Namun,
saya menolak politik lucah dan kelucahan yang dipaparkan oleh media arus
perdana. Saya juga benci pada kezaliman terhadap rakyat awam, sabotaj terhadap kerajaan
negeri, memilih bulu dalam projek pembangunan, salah guna kuasa, rasuah, penipuan
dalam pilihanraya, pembaziran wang kerajaan dan akta yang membolehkan sesiapa
sahaja ditahan dan didakwa tanpa bicara.
Namun
kebencian saya ini tidaklah menjadikan saya buta, menafikan jasa-jasa dan
menolak apa jua kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan sedia ada, apatah lagi
menjadikan saya penyokong buta Pakatan Rakyat.
Andai
saya bukan ahli mana-mana NGO pun, saya juga akan berpendirian begini.
Pada
masa yang sama, kerana saya seorang muslim, berbangsa melayu, saya sangat ingin
melihat kesepakatan antara dua parti terbesar melayu muslim di Malaysia yang
ahli-ahlinya dihubungkan dengan ikatan syahadah, iaitu PAS dan UMNO dalam
isu-isu yang melibatkan kepentingan umat ISLAM dan bangsa melayu seperti isu
aqidah, isu undang-undang Islam, penguatkuasaan terhadap ajaran sesat seperti
Syiah, isu bahasa, hiburan keterlaluan dan banyak lagi.
Bila
mana saya inginkan kesepakatan ini, tidaklah bermakna saya ingin keduanya
bergabung atau keluar dari pakatan masing-masing, namun cukuplah agar keduanya
dapat menunjukkan kesepakatan dalam membela maruah dan nasib ummah.
Apakah
dengan sikap seperti ini, bermakna saya tertipu dengan strategi UMNO untuk
mengekalkan kuasa, atau menjadi ‘kaki kipas’ kerajaan untuk menggagalkan hasrat
Pakatan Rakyat ke Putrajaya, apatah lagi menjadikan saya penyokong tegar kerajaan
hingga menafikan kebaikan-kebaikan yang banyak oleh Pakatan Rakyat khususnya
kerajaan PAS di Kelantan. Tidak sama sekali! ‘I am not that stupid!’