Bismillah,
Sesekali,
terasa ingin mencoret secara rambang, membiarkan idea dan kupasan tanpa
struktur yang jelas dan terbang bebas. Ingin keluar dari rutin penulisan skima yang
membosankan. Ah! Inikan blog saya.
RAMADHAN!
Tentunya
bermula dengan Ramadhan, SUBHANALLAH, aura Ramadhan kali ini terasa lebih harum
berbanding sebelumnya, hype rakan-rakan di laman sosial terutamanya di laman
Raudhah Ramadhan punya kesan yang tersendiri. Mari kita terus istiqamah dengan
meningkatkan amalan, terutamanya interaksi kita dengan Quran. Semoga Allah
memberikan kita kesempatan untuk bertemu Ramadhan kali ini. Jangan lupa hype
tentang RAMADHAN kepada anak-anak dan ahli keluarga yang lain!
ALLAHUMMA BALLIGHNA
RAMADHAN.
POLITIK
Saya
amat mual menyaksikan komen-komen facebook terutamanya berkenaan isu politik, tidak
kira dari parti mana sekalipun, asal ada sahaja peluang, terus ‘smash’ dengan
bahasa yang boleh membuat sesiapa yang konsisten mengikutinya mendapat
migraine. Saya yang sesekali menjenguk, senak perut membaca komen tanpa adab
dan akhlaq tersebut.
Saya
juga amat bosan menyaksikan pertelingkahan antara ahli-ahli NGO dakwah yang
masih berterusan di laman Web 2.0. Ruangan yang sepatutnya digunakan untuk
menyebarkan dakwah kepada ummah, digunakan pula untuk menegakkan benang basah
dan mengungkit kisah sejarah yang langsung tidak membuahkan amal. Kasihan
anak-anak muda yang baru hendak bertatih dan kenal kaedah amal, usahlah
diwarisi persengketaan lama, biar anak-anak muda ini kenal dakwah dengan
keasliannya dan menjadi manusia yang bekerja untuk ISLAM. Tidak kira dari
mana-mana wadah sekalipun, anda semua akan dipertanggungjawabkan di hadapan
Allah. Di sana, kebenaran akan tersingkap.
Kita
adalah penyeru, bukan hakim yang menghukum. Usia kita makin bertambah,
manfaatkannya dengan amal yang bisa menambah saham amal dan mengundang kasih
sayang Allah, bukan menyebar kebencian dan mengungkit permusuhan lama yang
apinya tidak akan pernah padam.
Usah
dilayan mereka yang kerjanya menjadi batu api kepada para pendakwah!
DOTA
Saya
perasan, banyak dari generasi baru sekarang ini amat gemar bermain game.
Pantang ada masa terluang, pasti akan dihabiskan di hadapan skrin. Lebih parah
bila melibatkan generasi pelajar luar negara yang mana kerajaan berhabis banyak
untuk setiap dari mereka. Kadang-kadang, ada yang sanggup bermain game hingga
meninggalkan kelas.
Masa
di luar negara yang sepatutnya digunakan untuk mencari pengalaman bagi
membangunkan negara, dihabiskan dengan aktiviti yang sia-sia. Apatah lagi bila
masjid, program-program ISLAM dan perkongsian-perkongsian bermanfaat
dikesampingkan hanya kerana ingin melayan nafsu DOTA dan FIFA yang
membuak-buak. Nikmat akal yang dikurniakan Allah, dibazirkan untuk memikirkan
strategi-strategi bagi mengalahkan pihak lawan! Tidakkah takut nanti akan
ditanya?
Andai
mati ketika tengah berDOTA atau ber FIFA, bagaimana agaknya nasib kita?
Tidakkah
terasa terhutang budi kepada kerajaan yang telah memberi biasiswa?
Tidakkah
terasa terhutang budi kepada Allah yang telah mengurniakan nikmat akal dan
nyawa?
Sesekali
mungkin tidak mengapa, tapi jika seluruh kehidupan dipaksikan disekitar DOTA,
apa cerita?
Huh,
membebel pula orang tua ni!
(Biarkan
kerana saya memang hendak mereka yang makan cili terasa pedasnya!)
Baik,
berhenti di sini dulu, kan saya dah kata, ini adalah entry ikut suka. Jangan
bimbang, entry lain saya akan buat dengan lebih proper, haha!
RAMADHAN KAREEM.
No comments:
Post a Comment