Bapa propaganda dunia |
Dalam perang dunia kedua, jentera
media Nazi di bawah seliaan Dr. Joseph Goebbles, seorang pakar dalam bidang
komunikasi massa telah ditugaskan untuk mencipta propaganda bagi menaikkan
semangat rakyat Jerman dan mendorong rakyat Jerman untuk mendokong tindakan
parti Nazi dalam peperangan dan penjajahan Eropah.
Propaganda di bawah seliaan Dr
Joseph Goebbles ini dikatakan begitu berjaya dan antara teknik yang digunakan
adalah teknik pengulangan idea melalui semua jenis rangkaian media bagi
memastikan propaganda dapat disampaikan dan difahami oleh semua rakyat hingga ke
seluruh pelusuk German.
Teknik sama juga didapati
digunakan oleh jentera media Zionis dalam konflik Palestin dan negara haram
Zionis Israel seperti yang dinyatakan oleh James Zogby, pengasas dan pengarah Institut
Arab Amerika dalam sebuah artikel yang diterbitkan oleh Huffington Post pada
tahun 2009 dengan mendefinisikan penentangan HAMAS terhadap pembunuhan dan
pencerobohan sebagai tindakan pengganas.
Definisi ini akhirnya diterima
oleh banyak negara dunia dan hingga kini, ramai yang buta mata fikirnya
melupakan isu asas pencerobohan, penjajahan tidak sah dan pengepungan penjara
terbesar dunia oleh rejim Zionis dan menganggap HAMAS sebagai sebuah badan pengganas
akibat dari propaganda dan penipuan media massa yang dilakukan secara
berterusan.
Kini serangan pembohongan yang
sama mula dilancarkan terhadap Ikhwan Muslimin pasca tragedi berdarah Dataran
Nahdah dan Raba’ah. Setelah menjatuhkan Morsi yang dipilih secara sah melalui
pilihanraya yang bersih, memenjarakan Morsi dan ribuan pimpinan Ikhwan, membunuh
ribuan jiwa orang yang beriman yang tidak bersenjata, membakar masjid, membakar
hospital yang masih penuh dengan pesakit yang masih hidup, membakar
khemah-khemah yang di sana ada anak-anak yang sedang tidur, menembak wanita dan
menyerang dataran dengan kereta kebal dan bulldozer, kini pihak kerajaan
Interim dan Tentera di bawah General As Sisi dan Hazem Beblawi cuba untuk
menyalahkan Ikhwan dan melabelkan Ikhwan pula sebagai pengganas dan pemecah belah negara Mesir! Sungguh ironi!
Inilah Hazem Beblawi, Perdana Menteri Mesir (bukan Israel) dan antara yang terlibat dalam mengarahkan pembunuhan |
Akhbar-akhbar dan rangkaian
berita di Mesir mula memainkan peranannya dengan cara yang cukup jijik dan
memualkan, gambar-gambar beberapa lelaki bersenjata yang tidak diketahui
identitinya dicop sebagai pengganas Ikhwan, mereka yang terperangkap dalam
masjid Al Fath dalam keadaan dikepung dan tidak bersenjata juga dianggap
pengganas, bahkan hari ini dikhabarkan Ikhwan akan diisythiharkan sebagai
pertubuhan pengganas secara rasmi oleh kerajaan kudeta Mesir. Lebih malang bila
media-media antarabangsa, termasuklah media arus perdana di Malaysia yang
menari dengan lenggok yang sama.
Hati-hati dengan propaganda
ciptaan Dr Joseph Goebbles ini, kerana kepalsuan yang diulang-ulang, walaupun
tidak logik akhirnya akan dianggap sebagai sebuah kebenaran. Jangan lupakan isu
asas yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini, iaitu isu perampasan legitimasi
Presiden yang sah, kepentingan agenda Islam yang dibawa oleh Morsi, sempadan Rafah dan nasib Gaza dan
pembunuhan besar-besaran yang berlaku dengan cara paling kejam terhadap rakyat
yang tidak bersenjata.
Sangat benar kata-kata Sheikh
Ahmad At Tarefe dalam tweetnya pagi tadi:
“Distinguishing
between the oppressor and the oppressed in Egypt is not a mystery except for an
ignorant whose ignorance has become ingrained, or a person of hawā (vain
desire) who is drowning in his hawā.”
No comments:
Post a Comment