AKU INGIN BERUBAH, TAPI BAGAIMANA?

“Entahlah Abang Sham, saya ni dah lama ikut usrah, tapi tak rasa ada peningkatan pun pada diri, masih lagi tak mampu nak tinggal lagu-lagu lagha, masih suka tengok ‘movie’ lama-lama, layan bola tengah-tengah malam buta, masih lagi suka ‘outing’ dan ‘chatting’ dengan budak perempuan, kadang-kadang, saya rasa saya ni hipokrit, tapi entahlah, saya tak tahu bagaimana nak berubah.” Luah Zairul dengan wajah penuh kesal.

Saya mendengar dan cuba menganalisa, tidak ingin cepat memberi nasihat dan cadangan, cuba untuk meletakkan diri di dalam kasutnya.

“Mutabaah amal saya cuba ‘maintain’, Quran saya baca, Solat Jemaah saya cuba untuk tak miss, tapi tak tahulah, kemanisan beribadah tu saya tak dapat rasa, hipokritkah saya ni Abang Sham?” Zairul menambah.

Saya terdiam dan memandang wajahnya mencari makna. Tampak ada keikhlasan di wajahnya untuk berubah, tapi ada sesuatu yang menghalangnya dari terbang tinggi.

Selepas lama Zairul mendiamkan diri dan melihat wajahnya yang memberi isyarat untuk saya memberi respon, barulah saya memulakan kata-kata.

KASIH AYAH MEMBAWA KE NERAKA: IKTIBAR DARI PESAWAT MALANG AEROFLOT 593

Pada 23 Mac 1994, sebuah pesawat Airbus A310 syarikat Aeroflot yang dalam perjalanan dari Moscow ke Hongkong terhempas di kawasan pergunungan Russia, mengorbankan semua 73 penumpang dan anak kapal.

Kredit Foto: Airdisaster.com
Airbus A310 adalah sebuah pesawat yang canggih, dan digunakan oleh banyak syarikat penerbangan di seluruh dunia. Kemalangan pesawat ini menimbulkan rasa cemas banyak pihak kerana jika berlaku kerosakan mekanikal atau terdapat kesilapan pada rekabentuk yang menjadi punca kemalangan, ia perlu ditangani segera, kerana jika tidak, banyak lagi pesawat Airbus A310 yang mungkin bakal mengalami nasib yang sama.

Namun hasil siasatan membuktikan sebaliknya, tiada kerosakan mekanikal yang berlaku, bahkan bukti-bukti yang ditemui dari kotak hitam dan kedudukan mayat di kokpit membawa kepada penemuan yang amat mengejutkan.

Terdapat dua kanak-kanak di dalam kokpit, dan data dari kotak hitam membuktikan bahawa dua kanak-kanak ini dibenarkan oleh juruterbang untuk memandu pesawat dan mengakibatkan pesawat terhempas!

Apa yang berlaku sebenarnya?

AIR MANI, SPERMA DAN ZINA: MEJELASKAN KEPADA ANAK TENTANG PROSES PENCIPTAAN MANUSIA

“Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.”


“Dalam ayat ini Allah sebut kepada semua manusia, bahawa jika ada yang tak percaya kepada hari kiamat, tak percaya bahawa selepas mati dan ditanam di dalam kubur akan dibangkitkan semula, kemudian dihimpunkan di Mahsyar untuk dihisab, melalui titian Sirat dan kemudian ke syurga atau ke neraka, maka lihatlah kepada proses bagaimana manusia dicipta.”

Pagi ini, saya bercerita kepada anak-anak tentang makna ayat-ayat awal dari surah al Hajj selepas sesi membaca Al Quran bersama-sama sebelum saya bertolak ke Universiti.

Walaupun sesi begini tidak hari-hari saya lakukan kerana fokus pendidikan Al Quran kepada Humaira’ dan Khadijah buat masa ini masih lagi berkenaan memperbetulkan tajwid, panjang pendek dan makhraj huruf, namun bercerita tentang makna sekali sekala tidak ditinggalkan agar sedikit sebanyak mereka tahu makna dan pengajaran praktikal di sebalik ayat-ayat yang dibaca.

Tidaklah saya menceritakan berkenaan dengan asbab nuzul dan huraian ahli tafsir dari kitab-kitab tafsir yang lebih sesuai untuk mereka yang lebih dewasa, terutamanya dalam membicarakan ayat-ayat mutasyabihat, tetapi cerita saya lebih kepada ayat-ayat atau kisah-kisah yang jelas maksudnya untuk diambil pengajaran.

Harapan saya, moga cerita-cerita dari Al Quran ini menjadi asas untuk mereka menjadi generasi yang bukan hanya pandai membaca dan menghafaz sahaja, tetapi melaksanakan Al Quran di dalam hidup sepenuhnya.

“Allah sebut, bahawa manusia, Allah jadikan daripada tanah, kemudian dari air mani….” Saya menyambung sebelum terhenti pada perkataan ‘air mani’.

Seperti yang saya jangka, sebelum sempat saya menyambung ayat yang seterusnya, Khadijah dan Humaira’ mengangkat tangan dan serentak bertanya.

“Air mani itu apa ayah? Macamana Allah ciptakan kita dari air mani?”

NORMALISASI DAN PERJUANGAN LGBT, AGENDA SYAITAN SEJAK ZAMAN BERZAMAN

Normalisasi adalah senjata utama syaitan dalam perjuangannya menyesatkan manusia. Strategi bertahap sedikit demi sedikit untuk menyesatkan umat Manusia agar terjerumus ke jurang api neraka dilakukan amat licik, dan kadang-kadang dihias agar dikelilingi oleh perkara-perkara yang nampak baik.

Strategi ini telah diceritakan dengan jelas oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis sahih yang menceritakan bagaimana syaitan menyesatkan Umat Nabi Nuh.

“Daripada Ibn Abbas radhiyallahu ‘anha, beliau berkata bahawa berhala-berhala yang asalnya merupakan berhala kaum Nuh, kemudiannya menjadi berhala kaum Arab. Berhala yang bernama Wadd menjadi berhala Kilab di Daumah al-Jandal. Suwa’ pula menjadi berhala Huzail. Yaghuth menjadi berhala untuk Murad dan kemudiannya menjadi sembahan Bani Ghutayf di kawasan gua di Saba’. Manakala Ya’ooq ia menjadi berhala untuk Hamdan. Nasr menjadi berhala Himyar, yakni Aal Dzi al-Kula’.

Nama-nama itu adalah nama lelaki-lelaki soleh daripada kaum Nuh. Apabila mereka meninggal dunia, Syaitan memberi idea kepada kaum mereka agar membina patung yang dibawa hadir ke majlis-majlis mereka. Patung itu didudukkan bersama mereka dan setiap satunya dinamakan dengan nama-nama lelaki soleh itu. Lalu kaum tersebut melakukan idea Syaitan itu tetapi mereka tidak menyembahnya. Akan tetapi apabila generasi pembuat patung itu mati, dan pengetahuan mengenai tujuan asal patung itu dibuat telah hilang, akhirnya patung itu disembah” [Sahih al-Bukhari, hadith nombor 4920]

Syaitan tidak pernah berhenti dari menggunakan strategi ini hinggalah hari kiamat untuk menyesatkan manusia. Musuh Allah ini tidak akan datang kepada kita dan meminta kita melakukan syirik dan dosa besar secara terus, tapi dia akan mengelirukan kita secara perlahan-lahan hingga akhirnya kita terperangkap dalam belitan tipu dayanya.

Umat Islam perlu lebih cakna dan sedar dengan strategi ini agar tidak mudah tertipu dengan kesesatan agenda yang dibawa oleh syaitan.

Agenda perjuangan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender) adalah antara agenda syaitan sejak zaman Nabi Lut yang diperjuangkan oleh sebahagian manusia di atas muka bumi hari ini. Kemuncak kepada perjuangan agenda ini adalah supaya aktiviti mereka diiktiraf sebagai sebagai normal dan hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang negara. Jalannya tidak mudah, tapi strategi normalisasi digunakan dengan sangat intensif oleh para aktivis yang memperjuangkan LGBT.

TERHINA DI BUMI SENDIRI

Beberapa hari lepas, negara dikejutkan dengan berita sedih sepasang suami isteri yang ditahan di Sweden kerana merotan anak mereka di tangan dengan tujuan untuk mendidik mereka berkenaan dengan solat.

foto: pasangan Malaysia yang kini dalam tahanan di Sweden
Hingga saat ini, pasangan ini telah ditahan di penjara hampir sebulan dan lebih menyedihkan, anak-anak mereka telah ditempatkan bersama dengan keluarga bukan Islam. Menurut sumber media, undang – undang penderaan fizikal kanak-kanak yang amat ketat di Sweden telah menyebabkan pasangan ini ditahan.

Setiap Muslim yang membaca berita ini pasti akan terluka, kerana merotan anak-anak dalam pendidikan solat adalah sebahagian sunnah baginda dalam tarbiah anak-anak. Rotan adalah langkah terakhir yang dianjurkan oleh baginda dalam mendidik anak-anak untuk mendirikan solat. Sunnahnya adalah mula menyuruh anak solat pada usianya 7 tahun dan rotan digunakan jika masih culas dalam solat pada usia 10 tahun.

Mungkin inilah hakikat praktikal disebalik peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Sweden walaupun terkenal sebagai sebuah negara yang baik serba serbi, dari segi hak asasi, ‘good governance’, kebersihan, kemajuan, harga barang yang murah dan sebagainya tapi bila berlaku kes-kes begini, tetap kita merasakan tinggal di Malaysia yang mungkin tidak sehebat Sweden dari segi material adalah jauh lebih baik.

Kecederaan emosi akibat memisahkan anak-anak pasangan ini dari ibu bapanya yang baik jauh lebih buruk dari luka libasan rotan oleh ibu bapa yang ingin mendidik anak-anaknya. Kerajaan Sweden nyata telah berlaku zalim apabila memisahkan hak fitrah anak-anak untuk bertemu dengan kedua ibu bapa mereka. Hal ini terbukti apabila diberitakan anak-anak pasangan ini dalam keadaan tertekan dan sedih, bahkan dilaporkan bahawa anak bongsu kepada pasangan  ini menangis setiap hari kerana rindukan ibu bapanya.

Semoga Allah melimpahkan kesabaran dan mempermudahkan jalan untuk pasangan ini dibebaskan dan kembali disatukan dengan anak-anak mereka.

Sedih memang sedih, tapi bila melihat apa yang berlaku kebelakangan ini di negara kita, peribahasa tersebut mungkin pada masa akan datang tidak akan lagi relevan. Kisah guru muallaf SJKC yang dipaksa untuk menanggalkan tudung jika ingin terus mengajar adalah amat menyedihkan dan membimbangkan.