Jangan dibunuh semangat itu...


“Alhamdulillah la ni S dah nak ikut usrah, Cuma kawan-kawan dia yang masih agak liat” aku mula bercerita tentang perkembangan usrah adik-adik baru kepada seorang ikhwah selepas satu program di Bandar Darulaman.

“Untuk geng-geng yang liat ni, ana plan untuk buat program Jogging ke Puncak Vista Rabu ni, supaya diaorang dapat bina hubungan yang lebih mesra dengan ana dan juga sesama mereka, mungkin lambat laun ada juga yang akan berminat untuk join usrah ana, kalau anta berkesempatan jomlah sertai” aku menyuarakan perancangan dan harapan kepada ikhwah tersebut.

“Eh, anta ni buat program anta pandai-pandai je buat sendiri ye, anta tak bincang dulu ke dengan ikhwah lain?” ikhwah tersebut membalas dengan wajah yang serius...
Aku terkesima seketika, bukan itu jawapan yang aku harapkan dari ikhwah itu. aku bukan mengharapkan pujian, tetapi mungkin cadangan penambahbaikan dan mungkin galakan-galakan lain, tetapi mempersoalkan tindakan aku merancang program sendiri, langsung tidak aku jangkakan respon itu.

“ini inisiatif ana sendiri, salahkah ana bersifat proaktif merancang program, lagipula hanya program ringkas untuk pelajar-pelajar baru yang ana cuba tarbiah sahaja...” aku menjawab dengan hati yang sedikit panas.

“Sepatutnya anta kena mesyuarat dulu, mana boleh main buat je” ikhwah tersebut menjawab lagi, juga dengan wajah yang agak serius...

“Kalau semua benda yang nak dibuat kena dimesyuaratkan dulu, budak-budak ni pun lambat laun akan ketinggalan, letihlah kalau semua benda nak kena mesyuarat” aku mula meninggikan suara sedikit...sambil hati yang panas mula menggelegak...
Untuk mengelakkan tindakan atau kata-kata yang mungkin diluar kawalan rasional, aku segera bangkit dan meninggalkan ikhwah tersebut...

Menjaga keaslian dakwah memang penting, tetapi jika hingga membunuh kreativiti dan menghalang sikap proaktif, dakwah akan beku dan para kadernya akan hanya menjadi pengikut yang bisu.

Dalam zaman yang telah berubah dan generasi yang kian lama kian canggih, para da’ie harus mengurangkan karenah birokrasi dan menggalakkan kreativiti dalam program-program dakwah.

Para da’ie Juga tidak harus menghalang jika ada ikhwah yang bersikap proaktif dan cuba untuk berfikiran diluar kotak, jangan dibunuh perasaan dan semangatnya, sebaliknya harus dibimbing. Kesalahan pasti akan berlaku dimana-mana, namun jika tidak melakukan kesilapan, bila kita akan belajar dari pengalaman.

Ayuh para ikhwah, marilah kita keluar dari tempurung yang sekian lama membelenggu!

13 comments:

  1. petang rabu ni ke? ala petang, ana ade kelas.. kalau tak bleh join..

    bila kita nak start riadah? group Us Nasri muamalat nak main bola petang selasa ni. boleh la join sama..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillaah.. =) nanti ana contact..

    ReplyDelete
  3. susahnya brhadapan dgn sahabiah yg mudah mnjatuhkan semangat..lbh2 lagi di jalan dakwah.

    persoalannya, knapa boleh jd mcm tu..bukankah seharusnya inisiatif sampingan untuk brtindak kreatif menyampaikan dkwah perlu ada di setiap kotak fikiran para dai'e..?

    itu baru mnyatakan hasrat..belum lagi lakukan..hmm..mcm ada sumthing wrong je..

    p/s:
    awat ngan kucing tu..cian dia..kalo bwk dia p mandi kan comey..ish2..

    ReplyDelete
  4. biasalah pencinta kucing, para da'ie pun manusia jugak, lagipula syaitan yang dihantar bukan yang pangkat prebet, kurang2 sarjan...ada sajala agenda setan nak merosakkan hubungan antara da'ie dan supaya dakwah tak berjalan...

    p/s: kucing tu tensen kena marah dgn sahabat dia, tu yang dia ambik wudhuk kot, nak bagi hilang marah...

    ReplyDelete
  5. Jalan dakwah sudah lumrah akan diwarnai dengan cabaran yg kdg2 dari sudut yg x disangka-sangka.

    Ada nasihat yg saya dengar adalah:

    Pendakwah hanya tumpukan perhatian utk sampaikan mesej ke telinga manusia...
    Kerja untuk sampaikan dari telinga ke hati adalah kerja Allah swt...

    Semoga kita semua cekal n tegar dalam usaha dakwah sampai hujung nyawa.

    ReplyDelete
  6. Jazakallah Sheikh Hadi, benar sekali apa yang dikata

    ReplyDelete
  7. Mmm mungkin setiap da'ie perlukan pencerahan.

    Tak semua benda perlu dimesyuaratkan.Rasanya program tersebut salah satu dari kreativiti dakwah- menjalinkan thiqah sesama ahli usrah.

    Moga tetap bersemangat walau apa jua rintangan mendatang.

    Go! Go! Chaiyo'!

    ReplyDelete
  8. thanks teman, moga kita sama2 istiqamah...

    ReplyDelete
  9. Ikhwah tu jenis kering lurus tu. Dia kena basah lagi agar dapat menyelam perasaan dan harapan ikhwah.

    ReplyDelete
  10. Program tarbiyah sebegitu tak perlu kebenaran... teruskan usaha, jangan kecik hati dan kecewa. Muga Allah perkuat dan perteguh hati anta dan bantu mengatasi kelemahan-kelemahan kita.
    Cuma mungkin terkadang komen ikhwah tu ada rentetan suasana dan peristiwa2 latar yang perlu di analisa dulu.

    Allah ma'ak wa ma'ana

    ReplyDelete
  11. Jazakallah ya sheikh atas kunjungan dan komen....

    ReplyDelete
  12. jangan patah semangat sham, mungkin ikhwah tu tak faham apa yg anta rancang atau ada masalah lain. Insya Allah berlapang dada dan bersangka baik...hati lebih tenang...

    ReplyDelete