Tewas, tapi
bermaruah.
kredit: telegraph.co.uk |
Saya
pasti, tidak ada siapa pun yang rasional yang akan memberi kutukan terhadap
Chong Wei setelah menyaksikan perlawanan semalam. Bahkan, kita akan rasa lebih hormat
jika mengetahui apa yang telah dilaluinya sebelum melangkah dan kemudiannya
tewas bermaruah dalam perlawanan akhir semalam.
Bangkit
dari masalah keluarga yang meruncing dan kecederaan buku lali yang agak serius,
Chong Wei membuktikan bahawa kerja keras yang berterusan dan pengorbanan yang
tinggilah yang akan menyampaikan sesiapa sahaja ke mercu kejayaan. Insyaallah.
Saya
ralat, tapi tidak kecewa, kerana Lee Chong Wei telah memberikan segalanya.
Begitu
juga dengan Azizulhasni Awang, beberapa kali jatuh dan cedera tidak pernah
menghalangnya untuk bangkit kembali. Siapa yang boleh melupakan kayuhannya
dengan keadaan kakinya yang tertusuk kayu serpihan tajam hingga akhirnya
memperoleh pingat gangsa dalam kejohanan dunia di Manchester.
Amat
berbeza bagi kita yang menyaksikannya dari kaca rumah TV dengan penuh selesa, ataupun
sambil menghirup teh tarik panas bersama rakan di kedai mamak Subaidah sambil
memberi komen-komen ‘membina’, dengan mereka yang memasang azam dan tekad, kemudiannya
gigih bekerja, berlatih, berkorban, berperang dengan perasaan dan kesakitan
untuk sampai ke puncak kejayaan.
Semalam
saya bercerita tentang Sultan Muhammad Al Fateh semasa sesi retreat ISMA South
Australia.
Sifirnya
sama sahaja, iaitu sesiapa yang berusaha, akan berjaya. Insyaallah.
Jalan
Sultan Muhammad Al Fatih untuk sampai ke Constantinople bukan mudah. Banyak
cabaran yang pada fikir kita jika berada di tempatnya, mungkin mustahil.
Tembok
tebal dan kebal yang tidak dapat ditembusi walau dengan meriam yang canggih.
Rantai
yang mengelilingi hingga kapal perang tidak dapat membolosi.
Dan
banyak lagi. Telusurilah sejarah pembukaan Constantinople untuk mengetahuinya
dengan terperinci.
Namun,
Sultan Muhammad Al Fatih dan tenteranya membuktikan kepada kita semua bahawa
tembok bukanlah halangan, bukit juga bukan rintangan, andai punya cita-cita dan
keazaman.
kredit: iskandarfteh.com |
Tembok
tebal ditembusi dengan pengorbanan, bukit yang tinggi menjadi saksi kesungguhan
tentera yang melayarkan berpuluh buah kapal perang dalam hanya satu malam.
Masyaallah!
Ceritakanlah
tentang siapa sahaja yang berjaya. Pasti sifirnya sama sahaja. Ilmu, fokus,
displin dan kerja keras yang berterusan. Itulah sunnatullah dunia buat mereka
yang bekerja.
Kejayaan
tidak akan singgah pada mereka yang berehat-rehat. Mengharap syurga tanpa jerih
dan berpenat-penat.
Mengharap Lailatul Qadr hanya dengan angan tanpa usaha.
Mengharap ilmu datang tanpa berguru dan membaca buku.
Mengharap badan akan sihat tanpa senaman dan displin pemakanan.
Mengharap dakwah akan berkembang tanpa merancang dan bekerja.
Sungguh, bukan begitu caranya. Bukan begitu sifirnya.
Kerana
syurga itu mahal harganya. Firdausi hanya untuk mereka yang berusaha.
Terima kasih Chong Wei dan Azizulhasni, kerana telah memberi inspirasi.
Moga semangat membara mereka akan mencetus kepada lahirnya anak muda berjiwa kental yang satu hari nanti akan membebaskan Masjid Al Aqsa. Insyaallah.
Terima kasih Chong Wei dan Azizulhasni, kerana telah memberi inspirasi.
Moga semangat membara mereka akan mencetus kepada lahirnya anak muda berjiwa kental yang satu hari nanti akan membebaskan Masjid Al Aqsa. Insyaallah.
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga,
padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu
sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta
digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan
orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?"
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al Baqarah:214)
artikel yg mnarik
ReplyDeleteGaya penulisan yang kreatif
Delete