Semuanya adalah ujian

Tinggal 2 hari lagi sebelum tarikh pembentangan kertas cadangan PhD saya sedang slaid pembentangan masih belum bersentuh dan ada bahagian dalam kaedah kajian yang saya masih belum menguasainya dengan sempurna.Beberapa jadual juga harus dikemaskini lagi dengan sorotan literatur yang lebih komprehensif.

Minggu ini juga saya harus mempersiapkan segala kelengkapan Malaysian Carnival yang akan berlangsung Ahad ini.

Tidak dilupakan persiapan untuk Ceramah Bahaya Humanisme yang akan disampaikan oleh Ustazah Norsaleha di Adelaide juga pada hujung minggu ini.

Pada masa yang sama, isteri saya masih lagi bertarung hebat dengan alahan mengandungnya, menyebabkan saya terpaksa menggalas sementara tugas-tugas yang disandangnya sebelum itu termasuklah menjadi jururawat tidak bertauliah untuk menguruskan makan minum dan sakit peningnya.

Juga menguruskan Humaira’ di waktu pagi sebelum ke sekolah, menyelesaikan segala urusan pakaian ahli rumah dari membasuh, menyidai dan mengutipnya kembali. Untuk melipat banjaran kain itu saya tidak punya upaya lagi.

Kemudian membersihkan dapur, mengemas rumah, menyiapkan sarapan, makan tengahari dan kadangkala makan malam (selalunya ada akhawat yang baik hati yang sudi menghantar makanan), bercerita kepada Humaira’ dan Khadijah, membacakan kepada mereka buku dan melayan mereka bermain tali skipping, one two som dan pelbagai lagi (selalunya saya mengalah dan terpaksa memanggil Upin dan Ipin meneman mereka bermain. Terima kasih Les Copaque).

Kemudian masa yang berbaki, saya harus lapangkan untuk melihat-lihat laman web MyPSA dan mengemaskininya sekadar termampu.

Ditambah pula dengan kerisauan terhadap kesihatan kedua orang tua saya yang kadangkala membuatkan saya ingin terbang pulang segera.

Allahuakbar.

Alhamdulillah, disebalik kesibukan-kesibukan dan rutin yang menyebabkan pada masa ini waktu lapang saya menjadi amat sedikit, saya bersyukur kerana masih dikurniakan Allah kesihatan yang baik untuk menggalas segala bebanan ini. Alhamdulillah.

Sesungguhnya, kesenangan atau kesusahan, waktu sibuk atau lapang, kaya atau miskin, semuanya adalah ujian untuk melihat sama ada kita ini akan menjadi hamba yang bersyukur atau hamba yang kufur.

3 comments:

  1. saya bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sabar dan seorang ayah yang sgt penyayang buat anak2 seperti kamu... terima kasih atas layanan, moga cinta kita akan kekal hingga ke syurga, tidak kira apa jua ujian melanda... insya allah kita akan setia mengharunginya...

    ReplyDelete
  2. Sgt sweet komen hausmate kamu.. =) InsyaAllah saya doakan moga Kak Syifa' dan Akh Hisham tabah mengharungi tarbiyyah Allah yg sementara ni dan dijanjikan ganjaran hebat yg kekal selamanya di akhirat kelak. Moga mendapat mujahid/ah yg akan m'jadi penyambung gerakan risalah kelak. Amin.

    ReplyDelete
  3. ana pun nak doakan kak syifa' & akhi hisham moga dipermudahkan segala urusan dan diberi kekuatan mengharungi segala ujian dariNya :)

    ReplyDelete