleh semua krew yang sedang bertugas, ketika Eldar dibenarkan
oleh ayahnya duduk di kerusi juruterbang utama dan memegang alat pengawal
kapalterbang, secara tidak sengaja dia telah menyahaktifkan mode autopilot dan
menyebabkan pesawat tersebut menjunam ke bawah secara tiba-tiba kerana tiada
siapa yang mengawal pesawat tersebut ketika berada dalam mode manual.<o:p></o:p>

Panik dengan situasi tersebut, ditambah dengan kekurangan pengalaman
semua krew dalam mengawal pesawat Airbus A310 yang agak baru bagi mereka, juga
dengan kuasa G melampau akibat junaman pesawat secara tiba-tiba, pesawat
tersebut berpusing-pusing seperti pemutar skru dan terus menjunam
mengakibatkannya terhempas dan langsung tiada mangsa yang terselamat dari
nahas.<o:p></o:p>

Pegawai penyiasat mengetahui perkara ini setelah meneliti rakaman
perbualan di kokpit yang diperolehi melalui kotak hitam dan berdasarkan kepada
mayat kedua kanak-kanak tersebut yang masih berada di kokpit.<o:p></o:p>

Pengawai penyiasat amat terkejut dan dukacita dengan penemuan ini dan
menyifatkannya sebagai kemalangan yang tidak sepatutnya berlaku.<o:p></o:p>

Amat menyedihkan. Hasrat seorang ayah untuk menggembirakan anak-anaknya,
bertukar menjadi tragedi hitam dan antara yang terburuk dalam sejarah
penerbangan Russia.<o:p></o:p>

Banyak yang dipelajari oleh industri penerbangan dari tragedi ini,
antaranya kawalan yang lebih ketat di dalam kokpit dan beberapa perubahan
mekanikal pada instrument, tapi apa yang pasti, kita sebagai ibu bapa juga
boleh mengambil iktibar.<o:p></o:p>

Menggembirakan anak-anak, jangan hingga memusnahkan mereka. Bahkan tidak
mustahil, jika tiada batasan dalam pemberian, apa yang kita beri untuk
menggembirakan anak-anak, bakal memusnahkan masa depan ibu bapa sendiri di
akhirat nanti.<o:p></o:p>

Menggembirakan anak dengan memberikan mereka keizinan untuk bermain permainan
video PS yang ganas dan melalaikan seperti DOTA, memberikan segala gajet
seperti iPod, iPhone, iPad tanpa kawalan dan akses kepada games dan Internet ‘unlimited
kepada anak-anak di dalam bilik sendiri, berlebih-lebih dalam memberi kebebasan
untuk anak keluar malam dan bergaul bebas antara jantina, tidak tegas dalam
mendidik anak-anak solat fardhu sejak awal usia, tidak mengejutkan anak untuk
solat kerana ingin memberinya waktu tidur berlebihan di hujung minggu dan
bermacam lagi ‘pemberian’ oleh ibu bapa yang disangka akan membuatkan anak-anak
gembira, tapi hakikatnya, anak-anak sedang dimusnahkan secara perlahan-lahan
oleh ibu bapa sendiri!<o:p></o:p>

Lebih malang jika anak-anak ini membesar, membina pengaruh dan
merosakkan orang lain di sekelilingnya. Seumpama juruterbang yang ingin
menggembirakan anaknya di dalam penerbangan Aeroflot 593, tapi berakhir dengan tragedi
di mana kecuaian ayah dalam melayani anaknya di kokpit menjadi penyebab kepada terhempasnya
penerbangan tersebut dan mengorbankan puluhan nyawa.<o:p></o:p>

Sama seperti penerbangan Aeroflot 593 di mana kecuaian tersebut hanya
disedari bila keadaan tidak lagi mampu dibaiki, mendidik anak-anak juga begitu,
jika cuai di peringkat awal mendidik anak-anak, besar kemungkinan, ia adalah
kesilapan yang tidak lagi dapat ditebus ganti.<o:p></o:p>

Moga kita semua menjadi ibu bapa yang sedar dan tidak memberikan ‘kegembiraan’
berlebihan dalam meraikan anak-anak sebelum semuanya terlambat.<o:p></o:p>

Ada satu lagi pelajaran penting bukan sahaja buat ibu bapa dan pendakwah
dalam tragedi ini, tapi buat semua kita, iaitu betapa pentingnya elemen nahi
munkar dalam kehidupan kita sehari-harian.<o:p></o:p>

Dalam penerbangan tersebut, walaupun juruterbang Kudrinsky telah
melakukan kesalahan besar, tapi tidak ada krew lain yang menegur, walau apa jua
sebabnya mereka tidak menegur, tapi kesemua mereka walaupun tidak melakukan
apa-apa kesalahan teknikal, tetap menerima hukuman akibat kecuaian mereka dalam
melakukan nahi munkar untuk menegur Kudrinsky yang melakukan kesalahan.<o:p></o:p>

Perkara ini pernah diceritakan oleh baginda dalam sebuah hadis yang amat
jelas maksudnya:<o:p></o:p>

"Perumpamaan orang menjaga
hudud Allah dan orang yang melanggarnya ialah seperti suatu kaum yang sama-sama
menaiki kapal. Lalu sebhagiannya duduk di bahagian atas dan sebahagiannya duduk
di bahagian bawah. Apabila orang-orang yang duduk di bahagian bawah hendak
mendapatkan air mereka meminta tolong dari orang yang duduk di atas. Maka
mereka berkata "Alangkah baiknya sekiranya kita tebuk satu lubang di
bahagian kita ini, maka kita tidak menyusahkan orang yang duduk di atas."
Sekiranya orang-orang yang duduk di atas membiarkan mereka melakukan apa yang
mereka mahu, maka mereka semua akan binasa dan sekiranya mereka melarangnya
maka mereka semua akan terselamat.(HR Bukhari)<o:p></o:p>

Selagi mana umat Islam membudayakan amar maaruf nahi munkar, dalam apa
jua sudut kehidupan, termasuklah pendidikan anak-anak, ekonomi dan politik,
maka selama itulah umat akan berada dalam kebaikan, tapi bila aspek ini
diabaikan, setiap individu dalam masyarakat hanya berfikir tentang diri sendiri
dan tidak peduli akan kerosakan yang sedang berlaku, maka azab Allah dalam apa
jua bentuk pasti akan datang menimpa.<o:p></o:p>

Cukuplah ayat ini sebagai peringatan buat kita semua dan sebagai penutup
kepada kisah Aeroflot 593 yang malang.<o:p></o:p>

Kredit foto: The Muslim Show

Dan peliharalah dirimu daripada
siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu.
Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya. (Al Anfal:25)<o:p></o:p>

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-29642532845276853962014-02-03T08:08:00.003+08:002014-02-04T08:18:55.326+08:00AIR MANI, SPERMA DAN ZINA: MEJELASKAN KEPADA ANAK TENTANG PROSES PENCIPTAAN MANUSIA

“Hai manusia, jika kamu
dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya
Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian
dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya
dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam
rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian
Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu
sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada
pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak
mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat
bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah
bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang
indah.”<o:p></o:p>

“Dalam ayat ini Allah sebut kepada semua
manusia, bahawa jika ada yang tak percaya kepada hari kiamat, tak percaya
bahawa selepas mati dan ditanam di dalam kubur akan dibangkitkan semula, kemudian
dihimpunkan di Mahsyar untuk dihisab, melalui titian Sirat dan kemudian ke syurga
atau ke neraka, maka lihatlah kepada proses bagaimana manusia dicipta.”<o:p></o:p>

Pagi ini, saya bercerita kepada anak-anak
tentang makna ayat-ayat awal dari surah al Hajj selepas sesi membaca Al Quran
bersama-sama sebelum saya bertolak ke Universiti. <o:p></o:p>

Walaupun sesi begini tidak hari-hari saya
lakukan kerana fokus pendidikan Al Quran kepada Humaira’ dan Khadijah buat masa
ini masih lagi berkenaan memperbetulkan tajwid, panjang pendek dan makhraj huruf,
namun bercerita tentang makna sekali sekala tidak ditinggalkan agar sedikit
sebanyak mereka tahu makna dan pengajaran praktikal di sebalik ayat-ayat yang
dibaca.<o:p></o:p>

Tidaklah saya menceritakan berkenaan dengan
asbab nuzul dan huraian ahli tafsir dari kitab-kitab tafsir yang lebih sesuai
untuk mereka yang lebih dewasa, terutamanya dalam membicarakan ayat-ayat
mutasyabihat, tetapi cerita saya lebih kepada ayat-ayat atau kisah-kisah yang
jelas maksudnya untuk diambil pengajaran.<o:p></o:p>

Harapan saya, moga cerita-cerita dari Al
Quran ini menjadi asas untuk mereka menjadi generasi yang bukan hanya pandai
membaca dan menghafaz sahaja, tetapi melaksanakan Al Quran di dalam hidup
sepenuhnya.<o:p></o:p>

“Allah sebut, bahawa manusia, Allah jadikan
daripada tanah, kemudian dari air mani….” Saya menyambung sebelum terhenti pada
perkataan ‘air mani’.<o:p></o:p>

Seperti yang saya jangka, sebelum sempat saya
menyambung ayat yang seterusnya, Khadijah dan Humaira’ mengangkat tangan dan
serentak bertanya.<o:p></o:p>

“Air mani itu apa ayah? Macamana Allah
ciptakan kita dari air mani?”<o:p></o:p>

Saya tersenyum mendengar pertanyaan jujur
anak-anak, bukan mudah untuk menjelaskan isu ini, tambahan pula dengan ayat
yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Berfikir-fikir, apakah tema dan
pengajaran praktikal yang paling sesuai untuk mereka di sebalik ayat ini.<o:p></o:p>

“Hmmm….begini, air mani ini adalah air yang berada
di dalam badan orang lelaki dan di dalam air mani ini ada makhluk yang
dinamakan sperma. Sperma ini rupanya seperti berudu, kecil dan halus, tak boleh
kita nampak kecuali kalau kita gunakan mikroskop.”<o:p></o:p>

“Sperma ini akan dimasukkan ke dalam tubuh
orang perempuan oleh orang lelaki dan apabila ia bercantum dengan telur bernama
ovum yang berada di dalam tubuh orang perempuan, maka dari situ akan bermula
proses penciptaan manusia yang menakjubkan.”<o:p></o:p>

“Errr…ayah, macamana nak masukkan sperma
dalam badan orang perempuan?” Tanya Khadijah dengan wajah penuh persoalan
sebelum sempat saya menyambung cerita. <o:p></o:p>

Soalan-soalan yang datang semakin kompleks,
dan ‘menakutkan’. Saya menyusun ayat sebaik mungkin untuk menjawab.<o:p></o:p>

“Sperma ini akan dimasukkan oleh orang lelaki
ke dalam tubuh orang perempuan melalui satu proses bila orang lelaki dan perempuan
tinggal dan tidur bersama, dan paaaaaling penting dalam Islam, lelaki dan
perempuan wajib berkahwin untuk sperma ini dimasukkan dalam tubuh orang
perempuan.”<o:p></o:p>

Saya berhenti seketika, tidak ingin pergi
lebih jauh dengan menceritakan fungsi alat kelamin pula, tapi ada sesuatu yang
lebih penting yang perlu dijelaskan.<o:p></o:p>

“Allah sangat marah kalau ianya berlaku
sebelum berkahwin, dan ia adalah dosa yang saaaaaangat besar. Dosa ini disebut
sebagai zina.”<o:p></o:p>

“Zina berlaku apabila orang lelaki memasukkan
spermanya ke dalam tubuh orang perempuan sebelum dia berkahwin….,” berkerut-kerut
saya menjelaskan, terhenti-henti dan kemudian menyambung lagi.<o:p></o:p>

“Zina ini boleh berlaku bila orang lelaki
bergaul dengan orang perempuan tanpa ada batas, orang perempuan tidak menjaga
aurat, pakai seksi-seksi di luar rumah dan orang lelaki pula tidak menjaga
pandangannya. Dalam Islam, orang lelaki dan orang perempuan yang bukan mahram,
yang bukan adik beradik tidak boleh bergaul terlalu rapat, bahkan sesama adik
beradik pun tidak boleh terlalu rapat sebenarnya, sebab itu orang perempuan
kena menjaga aurat, dan antara adik beradik lelaki dan perempuan, perlu
dipisahkan tempat tidur bila dah besar.”<o:p></o:p>

Anak-anak mengangguk-angguk, entah faham
entah tidak. Tapi apa yang pasti, masa akan datang, saya akan menjelaskan
konsep ini lagi hingga mereka benar-benar faham akan peri pentingnya untuk
menjaga perkara-perkara yang membawa kepada zina.<o:p></o:p>

Dalam situasi masyarakat hari ini,
berleluasanya zina di tengah masyarakat dalam kadar yang amat menakutkan. Di
desa dan di bandar, sama sahaja kedasyatannya. Entah di mana silapnya, tapi
institusi keluarga tidak lagi menjadi tempat yang selamat untuk anak-anak
berlindung dari pintu-pintu yang boleh menolak mereka kepada zina.<o:p></o:p>

Akses kepada kelucahan di Internet yang amat
mudah, rancangan-rancangan televisyen, majalah-majalah separa lucah yang
beredar di pasaran serta jahilnya ibu bapa dalam mendidik anak-anak mungkin
adalah antara faktor yang menyumbang kepada tragedi zina yang berleluasa di
negara kita. Hampir setiap hari, ada sahaja kes-kes anak-anak luar nikah yang
menerima nasib yang pelbagai, ada yang diletakkan di depan pintu surau, ada
yang dicampak ke sungai, ada yang ditinggalkan di tandas, yang lebih bernasib
baik, mungkin ibunya terpaksa juga ke hospital dan anak-anak itu dapat
dilahirkan dengan selamat.<o:p></o:p>

Anak-anak perlu dijelaskan tentang dosa zina
sejak awal usia, perlu dijelaskan juga kepada mereka tentang perkara-perkara
yang boleh membawa kepada zina seperti pergaulan bebas, pendedahan aurat, dan bahaya
menonton aksi-aksi kelucahan yang berleluasa di televisyen.<o:p></o:p>

Sifat taqwa perlu dibina awal-awal lagi
sebagai benteng, bagi anak perempuan, sifat malu adalah perisai yang paling
utama.<o:p></o:p>

“Ok, kita kembali kepada proses penciptaan
manusia tadi ye, tentang zina ni nanti ayah ceritakan lebih lanjut nanti. Apa
yang penting, kita kena tahu bahawa zina atau perkara-perkara yang membawa
kepada zina adalah dosa-dosa yang dilarang oleh Allah. Jangan sesekali kita
melakukan perkara yang boleh membawa kepada zina seperti memakai pakaian yang
tidak menutup aurat, menonton rancangan yang tak soleh, seksi-seksi dan
macam-macam lagi.”<o:p></o:p>

Saya mengulang isi utama perbincangan hari
ini dan kemudian menyambung perbicaraan tentang proses penciptaan manusia.<o:p></o:p>

“Bila sperma bercantum dengan telur di dalam
tubuh ibu, dari situ, akan mula tercipta ‘baby’ kecil dalam tubuh orang
perempuan, macam apa yang ada dalam tubuh ibu. Mula-mula dalam rupa bentuk yang
amat kecil, kemudian terciptanya tangan, kaki, mata, kepala, otak dan
seterusnya bila dah cukup 9 bulan dalam perut ibu, baby ini akan keluar sebagai
‘baby’ yang sempurna.”<o:p></o:p>

“Nak tak ayah tunjukkan satu video di Youtube
tentang proses penciptaan manusia?” Tanya saya kepada anak-anak, merujuk kepada
satu video yang amat menarik dan begitu terperinci dalam
menjelaskan proses penciptaan manusia yang menakjubkan di dalam rahim.<o:p></o:p>

“Nak-nak!” serentak anak-anak menjawab dengan
penuh keterujaan.<o:p></o:p>

“Haa, kalau nak, harini kena ‘behave’ kat
rumah, kena dengar cakap ibu dan nanti bila ayah balik, kita tengok sama-sama
okay?” Janji saya kepada anak-anak.<o:p></o:p>

“Alaaaaa…..”<o:p></o:p>

Saya tersenyum, menyalami mereka dan terus
bergerak keluar dengan pantas dari rumah sebelum diserang dengan lebih banyak
persoalan. Moga-moga ada kebaikan dari apa yang diajarkan kepada mereka hari
ini, moga bertambah iman dalam hati dan lebih dekat mereka dengan Al Quran,
Insya-Allah.<o:p></o:p>

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-16664706756033784352014-01-22T10:32:00.000+08:002014-01-22T10:32:24.690+08:00NORMALISASI DAN PERJUANGAN LGBT, AGENDA SYAITAN SEJAK ZAMAN BERZAMAN

Normalisasi
adalah senjata utama syaitan dalam perjuangannya menyesatkan manusia. Strategi
bertahap sedikit demi sedikit untuk menyesatkan umat Manusia agar terjerumus ke
jurang api neraka dilakukan amat licik, dan kadang-kadang dihias agar
dikelilingi oleh perkara-perkara yang nampak baik.

Strategi ini
telah diceritakan dengan jelas oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis sahih
yang menceritakan bagaimana syaitan menyesatkan Umat Nabi Nuh.<o:p></o:p>

“Daripada Ibn Abbas radhiyallahu ‘anha, beliau berkata
bahawa berhala-berhala yang asalnya merupakan berhala kaum Nuh, kemudiannya
menjadi berhala kaum Arab. Berhala yang bernama Wadd menjadi berhala Kilab di Daumah
al-Jandal. Suwa’ pula menjadi berhala Huzail. Yaghuth menjadi berhala untuk
Murad dan kemudiannya menjadi sembahan Bani Ghutayf di kawasan gua di Saba’.
Manakala Ya’ooq ia menjadi berhala untuk Hamdan. Nasr menjadi berhala Himyar,
yakni Aal Dzi al-Kula’. <o:p></o:p>

Nama-nama itu adalah nama lelaki-lelaki soleh daripada
kaum Nuh. Apabila mereka meninggal dunia, Syaitan memberi idea kepada kaum
mereka agar membina patung yang dibawa hadir ke majlis-majlis mereka. Patung
itu didudukkan bersama mereka dan setiap satunya dinamakan dengan nama-nama
lelaki soleh itu. Lalu kaum tersebut melakukan idea Syaitan itu tetapi mereka
tidak menyembahnya. Akan tetapi apabila generasi pembuat patung itu mati, dan
pengetahuan mengenai tujuan asal patung itu dibuat telah hilang, akhirnya
patung itu disembah” [Sahih al-Bukhari, hadith nombor 4920]<o:p></o:p>

Syaitan tidak pernah
berhenti dari menggunakan strategi ini hinggalah hari kiamat untuk menyesatkan
manusia. Musuh Allah ini tidak akan datang kepada kita dan meminta kita
melakukan syirik dan dosa besar secara terus, tapi dia akan mengelirukan kita
secara perlahan-lahan hingga akhirnya kita terperangkap dalam belitan tipu
dayanya. <o:p></o:p>

Umat Islam perlu
lebih cakna dan sedar dengan strategi ini agar tidak mudah tertipu dengan
kesesatan agenda yang dibawa oleh syaitan.<o:p></o:p>

Agenda
perjuangan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender) adalah antara agenda
syaitan sejak zaman Nabi Lut yang diperjuangkan oleh sebahagian manusia di atas muka bumi hari ini.
Kemuncak kepada perjuangan agenda ini adalah supaya aktiviti mereka diiktiraf
sebagai sebagai normal dan hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang negara.
Jalannya tidak mudah, tapi strategi normalisasi digunakan dengan sangat
intensif oleh para aktivis yang memperjuangkan LGBT.<o:p></o:p>

Alhamdulillah,
setakat ini di Malaysia, perjuangan ini masih gagal diterima oleh sebahagian
besar ahli masyarakat dan masih juga ditolak oleh kerajaan yang memerintah,
namun begitu, pastinya mereka tidak akan berhenti untuk mengasak dan memberi
tekanan hingga tujuan utama perjuangan mereka dapat dicapai. <o:p></o:p>

Dalam membongkar
dan untuk menghalang gerakan perjuangan kesesatan ini, strategi mereka perlu
difahami agar mereka tidak akan berjaya untuk mencapai apa yang mereka
inginkan.<o:p></o:p>

Jika kita
meneliti bagaimana aktivis LGBT bekerja di negara-negara lain dan apa yang
telah mereka capai, maka kita akan memahami misi, visi, objektif dan strategi
mereka dengan baik, kerana gerakan ini adalah gerakan global. Setakat ini 14
buah negara telah mengiktiraf dan mempunyai undang-undang perkahwinan sejenis. Jika
tidak berhati-hati dan bersatu untuk menolak agenda LGBT dari dibawa masuk
secara licik, tidak mustahil satu hari nanti, Malaysia akan termasuk dalam statistik
ini.<o:p></o:p>

Di mana-mana
negara, langkah awal perjuangan mereka adalah berusaha agar diterima sebagai
golongan yang normal dalam masyarakat. Usaha ini dilakukan melalui sebaran
media massa, filem dan drama-drama popular seperti Glee, kajian-kajian
saintifik dan perubatan, music video oleh penyanyi popular seperti Elton John
dan Kate Perry, dan pelbagai lagi kaedah. <o:p></o:p>

Di Malaysia,
Seksualiti Merdeka adalah antara badan yang aktif memperjuangkan isu ini.
Mereka menganjurkan festival, seminar dan pelbagai lagi acara untuk mempromosikan
LGBT sebagai satu cara hidup yang normal. <o:p></o:p>

Fasa seterusnya
dalam perjuangan mereka setelah masyarakat menerima ‘kehadiran’ mereka adalah
lebih menakutkan, mereka akan berjuang agar mahkamah mengiktiraf hak mereka untuk berkahwin sesama jenis. Lelaki
berkahwin sesama lelaki, perempuan berkahwin sesama perempuan. Mereka akan
melobi agar hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan siapa yang menentang
mereka akan dilabel sebagai ekstremis dan bakal berdepan dengan tindakan tegas
oleh pihak berkuasa.<o:p></o:p>

Di Australia dan
New Zealand sebagai contoh, perjuangan tahap ini telah bermula dan mula
menampakkan hasil yang positif. Ahli politik mula memberikan sokongan dan media
juga mula memberikan gambaran yang menyenangkan.<o:p></o:p>

Ahli politik
seperti Cory Bernardi yang menentang isu-isu sebegini akhirnya akan dianggap
konservatif, menerima padah dan serangan bertubi-tubi. Baru-baru ini, Bernardi
akhirnya terpaksa meletak jawatan sebagai setiausaha parlimen Tony Abbott akibat
komen pedasnya dalam isu ini setelah menerima tekanan dari pihak media dan ahli
politik yang lain. Presiden Putin yang begitu tegas dalam isu LGBT juga mula
ditekan menggunakan pelbagai strategi, antaranya dengan menggunakan medium
Sukan Olimpik Musim Sejuk yang bakal tiba.<o:p></o:p>

Di Malaysia,
kerana kerajaan yang memerintah masih tegas dengan LGBT, tekanan antarabangsa
digunakan sebagai salah satu langkah untuk memaksa kerajaan tunduk kepada
desakan.<o:p></o:p>

Pada tahun 2012,
Human Rights Watch, sebuah badan hak asasi antarabangsa yang berpusat di New
York pernah menghantar surat kepada Dato Seri Najib untuk menyatakan bantahan
dan memberi tekanan agar golongan LGBT tidak di diskriminasi. <o:p></o:p>

Surat ini
dihantar setelah ucapan Dato Seri Najib di seminar Islam sebagai Agenda
Transformasi Negara yang menyatakan bahawa Malaysia tidak akan memberi ruang
terhadap golongan LGBT.<o:p></o:p>

Di negara-negara
barat, perjuangan ini mungkin lebih mudah kerana keruntuhan institusi keluarga
yang telah berlaku sejak sekian lama. Seks bebas, alkohol dan pornografi yang
telah lama dianggap sebagai hak asasi telah membuka jalan kepada perjuangan
LGBT. <o:p></o:p>

Di Malaysia, walaupun
masih belum diterima kerana ISLAM yang masih kuat bertapak, nampaknya mereka cukup bijak bila meletakkan perjuangan
hak asasi LGBT dalam satu bakul dengan perjuangan-perjuangan yang lain seperti
perjuangan alam sekitar, hak wanita untuk dilindungi di rumah dan isu-isu
pendidikan yang nampak biasa dan wajar untuk diperjuangkan. <o:p></o:p>

Golongan ini
akan berusaha untuk kelihatan suci dan mulia walaupun pada hakikatnya mereka
adalah pejuang agenda syaitan yang berusaha untuk menghalalkan LGBT di Malaysia
atas nama hak asasi.<o:p></o:p>

Dokumentasi COMANGO
bertarikh 11 Mac 2013 yang menjadi asas semakan rekod hak asasi manusia pada 24
Oktober 2013 adalah langkah terbaru untuk terus memberi tekanan kepada kerajaan
Malaysia. Selain meletakkan perjuangan hak asasi yang lain dalam satu bekas
dengan perjuangan LGBT dan berselindung di sebalik perjuangan diskriminasi minoriti,
mereka juga cuba untuk menuntut agar seksyen 377A kanun keseksaan dihapuskan
untuk membolehkan perkahwinan sesama jenis dapat dilaksanakan di Malaysia tanpa
sebarang halangan undang-undang.<o:p></o:p>

Rakyat Malaysia,
secara khususnya mereka yang beragama ISLAM perlu menzahirkan bantahan dan
tekanan kepada kerajaan agar Malaysia terus tegas menolak pengiktirafan hak-hak
LGBT sepertimana sebelum ini. Parti-parti politik, NGO-NGO Islam dan rakyat
kebanyakan perlu bersatu untuk memastikan agenda LGBT tidak akan berjaya di
negara kita. Gerakan-gerakan ISLAM perlu memisahkan diri dan menyatakan pendirian tegas terhadap agenda dan mereka yang memperjuangkan agenda ini di Malaysia.<o:p></o:p>

Kita berharap
agar negara tidak tunduk dan tidak akan menerima syor-syor yang akan merubah
lanskap Malaysia dalam sesi keputusan semakan Hak Asasi Mac ini terutamanya dalam isu-isu berkaitan LGBT dan hak asasi yang
bertentangan dengan agama ISLAM. Kita tidak ingin murka tuhan melanda dan
menghancurkan negara kita nanti.<o:p></o:p>

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-45241313056993463372014-01-19T22:09:00.003+08:002014-01-19T22:21:04.599+08:00TERHINA DI BUMI SENDIRI

Beberapa hari lepas, negara dikejutkan dengan berita sedih sepasang suami
isteri yang ditahan di Sweden kerana merotan anak mereka di tangan dengan
tujuan untuk mendidik mereka berkenaan dengan solat.<o:p></o:p>

foto: pasangan Malaysia yang kini dalam tahanan di Sweden

Hingga saat ini, pasangan ini telah ditahan di penjara hampir sebulan
dan lebih menyedihkan, anak-anak mereka telah ditempatkan bersama dengan
keluarga bukan Islam. Menurut sumber media, undang – undang penderaan fizikal
kanak-kanak yang amat ketat di Sweden telah menyebabkan pasangan ini ditahan.<o:p></o:p>

Setiap Muslim yang membaca berita ini pasti akan terluka, kerana merotan
anak-anak dalam pendidikan solat adalah sebahagian sunnah baginda dalam tarbiah
anak-anak. Rotan adalah langkah terakhir yang dianjurkan oleh baginda dalam
mendidik anak-anak untuk mendirikan solat. Sunnahnya adalah mula menyuruh anak
solat pada usianya 7 tahun dan rotan digunakan jika masih culas dalam solat
pada usia 10 tahun.<o:p></o:p>

Mungkin inilah hakikat praktikal disebalik peribahasa hujan emas di
negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Sweden
walaupun terkenal sebagai sebuah negara yang baik serba serbi, dari segi hak
asasi, ‘good governance’, kebersihan, kemajuan, harga barang yang murah dan
sebagainya tapi bila berlaku kes-kes begini, tetap kita merasakan tinggal di Malaysia
yang mungkin tidak sehebat Sweden dari segi material adalah jauh lebih baik.<o:p></o:p>

Kecederaan emosi akibat memisahkan anak-anak pasangan ini dari ibu
bapanya yang baik jauh lebih buruk dari luka libasan rotan oleh ibu bapa yang
ingin mendidik anak-anaknya. Kerajaan Sweden nyata telah berlaku zalim apabila
memisahkan hak fitrah anak-anak untuk bertemu dengan kedua ibu bapa mereka. Hal
ini terbukti apabila diberitakan anak-anak pasangan ini dalam keadaan tertekan
dan sedih, bahkan dilaporkan bahawa anak bongsu kepada pasangan ini menangis setiap hari kerana rindukan ibu
bapanya.<o:p></o:p>

Semoga Allah melimpahkan kesabaran dan mempermudahkan jalan untuk
pasangan ini dibebaskan dan kembali disatukan dengan anak-anak mereka.<o:p></o:p>

Sedih memang sedih, tapi bila melihat apa yang berlaku kebelakangan ini
di negara kita, peribahasa tersebut mungkin pada masa akan datang tidak akan
lagi relevan. Kisah guru muallaf SJKC yang dipaksa untuk menanggalkan tudung
jika ingin terus mengajar adalah amat menyedihkan dan membimbangkan. <o:p></o:p>

Apatah lagi jika diingat beberapa ketika dulu, seorang Muslimah yang
mencari kerja di KLCC menceritakan pengalamannya yang mendukacitakan, tidak
diterima bekerja hanya kerana bertudung! Dan testimoninya telah disokong oleh
ramai lagi yang menyatakan bahawa mereka juga mengalami diskriminasi yang sama.<o:p></o:p>

Beberapa ketika dahulu, ketika saya sedang menyelia praktikum di
beberapa firma audit, ada pelajar saya yang menyatakan bahawa bossnya marah
jika dia meninggalkan meja untuk mendirikan solat.<o:p></o:p>

Saya percaya, mungkin banyak lagi diskriminasi yang berlaku terhadap
umat Islam di tanahair kita sendiri, di tanah umat Islam di mana ISLAM adalah
agama persekutuan, tapi mungkin tidak di ‘viral’ kan kerana tidak mendapat
perhatian media atau tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.<o:p></o:p>

Umat Islam di Malaysia, secara khususnya bangsa Melayu yang rata-ratanya
adalah Muslim perlu lebih sensitif terhadap isu-isu begini walaupun kecil.
Sikap terlalu berlembut dan apologetik terhadap diskriminasi yang berlaku akhirnya
akan memakan jati diri dan menyebabkan kita bakal terhina di tanahair kita
sendiri.<o:p></o:p>

Hari ini tidak dibenarkan bertudung di tempat kerja, esok lusa mungkin
tidak dibenarkan untuk solat pula, sepuluh tahun lagi mungkin setiap agama akan
diiktiraf sebagai sama rata dan mesti diberikan keistimewaan yang sama. Lama
kelamaan, terungkai habis kemuliaan ISLAM hingga akhirnya agama Islam dan
bangsa Melayu akan terpinggir dan hilang kedudukan yang istimewa seperti apa
yang telah berlaku di negara jiran kita. <o:p></o:p>

Tidak mustahil, di masa depan, seratus tahun lagi mungkin, ketika hak
asasi manusia menjadi agama baru negara dan rujukan utama pihak yang memerintah,
ada anak-anak yang menyaman ibu bapanya kerana merotan mereka untuk mendirikan
solat!<o:p></o:p>

Jika kita masih terlalu berlembut, salah menyalahkan, keras terhadap
saudara seaqidah dan gagal bersatu dalam apa jua isu yang melibatkan umat
Islam, tidak mustahil, Malaysia sebagai sebuah negara umat ISLAM akan tinggal
sejarah seperti kerajaan ISLAM Champa yang pernah gemilang satu ketika dahulu.<o:p></o:p>

Paranoid? Lihatlah pada sejarah, mereka yang gagal memahami sejarah
akhirnya akan dijarah dan tinggal menjadi sejarah yang dilupakan.<o:p></o:p>

Jangan biarkan ia berlaku di hadapan mata kita dan di hadapan mata anak
cucu kita.

'Not on our watch!'<o:p></o:p>

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-91225336573263936692014-01-19T16:04:00.002+08:002014-01-19T22:13:27.647+08:00‘HEATWAVE’ DI ADELAIDE, PANAS LAGI NANTI DI MAHSYAR

Minggu lepas Adelaide mengalami ‘heatwave’ yang dikatakan antara yang
terburuk dalam sejarah. Bahkan pada hari Khamis, iaitu hari keempat ‘heatwave’,
Adelaide diisytiharkan sebagai bandaraya terpanas di dunia dengan suhu mencecah
hampir 46 darjah celcius.<o:p></o:p>

Dengan suhu melebihi 40 darjah untuk 5 hari berturut-turut, kelembapan
udara yang rendah hingga menyebabkan pernafasan menjadi sukar dan kulit menjadi
amat kering, angin panas yang bertiup menerjah muka seperti angin yang baru
keluar dari bara api dan terik mentari yang amat membahang hingga kulit terasa
terbakar setiap kali terkena cahaya matahari, ‘heatwave’ kali ini benar-benar
membuatkan ramai orang resah dan gelisah.<o:p></o:p>

‘Bushfire’ juga berlaku di beberapa tempat hingga mengakibatkan
kehilangan harta yang tidak kurang banyak.<o:p></o:p>

Berada di rumah terasa seperti berada di dalam sauna bila pendingin hawa
di rumah mengalami kerosakan. Malam rabu dan khamis, kami sekeluarga terpaksa
tidur di surau Universiti di bangunan Business School yang baru dibina kerana
tidak tahan berada di rumah. Mandi berkali-kali, minum air sejuk juga
bergelen-gelen kerana perasaan dahaga yang luar biasa. Peluh di badan usah
dikata.<o:p></o:p>

Siang hari dihabiskan di perpustakaan, pulang ke rumah hanya seketika
untuk mandi dan makan seketika. Pergi ke tepi pantai pada waktu malam pun masih
terasa bahang angin panas yang bertiup, bahkan ramai yang masih berenang di
pantai pada jam 11 malam!<o:p></o:p>

Ini baru panas dunia, bak kata Imam Salam dalam khutbah Jumaat di Masjid
Wandana.<o:p></o:p>

‘Heatwave’ yang paling panas di dunia pun pasti tidak akan sepanas suasana
di Mahsyar nanti. Ketika itu matahari di dekatkan sedekat-dekatnya di atas
kepala dan manusia akan tenggelam dalam peluhnya sesuai dengan keadaan amalnya
di dunia.<o:p></o:p>

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, dari Miqdad Al Aswad, Nabi SAW
bersabda:<o:p></o:p>

“Pada hari kiamat, matahari di dekatkan di kepala manusia sejarak satu
mil. Maka semua manusia tenggelam di dalam peluhnya sesuai mengikut amal
perbuatannya di dunia. Sebahagiannya tenggelam hingga mata kaki, sebahagian
yang lain hingga ke pinggang dan sebahagian yang lain hingga ke mulutnya.”<o:p></o:p>

Panas di dunia, paling lama mungkin hanya sebulan atau dua bulan, ‘heatwave’
yang datang juga tidak pernah melebihi lima hari, itupun masih boleh lari ke
tempat yang mempunyai pendingin hawa, mandi air yang dingin, minum ais atau
paling kurang, berteduh di bawah pohon yang rendang.<o:p></o:p>

Panas di akhirat, tidak ada tempat berlindung, kecuali mereka yang telah
menyelamatkan diri dengan amal-amal soleh yang membawa redha Allah ketika
berada di dunia.<o:p></o:p>

Ketika gawat suasana Mahsyar, dengan panasnya, dengan geliwatnya suasana
ketika itu, dengan pelbagai rupa manusia yang dibangkitkan, ada yang berjalan
di atas muka, ada yang wajahnya dihodohkan kerana amal buruk yang dilakukan di
dunia, manusia terseksa berada dalam keadaan resah dan gelisah mencari
penyelamat sementara menunggu hisab dimulakan.<o:p></o:p>

Manusia pada ketika itu mencari para nabi untuk menyelamatkan mereka dan
meminta agar proses hisab segera dimulakan, tetapi malangnya semua para Nabi
menolak kerana khuatir akan kemurkaan Allah. Hinggalah akhirnya, bila manusia bertemu
dengan Nabi Muhammad SAW, baginda bersujud dan berdoa kepada Allah memohon agar
hisab segera dimulakan. Lama setelah itu, permintaan baginda dimaqbulkan dan
hisab pun dimulakan.<o:p></o:p>

Begitulah nanti kisah kita di Mahsyar sementara menanti hisab, pastinya
lebih panas dari ‘heatwave’ di dunia, dan di sana tidak akan ada tempat
berlindung melainkan mereka yang telah dijanjikan oleh Allah akan dilindungi di
akhirat nanti.<o:p></o:p>

Sementara masa dan nyawa masih berbaki di dunia, marilah sama-sama kita
mencari saham untuk membeli perlindungan di padang Mahsyar nanti kerana
panasnya nanti adalah panas yang tidak terperi sakitnya.<o:p></o:p>

Jika panas matahari di dunia pun kita tidak boleh menahannya, bagaimana nanti
kita akan terseksa di akhirat sana jika tidak bersedia dari sekarang untuk
menyelamatkan diri dan ahli keluarga kita dari menjadi bahan bakar api neraka.<o:p></o:p>

Nauzubillahimindzalik.<o:p></o:p>

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-73333824754180110772014-01-14T12:07:00.000+08:002014-01-19T22:13:43.759+08:00JEREMY WADE, RIVER MONSTERS DAN CITA YANG TERPADAM

Selain dari Air Crash Investigation, satu lagi siri yang saya amat
minati adalah River Monsters yang dihoskan oleh Jeremy Wade. Dalam beberapa
siri River Monsters yang sempat saya tontoni, Jeremy mengembara ke
lokasi-lokasi yang agak ‘remote’ dan asing bagi dirinya untuk mencari spesis
ikan gergasi yang jarang-jarang ditemui.<o:p></o:p>

Apa yang menyebabkan saya suka dengan siri ini bukanlah kerana ikan-ikan
gergasi yang selalu ditemui oleh Jeremy, tapi saya seronok menikmati bagaimana ‘passion’
Jeremy dalam mencari apa yang diingininya. Beliau bukanlah gagah, tampan dan
sasa seperti Bear Grylls, atau agresif, luar biasa dan lucu seperti Steve Irwin
yang telah meninggal dunia akibat tertusuk duri ikan Pari. <o:p></o:p>

Susuknya sederhana, tiada six pack atau lengan yang berotot, tapi
semangatnya yang meluap-luap dalam setiap pengembaraan membolehkan beliau
mencapai apa yang beliau cari walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai
rintangan.<o:p></o:p>

Dokumentari River Monsters menceritakan kisahnya dengan begitu jujur.
Beliau pernah diserang Malaria selama dua minggu ketika kembaranya ke Congo, terjatuh
dan cedera beberapa kali akibat pelbagai kemalangan ketika pengembaraan di
Amazon, dirempuh oleh ikan gergasi hingga menyebabkan kecederaan yang teruk dan
pelbagai lagi kisah-kisah menarik. <o:p></o:p>

Banyak juga pengembaraannya yang langsung tidak membuahkan hasil, ikan
yang dicari tidak ditemui, ada ketikanya beliau pulang tangan kosong dengan
hampa walaupun telah mengembara dengan amat jauh dan memakan masa yang lama, tapi
‘passionnya’ tidak pernah berkurang dalam setiap pengembaraan.<o:p></o:p>

Apa sebenarnya yang mendorong Jeremy Wade untuk mengembara dan mengalami pelbagai kesusahan?

Apakah kerana kemasyhuran, duit atau mungkin beliau memang amat 'passionate' dalam mencari spesis ikan-ikan gergasi? Suaranya yang jujur dalam setiap dokumentari membuatkan saya merasakan bahawa duit dan kemasyhuran bukanlah matlamat utamanya.

Jeremy Wade mungkin punya jawapannya yang lebih tepat, tapi, menonton siri-siri sebegini, membuatkan saya terfikir bahawa ada sesuatu
yang hilang dalam kehidupan kita.

Apa sumber motivasi kita dan apa sebenarnya yang mendorong kita untuk mencapai cita-cita?

<o:p></o:p>

Adakah kita menyambung pengajian di peringkat sarjana, sub kepakaran atau doktor falsafah
kerana dihambat oleh Universiti atau untuk meningkatkan tangga gaji? Adakah kita melakukan
penyelidikan dan penerbitan hanya kerana geran dan keperluan untuk kenaikan
pangkat? Adakah kita memilih kursus di universiti berdasarkan jumlah gaji yang bakal
diterima setelah bekerja? bahkan adakah kita berniaga juga hanya dengan tujuan untuk
menjadi kaya sekaya-kayanya?

Adakah hanya wang yang menjadi sumber motivasi? Dan ‘passion’ kita dalam melakukan apa jua
kerja hanyalah untuk menambahkan bilangan angka dalam akaun bank kita. <o:p></o:p>

Amat rugi jika hanya wang yang menjadi matlamat, hanya wang sumber motivasi, akhirnya hidup hilang makna,
kita berhenti bermimpi dan mengembara kerana kerisauan kita terhadap keluarga
yang kita sara. Kita mula berhenti bertanya, apa yang sebenarnya aku inginkan
dari hidup ini? <o:p></o:p>Akhirnya tanpa kita sedar, kita menjadi hamba kepada wang.

Kita merancang hidup, merancang kewangan, tapi segalanya menjadi rutin,
fikir utama hanyalah untuk perut keluarga sendiri sahaja, jika ada sedikit
lebihan, kita sumbangkan beberapa ringgit di tabung masjid untuk menyedapkan
hati.<o:p></o:p>

Hidup jadi biasa-biasa, tiada lagi eksplorasi, kita hilang keberanian
untuk keluar dari zon selesa, kita kehilangan ‘passion’ untuk mengejar
cita-cita yang kita simpan di lubuk hati kita yang paling dalam.<o:p></o:p>

Duit semakin banyak, tapi kita tidak pernah puas. Kita menyangka dengan
menambah pendapatan, kita akan jadi lebih bahagia, tapi hakikatnya bukan
begitu, akhirnya kita tenggelam dalam rutin kehidupan yang membosankan dan
sedar-sedar, kita telah berada di penghujung usia.<o:p></o:p>

Jadi bagaimana?

Kita mungkin agak jauh untuk menjadi seperti Jeremy Wade kerana minatnya
yang agak luarbiasa, dan kita juga tidak perlu mengejar buaya seperti Steve Irwin, punya tubuh sasa seperti Sylvester Stallone, mampu melakukan 'epic split' di atas lori seperti Jean Claude Van Damme, terjun dari angkasa yang tinggi seperti Felix Baumgartner atau mengembara seorang diri di lokasi yang ekstrim seperti Bear Grylls tetapi sebenarnya setiap kita boleh mencapai potensi diri
yang luar biasa jika kita kembali mencari dan menyalakan semula ‘passion’ di
dalam diri yang telah lama hilang.<o:p></o:p>

Jeremy Wade juga pernah jatuh sakit teruk, gagal, bahkan hampir menemui ajal, dan saya yakin, itulah sunnah bagi mereka yang mengejar cita-cita yang tinggi. Beliau bukan 'Superman' dan kita juga tidak perlu menjadi 'Superman' untuk mengejar apa yang kita inginkan.

Bahkan sebagai Muslim, kita ada idola yang jauh lebih baik dari Jeremy
Wade, kita ada sahabat-sahabat Rasulullah yang mengembara ke seluruh pelusuk
dunia, para tabi’in yang menguasai pelbagai cabang ilmu, Imam muktabar seperti
Muhammad Bin Idris As Syafi’i, kita ada Al Khwarizmi, Ibn Taimiah, Ibn
Battutah, Ibn Khaldun, Hassan Al Banna, Abd Aziz Rantissi dan ramai lagi, dunia
Islam tidak pernah kekeringan tokoh yang menghasilkan sumbangan yang bermakna
untuk dunia untuk kita teladani.<o:p></o:p>

Selagi hayat kita masih ada, jangan pernah berhenti untuk mengejar
ketinggian dan kemuliaan, bukan untuk kemasyhuran dunia, tapi untuk nasib yang
lebih baik di akhirat sana.<o:p></o:p>

<o:p>Paling kurang, cita-cita untuk belajar bahasa Arab dan menghafaz Al Quran jangan pernah dipadamkan. Selagi kita masih bernyawa, kita sebenarnya masih ada masa.</o:p>

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-58378989447106614732014-01-13T13:32:00.004+08:002014-01-13T13:32:28.278+08:00SELAMAT DATANG JANUARI 2013, EH 2014

Cepat sungguh masa berlalu, rasanya seperti baru sahaja menulis entri
pertama dalam blog pada awal tahun 2013, hari ini, Januari 2014 telahpun masuk
ke fasa pertengahan. Bilangan tulisan di blog pada tahun 2013 juga semakin
merosot jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, mungkin kerana saya
banyak berkongsi rasa di facebook agaknya. Azam 2014 adalah untuk menghidupkan
kembali blog ini dengan lebih banyak artikel dan analisis yang lebih dewasa.<o:p></o:p>

Banyak perkara yang berlalu pada tahun 2013. Perjalanan PhD juga telah hampir
sampai ke penghujung, data telah siap dikutip dan dianalisa, tinggal untuk
diulas dalam tesis. Beberapa bab telah disiapkan dan telah dihantar, tapi masih
menunggu komentar dari penyelia yang nampaknya agak kurang aktif sejak cuti
Krismas baru-baru ini. <o:p></o:p>

Entahlah, tapi semakin saya mendalami bidang ini, semakin saya tahu
bahawa saya tidak akan kekal lama dalam bidang ini. Dunia kajian dan penerbitan
akademik dalam bidang sistem maklumat bukan bidang yang pastinya saya akan
terus mendalami selepas ini walaupun jika saya berjaya menamatkan penulisan
tesis ini dengan jayanya. Bidang lain, mungkin, dan mungkin juga satu hari
nanti saya akan bertukar karier menjadi usahawan sepenuh masa. Hidup dengan
usaha dalam perkara yang lebih saya sukai.<o:p></o:p>

2013 juga saya banyak berkelana, ke Dubai, Brazil dan pulang ke Malaysia
beberapa kali, antaranya kerana PRU dan untuk menjemput ibu bapa saya datang ke
sini. Banyak pengalaman baru dalam perjalanan, banyak juga kenalan-kenalan baru
yang saya temui, paling ‘mengejutkan’, bila mendapat khabar cahaya mata keempat
akan tiba tidak lama lagi dalam tahun 2014.<o:p></o:p>

Selain dari orang baru yang akan disambut pada tahun 2014, tahun ini
juga tahun terakhir saya akan berada di Australia, paling lambat saya akan
pulang adalah pada bulan Ogos 2014, paling cepat mungkin bulan Mac saya akan
pulang. Perasaan pastinya bercampur baur, tapi apa yang pasti, kehidupan akan
diteruskan dan setiap saat yang berlalu, di mana sahaja saya berada, ada
malaikat yang mencatat segala amalan untuk dipersembahkan di hadapan Allah satu
hari nanti di akhirat.<o:p></o:p>

Begitulah kehidupan, saat demi saat, kita semakin tua, anak-anak semakin
membesar dan kematian semakin menghampiri, selagi usia masih bersisa,
gunakanlah sebaiknya untuk beramal sebanyak-banyaknya buat bekal di akhirat
nanti.<o:p></o:p>

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7579561862240778902.post-13850412873788111542013-12-27T09:40:00.000+08:002013-12-27T09:40:06.030+08:00PILIHAN HARI INI, MASA DEPAN KITA NANTI: IBRAH DARI PENERBANGAN 611 CHINA AIRLINES

Gambar hiasan: Pesawat China Airlines

Beberapa hari yang lepas, saya berkesempatan menonton rancangan Air
Crash Investigation di YouTube, antara rancangan kegemaran yang sering saya
cuba cari masa untuk menontonnya. Kali ini, episod yang saya tonton adalah
berkenaan kemalangan yang menimpa sebuah pesawat China Air yang sedang dalam
perjalanan dari Taiwan ke Hong Kong.

<o:p></o:p>

Pesawat malang berusia 22 tahun ini pecah di udara dan terhempas ke laut
hanya selepas 20 minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan dan
mengorbankan kesemua 225 penumpang dan anak kapal. Pelbagai teori dibangkitkan oleh
media untuk mengenalpasti punca kapal terbang ini terputus dua dan relai di
udara, antaranya adalah serangan bom oleh penyerang berani mati dan tembakan
peluru berpandu oleh tentera Cina yang sedang menjalankan latihan di kawasan
berhampiran pada hari pesawat malang tersebut terhempas.<o:p></o:p>

Namun data dari kotak hitam pesawat dan maklumat radar menolak teori
tembakan peluru berpandu, begitu juga pemeriksaan ke atas mayat-mayat yang
ditemui menolak teori pesawat ini dibom oleh penyerang berani mati. Lebih
memeningkan penyiasat, langsung tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan
kegagalan elektronik dalam sistem pesawat atau kesilapan juruterbang. Perbualan
dan bunyi dalam kokpit pesawat juga tidak dapat memberikan apa-apa petunjuk. <o:p></o:p>

Jadi apa punca sebenar?<o:p></o:p>

Setelah siri pemeriksaan dilakukan terhadap beratus ratus pecahan
bangkai pesawat, akhirnya, petunjuk yang dicari berjaya ditemui. Hasil siasatan
menunjukkan bahawa pesawat itu pecah kerana retakan serius pada bahagian ekor
akibat satu kemalangan kecil yang berlaku 20 tahun yang lalu.<o:p></o:p>

Akibat kesilapan mekanik yang membaiki kerosakan kecil pada badan
pesawat malang tersebut setelah kemalangan itu berlaku, retakan itu semakin
lama semakin besar. Lebih malang, ia langsung tidak dapat dikesan dalam
siri-siri pemeriksaan rutin pesawat selepasnya kerana mekanik yang membaiki
hanya menulis catatan ringkas di dalam log yang menyatakan bahawa kerosakan itu
telahpun diperbaiki dengan sepatutnya walhal apa yang berlaku tidak begitu.<o:p></o:p>

Besi yang sepatutnya dibuang dan diganti, hanya ditampal dan dicat
semula, pembaikan yang dibuat, tidak mengikut standard yang telah dikeluarkan
oleh pengeluar pesawat.<o:p></o:p>

Akhirnya, selepas 22 tahun, kesilapan kecil atau pilihan yang salah
untuk tidak membaiki keseluruhan pesawat mengikut standard membawa padah yang
besar dan menjadi antara tragedi terburuk dalam sejarah penerbangan China Air.<o:p></o:p>

Banyak perkara yang dipelajari oleh industri penerbangan dalam
kemalangan ini, antaranya adalah audit dan pemeriksaan pesawat yang lebih ketat
dan lebih kerap dan ia menjadi kajian kes yang penting dalam penambahbaikan
terhadap penyenggaraan pesawat.<o:p></o:p>

Episod ini membuatkan saya termenung dan berfikir panjang selepasnya.
Bagaimana kerja cincai yang dilakukan kerana hendak cepat akhirnya menjadi
sebab musibah ngeri yang mengorbankan banyak nyawa. <o:p></o:p>

Pilihan yang salah 20 tahun yang lampau akhirnya memberi kesan yang amat
buruk 20 tahun selepasnya. Ajal dan taqdir adalah ketentuan, tapi usaha dan
ikhtiar untuk memilih pilihan yang baik atau buruk adalah sentiasa di tangan
manusia.<o:p></o:p>

maka Allah mengilhamkan
kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,<o:p></o:p>

sesungguhnya beruntunglah
orang yang menyucikan jiwa itu,<o:p></o:p>

dan sesungguhnya rugilah
orang yang mengotorinya.<o:p></o:p>

(As Syams 8-10)<o:p></o:p>

Bagaimana dengan kita pada hari ini?<o:p></o:p>

Adakah kita telah memilih untuk menjalani kehidupan yang punya matlamat,
perancangan, teliti dan tersusun dalam perlaksanaan? Ataukah kita memilih untuk
menjalani kehidupan secara cincai dengan membiarkan ia berlalu secara ‘autopilot’,
tanpa destinasi, tiada perancangan dan tidak pernah menyusun perlaksanaan?<o:p></o:p>

Pernahkah kita berfikir, apakah kesan kepada kehidupan kita 20 tahun
akan datang jika kita terus menerus dengan cara hidup cincai seperti yang kita
jalani sekarang?<o:p></o:p>

Lebih penting lagi, pernahkah kita berfikir, apakah kesan kepada
kehidupan kita 2000 tahun akan datang di alam baqa’ jika kita terus menerus dengan
pilihan-pilihan cincai seperti mana yang kita lakukan sekarang?<o:p></o:p>

Apa yang kita lakukan hari ini tidak akan berakhir di sini, pasti akan
ada kesannya nanti di masa hadapan, bukan hanya ketika kita telah meningkat ke
usia tua, tapi lebih utama, bila kita melangkah kaki di hadapan Allah untuk
dihisab.<o:p></o:p>

Bagaimana kita memilih untuk mendapatkan harta?<o:p></o:p>

Bagaimana kita memilih untuk membelanjakan setiap sen dari duit kita?<o:p></o:p>

Bagaimana kita menghabiskan usia muda?<o:p></o:p>

Bagaimana kita menggunakan ilmu yang kita ada?<o:p></o:p>

Ke mana kita menjaga dan menyalurkan nikmat kesihatan yang kita ada?<o:p></o:p>

Semuanya akan memberi kesan kepada kehidupan kita di masa hadapan, bukan
sahaja kehidupan di dunia, tapi kehidupan di akhirat nanti.<o:p></o:p>

Jika hari ini kita malas membaca, jangan bermimpi untuk menjadi sarjana
20 tahun lagi. Jika hari ini kita membuang masa, banyak tidur dan gemar berbual
kosong, jangan mimpi untuk menjadi seperti Syed Mokhtar Al Bukhary 20 tahun
lagi. Jika hari ini kita culas dan malas dalam ibadah, dalam tarbiah dan dalam
dakwah, jangan bermimpi untuk menjejakkan kaki ke syurga Allah yang tertinggi.<o:p></o:p>

Pilihan kita hari ini adalah masa depan kita nanti.<o:p></o:p>

Cincai pilihan kita, cincailah juga nanti masa depan kita.<o:p></o:p>

Kemas pilihan kita, Allah pasti tidak akan menzalimi hamba-hambanya yang
berusaha dan bertawakkal kepadanya.<o:p></o:p>

Pilihlah dengan taqwa, umpama seorang yang berjalan di jalanan penuh
duri.<o:p></o:p>

Moga Allah sentiasa menunjukkan kita dan memberi hidayah untuk kita
berjalan di atas jalannya yang lurus.<o:p></o:p>

Mohd Hisham Mohd Sharifhttp://www.blogger.com/profile/04009074632392555087noreply@blogger.com1