Semalam,
setelah selesai solat terawih, saya berbual dengan seorang teman PhD dari Saudi
yang telah lama tidak ditemui.
Lama
kami berbual, bertanya khabar dan berbincang isu-isu pengajian.
Bila
saya bertanya tentang anak-anak, wajahnya berubah.
Kata
dia, anaknya yang berusia 5 tahun baru disahkan menghidap ‘brain tumor’ minggu
lepas.
Saya
tersentap, terus teringatkan anak-anak di rumah. Terus saya memendekkan
perbualan kerana tidak ingin membuat teman saya itu bertambah sedih. Saya
sekadar mengatakan kepadanya bahawa dengan izin Allah, sama-sama kita doa agar
dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, segalanya akan dipermudahkan oleh Allah.
Ketika
dalam perjalanan pulang ke rumah, teringat-ingat, betapa besarnya nikmat
kesihatan anak-anak yang telah Allah kurniakan pada kami sekeluarga selama ini
rupanya. Mungkin kami terlepas pandang perkara ini, ye, mungkin kami terlepas
pandang perkara ini.
Sewajarnya,
kami perlu lebih bersyukur lagi kepada Allah.
Sungguh,
kita tidak akan tahu nilai setiap anugerah yang kita ada, sehinggalah kita
melihat orang lain yang jauh lebih hebat diuji dengan kesusahan dan kepayahan.
Bila
terasa marah dan kecewa pada anak-anak yang tidak berhenti diam, menangis tanpa
henti, melompat sana sini dan menjerit sesuka hati, ingatlah bahawa ada ibu
bapa yang menangis kerana anaknya disahkan mengidap sakit kronik yang tidak ada
ubatnya lagi.
Ingatlah
juga bahawa, betapa banyaknya juga pasangan yang lansung tidak dikurniakan
zuriat hingga ke tua.
Buka
mata dan sentiasalah lihat mereka yang berada di bawah kita dan kita akan tahu
betapa besarnya nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita.
Semoga
Ramadhan kali ini, kita memilih untuk menjadi hambanya yang lebih bersyukur.
ALHAMDULILLAH.
ALHAMDULILLAH.
betul tu abg hisham, kita suka sangat tgk lebihnya manusia lain, sedangkan ada diluar sana yang kekurangan tetapi tahu erti syukur yg sebenarnya.
ReplyDeletesering kali kita terlupa bahawa, anak-anak adalah anugerah dan amanah dari Allah , ia harta dunia dan akhirat bagi mereka yang betul tarbiahnya ... Wallahuallam
ReplyDelete