Karat-Karat Jahiliah


“Berada dalam jalan tarbiyyah bukan jaminan bahawa antum akan terselamat dari dosa, bahkan antum akan diuji kerana ujian itu adalah sunnah bagi para pendakwah” itu ayat yang sempat aku tangkap ketika melabuhkan punggung ke sesi usrah malam tadi.

Kerana datang 40 minit lambat, aku memilih untuk masuk secara perlahan-lahan agar tidak menganggu sesi pembentangan tafsir, aku lihat, naqib ku seolah tidak perasan akan kehadiranku walhal aku tahu, dia pasti akan menyusun ayat untuk menasihatiku secara berhikmah selepas ini…

“Ketika perang Uhud, tentera Muslimin diuji dengan sahabat-sahabat yang cintakan dunia, satu sifat yang Saidina Umar merasa cukup hairan bagaimana ia boleh wujud dikalangan tentera Muslimin.” Naqib ku menyambung kisahnya tentang sunnah ujian dalam jalan dakwah.

“Perasaan ini mungkin telah lama wujud dalam hati para sahabat, tapi Allah memilih untuk membersihkan penyakit cinta dunia ini dengan harga yang bersangatan mahal dan pada saat-saat yang cukup menakutkan, maka pada ketika itu terserlahlah segala karat-karat jahiliah”

“Tentera muslimin mengalami pukulan yang hebat, ramai sahabat yang gugur syahid akibat karat-karat jahiliah yang tidak dibersihkan sebelum perang Uhud oleh para sahabat pemanah dibukit yang mulia.” Naqibku menyambung tazkirah, dan aku mendengar dengan mata tarbiyyah yang dibuka…

“Begitu juga dalam perang Tabuk…” aku tahu, kisah perang Tabuk ini adalah nasihat spesifik kepadaku yang sering lambat ketika menghadiri usrah.

“Siapa nama sahabat yang diceritakan oleh Allah dalam surah Taubah ketika perang Tabuk tu….”Naqibku bertanya…

“Kaab Bin Malik” aku menjawab perlahan, hampir tidak terkeluar suaraku.

“Kaab bukan tidak mahu pergi berperang, tetapi dia sengaja melambat-lambatkan pemergiannya, dan merasakan bahawa dia mampu untuk mengejar sahabat-sahabat yang lain selepasnya…” nampaknya bola tanggung telah diangkat…
“Namun akhirnya Kaab tertinggal, dan kelalaiannya itu telah dihukum dengan sesi pemulauan selama 40 hari oleh para sahabat sehingga dia merasakan dunia telah menjadi sempit baginya” itu smash pertama yang menusuk ke hati ini.

“Mungkin, Kaab memang tabiat dia begitu, suka berlambat-lambat, tetapi sifat ini Allah tidak biarkan, dan Allah bersihkan sifat lambatnya itu dalam peristiwa perang Tabuk yang dirakamkan kisahnya dalam Al-Quran dengan begitu terperinci sekali, hingga nama Kaab dan rakan-rakannya kekal dalam sejarah sebagai peringatan bagi orang beriman yang lalai” kali ini aku tertunduk, tidak mampu untuk aku memandang wajah naqib.

Peringatan ini datang ketika aku benar-benar memerlukannya, ketika hati dilanda lalai dan lemah, ketika futur melanda jiwa yang resah.

Memilih untuk berada dalam jalan tarbiyyah bermakna kita memilih jalan islah diri, namun jika berada di dalam jalan ini dan tidak mengambil peluang untuk memperbaiki diri, sia-sialah kita berada di atas jalan ini.

Muhammad Ahmad Rashid mengibaratkan di dalam salah sebuah karyanya bahawa jiwa yang berkarat ini ibarat kolam yang penuh dengan keladak di bawahnya. Ketika masa-masa damai dan tenang, kelihatan indah dan cantik, namun tika dicampakkan seketul batu maka akan keluarlah keladak-keladak dan kolam itu akan bertukar warnanya menjadi kuning dan hodoh.

Karat-karat yang tersimpan hanya akan terkeluar apabila diuji dengan goncangan, ketika masa-masa ujian maka akan terkeluarlah sifat-sifat buruk yang mendiami dasar hati selama ini.

“Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari menerima ujian yang tidak mampu aku memikulnya”

Terima kasih sheikh, atas nasihat yang begitu bermakna.

7 comments:

  1. Memang sukar menepati waktu, tetapi sebagai seorang muslim kita seharusnya dan mesti berusaha menepatinya.

    Menepati masa menunjukkan sejauh mana seriusnya kita dengan sesuatu perkara.

    Jangan biarkan tabiat kita itu akan mmenjadikan orang sekeliling kita tidak selesa dengan kita. Bagaimana nak berdakwah kepada orang lain jika contoh yang baik tidak ada dalam diri.

    Sama2 kita bermuhasabah kembali bagaimana kita bermuamalah dengan masa yang telah dikurniakan.

    Masa itu kehidupan, jika tidak dimanfaatkan maka kita telah mensia-siakannya. Bagaimanakah kita hendak menjawab pertanyaan di hadapan Allah terhadap masa yang kita ambil dari orang sekeliling kita?

    Fikir2kan, renung2kan...

    ReplyDelete
  2. Satu lagi cerita yg ana nak kongsi...

    Abdullah bin Rawahah r.a. tangguhkan berpergian bersama jemaah yg sudah keluar dari Madinah selama setengah hari....

    Bukan atas sebab dunia....tapi semata-mata dia ingin solat jumaat terakhir bersama Nabi SAW...sebab dia dapat alamat yg dia akan syahid...

    Itupun Nabi SAW kabarkan dia akan masuk syurga 500 tahun lewat dari syuhada lain...

    ReplyDelete
  3. Memang para sahabat contoh terbaik... sebab mereka la yg betul berkorban...

    Sebenarnya peringatan untuk saya dan kita semua seandainya kita rasa kita dah banyak berkorban....hehehehe

    ReplyDelete
  4. Rasanya darjat kita ni, nak compare dengan peluh sahabat pun belum tentu sheikh...jauh planet pluto dari bumi....

    ReplyDelete
  5. hmm, teramatlah jauhnya utk sy ni. ;-)

    ReplyDelete