PPSMI : Bahasa bukan isunya...

Semalam kerajaan mengumumkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan, ini bermakna Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu seperti sebelumnya.

Seperti yang dijangka, keputusan ini membuatkan ramai yang kecewa, sedih dan marah namun di sudut yang bertentangan, ramai pula yang bersorak gembira.

Jauh disudut hati, aku menyokong pemansuhan PPSMI ini, namun ada juga sebahagian hati ini yang sedih dengan pemansuhan itu. Walauapapun, kerajaan telah membuat keputusan berdasarkan hasil dari kajian empirikal, pendapat para cendekiawan malahan penutur pekat bahasa Inggeris itu sendiri. Fakta yang jelas telah memaksa kerajaan untuk mengubah kembali polisi ini.

Jika dilihat di blog-blog yang pro PPSMI, kebanyakan hujahnya berbau emosi dan hanya berdasarkan kepada pengalaman diri sendiri sahaja. Apa yang lebih malang, puak yang pro PPSMI ini memperlihatkan kedangkalan dalam hujah apabila emosi menguasai diri. Bahkan ada pula yang menyalahkan pelajar-pelajar kampung yang bodoh sebagai punca pengunduran PPSMI.

Hakikat yang tidak dapat ditolak bahawa bahasa hanyalah sebagai medium, apa yang penting adalah kemampuan untuk menyelesaikan masalah, teknik dan sistem pembelajaran itu sendiri.

Namun apa yang lebih penting lagi, adalah peribadi umat islam itu sendiri. Jatidiri yang lemah akan menyebabkan kegagalan walau diajar dengan bahasa apa sekalipun. Umat ini harus melihat kembali sejarah silam bagaimana umat islam membina empayar, sejarahnya bermula bukan dengan polisi bahasa, tetapi pada penetapan matlamat kehidupan yang jelas dan pada kesungguhan untuk berkongsi manhaj islam yang indah.

wallahua'lam

No comments:

Post a Comment