Sekitar Jaulah Brisbane (Entry Bergambar)

Pengalaman pertama Insyirah menaiki kapal terbang. Dari Adelaide ke Brisbane.  Kasihan kakak-kakak yang terpaksa ditinggalkan seketika.



Seusai solat Jumaat di Musolla University of Queensland. Hujan renyai-renyai, namun cuaca agak panas (walaupun Winter) hingga jaket terpaksa ditanggalkan.  Senibina Law Building ini memang amat menarik dan klasik.

Antara motif utama kehadiran saya ke Brisbane adalah untuk memenuhi undangan ceramah Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung anjuran ISMA Brisbane. Gambar ini diambil sejurus sebelum program bermula. Banyak isu tentang hubungan antara lelaki dan perempuan dan persediaan perkahwinan yang saya kupas dalam program ini. Boleh dikatakan tidak ada audien yang mengantuk. Soalan juga boleh tahan.

Antara keunikan Brisbane adalah senibina rumahnya yang amat mirip dengan senibina rumah di bahagian Pantai Timur Malaysia. Isteri saya mengatakan serupa dengan kampungnya di Ketapang, Kuala Pahang. Saya pula teringatkan Kuala Terengganu. Dengan , lanskap yang bersih dan cantik, cuaca yang juga yang amat mirip dengan tanahair dan ketenangannya yang amat mendamaikan, saya jatuh cinta dengan Brisbane.

Masjid West End adalah antara masjid yang sempat saya kunjungi di Brisbane. Walaupun jemaah Maghrib tidak ramai, namun kewujudannya di tengah-tengah kota, menjadi ikon kepada berkembangnya ISLAM di mana-mana.

Menikmati pemandangan malam di Brisbane dengan menaiki City Cat. Perkhidmatan bot laju yang menghubungkan banyak suburb dan lokasi penting di Brisbane. 

Walaupun moden, tapi Brisbane masih mengekalkan banyak infrastruktur lama, yang terbangun adalah displin dan tertib rakyat mereka. Satu bukti bahawa untuk memajukan negara, sumber manusia adalah perkara yang paling penting untuk membangunkan tamadun hebat.

TARBIAH adalah kuncinya.

Selamat malam dan selamat tinggal Brisbane, Moga kita bertemu lagi nanti.

No comments:

Post a Comment