“Anta pasti dengan keputusan yang anta buat ni?” Tanya Ustaz Wan kepada saya, serius.
Gambar ketika majlis perkahwinan Ustaz Yusuf dan Ukhti Suriani. |
Ustaz Wan Hisham adalah seorang pendidik yang amat saya hormati. Beliau tidak banyak berkata-kata, tapi setiap butir bicaranya adalah mutiara. Ketegasannya tidaklah tanpa senyuman yang mendamaikan jiwa. Saya selesa berbincang banyak perkara dengan dirinya, termasuklah urusan Baitul Muslim yang akan saya hadapi tidak lama lagi.
“Insyaallah, pasti Ustaz Wan.” Saya menjawab. Juga dengan serius.
“Kalau ada halangan yang berlaku di pertengahan jalan macamana? Maksud Ustaz kalau ada halangan dari keluarga dan masalah-masalah lain, apakah anta akan berpatah balik?” Tanya Ustaz Wan lagi.
Soalan ini membuatkan saya berfikir panjang. Terbayang wajah ayah dan ibu di rumah. Terbayang juga wajah akhawat tersebut di dalam kepala.
Soalan itu membuatkan saya mengimbau kembali mengapa saya memilihnya sebagai calon isteri. Walaupun tidak mengenalinya secara dekat, tidak pernah ber ‘couple’, keluar dan makan bersama namun saya yakin, dia adalah calon yang terbaik buat diri saya.
Jika sebelum ini saya berpandangan bahawa untuk memilih calon isteri maka saya perlu berkenalan dengannya terlebih dahulu, mengenali isi hati dan budi bicaranya sebelum di angkat menjadi isteri, namun setelah mengenal tarbiah, persepsi saya berubah.
Mujur saya tidak sempat terlibat dengan budaya ‘couple’ dengan serius ketika di universiti. Setakat terminat kepada beberapa orang itu adalah juga. Namun setelah berfikir semula dengan bimbingan iman, saya dapati bahawa minat saya itu hanyalah kerana nafsu dan atas dasar kecantikan semata-mata.
Menjadi muslim, ada tatacara untuk segalanya, termasuklah dalam urusan memilih calon isteri. Islam mengajar kita untuk menyunting hati seorang wanita dengan cara yang penuh bermaruah, bukan dengan cara mengusungnya ke sana dan ke mari atas alasan untuk mengenali dan memahami isi hati.
Dalam membina perkahwinan, keberkatan adalah segala-galanya. Apa yang diharamkan dalam Islam, ada kebaikannya dan ada jalan alternatif yang jauh lebih mulia.
Islam tidak mengizinkan ‘couple’ sebelum berkahwin, termasuklah ketika bertunang untuk menjaga maruah wanita dan mengelakkan dari berlakunya zina yang bakal merosakkan generasi.
Namun, Islam membenarkan pihak lelaki untuk melihat wajah bakal calon isteri yang ingin dikahwininya sehingga hati terasa tenang dengan pilihan. Islam juga membenarkan lelaki untuk menyelidiki apa jua maklumat tentang wanita yang bakal dikahwininya untuk mengetahui ‘kesekufuannya’ dengan bakal pasangan.
"telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab :
Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim).
Soalan dari Ustaz Wan mengingatkan saya tentang bagaimana saya ‘jatuh hati’ kepadanya.
Saya mengenalinya sejak tahun dua di Universiti. Melihat kematangannya dalam berbicara, ketegasannya dalam menjaga maruah diri dan dinamiknya dia dalam urusan-urusan dakwah, saya tertarik dan meluahkan isi hati saya kepada orang tengah yang saya percayai.
Setelah bertanya tentang kekuatan dan kelemahan dirinya kepada pihak ketiga, melihat gambar dan sesekali merenung wajahnya secara curi tatkala mesyuarat dan program-program lain, juga setelah istikharah dan istisyarah dengan pihak-pihak lain, hati saya tenang dalam membuat keputusan dan saya yakin keputusan ini saya buat adalah atas bimbingan Allah.
Alhamdulillah, si ‘dia’ juga tidak banyak masalah untuk menerima ‘the proposal’. Walaupun ada juga sisi emosi yang menimbulkan beberapa isu, namun akhirnya segala urusan di peringkat kami berdua dipermudahkan Allah. Namun selepas ini adalah fasa yang lebih mencabar, iaitu fasa untuk meyakinkan kedua ibu bapa.
“Insyaallah, saya akan cuba laluinya dengan sabar.” Saya menjawab dengan tegas. Nekad dan bulat dengan keputusan yang dibuat. Saya yakin, keputusan yang dibuat kerana Allah, pasti akan mendapat bantuan dan panduan darinya.
Ustaz Wan tersenyum, seakan dapat membaca gambaran-gambaran yang ada dalam kotak pemikiran saya.
Saya juga tersenyum. Satu episod baru dalam kehidupan akan bermula.
MEnunggu episode seterusnya... :D
ReplyDeletesemoga dipermudahkan :D..
ReplyDelete