Pantas sungguh masa berlalu.
Terasa seperti baru sahaja
menjejakkan kaki di KLIA, menikmati cuaca panas dan makanan-makanan Malaysia
yang cukup eksotik. Belum puas lagi berbual dengan teman-teman, mendengar
laungan azan dari masjid berdekatan dan meneguk kasih sayang dari mereka yang
tersayang.
Bila pulang ke tanahair,
diri terasa lepas, bebas dan tenang. Walaupun banyak kekurangan jika
dibandingkan dengan Australia, sebuah negara maju yang cukup terkedepan dari
banyak segi, namun tetap dirasakan bahawa Malaysia adalah jauh lebih baik.
Amat benar kata pepatah
orang tua-tua, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih
baik negeri sendiri. Hari ini saya memahaminya.
Wah! Malasnya nak kemas beg
nak balik dan terbang semula ke lembah dingin itu. Harap dapat habiskan
cepat-cepat pengajian di sini dengan jayanya. Mohon doa semua ye.
No comments:
Post a Comment