Sejarah
mencatatkan bahawa dalam perang Badar, ketika mana tentera Islam dalam keadaan tidak bersedia, kurang kelengkapan dan kurang dari segi angka
jika dibandingkan dengan tentera Musyrikin Mekkah, namun kebergantungan mereka
yang bulat kepada Allah telah menatijahkan kemenangan yang pada asalnya
mustahil di mata manusia.
Bagaimana
mungkin 313 tentera yang tidak bersedia, dengan hanya 2 ekor kuda dan banyak
yang hanya membawa pelepah tamar, boleh mengalahkan 1000 tentera yang lengkap
bersenjata dan hadir bersedia.
Jika
mengikut sifir manusia, maka pastilah ketumbukan 313 itu akan dihenyak rapat
hingga tidak ada yang tinggal tersisa, namun kita semua tahu bahawa keputusannya
bukan begitu.
Allah
telah menceritakan peristiwa Perang Badar ini dengan panjang lebar di dalam
surah Al Anfal, dan antara ayat yang cukup menarik untuk kita tekuni adalah
ayat 17 dari surah tersebut,
“Maka
(yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah-lah yang
membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi
Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan
untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang
baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Jika
kita tadabbur ayat ini, kita akan dapat melihat makna disebaliknya dengan amat
jelas iaitu kemenangan tentera Islam dalam peperangan Badar adalah secara
mutlak milik Allah dan dengan pertolongan Allah.
Hakikat
ini adalah hakikat penting yang perlu difahami dengan bersungguh-sungguh oleh
umat Islam sepanjang zaman, iaitu apa jua kejayaan yang kita dapat, bukanlah
sebenarnya milik kita dan disebabkan oleh hebatnya usaha kita, tapi sebenarnya
adalah milik Allah sepenuhnya.
Jika
kita padankan ayat ini dengan satu lagi ayat dari surah At Taubah yang
menceritakan berkenaan dengan peperangan Hunain, maka hakikat ini akan kelihatan
semakin jelas,
Sesungguhnya
Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak,
dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu di waktu kamu menjadi congkak karena
banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu
sedikit pun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu
lari ke belakang dengan bercerai-berai.
Dalam
ayat ini, Allah mengingatkan umat Islam bahawa kemenangan yang diperolehi
sebelum ini adalah disebabkan oleh pertolongan Allah dan bila mana
kebergantungan kepada kemenangan diletakkan kepada hebatnya persiapan dan
banyaknya bilangan tentera, maka Allah memberi sedikit peringatan agar umat
Islam kembali sedar bahawa kebergantungan kita dalam apa jua perkara, tidak
kira kecil atau besar persiapan kita adalah milik Allah semuanya.
Kisah-kisah
ini Allah ceritakan di dalam Al Quran bukan hanya untuk dibaca sebagai
ayat-ayat yang indah dilagukan dengan taranum yang pelbagai, atau sebagai
pengajaran kepada mereka yang bertugas sebagai tentera di medan perang sahaja.
Akan
tetapi, pengajaran dari kisah ini adalah untuk semua umat Islam sepanjang zaman
dalam apa jua bidang kehidupan, tidak kira kita sebagai pekerja yang sedang
berjuang untuk menyiapkan tugasan yang kritikal, atau seorang pelajar yang
sedang berjuang di medan peperiksaan.
Sebagai
seorang muslim, dalam apa jua urusan, sewajarnya kita meletakkan kebergantungan
kita dalam apa jua urusan 100% hanya kepada Allah, bukan kepada usaha yang kita
lakukan.
Namun
demikian, pemahaman dari ayat ini tidak pula sepatutnya menjadikan kita muslim
yang malas berusaha, kerana konsep tawakkal yang benar bukan sebegitu.
Allah
mahu agar kita berusaha, kerana Allah ingin menguji dan menilai, siapa antara
kita yang lebih baik amal usahanya. Lihat ayat ini.
Yang
menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang
lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (67:2)
Islam
bukan agama ‘karamah’ buta. Lihat bagaimana Rasulullah berusaha dan berikhtiar
untuk berhijrah, sedangkan baginda adalah hambanya yang paling mulia dan boleh
sahaja Allah mengisra’kan baginda ke Madinah seperti mana Allah mengisra’kan
baginda ke Baitul Maqdis dalam tempoh semalam cuma.
Namun Allah
tidak ingin agamanya berjalan begitu, Islam bukan agama yang ajaib dan akan
berfungsi dengan cara-cara yang ajaib, penuh mukjizat sepanjang masa dan akan sentiasa
mencapai kemenangan.
Kefahaman
ini seharusnya menjadikan tawakkal kita dalam pengajian tidak cukup dengan solat
tahajjud, tidak cukup dengan doa-doa yang diamalkan setiap hari dan tidak juga
cukup dengan makan kismis minda dan tujuh biji kurma setiap hari.
Tapi
harus disertai dengan usaha yang jitu, teknik yang terbaru dan kesungguhan yang
padu, itu baru tawakkal yang sebenar.
Tawakkal
yang dimulakan dengan azam dan tekad yang membara, diikuti dengan usaha yang
bersungguh-sungguh dan akhirnya menyerahkan apa jua natijah kepada Allah. Jika
berjaya, maka kita bersyukur, dan jika gagal, maka kita bersabar.
Tawakkal
beginilah yang dicintai oleh Allah, bukan tawakkal kosong tanpa usaha, hanya
mengharap bulan jatuh ke riba.
Jangan
salahkan Allah jika kita memilih untuk tidak berusaha, jangan salahkan taqdir
jika kita gagal akibat malasnya kita berusaha.
Kerana
orang yang tidak berusaha, kegagalan pasti akan menjadi miliknya.
“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,
maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
bertawakkal kepada-Nya. (3:159)”
Namun,
bila kita berjaya, kejayaan kita semuanya adalah datang dari Allah dan milik
Allah.
Biar
akhirnya kita menjadi hamba yang tawadhuk dan sentiasa tunduk tapi cergas dan
tangkas berusaha untuk mencapai redha.
Selamat
berjaya!
No comments:
Post a Comment