Tarbaru, Mahkamah rayuan memihak kembali kepada Dr. Zambry dan menangguhkan keputusan mahkamah tinggi semalam yang memihak kepada Dato Seri Nizar.
Krisis yang entah bila akan berkesudahan ini akan hanya menyusahkan dan memeningkan malah memualkan rakyat negeri Perak yang sudah bosan dengan segala sandiwara, drama dan badai politik yang menonjolkan sisi hodoh dari pelakon-pelakonnya.
Dengan krisis sosial, ekonomi malah krisis kesihatan yang makin meruncing dewasa ini, kelompok-kelompok tidak tahu malu ini masih gila berebut jawatan dan kuasa dari memikirkan nasib rakyat yang makin lama makin tersepit dan terhimpit.
Walau apa jua keputusan mahkamah, walau kepada siapa ia memihak, yang kalah tetap penjawat awam dan rakyat-rakyat Perak.
Begitulah hodohnya politik apabila tidak didasarkan atas dasar islam dan hanya berlandaskan kepada kegilaan kepada pangkat dan kuasa. Bertaqwalah kepada Allah wahai sekalian manusia.
suara hati org perak:
ReplyDeletemmg mual dan membosankan.Ada2 saja mereka ni..entah apa yg mereka kejar..byk lg mslh ummah yg perlu diselesaikn..tp mslh politik juga menjadi keutamaan..moga2..akan lahir pemimpin2 yg benar2 mahu memimpin kerana Allah ta'ala..amin..