Allahurabbi. Bantulah hambamu ini.
Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Blogging from 2008 - ?
PhD oh PhD
Perjalanan ini memang meletihkan. Moga Allah memberi saya sedikit lagi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang berbaki.
INILAH KAMI, INILAH ISMA.
Ramai yang bertanya, apakah ISMA
ini satu pertubuhan yang berbaur perkauman kerana memperjuangkan bangsa Melayu?
Ada juga yang berkata bahawa ISMA ini pro UMNO kerana pendirian politik yang
tidak berpihak kepada PR. Ada yang pergi lebih jauh dengan mengatakan ISMA
menerima duit dari UMNO untuk menyerang PAS dan PR. Na’uzubillah.
Sebenarnya, kedua sangkaan
berikut tidak benar. Baiklah, biar saya jelaskan satu persatu.
Tentang dakwah kepada non Muslim,
kami akui, dengan kekuatan yang ada sekarang, kami masih belum mampu dan ada
tenaga pakar untuk menceburkan diri dalam dakwah non Muslim. Fokus setakat ini
adalah untuk membina jati diri orang-orang Melayu supaya mereka menjadi contoh
kepada bangsa-bangsa lain. Ini fokus kami buat masa ini. Insyaallah bila
masanya tiba, dan kami yakin dengan kekuatan dan kepakaran kami, kami akan buka
medan tersebut.
Pada masa yang sama, program
kerjasama dakwah dengan MACMA dan pertubuhan bangsa lain juga dilakukan, cuma
mungkin dalam magnitud yang tidak besar dan tidak kerap.
‘Core business’ ISMA adalah program
dakwah dan tarbiah yang meliputi tarbiah anak-anak kecil melalui kelab NAZIM,
program tarbiah remaja melalui KRIM yang giat dilakukan di sekolah-sekolah dan
program-program pembinaan belia dengan kerjasama PEMBINA (PERSATUAN BELIA ISLAM
NASIONAL).
Selain itu, kami juga ada biro dakwah yang bergiat cergas di
kampung-kampung dalam memberi bantuan dan berinteraksi dengan masyarakat pada
hari-hari kebesaran Islam seperti Hari Raya Korban, Nuzul Al Quran dan pada
bulan Ramadhan terutamanya.
ISMA juga mempunyai
cawangan-cawangan di luar negara untuk mendidik pelajar-pelajar Melayu Muslim
yang berada di serata pelusuk dunia. Di sesetengah negara, contohnya Australia,
ISMA bekerjasama dengan pertubuhan dakwah tempatan seperti IICSA (Islamic
Information Centre of South Australia) untuk menganjurkan program-program
dakwah. ISMA Mesir juga mempunyai kumpulan nasyidnya sendiri iaitu FETYA yang
pernah bekerjasama dengan Awakening Records untuk rakaman lagu dalam album
Maher Zain. Kami ada juga cawangan di Benua Eropah, New Zealand, Jordan, Korea
dan Amerika Syarikat.
Azam 2013
Masa berlalu dengan amat pantas.
Sedar tak sedar, kini kita telah berada di tahun 2013. Seakan baru semalam kita
berada di bulan Januari 2012. Masa meninggalkan kita dengan amat pantas.
Saya akan berusia 34 tahun pada
tahun 2013. Ye 34 tahun! (ummuhumaira’, hang pun sama, jangan perasan muda). Bagi kebanyakan pemain bola sepak, ini adalah usia persaraan, meninggalkan zaman keemasan yang penuh gilang gemilang. Zinedine Zidane bersara pada usia 34 tahun, begitu juga ramai pemain hebat yang lain. Saya tidak lagi muda dan semakin dimamah usia, hakikat ini harus diterima.
6 tahun lagi, jika dipanjangkan usia, saya akan mencecah usia 40
tahun. Usia kenabian dan bermulanya kedewasaan yang sebenar. 6 tahun tidak
lama, Humaira’ pun akan masuk ke usia 8 tahun, sedang bila saya melihat
gambarnya ketika berusia 1 tahun, terasa bagai baru semalam waktu itu berlalu.
Khadijah juga telah semakin membesar, kata-katanya juga semakin jelas, emosinya
juga semakin berkembang. Insyirah pula hanya menanti masa untuk berjalan,
giginya pula telah tumbuh sebatang, sedang gigi kami berdua hilang satu
persatu.
Ibu bapa kami berdua juga sedang
merangkak ke usia senja. Kedutan di wajah mereka semakin ketara. Getar suara
dan kerinduan terhadap mereka semakin membuak-buak. Ya Allah, izinkanlah aku
untuk menamatkan perjalanan ini dengan lebih tangkas, agar kami boleh pulang dan
berbual dengan mereka sepuas-puasnya.
Bila mengenang waktu yang telah
dibazirkan, kesilapan yang tidak ditebus, matlamat dan azam yang belum
dikemaskan perlaksanaannya, hanya sesalan demi sesalan yang datang menghinggap
diri. Ini baru sesal dunia, belum sesal di alam barzakh dan di alam akhirat
yang tidak dapat digambarkan kedasyatannya. Bagaimana jika ajal datang
menjemput sebelum sempat kita bersedia?
Saya menulis warkah ini, pada
hari ini, pada saat ini, sebagai ingatan kepada diri bahawa masa saya semakin
singkat, setiap detik, saya berjalan menuju kematian dengan lebih hampir.
Jika saya membiarkan diri berada
di takuk lama yang selesa, maka pasti 6 tahun lagi, tidak kira jika saya berada
di alam barzakh atau masih bernafas di dunia, hanya penyesalan yang tidak akan lagi
dapat ditebus yang akan saya rasakan.
2012 bagi saya penuh dengan
warnanya yang tersendiri. Jujur saya katakan, tidak ada apa yang boleh
dibanggakan. Biarlah ia tinggal dalam lipatan kenangan yang tidak akan saya
ulangi lagi.
2013, saya tidak ingin kesilapan
lama berulang. Kehidupan harus ditingkatkan ke satu aras yang lebih tinggi. Saya
harus lebih tersusun, berani dan lebih bersungguh. Banyak perkara yang perlu
diperbaiki dan insyaallah ia akan bermula dari saat ini!
Selamat tinggal 2012 dan diriku
yang lama. AKU AKAN BERUBAH!
Subscribe to:
Posts (Atom)