Tentang Penulis Blog


Penulis blog ini adalah seorang hamba Allah, seorang anak yang ingin menjadi anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya, seorang suami dan ayah yang ingin menyayangi dan mendidik isteri dan anak-anaknya setulus dan sepenuh hati.

Pada masa yang sama penulis juga adalah seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia dari tahun 2004 hingga kini, namun kini bergelar pelajar (PhD di University of Adelaide) dan menetap di Adelaide Australia bersama isteri dan 3 anaknya untuk tempoh selama 3 tahun.

Berminat dalam penulisan dan pendidikan anak-anak, penulis bercita-cita untuk menjadi seorang yang mampu untuk memberi sumbangan yang signifikan dalam bidang pendidikan anak-anak untuk melahirkan generasi baru Islam yang akan menjadi harapan dan ruh baru dalam ummah ini.

Insyaallah.