Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa Venezuala pimpinan Hugo Chavez telah menghalau duta Israel dari negaranya, tahniah dan syabas aku ucapkan kepada pemimpin yang berani ini, sementara kepada pemimpin-pemimpin Arab terutamanya Hosni Mobarak yang terang terang pengecut dan cabul, aku harapkan agar Allah memberi balasan yang setimpal kepada mu.
Sudahlah aktivis yang berdemonstrasi menentang kekejaman Israel ditahan polis, langsung tidak dipedulikan apabila beberapa rakyatnya telah terkorban terkena bedilan roket Israel. Apa lagi yang mahu ditunggu hai Hosni Mobarak dan orang yang seangkatan dengannya? tunggu hingga anakmu sendiri terbunuh, tunggu hingga rumahmu dirobohkan, tunggu hingga sekolah anakmu dihancurkan...
Bertaqwalah kepada Allah, moga Allah mengampunkan dosa kita dan mengampunkan kita atas kelalaian kita membela saudara-saudara kita di Gaza...
No comments:
Post a Comment