Petang itu hujan,
aku mengambil keputusan untuk membaca buku diatas katil sahaja, sedang khusyuk aku mentelaah buku Rahsia Gerakan Freemasonry dan Rotary tiba-tiba datang si kecil lengkap dengan botol susu dan tudung gentelnya...
Anak : "Ayah, nak ayah cite"
Ayah : "Haa nak cite apa?"
Anak : "mmmmm, nak cite kuda belang lah"
Ayah : "Ok, pada satu zaman dahulu, ada seekor kuda belang, satu hari kuda belang itu pi jalan-jalan, tiba-tiba kaki dia masuk dalam lubang"
Anak : "lubang apa ayah?"
Ayah : "lubang la, kat tengah jalan, kuda belang tu tak nampak"
Ayah kemudian menyambung lagi
Ayah : "Lepas tu datang la seekor lembu, pastu dia nampak kuda belang tu, lembu pun tolong kuda belang, pastu lembu dengan kuda belang pun jadi kawan baik"
Ayah : "Kita kena selalu buat baik kat orang, kena tolong orang selalu"
Anak : "Kenapa kita kena buat baik ayah?"
Ayah : "Kalau kita buat baik kita akan dapat banyak pahala, bila dapat banyak pahala kita boleh masuk syurga"
Anak : "Bila kita boleh masuk syurga ayah?"
Ayah : "Kita kena mati dulu, baru boleh masuk syurga, lepas mati baru Allah hantar kita kat syurga kalau kita banyak buat baik"
Anak : "Alaaa, kalau macam tu Humaira nak mati lah, nak masuk syurga cepat, ayah pun mati la cepat, baru boleh masuk syurga kan"
Ayah : "Gulp......."
No comments:
Post a Comment