Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Blogging from 2008 - ?
Penipuan Media Barat & Tanggungjawab Kita
“Israel has all the right to defend herself from Hamas rocket attack”
“The militants had fired rockets to Israeli civilians causing panic…”
Itulah nada yang diulang-ulang oleh media barat yang dipelopori oleh tokoh-tokoh Yahudi Zionis seperti CNN, BBC, AP dan yang seangkatan dengannya. Terdapat satu ungkapan atau teori dalam komunikasi massa yang mengatakan bahawa penipuan yang diulang-ulang dan berpanjangan akhirnya akan dipercayai sebagai kebenaran. Itulah yang dipropagandakan oleh media berpengaruh sekarang ini yang akhirnya menjadi anutan jutaan penduduk dunia samada muslim ataupun tidak.
Apa yang sering disembunyikan oleh media barat adalah Israel adalah satu-satunya negara didunia sekarang ini yang didirikan secara haram dan masih melakukan penjajahan. Jadi tiada istilah mempertahankan diri atau counterproductive kerana sememangnya mereka adalah penjajah.
Sementara itu, Hamas adalah pejuang-pejuang kemerdekaan, dan sudah selayaknya mereka menyerang balas kerana mempertahankan tanah air mereka. Tindakan ini adalah normal bagi mana-mana negara yang dijajah, jika Hamas yang mempertahankan tanah air dilabel sebagai pengganas, maka pengganaslah pejuang-pejuang kemerdekaan melayu dahulu seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Mat Salleh dan ramai lagi.
Harus diingat bahawa sebelum 1948, Israel tidak pernah wujud diatas muka bumi, hanya dengan rampasan tanah, penyembelihan dan penghalauan penduduk arab palestin secara sistematik mereka memperolehi sedikit demi sedikit tanah yang hari ini mereka namakan sebagai Israel.
Hamas juga sekarang ini adalah entiti yang sah untuk memerintah Palestin kerana mereka adalah pemenang dalam pilihanraya Palestin 2005. Tapi rupanya demokrasi yang diagung-agungkan hanyalah kepalsuan apabila dunia tidak mengiktiraf Hamas sebaliknya mengiktiraf Fatah yang cukup terkenal dengan korupsi dan penyelewengan itu.
Agak malang apabila dunia arab turut sama membisu dan hanya mampu untuk membantah tanpa melakukan apa-apa tindakan konkrit. Pemimpin-pemimpin Arab ibarat kerbau dicucuk hidung kerana hanya menurut sahaja kehendak tuan mereka. Dalam hal ini, Venezuela telah menunjukkan contoh yang baik dengan menghalau duta Israel dan melakukan protes besar-besaran di negara itu.
Sekalung tahniah kepada media-media dan pemimpin-pemimpin Malaysia yang kelihatannya agak proaktif dalam membawa isu ini kepada masyarakat. Paparan-paparan dan liputan di media arus perdana yang komprehensif telah berjaya menjadikan isu ini sebagai isu nasional. Tahniah Malaysia.
Adapun kita sebagai rakyat Malaysia, banyak tindakan yang boleh kita ambil, antaranya dengan menyumbang kepada badan-badan yang bertauliah dalam isu Palestin seperti aman palestin, mercy Malaysia dan sebagainya. Selain itu, kempen-kempen kesedaran harus dipertingkatkan lagi bagi memastikan setiap rakyat Malaysia prihatin terhadap keganasan yang berlaku di Palestin. Setiap lapisan masyarakat harus mengambil peranan masing-masing, artis, atlit sukan, pemimpin-pemimpin politik dan korporat harus lebih proaktif dalam memastikan suara rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian kedengaran diseluruh dunia.
Yang paling penting bagi umat Islam adalah jangan lupakan mereka dalam doa kita. Inilah masanya untuk kita kembali kepada Allah dengan sebenar-benar tulus, mengharap hanya kepadanya bagi membantu saudara-saudara kita di Gaza.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
I like ur blog en hisham..saya pernah terbaca dalam buku mengikut kepercayaan agama yahudi,diorg akan dpt pahala yg berganda kalau bunuh seorg org islam.kalau bunuh ramai2,maka berganda2 lah pahala diorg.mgkn sbb tu diorg ni bertindak kejam ke atas org Islam.tp mmgg kesian sgt2 kat saudara2 islam kita di Palestin.
ReplyDeleteye, memang betul faiz, bagi yahudi kita semua dianggap Goyim atau lebih kurang setaraf binatang ternakan yang layak untuk dikorbankan pada bila-bila masa, sebab itulah mereka tidak segan silu membunuh manusia lain, adapun kita sebagai umat islam, wajib menyediakan diri kita untuk berdepan dengan serangan-serangan mereka
ReplyDeleteKalau skrg ni sy masih lg jd student encik,sy pasti sy akan dpt byk kesedaran dari encik mengenai kekejaman yahudi ke atas org Islam.
ReplyDeleteTerima kasih atas nasihat encik yg selalu mengingatkan kami sentiasa baca al-quran...
yes, for sure faiz, sekarang setiap kelas saya, saya akan pastikan ada pengisian tentang Palestin, group SDG saya pun telah diberi tugasan tentang Palestin, ternyata kesedaran dari pelajar masih lagi rendah tentang isu ini berdasarkan survey rambang yang saya buat, Faiz juga boleh memainkan peranan ditempat kerja masing-masing...
ReplyDeletei quite curious, what is the function of PBB?why PBB like do nothing to Palestin? Is it because of Yahudi is the back bone of PBB?
ReplyDeleteFaiz, PBB adalah alat tunggangan mereka,harus diingat, PBB ditubuhkan hanya untuk mengiktiraf Israel pada tahun 1948,memang dari dulu lagi PBB dan Majlis Keselamatan tidak akan boleh diharapkan untuk membela nasib umat islam
ReplyDelete