Cinta
itu adalah sesuatu yang misteri, indah, tapi tetap misteri. Ia tidak ada sifat,
tidak ada bentuk, tidak ada rupa, tidak ada saiz, tapi ia mengisi ruang hati
kita dan memberi makna dalam kehidupan banyak manusia. Ia adalah antara
anugerah Allah yang paling istimewa kepada manusia.
Dengan rasa ini, manusia bisa
menyusun kata-kata yang indah, berkorban untuk insan yang tidak pernah
dikenalinya, bahkan mengorbankan diri mencari sesuatu yang tidak pernah
kelihatan di hadapan matanya.
Cinta
kita yang pertama wajib kita letakkan hanya kepada Allah, tuhan yang mencipta dan
memberi kita segala-galanya.
Kita beriman kepadanya, kepada segala
ciptaan-ciptaannya, kepada segala suruhan dan larangannya dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjadi hamba yang cinta kepadanya dengan rela atau
terpaksa, kerana akhirnya nasib kita yang abadi di akhirat nanti bergantung
kepada rahmat dan kasih sayangnya.
Cinta
kita yang kedua, wajib kita letakkan kepada hamba Allah yang paling mulia, insan
yang paling sempurna di atas muka bumi, utusan yang mendapat perkhabaran langit
yang cinta kepada seluruh umatnya walaupun jauh di pandangan mata. Selawat dan Salam ke
atas mu duhai Rasulullah s.a.w.
Saya
bertuah kerana sejak lahir, dijaga dan dibesarkan oleh 2 insan yang cukup
mulia, cinta mereka adalah cinta tanpa syarat, tidak ada cinta selain cinta
saya kepada Allah dan Rasul yang mampu menandingi cinta terhadap mereka.
Kasih
dan pengorbanan mereka telah terbukti, hingga saya membesar seperti hari ini. Semoga
Allah menjadikan saya anak yang berbakti dan mampu terus berbudi, walau jasad mereka
telah tiada lagi.
Selepas
Allah, Rasul dan ibu bapa memiliki ruang hati ini, masih adakah lagi ruang yang
berbaki untuk cinta ini dimiliki? Saya pada asalnya adalah manusia yang sangsi,
namun 8 tahun yang lalu, misteri ini terungkai sendiri.
Istimewa
buat permaisuri hati sempena ulangtahun ke 8 perkahwinan kita (walaupun
hang selalu lupa tarikh ni),
ketahuilah bahawa engkau adalah pemilik cintaku selepas Allah, Rasul dan Ibu
bapa ku. Cinta ini bukan palsu, bukan juga menipu, tapi ia adalah satu anugerah
istimewa untuk kita berpimpin tangan menuju jannah yang satu.
Semoga
Allah memberkati cinta ini selamanya dan menjadikan rumahtangga yang kita bina
mekar dengan bunga-bunga iman, wangi dengan haruman mahabbah, dan berbuah
dengan amal dan perjuangan.
Happy
8th Anniversary, may our love stay strong forever till jannah!
suka ana baca bahagian kecik tu. haha :P
ReplyDelete