Boleh atau tidak jatuh cinta dan bercinta sebelum berkahwin?
Jawapan kepada persoalan di atas bergantung kepada bagaimana kita mendefinisikan cinta sebelum berkahwin itu.
Jika cinta itu kita definisikan sebagai perbuatan keluar bersama, menonton wayang bersama, makan bersama, berpegang-pegangan tangan, bergambar bersama, bertukar-tukar panggilan melalui telefon, saling berutus sms dan e-mail dengan bahasa-bahasa yang akan menaikkan syahwat, maka jelas itu adalah cinta palsu berasaskan nafsu yang akan hanya mendekatkan pelakunya kepada zina.
Jika cinta itu kita definisikan sebagai perasaan suka kepada seorang wanita/lelaki dan kita mengimpikan untuk berkahwin dengannya serta dituruti dengan langkah-langkah bermaruah untuk membina rumahtangga dengan penuh perasaan tanggungjawab, maka itu adalah cinta sejati antara lelaki dan wanita yang dibolehkan bahkan adalah satu fitrah yang diiktiraf dalam agama kita.
Cinta itu adalah perasaan, perbuatan-perbuatan manusia untuk mendefinisikan cinta itulah yang menjadikannya betul atau salah.
Berhati-hatilah mendefinisikan cinta kerana cinta palsu berasaskan nafsu adalah perangkap syaitan yang ingin mengajak manusia menemaninya ke neraka manakala cinta sejati akan membawa kita hampir dengan taman-taman syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan hati.
Pilihan ditangan kita? Cinta versi mana yang ingin kita pilih?
No comments:
Post a Comment