Hari ini masuk hari yang ke 6 serangan ganas Israel secara besar-besaran di Gaza, ratusan nyawa terkorban.
Dunia hanya mampu mengutuk dan mengecam, tapi Israel terus memekakkan telinga, telah diceritakan dalam Al-Quran akan keganasan dan keangkuhan mereka berkali-kali, supaya kita dapat mengambil pedoman bagaimana mahu berdepan dengan mereka.
Sebagai umat islam, cukupkah hanya dengan mengutuk dan mengecam, cukupkah hanya dengan bersedih hati dan bergenang air mata? Kesedihan ramai dari umat islam hanya bermusim, sedangkan mereka puluhan tahun dalam derita dan air mata tanpa siapa pun yang benar-benar peduli kecuali segelintir.
Israel tidak akan dan tidak pernah faham bahasa perdamaian,mereka tidak pernah menghormati janji dan gencatan, mereka hanya faham bahasa kekerasan. Zionis perlu dihapuskan terus dari muka bumi.
Kita dituntut untuk mempersiapkan diri sebaik mungkin, perkasakan islam didalam hati nescaya ia akan perkasa dimuka bumi, tegakkan islam didalam dirimu nescaya ia akan tertegak dibumimu.
Persiapkan diri kita dengan aqidah yang sejahtera, dengan ibadah yang sahih, dengan kekuatan minda dan tubuh badan dan luangkan masa untuk bersama dengan orang-orang yang sentiasa mengajak kepada kebaikan.
Islam bukan hanya syahadah, solat, puasa, zakat dan haji. Islam adalah kekuatan, dengan kekuatan Islam akan menang, dan ketika itu bumi ini akan aman.
No comments:
Post a Comment