Semalam kerajaan mengumumkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan, ini bermakna Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu seperti sebelumnya.
Seperti yang dijangka, keputusan ini membuatkan ramai yang kecewa, sedih dan marah namun di sudut yang bertentangan, ramai pula yang bersorak gembira.
Jauh disudut hati, aku menyokong pemansuhan PPSMI ini, namun ada juga sebahagian hati ini yang sedih dengan pemansuhan itu. Walauapapun, kerajaan telah membuat keputusan berdasarkan hasil dari kajian empirikal, pendapat para cendekiawan malahan penutur pekat bahasa Inggeris itu sendiri. Fakta yang jelas telah memaksa kerajaan untuk mengubah kembali polisi ini.
Jika dilihat di blog-blog yang pro PPSMI, kebanyakan hujahnya berbau emosi dan hanya berdasarkan kepada pengalaman diri sendiri sahaja. Apa yang lebih malang, puak yang pro PPSMI ini memperlihatkan kedangkalan dalam hujah apabila emosi menguasai diri. Bahkan ada pula yang menyalahkan pelajar-pelajar kampung yang bodoh sebagai punca pengunduran PPSMI.
Hakikat yang tidak dapat ditolak bahawa bahasa hanyalah sebagai medium, apa yang penting adalah kemampuan untuk menyelesaikan masalah, teknik dan sistem pembelajaran itu sendiri.
Namun apa yang lebih penting lagi, adalah peribadi umat islam itu sendiri. Jatidiri yang lemah akan menyebabkan kegagalan walau diajar dengan bahasa apa sekalipun. Umat ini harus melihat kembali sejarah silam bagaimana umat islam membina empayar, sejarahnya bermula bukan dengan polisi bahasa, tetapi pada penetapan matlamat kehidupan yang jelas dan pada kesungguhan untuk berkongsi manhaj islam yang indah.
wallahua'lam
Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Blogging from 2008 - ?
Kontrol Macho
Semester baru kini bermula semula di UUM, jalan-jalan yang dulunya sepi kini meriah kembali, pelbagai ragam dan warna warni pelajar baru dan lama mewarnai kampus hijau yang indah ini. Semester ini, aku kembali mengajar subjek Pakej Pengaturcaraan Perakaunan dan juga subjek lama iaitu Pengurusan Sistem Maklumat Perakaunan.
Kembali mengajar subjek ini, mengimbau nostalgia, subjek ini yang dilakarkan silibusnya oleh aku 5 tahun adalah subjek pertama pengajaran sekembalinya dari pengajian Ijazah lanjutan pada 2003. Masih lagi aku ingat pelajar-pelajar seperti Zulfikri, Ariff, Islahuddin, Jalwati, Radin, Rilawati dan ramai lagi yang menjadi kumpulan pertama pelajar dibawah kendalianku.
Subjek ini diberi nafas baru semester ini, setelah sekian lama bersama Visual Basic 6.0, kali ini kami akan menggunakan Visual Basic 2008, Access 2007 dan Crystal Report sebagai tools utama dalam subjek ini.
Penggunaan tools baru, kenangan nostalgia membuatkan aku cukup bersemangat untuk mengajar semester ini.
Jam 10 am, dengan penuh dedikasi aku masuk ke kelas di lab fpk 6, setelah “menghalau” pelajar “pure akaun” yang tidak dibenarkan mengambil subjek ini semester ini, aku memulakan sesi pengenalan dan pengajaran dengan penuh semangat.
Tanpa disedari, 40 minit masa berlalu, setelah selesai penerangan seperti biasa aku bertanya kepada pelajar.
“Ok class, is there any question before I move on to our next agenda for today?”
Tiba-tiba seorang pelajar mengangkat tangan.
“Sir, I think you got the wrong class, this is System Analysis & Design not Programming”
Hah! Sudah, getusku dalam hati
Dengan selamba aku berkata kepada pelajar tersebut
“Are you sure?, because I’m 100% confident that I’m in the right place at the right time”
“We are sure sir” 2 3 orang pelajar menambah lagi.
If that’s the case, I’m sorry and I’ll check back my schedule” aku bersuara perlahan dengan wajah yang “control macho”
Perlahan-lahan aku keluar, selang beberapa meter aku melangkahkan kaki dari makmal, terdengar beberapa pelajar sedang ketawa.
Sampai di bilik, aku melihat kembali jadual, rupanya kelasku pukul 12 bukan pukul 10.
“Cisss!”

Keprihatinan Yang Menyelamatkan
Pagi tadi, sewaktu aku sedang berjalan menuju ke pejabat, aku terpandang segugus kunci yang tertinggal pada motorsikal, milik pelajar yang tergesa-gesa nak ke kelas mungkin. Langkahku terhenti seketika, ditinggalkan, terasa bersalah pula, lalu aku membuat keputusan untuk mengambilnya dan meninggalkan kunci tersebut di pejabat am bangunan perakaunan. Aku tinggalkan satu notis kepada pemiliknya supaya menuntut kembali kuncinya di pejabat am. Moga kesilapan tersebut tidak akan diulanginya kembali.
Aku teringat minggu lepas sewaktu pulang dari kerja, dari jauh aku melihat seorang penunggang motorsikal jatuh ditengah jalan, namun apa yang menyedihkan, tiada seorang pun yang prihatin dan hanya lalu sambil memandang sahaja.
Ketika aku tiba di tempat kejadian, pemuda arab yang kelihatan kebingungan tadi masih lagi tergamam, aku dengan perlahan-lahan mengangkat dan menyorong motornya ketepi sambil bertanya keadaannya. Mujur luka yang dialami hanya luka-luka kecil sahaja, tetapi kerisauannya adalah pada keadaan motorsikal teman yang dipinjam.Selepas berpesan kepadanya untuk ke klinik berdekatan bagi merawat luka, aku bergegas pulang.
Aku juga tidak ketinggalan menjadi mangsa ketidakprihatinan masyarakat masa kini. Jumaat lalu, ketika pulang dari bermain badminton dengan menaiki basikal, entah bagaimana rantai basikalku tersangkut ditayar. Puas aku cuba untuk mengeluarkannya namun usahaku gagal, akibatnya aku terpaksa mengusung basikal tersebut kerana tayarnya tidak mampu bergerak.
Dalam keadaan panas dan kepenatan, aku mengharapkan agar ada orang yang prihatin untuk menumpangkan aku ke rumah, namun malang, tiada siapa pun lalu lalang di tepi ku yang nampaknya peduli dengan kesulitan yang sedang aku hadapi. Hampir 30 minit aku berjalan dengan mengusung basikal, akhirnya seorang pemuda bermotosikal yang baru pulang memancing menunjukkan keprihatinannya dan menumpangkan aku pulang.
Keprihatinan, walaupun atas perkara-perkara yang kecil dan remeh akan menyelamatkan. Namun apa yang menyedihkan, di zaman yang segalanya serba pantas ini, keprihatinan makin dilupakan, apa yang didahulukan adalah sentiasa pada keperluan dan kehendak diri sendiri. Jika keprihatinan itu dilihat akan mengorbankan kepentingan diri, ia pasti akan dilupakan.
Mana-mana organisasi atau masyarakat yang tiada pada ahli-ahlinya sifat prihatin, maka sudah pastilah kehancuran akan menanti. Jika semua hanya bersikap aku tidak peduli, asalkan selamat diri sendiri, maka tidak seberapa lama selepas itu organisasi itu pasti akan runtuh. Ibarat dalam sebuah pasukan bolasepak, jika semua pemain hendak mencari kemasyhuran diri, walau sehebat mana pemain-pemain dalam pasukan tersebut, ia pasti tidak pergi jauh. Lihat sahaja apa yang terjadi dalam pasukan Real Madrid era galacticos (Zidane, Figo, Carlos, Raul). Tiada satu kejuaraan besar pun yang berjaya dimenangi.
Apa yang lebih malang adalah apabila keprihatinan dilihat sebagai suatu permusuhan dan kesalahan. Binasanya Bani Israel adalah apabila kurangnya sifat prihatin dikalangan ulama’ – ulama’ mereka untuk menegur kemungkaran di dalam masyarakat. Umat Islam juga kehilangan khilafah apabila umat ini telah kehilangan sifat prihatin kepada agama dan tuntutannya.
Pada keprihatinan itu ada punca-punca kebaikan yang menyelamatkan, jika hari ini kita menjadi orang yang prihatin pada manusia lain, di hari akhirat Allah pasti akan membalas keprihatinan itu dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

Dari Michael Jackson ke Fathi Yakan: Antara Semalam dan Hari Ini

Bulan Jun baru sahaja meninggalkan kita, terasa begitu pantas masa berlalu, pelbagai sejarah tercatat di bulan yang pasti tidak akan dapat dilupakan ini. Antaranya adalah pemergian 2 tokoh yang telah memberi impak kepada dunia iaitu Fathi Yakan dan siapa lagi kalau bukan Michael Jackson.
2 tokoh ini telah mencorakkan hidupku dengan 2 perisa yang berbeza, bahkan aku yakin, ramai lagi yang telah mendapat impak dari 2 tokoh ini.
Zaman persekolahanku adalah zaman di mana MJ menjadi kegilaan ramai, lagu-lagu hitnya berkumandang di radio, video klip nyanyiannya menjadi hiasan peti televisyen dimana-mana. Masih basah kenangan ketika aku membasahkan lantai bilik air dengan air sabun setiap kali mandi hanya semata-mata untuk melakukan tarian moonwalk yang cukup gah itu.
Michael Jackson adalah figura yang benar-benar memberi impak dalam kehidupanku, begitu juga kumpulan rock seperti Metallica, Scorpion, Roxette, Michael Learns To Rock, New Kids On The Block, Richard Marx, Bryan Adams dan entah apa-apa lagi yang sering menjadi halwa telinga.
Nasyid ku pada ketika itu adalah Nothing Else Matter, Wind of Change, Joyride dan Everything I Do, I Do It For You. Ketika itu menjadi muslim, cukup hanya sekadar solat 5 waktu dan menjalankan ritual-ritual ibadah yang lainnya.
Bulan Ramadhan ditunggu-tunggu kerana kesempatan untuk berperang pistol air setiap malam selepas terawih di Taman Permata bersama rakan-rakan sepermainan.
Bulan Syawal pula masa untuk mengumpulkan wang sebanyak-banyaknya, dan duit itulah yang aku gunakan untuk membeli kaset-kaset terbaru MJ, Scorpion, MLTR dan macam-macam lagi.
Zaman persekolahanku, tidak banyak kenangan indah yang mampu menjadi ayat-ayat tarbiyyah. Hanya kekesalan pembaziran waktu muda yang terus aku ratapi hingga kini.
Zaman matrikulasi adalah noktah bidayah, zaman yang benar-benar mengubah dimensi kehidupan dan pemahamanku tentang Islam, aku mula berjinak-jinak dengan usrah, berkenalan dengan ma’thurat dan membacanya beramai-ramai selepas asar di surau bersama Syazwan dan teman-teman, menghafaz surah sajadah dan al mulk bersama Irman dan Sufian, membaca surah al waqiah dan rahman setiap pagi jumaat, makan dalam talam bersama Ayin dan Dolah, berjalan kaki ke masjid yang jauh untuk bersolat terawih bersama Khalil, ahh alangkah indahnya kenangan itu.
Ketika di matrikulasi juga, Allah telah melimpahkan rahmatnya apabila dipertemukan aku dengan seorang murabbi yang telah mendidik aku dengan ayat-ayat tarbiyyah, Akh Shakirin Shaari dan sahabat-sahabat ijazah dari kolej Eon yang sering menziarahiku, membawa ku berkelana, memberi aku faham tentang tanggungjawab seorang muslim dan kecintaan kepada dakwah telah mengubah pandanganku terhadap kehidupan dan makna menjadi seorang muslim.

Ketika itulah aku berkenalan dengan Ustaz Fathi Yakan melalui bukunya yang telah diterjemahkan oleh ayah kepada sahabat baikku Hazim (Ustaz Alias). Apa Erti Saya Menganut Islam yang kami diskusikan minggu demi minggu bersama sahabat-sahabat telah banyak mengubah kefahamanku, bahawa menjadi muslim itu adalah suatu kebanggaan, kehidupan dengan tujuan dan pengakhiran yang ada pertanggungjawaban.
Semalam itu telah berlalu, kefahaman semalam ada manifestasi amal padanya yang perlu aku realisasikan dalam kehidupan hari ini. Perginya 2 tokoh ini telah mengimbau kembali memori kehidupanku, memori gelap dan cerah dari kehidupan singkat yang akan ditanya setiap detik masa yang dilalui pada hari dimana tiada perlindungan selain perlindungan dari Allah.
Al Fatihah buat Ustaz Fathi Yakan dan Mikael @ MJ.
Examophobia

Menduduki ujian adalah antara perkara yang paling tidak aku minati, sejak dari zaman sekolah lagi. Seingat aku, dalam mana-mana peperiksaan pun, aku sukar untuk mengawal perasaan gelabah. Masih lagi aku ingat ketika peperiksaan Bahasa Malaysia PMR, perutku memulas-mulas di tengah peperiksaan, kebetulan tandas pula terletak jauh dari dewan, kelajuan pecutan aku dari dewan ke tandas hanya tuhan yang tahu, mungkin Usain Bolt pun akan keciciran beberapa tiang agaknya jika berlumba denganku pada waktu itu.
Ketika SPM pula, seminggu sebelum peperiksaan aku diserang demam panas dan sakit kepala yang amat dasyat, seingatku, belum pernah aku diserang demam dan sakit kepala yang begitu teruk. Aku menduduki SPM ketika baru kebah dari demam dan kurangnya persediaan akibat terlantar sakit.
Di matrikulasi juga aku mengalami fobia yang sama, demam ketika musim peperiksaan, masih lagi aku ingat kenangan mengambil peperiksaan di klinik universiti akibat demam yang berpanjangan. Akibatnya, pointer semester keduaku jatuh mendadak.
Ketika di universiti, aku pernah dihalau keluar dari kelas akibat terlambat datang ketika ujian bahasa inggeris kerana terlajak tidur, begitu juga senario perut memulas yang berulang dalam beberapa peperiksaan di universiti, antaranya dalam subjek perakaunan perniagaan. Akibat keluar ke tandas, aku gagal mendengar arahan dan menjawab soalan yang tidak sepatutnya aku jawab, mujurlah pensyarahku ketika itu iaitu Pn. Zaimah Zainol Ariffin bermurah hati untuk memberi pertimbangan.
Setelah memasuki alam pekerjaan, aku merasa lega kerana tidak lagi perlu menduduki peperiksaan, bahkan memberi peperiksaan pula kepada pelajar. Namun, panas tidak sampai ke petang, aku diwajibkan untuk menduduki ujian IELTS sebelum menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Bahasa Inggeris bukanlah subjek kegemaranku dari sekolah, aku sememangnya tidak gemarkan bahasa inggeris, bahkan hingga hari ini grammarku masih lagi tunggang langgang.
Ujian itu sengaja aku dan rakan-rakan (Dzarfan, azizi dan sazali) pilih untuk mengambilnya di IDP Penang, lebih mudah kalau menurut kata orang la, namun apa yang kami terlupa adalah perancangan Allah sentiasa mengatasi perancangan manusia.
Kami bertolak pada jumaat malam sabtu, agak lewat kerana menyelesaikan beberapa urusan, lagi pula ujian dijadualkan pada jam 815 am pagi Sabtu, kami bercadang untuk bermalam di hotel USM sebelum ke tempat ujian esoknya.
Tiba di Pulau jam 1130 pm, kami bercadang untuk mencari dahulu lokasi tempat peperiksaan agar lebih mudah untuk kami mencari jalannya esok pagi. Namun entah bagaimana, hingga jam 200 am, lokasi ujian di kolej disteed belum kelihatan, entah berapa kali kami berpusing-pusing di jalan McAlister dan Pulau Tikus, hinggalah akhirnya pada jam 230 am barulah kami ketemu dengan kolej tersebut di hujung jalan cantonment.
Seterusnya, destinasi kami adalah hotel, sekali lagi malang menimpa kerana kebanyakan hotel telah penuh disebabkan oleh pendaftaran USM pada hari yang sama. Hingga jam 3 am, akhirnya kami membuat keputusan untuk tidur di Masjid Negeri sahaja. Dengan suasana yang panas, nyamuk yang bermaharajelela, bunyi rempitan motosikal di jalan raya, aku langsung tidak dapat melelapkan mata. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berwudhuk dan bertahajjud hingga subuh. Dengan kepala yang berat selepas waktu subuh, kami bersarapan dan bertolak ke lokasi. Tiba di Kolej Disteed, perut pula memulas-mulas. Harap-harapnya kali ini bukan cirit birit, terus aku ke tandas. Aku menyelesaikan urusanku dengan tergesa-gesa dan terus naik ke atas tanpa menyedari kotak alatulis ku tertinggal di tandas. Dengan pantas aku turun semula dan kali ni tandas pula telah dikunci. Aduh! Apalah malang nasib kali ini, mujur teman-teman sudi meminjamkan alatulis.
Aku menduduki peperiksaan dengan kepala yang berpusing-pusing dan menahan sakit perut yang masih berbaki, terpaksalah aku menahannya kerana peperiksaan IELTS tidak ada sebarang toilet break. Ketika listening, kepalaku melayang-layang, ketika reading, kepalaku berpusing-pusing, ketika writing, aku hampir tertidur dek kerana mengantuk yang amat sangat. Speaking mujurlah agak mudah topik yang diberi.
Kami selesai lebih kurang jam 230 petang, dengan mata yang hampir tidak boleh dibuka, aku memandu dan akhirnya tiba di atas feri lebih kurang jam 330 petang. Bayu laut yang menghembus menenangkan gundah gulanaku, harap-harapnya tiada lagi peperiksaan yang mengfobiakan yang perlu aku duduki selepas ini. Duugaaaaan sungguh.
Subscribe to:
Posts (Atom)