Tahniah, Perjalanan Anda Baru Sahaja Bermula

Salam Tahniah untuk semua warga UUM yang berkonvokesyen hari ini dan secara khusus kepada pelajar-pelajar Perakaunan Sistem Maklumat, ucapan tahniah dan salam penuh kebanggaan dari saya untuk anda semua.

Melihat anda semua tamat pengajian adalah satu kepuasan bagi saya, gunalah ilmu di dada sebaik-baiknya, perjalanan kehidupan anda baru sahaja bermula.

Ingatlah, dunia ini hanyalah permainan dan hanya akhirat kampung yang akan kekal abadi. Jadikanlah dunia ini sebagai ladang akhirat untuk anda semua menuai hasilnya di sana. Walau sehebat mana kita di dunia, tapi jika disisi Allah nilaiannya hampa, sengsaralah kesudahan kita di kampung yang kekal disana.

Jadilah warga dunia yang bertanggungjawab, khalifah yang mentadbir alam ini membawa kemakmuran dan menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik untuk didiami.

Bilik 2.57 sentiasa terbuka untuk anda semua.

3 comments:

  1. terima kasih encik...
    insyaAllah saya akan ingat...

    sori tak dapat nak gi bilik encik...
    masing2 nak kene balik cepat...jumpe dorang pun sekejap je...:(

    InsyaAllah panjang umo..ade rezeki kite jumpe lagi encik...no bilik jgn tuko ek....hehehehe

    ReplyDelete
  2. syukran jazilan encik hisham...atas segala ilmu yg encik sham da curahkn pd kami semua..Allah ta'ala saja yg mampu bls jasa baik encik sham..

    segala nasihat encik akan sentiasa menjadi pedoman..insyaAllah..

    Indah sungguh dunia bergelar student klu nak compare dunia bekerja..rs mcm nk turn back time je..tp apa boleh buat..ms tetap berjalan meninggalkn kita..rugi la insan2 yg tak 'menikmati' kehidupan di kampus sebaik2nya..dan untunglah pd mereka yg bijak 'merebut peluang'..

    ReplyDelete
  3. terima kasih en hisyam...saya still ingat ape yg en hisyam ajar... yerla...dah berape thn ngan en hisyam je.en. mesti x ingat..ramai lg student en.tp the best thing yg saya x boleh lupe..final sem buat paper project dgn en. hisyam.. thank for everthing.saya akan gunakan ilmu yang en. bagi sebaiknya

    ReplyDelete