Pada Syurga di Wajah Mereka



“Dedi baru sahaja lepas pembedahan kecil buang selaput mata, lepas ini akan buat pembedahan hernia (usus) pula, dalam keadaan Ma yang tak berapa sihat, Ariff yang terikat dengan komitmen kerja dan Farid yang sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun, keadaan agak sukar di rumah, terutamanya bagi Ma yang banyak waktu tak sihat berbanding sihat.”

“Dengarnya, agak meletihkan juga Ma jaga Dedi di hospital masa pembedahan mata tu. Pembedahan hernia ni walaupun kecil juga, tapi tetap akan terpaksa tinggal di hospital untuk jangka waktu yang signifikan.”

“Dengan keadaan keduanya yang ada darah tinggi dan kencing manis, tidak boleh makan sebarangan, keadaan tidak mudah.”


Cars: Kisah Kembara Lightning Mcqueen Mencari Makna Bahagia


Antara aktiviti yang saya lakukan bersama anak-anak musim cuti sekolah ini adalah menonton filem animasi. Sudah tentunya saya akan pastikan filem animasi yang ditonton adalah bersesuaian dan tidak mengandungi elemen-elemen buruk yang boleh merosakkan minda mereka.

Hari ini saya memilih untuk menapis filem Cars (2006). 2 jam saya menonton animasi ini petang tadi setelah selesai urusan di Universiti, dan ternyata ia tidak mengecewakan. Saya amat kagum dengan imaginasi dan kreativiti mereka yang terlibat dalam filem ini. Bagaimana setiap kereta punya watak dan karakter yang tersendiri dan ia amat hidup!

Brother Muhammad dan Coklat

“Anta kenal Brother Muhammad?” Tanya Dr. Zaki sambil meletakkan begnya di atas meja.

“Siapa ye?” spontan saya bertanya.

“Perasan tak seorang lelaki Arab dalam linkungan usia pertengahan 40, selalu tersenyum dan selalu beri coklat kepada budak-budak yang datang ke masjid.” Terang Dr. Zaki.

“Haa, kalau yang tu memang lah kenal. Tapi kenapa dengan dia?” Saya bertanya kembali, nada Dr. Zaki seakan tergantung, membuatkan saya bertanya lagi sebelum sempat dia menjelaskan dengan lebih lanjut.

“Tadi dia kena ‘Heart attack’” Jelas Dr. Zaki dengan wajah yang agak suram.

Cinta Versi Mana?

Boleh atau tidak jatuh cinta dan bercinta sebelum berkahwin?

Jawapan kepada persoalan di atas bergantung kepada bagaimana kita mendefinisikan cinta sebelum berkahwin itu.

Jika cinta itu kita definisikan sebagai perbuatan keluar bersama, menonton wayang bersama, makan bersama, berpegang-pegangan tangan, bergambar bersama, bertukar-tukar panggilan melalui telefon, saling berutus sms dan e-mail dengan bahasa-bahasa yang akan menaikkan syahwat, maka jelas itu adalah cinta palsu berasaskan nafsu yang akan hanya mendekatkan pelakunya kepada zina.

Jika cinta itu kita definisikan sebagai perasaan suka kepada seorang wanita/lelaki dan kita mengimpikan untuk berkahwin dengannya serta dituruti dengan langkah-langkah bermaruah untuk membina rumahtangga dengan penuh perasaan tanggungjawab, maka itu adalah cinta  sejati antara lelaki dan wanita yang dibolehkan bahkan adalah satu fitrah yang diiktiraf dalam agama kita.

Cinta itu adalah perasaan, perbuatan-perbuatan manusia untuk mendefinisikan cinta itulah yang menjadikannya betul atau salah.

Berhati-hatilah mendefinisikan cinta kerana cinta palsu berasaskan nafsu adalah perangkap syaitan yang ingin mengajak manusia menemaninya ke neraka manakala cinta sejati akan membawa kita hampir dengan taman-taman syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan hati.

Pilihan ditangan kita? Cinta versi mana yang ingin kita pilih?

Atas Nama Cinta

“Anta pasti dengan keputusan yang anta buat ni?” Tanya Ustaz Wan kepada saya, serius.

Gambar ketika majlis perkahwinan Ustaz Yusuf dan Ukhti Suriani.
Ustaz Wan Hisham adalah seorang pendidik yang amat saya hormati. Beliau tidak banyak berkata-kata, tapi setiap butir bicaranya adalah mutiara. Ketegasannya tidaklah tanpa senyuman yang mendamaikan jiwa. Saya selesa berbincang banyak perkara dengan dirinya, termasuklah urusan Baitul Muslim yang akan saya hadapi tidak lama lagi.

 “Insyaallah, pasti Ustaz Wan.” Saya menjawab. Juga dengan serius.

“Kalau ada halangan yang berlaku di pertengahan jalan macamana? Maksud Ustaz kalau ada halangan dari keluarga dan masalah-masalah lain, apakah anta akan berpatah balik?” Tanya Ustaz Wan lagi.

Soalan ini membuatkan saya berfikir panjang. Terbayang wajah ayah dan ibu di rumah. Terbayang juga wajah akhawat tersebut di dalam kepala.